Pages

Apa koreanya, i pun tak tahu

Friday, September 12, 2008

Dah bertahun-tahun saya asyik kata nak cuba makan barbeku Korea, tapi tak pernah pun betul-betul buat komitmen. Dari Seoul Bulgogi baru bertapak kat Malaysia sampailah dah tukar nama dan ada banyak cawangan. 

Akhirnya saya diajak berbuka puasa di Seoul Garden Plaza Pantai oleh Mar & Tasha. 

Kalau ikutkan, saya memang tak sesuai di bawa ke buffet kerana saya memang tak boleh makan banyak dalam momentum yang dinamik. Kalau nak tengok saya makan banyak, lihat bila saya makan lepak-lepak bersama kawan-kawan, atau di rumah. 

Buffet buat saya rasa tertekan. Suasana sibuk dengan orang berpusu-pusu merebut makanan seperti takkan dapat makan lagi 100 tahun buat saya rasa sesak nafas... semacam enochlophobia, tapi tak sepenuhnya. Jadi rugilah kerana di buffet makanannya begitu variasi dan melimpah ruah. 

Berbuka bersama Mar & Tasha, kami lebih berborak dan bergelak ketawa dari makan. Belum masuk pukul 8, kami sudah kenyang. Macam ayat Mar  "Kalau ye pun tak payah la buat muka kenyang mengah.."

Meja depan dan belakang kami, masyaalah, punyalah banyak makanan! Lepas selesai makan, kami duduk memerhati orang kiri dan kanan terus bangun mengambil hidangan... dan bangun dan ambil dan makan... dan mereka terus bangun dan ambil dan bakar dan makan...

Kami cuma mampu pandang.

Okay, makanan di Seoul Garden boleh tahan lah.
Rasanya stimbot di Nelayan sedap lagi, tapi ah, tak kisah lah. Main bakar-bakar daging dan celup2 kangkung pun best juga.

Jika anda terasa seperti mahu mengadakan sesi lepak gelak-gelak dan makan buffet secara santai, inilah tempatnya. Cuma anda perlu tiba sedikit awal dari peak hours agar anda tidak tersekat dalam kumpulan orang-orang kiasu yang ebok merebut makanan.
Jika anda mahu berbuffet untuk makan semata-mata dan bukan untuk agenda sampingan, maka mungkin tempat lain lebih sesuai untuk anda.  

(gambar dari henpon yang sudah mahu kaput = kualiti hanjeng)





Percaya atau tidak, 
keesokan harinya saya ke Seoul Garden sekali lagi.
Nick pulang dari Filipina untuk menyambut Pesta Kuih Bulan dengan keluarganya, jadi saya, Kak R dan Kak P bawa dia keluar makan. Tanda terima kasih kami kerana sudi sediakan tempat menginap dan kenderaan kami ketika kami di sana tempohari. 

Round ke-dua : tiada nasi.
Nasi lah penyebab kami cepat kenyang semalamnya, jadi saya beritahu mereka kita belasah lauk dahulu. Everyone was happy to oblige dan taktik saya ternyata berkesan!

Berbaloilah RM40 setiap seorang. Nick sampai bersandar kekenyangan. Kak P hampir jatuh kerusi akibat pura-pura terkulai kenyang. 

"Ni ada lagi sekor udang dan dua keping daging bakar tak termakan ni! Cemana? Kena bayar kan?" tanya Kak P.

Seorang pun tak mahu makan lagi. Seko-seko dah tahap sengkak, tengok daging sekeping pun tak sanggup. Nick tak boleh nak dipaksa, dia tak makan daging.

Akhirnya saya mengalah. "Meh, give it to me... I know what to do..."

.
.
.
.
sorok je bawah kulit-kulit udang nih!

Hehehe!


Saya sedar satu perkara ketika duduk makan bersama mereka.
The company you're with matters the most.
Kita mungkin berada di tempat paling bodoh, makan makanan paling hampeh tapi jika kita bersama orang yang ngam dengan kita (bonus jika they're our loved ones), maka makan apa pun sedap, pegi mana pun enjoy, buat apa pun best.

Begitulah yang saya rasa bila saya bersama geng Vouchers, Mar & Tash,  kawan-kawan X...
Bliss!






4 comments:

roxychick said...

lengkali amik gambar perut buncit nick...

burppp! (oops.. terkenyang lak.. kantoi tak puasa..)
=p

Cik Puan Muda Stress said...

ni usaha nak bakar aku supaya cepatkan RSVP rancangan berbuka ke ni?

My name starts with M said...

oh so agree :)

azyze gomez said...

Cik Roxy:
hampir-hampir nak ambik tapi dia malu
haha


Cik PMS:
Tau takpeeeeeee

Cik Mas:
hehe ;)