Pages

Edisi Kenangan Silam #8

Thursday, October 23, 2008

Kerja pertama saya selepas tamat degree adalah di sebuah syarikat r&d alternative energy di Shah Alam. 

Hanya ada satu bas dari Kuala Lumpur yang melintasi syarikat tersebut, dan kekerapannya, ada lah dalam purata 1.30 jam sekali. 

Setiap jam 7.00 pagi, saya sudah terpacak menunggu bas Transnasional di Bus Stand Kelang. Untuk pulang, saya perlu bergegas keluar kerja pada jam 6.00pm tepat. Jika saya terlewat 5 minit, bas seterusnya hanya akan tiba jam 7 malam. Berpejabat di kawasan perkilangan Shah Alam sebenarnya amat menggerunkan, apatah lagi bila pejabat tersebut di pinggiran jalan. Bila matahari mula turun...woh... rasa seperti kawasan zombie. Have you ever heard the sound of silence? Ah, di situ boleh. Rasanya, mak ai, meremanglah bulu roma!

Ada satu petang, saya terlepas bas jam 6pm. Maka terpacaklah saya sorang-sorang di pondok bas. Matahari kian terbenam. Sekali sekala baru ada bas kilang dan mat-mat motor lalu. 

Bosan. 
Bateri pemain cakera padat dah mati. 
Sudah muak main game di telefon bimbit.
Jadi saya keluarkan kamera dan menangkap gambar entah apa-apa.

Gambar-gambar itu semua lebih sampah dari cerita, maklumlah, kamera berkapasiti rendah, keupayaannya pun sekadar mengetip dengan piksel berkemampuan minimum. Jauh panggang dari api lah dengan kamera kamera  digital zaman sekarang. 

Tapi, 
ada dua gambar dari koleksi tersebut, yang setiap kali sesiapa ternampak, semua tanya pada saya "kau guna DSLR apa?"


Haha.
DSLR? Tak main ah DSLR segala.... 
dan ya, tiada sebarang proses edit dijalankan keatas gambar tersebut. Sekadar keajaiban alam,  lighting pun ihsan Allah swt juga  :)  

Saya sukakan warnanya yang ala-ala gambar lama. Lagipun sesetengah kawasan di Shah Alam memang frasarananya sudah bertugu dari zaman 70-80an, tak gitu?    :)



Menunggu bas dengan penuh harapan


Bus stop buruk tempat berteduh. 
Antara hobi ketika menanti adalah baca iklan-iklan haram yang di tampal di situ. 

No comments: