Pages

Salam ramadhan

Wednesday, September 03, 2008


Assalamualaikum...
gitu.

Pertama sekali, selamat menjalani ibadah puasa. Hari ini sudah masuk hari ketiga, dan alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar. Harapnya perut kita semua tidaklah meragam lebih-lebih tahun ini. 

Tahun ini harapan saya kembali tinggi, insyaallah lengkaplah puasa Ramadhan ini (oh lampu merah, janganlah kau menyala bulan ini!). Saya pernah berjaya puasa penuh dua tahun lepas, oh- ianya bagai satu euphoria kekal. Orang lelaki mungkin tidak faham kerana mereka kan wajib puasa penuh, tapi all my girls get me lah kan...

Ramadhan ini juga saya dah berazam untuk lebih tahan hati dan kental jiwa. 
Cubalah tak nak marah-marah sangat, gelak banyak-banyak sangat, borak banyak-banyak sangat dan melewah tak pasal-pasal. 

Insyallah tiada baju raya tahun ini. Saya akan cuba menyekang segala nafsu serakah yang bercambah kepala setiap kali lalu di depan kedai baju dan kasut kegemaran saya. Semenjak dua menjak ini saya dah pandai beli baju macam beli karipap. Saya rasa saya tiba-tiba dah hampir jadi shopaholic. Masyaallah, nasib baik saya bukan jenis yang berjenama. Jika tidak, ada kemungkinan saya boleh jatuh pokai saat masuk hari ketiga setiap bulan baru. Baru makan pasir betul. Tahun ini, saya bertekad gunakan duit baju sebagai duit buat kuih dan rumah terbuka nanti. Merasalah Eze gentel kuih pagi petang siang malam. Alah, buli ada hasil, tak apa...

Sekali lagi, salam ramadhan buat semua.
Kawan-kawan, kita berbuka sama bulan ini ya? 
Kang calling-calling untuk kita tentuan tarikh. The calendar is filling fast so siapa cepat, dia dapatlah berbuka dengan saya...
*poyo tapi relakan sahaja*

Selamat!






9 comments:

My name starts with M said...

hahhah calendar is filling fast y'all!

aku pun takde baju raya tahun ni... kot

ko buat open house????? nak giiiiii... nak menjemput diri sendiri bleh? :P

Cik Puan Muda Stress said...

jom lah berbuka sama.

ajak jiran sebelah meja kau tu sekali. aku kesian kat dia asyik sakit hati dengan aku.

:P

Nikolaevna said...

hey selamat berpuasa ely.

err bile ko free? :P

-radz

yayaheska said...

wah..u dh kalas kan kak nasha ehk :p first week terpaksa merengek la elly..lapa..hehe..i pun xde baju lagi ni..how la wei..sabar je...arini dgn demam lagi..mungkin xnak kasik i gi class lah ;) hehe..Salam Ramadhan ya?

mizzy N said...

wei taulah 'galmer'. siap umum penuh kalendar plak. Ok aku booking ko dlm minggu ni atau minggu depan.

mizzy N said...

oops 'glamer'

azyze gomez said...

Mas:
slamat pose.
yep, open house insyaallah dalam perancangan tahun ni. and of course you can come, why not? once dah confirm the date etc aku bagitau ko okay? :)

Cik PMS:
mak beranak sorang tu belum revert lagi kat i, so once dia dah confirm, aku ti-tot ko orait. weekdays ko okay ke?

Radz:
let's do weekdays lah ek? i leave the office at 5pm, so perhaps we can meet halfway ke... or suggest lah mana2.

Yaya:
Kalahkan Nasha pebende.. I'm making a point to spend at least half of this year's berbuka with my family, pasal boleh sambung terawih sekali kat masjid.

So tinggal 15 hari je la (15 hari burn la terawih). kawan opis lagi, kawan skolah, kawan uitm, kawan diploma, kawan camp, kawan segalanya lah... mau tak penuh?

slamat puasa jugak :)

mizzy n:
ok bebeh. next week aku line clear except khamis. ko ok ke? get back to me on your preferred date and location, ek?

Selamat pose gak!

roxychick said...

haha!

sakit hati ke?
buat apala mak nak sakit hati kat uols... kenal uols pon tidak..

haha!

haha!

haha!

haha!

haha!

hah!

school of thoughts said...

babe elle ku sayang...
So, pick the date honey! Insya Allah, jika aku belum mula berpantang, aku akan join, meskipun makan tak byk...