Pages

Sakit

Friday, October 31, 2008

Tercucuk semasa bersaham

Happy Hollow's Eve bebeh bebeh ku!



edisi Kenangan Silam #9

Naik turun LRT tiap-tiap hari menemukan saya dengan pelbagai kerenah warga Kuala Lumpur.
Dan sekali-sekala, saya terjumpa dengan perkara yang 'extra special' dari hari kebanyakannya.

Contoh termudah, poster yang ditampal di tiang LRT Pasar Seni beberapa tahun lepas. 


Tag gila kau!

Wednesday, October 29, 2008

Dia ini mendera saya melakukannya...
 macam guru besar from your nightmarelah gambar ini, gambar kau sungguh tak sesuai! Hehe!


Dunia tag ni macam karma versi terlebih steroid. Sekali saya tag orang, sepuluh orang tag saya!

Tag kali ini akan dijawab dalam bahasa Melayu kerana hari ini merupakan Hari Berbahasa Tempatan Sedunia  :)

1. The person who tagged you ?
Mizzy N a.k.a perempuan pernah separuh buta tapi buat donno je. 

2. Your relationship with her is?
Kawan sekelas semasa Diploma, kawan baik ngam ho semasa semester 4, 5 & 6 diploma, kawan sekali sekala lepak zaman degree dan kawan dari kejauhan di zaman sekarang. 

3. Your 5 impressions of him/her?
1. berdikari (independent sungguh)
2. berperikemanusiaan
3. kelakar dalam nada yang agak rendah
4. kreatif
5. jujur

4. The most memorable thing she had done for you?
Menjadi kawan saya walaupun saya berupa Shrek dan malas teman dia ke kedai.

5. The most memorable thing she had said to you?
Segalanya yang dia katakan kepada saya dalam sebuah surat perpisahan berwarna kuning, sejurus selepas kejadian 9/11 berlaku. 

6. If she become your lover you will?
mencuba sedaya upaya untuk bangun dari mimpi tersebut, sebab kami dua-dua sukakan jantina lain. 

7. If she become your lover, the thing she has to improve on will be?
untuk menjadi lelaki. (Pengkid tak main)

8. If she became your enemy, you will?
saya akan rasa sungguh sedih  :(

9. If she became your enemy, the reason will be?
Mungkin kerana saya tak dapat jumpa dia selama 10 tahun...

10. The most desired thing you want to do for her now is?
Saya teringin untuk bersama makam Nasi Goreng Kampung di Kedai Mamak Sek8 pada tengah malam dengannya. 

11. Your overall impression of her is?
Perempuan periang

12. How do you think people around you feel about you?
Rasanya... saya seorang yang dianngap ceria tetapi turut bermulut 'pantas'

13. The character you love about yourself?
Saya seorang yang boleh buat kelakar. 

14. On the contrary, the thing you hate about yourself is?
Tidak cukup kuat untuk mengatakan 'tidak' kepada perkara2 yang memburukkan diri saya.

15. The most ideal person you want to be is?
Seorang yang boleh hidup dengan kepuasan diri tanpa perlu peduli apa-apa.

16. For the people who care and like you, say something to them:
Kasih sayang anda menjadi punca kewujudan saya.

17. Pass this quiz to 10 person that you wish to know how they feel about you.
Rasanya saya tak ada cukup rakan blogger yang akan rajin buat tag sebegini, tapi, ah, belasah sahajalah.
  1. Mizzy N (back at cha!)
  2. Cik PMS
  3. Roxychicks
  4. Aida Nurni
  5. Radz
  6. Anak Mami
  7. Elle 456
  8. Shalyafzan
  9. Nurnilamsari
  10. Dabi (kalau lah...)

