Pages

yang best & tak best bulan ni

Thursday, September 04, 2008

Yang best:

Semalam, di pasar Ramadhan Seksyen 14, Petaling Jaya. 
Dari jauh saya ternampak seorang lelaki yang mirip muka abang penyair saya. Dia asyik betul berborak dengan kawannya, dan sekali sekali tangannya membetulkan rambut panjangnya yang berikat malas.
Sambil senyum sorang-sorang, saya fikir "Wuih, lebih kurang sama! Rambut, mata, gaya... Adakah ini petanda?" 

Ketika kami berselisih, tiba-tiba dia memandang saya, kemudian berkata "Hi awak,"
senyum, dan berlalu.

Gila!
Itu memang petanda.
Senyum saya bersambung sampai ke lepas buka puasa.


Yang Tak Best:
Lampu merah dah on.
Potong betul.


7 comments:

My name starts with M said...

wah!! bes weh!!

hi awak! ;)

roxychick said...

sapa tu uolsss.....??

*wink! wink!*

Nikolaevna said...

ko kenal x lelaki tu? =P

azyze gomez said...

Cik M:
he he he itulah

ko tengok Evan almighty tak?
Dia cakap One Act of Random Kindness adalah cara kita mengubah dunia. Kiranya random act of kindness jejaka itu menceriakan aku hingga tak bengang langsung LRT slow semalam.

;)



Cik R& Cik Niko:
no idea sapa

:)

school of thoughts said...

hayohh... Elle, bestnya perasan ditegur sorg lelaki. nak2 pulak, lelaki tu mirip yang kita admire bangat... aiseh... "tetiba lepas tu, awan berarak mengiringi perjalanan eli ke LRT. tetiba eli terus diberikan tempat duduk. tetiba semua org senyum pada eli..."

My name starts with M said...

evan almighty? ke bruce almighty? mcm tgk salah satu tak ingat yg mane...

random act of kindness indeed!! hihi

azyze gomez said...

aida:
maaf, aku berdiri sepanjang perjalanan balik. lrt slow pulak tu.
tapi bulan puasa kita tak patut merungut.
lagipun hati senang, nak merungut ape ;)


Mas:
evan almighty... the acronym of it jadik ARK. masa god cakap ngan dia bawah pokok, masa ending.