Pages

Al-fatihah

Monday, September 08, 2008


"A.Samad Ismail bukan sahaja seorang tokoh wartawan, beliau ialah kewartawanan itu sendiri."  
 - Malaysian Press Institute



Kita kehilangan seorang lagi lagenda, Tan Sri A. Samad Ismail yang menghembus nafas akhir beliau pada hari Khamis lalu.

Entah kenapa, saya rasa pemergiannya agak senyap, tak banyak yang bercerita mahupun mewar-warkan kehilangan lelaki ikon dunia kewartawanan ini. Ada kawan-kawan yang agak terkejut bila saya menyatakan tentang pemergian Pak Samad kepada mereka kelmarin. Lebih sedih, ada yang bertanya pula, A. Samad Ismail itu siapa. Aduh, kasihan beliau, saat kilaunya memudar tiada siapa yang peduli mengangkat nama dan jasa beliau ke mata umum. Dan kini...

Saya yakin bahawa bukan saya seorang sahaja yang merasakan bahawa pak Samad adalah antara watak utama dalam perkembangan literasi dan media negara.  Namun ya, mengapa seperti tidak diketahui umum? Mungkinkah itu permintaan ahli keluarganya? Atau mungkin warga alaf ini lupa keunggulan si pemain kata ini bila sudah dikaburi bakat muda dan karya-karya 'no-brainer pop culture' yang mudah dihadam, tapi tipis zat nya?


Mungkin ada kelebihannya - pemergian beliau tidak dijadikan satu sarkas media mahupun komuniti yang ingin mengambil kesempatan untuk ride-on demi menjual medium mereka. 


Terima kasih, Pak Samad.  
Semoga roh kamu dicucuri rahmat, dan ditempatkan diantara golongan yang mendapat keredhaanNya. 


Al-Fatihah...

4 comments:

Nikolaevna said...

ahh...pak samad.

i love him, even tho aku tak penah jumpa dia.

aku dengar all the wonderful things he did, whether in journalism atau pun utk kemerdekaan negara.

indeed his passing a national loss.

may his soul rest in Jannah.

alfatihah.

azyze gomez said...

Amin.

Aku mula baca tulisan dia dari gila2 masa kecik2 dulu. from the bergerak ke collections of his writing. tapi aku tak pernah la pulak nak berkobar mengenali dia a-z.
well, my lost lah jugak.

kau, bila lagi nak jadi ikon kewartawanan? ;)

Nikolaevna said...

erk..aku ikon kewartawanan? lama lagi tuh. aku ni lembab lagi wat story.

Cik Puan Muda Stress said...

al-fatihah..