18. Who is No.6 having relationship with? (Anak Mami)
Suaminya, lelaki pereka design t-shirt yang sunguh ebok sekali!

19. Is No.9 a male or female? (Nurnilamsari)
Perempuan tulen

20. If No.7 and 10 are together, will it be a good thing? (Elle 456 & Dabi)
Elle dah kahwin! Takkan terjadi!

21. What is No.2 studying about? (Cik PMS)
Cara-cara mennyediakan diri untuk ke jinjang pelamin  :)

22. When was the last time you had a chat with No.3? (Roxychicks)
Lebih kurang 30 minit yang lalu.

23. What kind of music band does No.8 like? (Shalyafzan)
Oh...er... saya tahu dia suka Hujan  :)

24. Does No.1 have any siblings? (Mizzy N)
Ada, ada! Anak dara 3 beradik. Kadang-kadang disertai Encik RM1 di hadapan rumah hehe

25. will you woo No.3? (Roxychicks)
Woo Roxy? Untuk apa? Suruh dia bagi koleksi mekap dia pada saya?

26. How about No.7? (Elle 456)
Tak lah...

27. Is No.4 single? (Aida Nurni)
Oh tidak, dia isteri dan emak beranak satu

28. What is the surname of No.5? (Radz)
Hamzah

29. What’s the hobby of No.10? (Dabi)
Memakai seluar spandeks ketat berkilat-kilat sambil menari mengikut rentak lagu Shadowdancing.

30. Does No.5 and 9 get along well? (anak mami & nurnilamsari)
tidak ada kena mengena antara satu sama lain pun.

31. Where is No.2 studying at? (Cik PMS)
Sekolah Penyediaan Untuk Ke Jinjang Pelamin

32. Talk something casually about No.1? (Mizzy N)
Nadh, how are you? Bila nak kawen? hehe

33. Have you tried developing feelings for No.6? (anak mami)
Perasaan mengenali sesama bogger, boleh?

34. Where does No.9 live at? (Nurnilamsari)
Kuala Lumpur

35. What colour does No.4 like? (aida)
Alamak... kurang ingat. Rasanya hijau dan biru.

36. Are No.5 and 1 best friends? (Radz & Mizzy N)
BErkawan, tapi rasanya tidaklah kawan baik

37. Is No.7 the sexiest person in the world? (Elle 456)
er... tak kot. Kalau dia seksi pun, kerana nama kami lebih kurang sama hehehe

38. What is No.6 doing now? (Anak Mami)
Besar kemungkinan tengah fikir apa yang nak dimasak malam ini....

Mike Myers seorang genius. Bravo!

Yang mana satu idaman kalbu?


Dalam sebuah wawancara, Mike Myers berkata dengan penuh sinis:

"I like playing Doctor Evil because there's no blocking. And I get to eat a lot of chocolate. So I sit in the chair and just 'blah blah blah'. And then they take the makeup off me and I go back to the sad existence that is my life that is just pfftt, me in a shame spiral, covering up the pain that's deep within my soul because although, ironically I wanna be seen by other people; if they do see me they'll see that I'm inherently flawed."


Ditto Mike. Saya cintakan kamu! Kamu juga antara idola komedi saya!

saya punya cinta agung, seagung donut

Sunday, October 26, 2008

Menjejak masa lampau ada pahit manisnya...


Oh, entah mengapa pula, saya rasa sepeti tidak mahu menampal posting-posting dari blog lama ke sini.

Setiap posting yang dicipta di sana ada memori tersendiri. Saya seperti menodai innocence saya saat-saat lalu itu jika saya merubah nukilan tersebut ke rumah baru.

Entah.

Saya ini memang fickle minded.
Jiwang karat lah senang cerita.

Edisi Kenangan Silam #8

Thursday, October 23, 2008

Kerja pertama saya selepas tamat degree adalah di sebuah syarikat r&d alternative energy di Shah Alam. 

Hanya ada satu bas dari Kuala Lumpur yang melintasi syarikat tersebut, dan kekerapannya, ada lah dalam purata 1.30 jam sekali. 

Setiap jam 7.00 pagi, saya sudah terpacak menunggu bas Transnasional di Bus Stand Kelang. Untuk pulang, saya perlu bergegas keluar kerja pada jam 6.00pm tepat. Jika saya terlewat 5 minit, bas seterusnya hanya akan tiba jam 7 malam. Berpejabat di kawasan perkilangan Shah Alam sebenarnya amat menggerunkan, apatah lagi bila pejabat tersebut di pinggiran jalan. Bila matahari mula turun...woh... rasa seperti kawasan zombie. Have you ever heard the sound of silence? Ah, di situ boleh. Rasanya, mak ai, meremanglah bulu roma!

