Pages

Tumpang tinggal di bumi Mu

Friday, September 26, 2008


Tahun lepas, saya memasang niat untuk memohon ampun dan bermaaf-maafan dengan mereka yang benar-benar perlu saya pohon dan memohon. Saya sedikit mencemuh mereka yang mangambil ringan soal pohon ampun zahir dan batin, seolah Aidilfitri sebuah syarikat komersil dan "Mohon maaf zahir dan batin" adalah tagline busuk yang ditonyoh-tonyoh ke muka kita tiap kali Syawal tiba. 

Kamu tahu, macam tagline kopi tempatan tu, "Mai Secawan." Awalnya memang gimik pemasaran yang bagus, tapi bila dah diulang-ulang-ulang dan diungkap oleh orang entah apa-apa (apatah lagi konotasi kekampungannya) menyebabkan kita jadi mual dan naik menyampah pula. 

(Trivia: Kalau anda mahu tahu, ada golongan muda yang menggunakan tagline tersebut sebagai kata kunci untuk perkhidmatan seks. Tidakkah horror?)

Kalau kamu bukan seseorang yang mengenali diri saya secara peribadi, mana mungkin saya pernah melakukan sesuatu pada zahir kamu? Dan jika kita sekadar mengetik kekunci komputer unutk berkomunikasi sekali sekala, ataupun sekadar senyum bila selisih jalan, maka ada mungkinkah saya pernah melukakan batin anda?

Kemungkinan besar tidak.

Sebab itu saya agak kurang suka menggunakan frasa 'maaf zahir dan batin' di Aidilfitri.   


Namun, setahun banyak merubah seseorang.
Pejam celik, kita sedar rupanya pendirian kita bertukar sedikit demi sedikit mengikut putaran kalendar.

Setahun bunyinya macam lama, tapi sungguh sekejap bagi kita yang sentiasa mengejar tawaran dunia. Kadang-kadang kesesakan hidup buat kita lupa akan janji dan pendirian kita terhadap janji ibadah yang diucapkan dahulu.

Saya sedar, saya sebenarnya tidak mampu mengucap maaf secara langsung kepada semua yang dimaksudkan. Jarak, masa, dan adakalanya malu serta ego menghalang saya dari melunaskan janji kepada diri sendiri.

Dan baru tersedar, mungkin ada yang telah saya lukai dalam diam, dan saya jadi takut jika luka itu bertukar menjadi kurap yang bakal memerit saya di akhirat kelak. 

Jadi, sempena Syawal 1429 yang bakal menjelang ini,
secara ikhlas dan tulus, 
saya dengan serendah diri memohon keampunan atas sebarang tindakan, kata mahupun anjuran yang mungkin telah melukakan hati  dan mengguris perasaan anda. 

Ketahuilah, jika ada kejadian kurang manis antara saya dengan anda, sesungguhnya saya tidak bermaksud untuk berbuat sedemikin.

Dan jika sakit hati itu terhasil dari tindakan yang saya sengajakan, maka percayalah yang saya cukup malu dengan perbuatan itu dan menyesalinya.

Jika ada diantara anda yang tidak pernah terasa atas tindakan anda, maka saya pohon maaf juga, sekiranya saya melukakan anda di masa hadapan kelak. Lidah acerbic ini adakalanya mendahului akal yang lebih berhati-hati.

Selamat menyambut kedatangan Aidilfitri, dan semoga anda beraih kegembiran sepanjang sambutannya.

Salam Syawal, 
Ely Azyze.


4 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

takpe, aku dah maafkan pun.

i am forgiving like that.

heh.

roxychick said...

adoi.. peremps kat atas ni tak habeh2..

anyway els, happy celebrating to u..

My name starts with M said...

it takes a great man to apologize... and an equally great person to accept the apology...

(ok tu curik kata2 seorang writer di Sunday's NST hehe)

aku pun mintak maaf for everything and aku maafkan kau. kita adalah manusia yang hebat! hehe

keep on writing! selamat ari raye ely!

azyze gomez said...

PMS, Roxy, Mas:

Terima kasih.
Selamat hari raya to you too :)