Ada satu petang, saya terlepas bas jam 6pm. Maka terpacaklah saya sorang-sorang di pondok bas. Matahari kian terbenam. Sekali sekala baru ada bas kilang dan mat-mat motor lalu. 

Bosan. 
Bateri pemain cakera padat dah mati. 
Sudah muak main game di telefon bimbit.
Jadi saya keluarkan kamera dan menangkap gambar entah apa-apa.

Gambar-gambar itu semua lebih sampah dari cerita, maklumlah, kamera berkapasiti rendah, keupayaannya pun sekadar mengetip dengan piksel berkemampuan minimum. Jauh panggang dari api lah dengan kamera kamera  digital zaman sekarang. 

Tapi, 
ada dua gambar dari koleksi tersebut, yang setiap kali sesiapa ternampak, semua tanya pada saya "kau guna DSLR apa?"


Haha.
DSLR? Tak main ah DSLR segala.... 
dan ya, tiada sebarang proses edit dijalankan keatas gambar tersebut. Sekadar keajaiban alam,  lighting pun ihsan Allah swt juga  :)  

Saya sukakan warnanya yang ala-ala gambar lama. Lagipun sesetengah kawasan di Shah Alam memang frasarananya sudah bertugu dari zaman 70-80an, tak gitu?    :)



Menunggu bas dengan penuh harapan


Bus stop buruk tempat berteduh. 
Antara hobi ketika menanti adalah baca iklan-iklan haram yang di tampal di situ. 

Hijrah & mengutip serpihan masa lalu

Wednesday, October 22, 2008


Hari ini maka bermulalah proses mengimport nukilan lama saya dari blog zaman silam dan juga laman gambar lama saya. Yang logik, saya pindahkan ke sini. Yang tidak logik, kurang sesuai akan saya tinggalkan di sana, menanti masa sesuai untuk saya padamkan dari dunia siber.

Dan yang molek saya forgive, forget dan move on..
saya tekan butang delete.


Kalau korang terer,
lepak-lepaklah di arkib blog ini. Untung-untung jumpa posting baru yang tak pernah terbaca  :)
 

Hado!

Tuesday, October 21, 2008

Dalam perjalanan ke rumah terbuka Tini di Kajang, Nurul gelak terbahak-bahak sambil tanpa segan silu berposing. 

"Cepatlah, cepat tangkap gambar aku nih!" kata Nurul sambil tergetis-getis berposing.

Uns dan Honey* yang duduk dihadapan pun turut tergelak besar. 

Saya pun menurut perintah. Dengan terbahak-bahak, saya menekan punat kamera. 


Klik! (flash)

"Fokus sikit kat tag ni, hik hik hik hik!"


Dengan muka merah efek gelak ebok ala Santa, Nurul posing pula dengan maskara. "Tiga tau uols!!"

Klik! (flash)



"Yang ini! Yang ini tak boleh kalau tak ambik! Cepat nuks ahahahahahahaha uhuk uhuk uhuk!"
Dari gelak besar terus tersedak tercungap... mintak nafasssss....hahaha

Klik! (flash hilang)



Tu dia... pil hormon pipi gebu kulit licin gitu.

Saya dan Nurul gelak tahap puaka. Orang di kereta sebelah menggeleng kepala. 
Dari dalam kereta mereka, mungkin mereka menjuih mulut mengata dengan isteri dan anak mereka 
"Tengok tu, tak senonoh betul budak-budak perempuan tu! Lambai coli, tayang-tayang kat orang. Lepas tu gelak-gelak... tak ada moral!" 


Itulah, mereka tak tahu.
Mereka tak tahu yang Nurul memang perempuan gembira ketwa ria.
Mereka tak tahu yang kami kalau dah sekereta, maka gamatlah jalanraya.
Mereka tak tahu yang kami dajalkan Honey, dan itu semua barang Honey yang kami selongkar dari begnya ketika mencari bekas kanta lekap dia.

Dan mereka tak tahu, 








Honey sebenarnya Harun*!


*Larikkkkkkkk*


*Nama ditukar untuk melindungi hak asasi dan privasi kawan kitorang. Vley?

Telah di Tag oleh Puan Aida

Monday, October 20, 2008


Kalaulah boleh dapat RM10.00 untuk setiap kali saya buat Tag, woh, dah kaya dah!

-----------------------------------------------------

Rules:
1. the rules of the game get posted at the beginning
2. each player answers the questions about themselves
3. at the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog



starting time: 7.42 pm
name: Azyze
sisters: 2
brothers: 1
shoe size: heels 10, sneakers 8.5-9
height: 162 cm
where do you live: taman melawati

have you ever been on a plane?
Yes.

swam in the ocean?
Yes. But It does get scary once you do deep sea, walaupun ada safety jacket.

fallen asleep in school?
Oh my, yes. Masa kelas Bahasa Arab. And I slept in my exam hall twice during Diploma. 

broken someone's heart?
I don't think so, I hope not.

fell off your chair?
Yes! Huduh betul. Thank god zaman dahulu kamera was a luxury!

sat by the phone and waited all night for someone to call?
I lasted two hours. That's my max - two hours.

saved emails?
Yes. A few. Zaman2 internet baru tersebar kat Malaysia, I'd print any important atau yang ada sentimental value, then tampal dalam journal. Soppy sangat, kan?

what is your room like?
A mess.

what's right beside you?
Right now? The wall. 

what was the last thing you ate?
Fried kuey teow.

ever had chicken pox?
Once when I was a toddler, then again soemtime in kinder. Tapi the second round, cuma dua je naik. Antibodi lambat react kot. 

like picnics?
Yes!

who was/were:
 the last person you dance with?
If I remember correctly, it was with Che T, Aida, Nurul, Uns & Ikzal @ Redang. Lama gila!

last made you smile?
Che Pah. 

you last yelled at:
Eze. Jeritan mesra...

today did you talk to someone you like?
I like my colleagues, so yeah. But if you mean like like, then no.  

kissed anyone?
ahahahahahaha (mengambil jalan mudah untuk menukar topik supaya tidak disoal siasat)

get sick?
two nights ago. The worst migraine ever, I couldn't sleep, kept tossing and turning sampai pagi. 

talk to an ex?
No. Tak ada sebab. And I hope I don't have to. 

missed someone?
Oh yes. MFRI, friends from the past, people long forgotten, friends lost to the world, loved ones who've crossed over to the other side.   :'(

who do you really hate?
I try not to really hate anybody, unless necessary. Currently only the guy who's created a ruckus and gotten us (the nation) into so much trouble. Go figure.

do you like your handwriting?
Sometimes yes, sometimes no. 

are your toenails painted?
Mo. I do it whenever I feel gedik. Which doesn't happen often. 

whose bed other than yours would you rather sleep in?
The one I almost slept in @ Mandarin Oriental. Heaven!!

what colour shirt are you wearing right now?
Turquoise blue.

are you a friendly person?
Most of the time I am. 

do you have any pets?
Yes, 2 adult females, Kem & Pinto.
2 male kittens, Ah Leng & Amat Kassan. 

do you sleep with the tv on?
Not intentionally. 

what are you doing right now?
typing and listening to Kanye West. 

can you handle the truth?
Boleh atau tak bukan soalannya. Lebih elok tahu yang sebenar dari dibutakan tipu, kan?

are you closer to your mother or father?
Used to be Bapak, but now I think Mak kot. But I'm still very much a personal person,  I keep most things to myself so my rapat is not in the 'sharing2' sense lah. 

do you eat healthy?
I wish I could say yes....

do you still keep pictures of you and your ex?
No.

if you're having a bad day, who would you most likely go to?
I don't think I have a who to go to. Instead, I write, blog, listen to music, read and wallow in my misery for a moment or two. I'm more of a loner that way. If all else fails, I'll just put my 'big smile big laugh' mode on and ajak my close friends out for some fun. 

are you loud or quiet most of the time?
Loud.

are you confident?
I don't know. I think I'm a clutz, quite shy and sometimes a coward. But people say that I'm really confident. Maybe it's just that do or die thing I have. 

5 things i was doing 10 years ago:
form 4 (16 thn)
1. breathing heavily, cycling through hills from Kamigori High School to Chisato's home on Chisato's old chopper (the bicycle). 
2. watching the Commonwealth Games Opening Ceremony at Bukit Jalil. 
3. still the weirdo in school.
4. finishing my second Malay novel. 
5. being complacent and pretending that SPM was lightyears away. 

5 of my bad habits:
1. Not a neat person.
2. I eat what I like, whenever I want.
3. yes, I nag.
4. A social hermit. Mak hates that, nobody understands why I am one. 
5. saying the first witty thing that comes to mind, sometimes to the expense of others. 

5 places i lived in:
1. Shah Alam
2. Taman Melawati, and still living there
3. Kamigori-Cho, Hyogo-kun, Japan
4. - 
5. - 

5 tabiat buruk anda time sekolah:
1. suka cerita idea -idea bernas yang dianggap weird dan agak kurang siuman oleh kawan-kawan
2. pura-pura faham padahal sepatah haram Ustazah kelas Arab tu ajar saya tak paham. 
3. Tak buat kerja rumah matematik dan bahasa arab
4. -
5. -
(budak baik, kan...)

3 favourite subject anda… kenapa?
1. Bahasa Inggeris - sebab best!
2. Pendidikan Seni  -sebab walaupun tak tau melukis, ia tetap best!
3. Muzik - sebab best!

3 subjek yang anda tidak suka… kenapa?
1. Matematik. sebabnya di sini
2. Matematik
3. Matematik

Menarik pada kamu?
Otak yang kero dan jiwa yang sebenarnya murni.

Kamu paling suka?
Bila dapat apa yang dicita.

Anda tidak boleh hidup tanpa?
Keluarga dan rakan tersayang

Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
Allah, melalui doa. 

5 people i tag
1. Anda yang rasa macam nak buat tag ini.
2. Anda yang tidak ada bahan nak menulis dalam blog.
3. Anda yang suka buang masa
4. Anda yang tak suka buang masa tapi suka buat Tag.
5. Anda yang desperate nak buat kenalan mahupun cari jodoh. 

End time: 8.26pm

Imbecile

Thursday, October 16, 2008

Bodoh.
Bangang. 
Bongok.
Bahalul.
Baghal.

Stupid.
Idiot.
Imbicile.
Moron.

Kalau dah bodoh tu, bodoh jugak!
Susah sangat ke nak faham? Kami bukan suruh kau pakai kasut kami rasakan peritnya di tempat kami, kami cuma suruh kau bayangkan dan faham sahaja.

Kau susahkan hidup semua orang, tapi bila kau dihadapkan kepada Yang Berkuasa, kau terus jadi si innocent yang angelic.
Kau buat ala2 "Kenapa marah-marah ni? Saya tak tahu pun ada masalah..."

Kau opportunis yang buat kami menyumpah dan mengutuk berbakul-bakul di belakang kau.
Kau memang celaka lah!


Arrrggghhhhhh!!!!!




"Geget. Geget. Geget!" kata Abu

Wednesday, October 15, 2008

Suatu masa dahulu, Kak Kylie pernah berambut kepul asap
 dan gemar menyanyi lagu tentang keretapi


La ni, tu diiaaaa Kak Kylie....
tok Imam tengok pun dup-dap ni!


Sekarang saya sudah faham mengapa orang lelaki geram sangat tengok Kylie Minogue.

Walaupun suara dia sengau nak mampus.
Walaupun terlalu jelas dia mempergunakan elemen seks untuk menjual albumnya.
Walaupun konsert live tetapi masih miming.
Walaupun di kebanyakan album, anda tak dengar pun liriknya sebab terlalu banyak unsur mengerang atau mumbling
Walaupun selalunya kita tak dengar suara betul, tapi synthesizer yang berbunyi seakan dia menyanyi. 
Walaupun suatu masa dahulu dia berambut poodle dan bergigi arnab.


Sebab semalam, saya tengok kembali klip video Chocolate dia
dan saya pun geram juga.

Hayoh. 

tribut untuk Cik PMS & Brucie

Tuesday, October 14, 2008

Ya...
*mengesat air mata, dalam mode Mama Juwie*

Entri kali ini I tujukan khas untuk pasangan bercinta di tahap mentari ufuk jingga versi kutub yang tak pernah pernah-pernah nak malam. Pasangan yang nampak macho dan gagah bak belantara tapi sebenarnya cukup penuh dengan emosi kasih sayang berjiwa cinta luhur.

Tak lama lagik cincin akan tersarung, jadi you berdua harus menguatkan iltizam untuk lebih bercinta-cintaan. Biarlah cinta kukuh persis Hang Tuah dan Puterinya...

Dah, dah.
I tak nak dengar lagi dah cerita nak terbalikkan meja, mencatu pembelian mekap mahupun memaksa sesi pemakanan. Mulalah meluahkan rasa sebenar... luah kan, luah!

Untuk itu,
I tujukan lagu di bawah ini khas untuk you berdua.
Kerana cinta you berdua lebih tinggi dari lagu-lagu cinta Westlife, Ronan Keating mahupun Mandy Moore. Kisah cinta you all ibarat ruangan dedikasi Pilihan Bersama Radio Muzik. Sungguh telus, sungguh menyentuh jiwa, sungguh......sempurna.   

Kisa cinta you all bak debaran kasih saat mata bertentang dan chhiingggg!, baru terperasan yang you all ditakdirkan untuk jatuh cinta...

Kahs untuk Cik PMS & Brucie,
kenangilah saat bibit percintaan  you all bermula dengan lagu tema cinta you all ini...


sepatutnya diorang ni jadik posting tersendiri, tapi saya malas

Monday, October 13, 2008

Selamattttt...



Snappy happy @ Krispy Kreme, Manila. A little too manis for my taste, but the dough's wayyyy better than any donuts yang ada kt Mesia nih la... 

Kebun Limau ngan serai pakcik @ Balik Pulau Gila tenang kan... cantik terbentang alam... tapi hazabnye panas masa gambar ni diambil tuhan saja yang tahu!

Sunset @ Titiwangsa pre-WAWBC


Rude cabdriver alert. Nak tulis plate number, tak sampai ati la pulak. Kang sekat pintu rezeki dia. But kalau korang naik cab kat area Paramount tu, jaga-jaga ah dengan uncle ni.


Perhentian. Kriteria kedamaian pulau dah ada, tapi... somehow aku rasa takleh lawan Redang ah. 



Burung kenyalang @ Pangkor Island Resort. Sejurus lepas gambar ni diambil, dia turun ke tanah dan membelasah mee segera yang anak sorang mat saleh tinggalkan pasal takut kat burung ni.


Pakcik beca Pasar Payang yang keringggg je cool.  


Pelamin persandingan Tatra. Cantik, lain dari yang lain dan tak cliche langsung! I like!


Walaupun susah nak cari makanan halal kat Filipina, sekurang-kurangnya satu stall di setiap shopping mall mesti ada jual makanan halal. This one siap ada tagline mantap!


Artis tahap di bawah amatur yang rasa dia layak menambah nilai estetika pada mural ni. Perlu ke.... Hayo budak-budak bawah umur sangat...

i want a handbag!



lusting after handbags... not good for your pocket
(yet I'm still drooling)


Ingat tak tragedi beg dokter saya?

Ah,
sekarang saya ada peluang untuk cuba mendapatkan sebuah beg cantik yang berpotensi menjadi beg dokter terhebat alaf ini. Semuanya dengan melakukan beberapa 'klik' mudah!

Yihaa!

Anda juga berpeluang untuk menang beg pilihan anda, semuanya di laman web Handbag Planet.


It's so easy,
just  1. click on the underlined link of the website (in above para),  2.fill in your email, and 3. select the bag you'd like to have!

Now all you have to do is sit back, relax, (put in some hope, just for luck) and wait for your winning email notification to come  :) 

So what are you waiting for?

Abang Bomba Boleh berhenti kerja

Wednesday, October 08, 2008

This is...
(snaps picture)


a cup of Mamee Sllrrrp! (that's spelt with two Ls and three Rs, lest you forget) Sup Bunjut Pedas Terer

I bought one yesterday because I was: 1. Stupid enough to fall for the smartly executed ads on TV, and 2. because they were willing to go different with this one. 

I've had my share of instant noodles to know a different one when I see it. When everybody else produces predictable flavours like boring curry or tasteless tomyam or plain yucky asam laksa, Mamee Sllrrrp goes the extra mile by introducing an express version of a tricky Malaysian favourite that no girl in their right mind would dareto try and cook for their mak mertua on her first balik kampung visit.  

Where other brands stick to simple, modern designs and solid colours (purple for tomyam, red for curry, green for chicken), Mamee Sllrrp! decided to go retro and used a myriad of polka dots, two-toned background and accurate props that creepily looked like it was taken from the Adabi Sup Bunjut promo pictures circa 1982.

But what makes it so obviously 'different' than other instant noodles is that it boldly claims the title 'pedas terer'. In caps. 

You don't claim heavenly words from the Dictionary Of Good 'Ol Malaysian Food simply like that. You'd anger the Anthony Bordains of Malaysia if you do, especially the Malays and Indians who loves chilli and spices so much we even keep tonnes of dried ones in our cupboards, just in case the fresh ones miraculously vanishes into thin air.

So, making such bold statement can be seen as, well, like a blind pirate adventuring into uncharted territory. Evil Knievil pulling his 30 cars span bike jump stunt. David Blaine flying off into the night after hanging upside down for 'unthinkable' hours. 

Okay, this has nothing to do with pirates, Evil Knievil or David Blaine. 
But it's so creepy I simply HAD to put it up.

Bold indeed. 
A stupefying act that would lure even the most sceptical (halal) instant noodle expert on earth.

Me.

Hmm... let's see...
noodle in good shade of golden yellow, the smell of bunjut jumps out of the rempah pack the moment you tear the tab... 
rempah mixes well with hot water without any lumps...
three minutes and it is  is ready for consumption.

Perfect so far. 

Okayyyyyy... let's see how terer the pedas is...



See those red flecks of chilies?
The ones that look like they can actually blow steam out of your ears?

Unfortunately, those didn't come with the noodles.
Those are, in fact, Domino Pizza's packed chilli flakes that I keep for noodle cup (and other savoury-like edibles) emergencies, should I encounter any during my 'work late and the pantry's closed' dining experiences.

I had to use two packs of 'em to create the 'pedas terer' effect.

Tak aci betul.

I guess when Mamee Sllrrrp! (that's spelt with two Ls and three Rs, lest you forget)decided to use terer as their claim for this particular product, they must've meant it in the real english meaning that the Malaysian terer derived from. 

Terror.
Woh, gua cakap lu.
Terror indeed. 



Posting kejadian sebelum raya...

Monday, October 06, 2008

Ya, sebelum raya macam-macam berlaku, tapi sebab kejarkan deadlines kerja sebelum bercuti, maka satu benda pun tak sempat saya susulkan ke sini. 

Jadi, apa lagi, balas dendamlah!

Episod Satu: Budak Kecik Sudah Tiba!
Voucher Demam aka Mama Aida telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 17 September 2008, jam 2.25 petang! 



Saya sempat menjenguk Aida beberapa jam selepas beliau  bersalin, and let me tell you nothing is more radiant than a new mama! Kalau kegembiraan Aida tu ada cahaya, mau terang satu hospital tu macam KLCC waktu malam. Abang Naza pula memang every inch the proud father. Dalam borak-borak, sekali sekala terkilas senyum lembut beliau... apatah lagi bila baby Aryssa dibawa masuk ke dalam bilik. Saya pulak yang naik kembang hati dan nak menangis. Heh.



Aida & Naza, 
The Voucher Vault Incorporated mengucapkan tahniah dan semoga baby Aryssa membesar dengan kasih sayang dan kemesraan yang selalu kami lihat antara korang berdua. 

Ni dia wajah terkini si budak Kecik Vouchers Junior tu...

Geram kan?




Episod Dua: Buka Puasa Famili (tolak 2)
Buka puasa terakhir kami di Kuala Lumpur, sebelum bertolak Ke Pulau Pinang seharusnya disertai seluruh ahli keluarga, tapi Am & Fina rupanya sudah buat pelan lain dengan kawan-kawan. Kononnya dah lama tak jumpa bla bla bla

Budak-budak zaman sekarang... *geleng kepala*

Walau bagaimanapun, disebabkan saya dah berniat dari awal, maka saya ajak juga mak, bapak & Eze ke Restoran Ayuthai di Taman Melawati. Alah, sedepa dari rumah, makan pun sedap. Tak perlu keluar jauh-jauh.

Kami tak pernah kecewa dengan Ayuthai. Masakan Thai yang sejati sememangnya boleh buat anda terkenang-kenang... sampai mengigau. Nak tahu bertapa authenticnya restoran ini, jenguk dapurnya. Dari tuan punya kedai hingga tukang masak hingga tukang buat air, semuanya bangsa Thai. Nasib baiklah anak tuan punya kedai fasih berbahasa Melayu. Kalau tk, jenuh juga kami main pung prang pung prang memesan makanan.  

Kalau anda rasa seperti mahu bertom-yam mantap, inilah tempatnya. 



Selain Tom Yam, cuba juga...

 
Tidak kelihatan dalam gambar adalah Ayam Pandan dan Jus Tembikai. Oh, dan nasi tambah untuk mak & eze. Hehe.


Paling best, anda boleh juga buat tempahan sebelum ke sana (untuk mengelakkan tragedi meja penuh). Nak info, lihat lembar Myspace mereka.



Edisi Tiga: Nine Goddess & Teh Tarik
Lima hari kami di Pulau Pinang, lima-lima hari hujan turun. Macam pesta hujan pula. Jalan ke Balik Pulau hampir-hampir ditutup kerana tanah runtuh yang tak sudah-sudah. Banyak rumah dan sawah yang banjir. Dengar kata ombak kuat berdentum di pantai. Tapi rasanya tak ada berita bot karam. Alhamdulillah.

Disebabkan hujang lebat ya amat, kami tak ke mana hinggalah Syawal ke-dua. Saya tak sempat mengetik gambar rumah-rumah dan sawah yang dilimpahi air, yang dapat cuma gambar sungai di belakang rumah Tok. 


Bayangkan, jarak sungai dengan perkarangan rumah ada lah dalam 2.5 meter. Kami tunggu masa sahaja ia melimpah, tapi alhamdulillah ia tak terjadi. Kadar air sungai konsisten setinggi itu selama 2 setengah hari. 

Sekali sekala nampak biawak di bawa arus. Macam orang main slide di Sunway Lagoon. Wheee!  

Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini tiba dengan tenang dan bersahaja. 
Walau kami tak berkesempatan ke pusara ahli keluarga (kekecewaan yang amat), namun peluang berkumpul bersama kebanyakan saudara-mara cukup bernilai.  

Dan alhamdulillah, Tok sudah beransur sihat. 
Walau masih lemah, suaranya sudah boleh bikin gamat satu rumah semula  :)


Edisi Tiga Suku: Nak Laksaaaaa!!!!!
Tahun ini Mak Chaq sudah buat keputusan awal-awal: mahu hidangkan Mee Kari di pagi Raya.

Apa, tak ada laksa??!

Tak ada. 
Sampai sudah saya kempunan laksa.

Terbayang-bayang laksa Pokok Janggus di Kampung Perlis. Ish, lima minit sahaja dari rumah Tok, tapi tutup sebab Raya!

No laksa = No Raya!
Sentappppp!!!


(trivia: Janggus (sebutannya Jangguih) adalah bahasa utara untuk gajus.)