Pages

Edisi Kenangan Silam #6

Sunday, September 28, 2008


Lihatlah apa yang saya jumpa di kedai runcit rumah kami ketika mencari lauk bersahur:


Wooh...
Sudah berzaman saya tak nampak jenama ini...
Tuala wanita pertama saya! Hahahaha!
Gila old school!



Dan yang ini:


Okey, saya belum perlu lagi, hihi!
(Packaging era awal 90-an sangat. Hazab...)

Tumpang tinggal di bumi Mu

Friday, September 26, 2008


Tahun lepas, saya memasang niat untuk memohon ampun dan bermaaf-maafan dengan mereka yang benar-benar perlu saya pohon dan memohon. Saya sedikit mencemuh mereka yang mangambil ringan soal pohon ampun zahir dan batin, seolah Aidilfitri sebuah syarikat komersil dan "Mohon maaf zahir dan batin" adalah tagline busuk yang ditonyoh-tonyoh ke muka kita tiap kali Syawal tiba. 

Kamu tahu, macam tagline kopi tempatan tu, "Mai Secawan." Awalnya memang gimik pemasaran yang bagus, tapi bila dah diulang-ulang-ulang dan diungkap oleh orang entah apa-apa (apatah lagi konotasi kekampungannya) menyebabkan kita jadi mual dan naik menyampah pula. 

(Trivia: Kalau anda mahu tahu, ada golongan muda yang menggunakan tagline tersebut sebagai kata kunci untuk perkhidmatan seks. Tidakkah horror?)

Kalau kamu bukan seseorang yang mengenali diri saya secara peribadi, mana mungkin saya pernah melakukan sesuatu pada zahir kamu? Dan jika kita sekadar mengetik kekunci komputer unutk berkomunikasi sekali sekala, ataupun sekadar senyum bila selisih jalan, maka ada mungkinkah saya pernah melukakan batin anda?

Kemungkinan besar tidak.

Sebab itu saya agak kurang suka menggunakan frasa 'maaf zahir dan batin' di Aidilfitri.   


Namun, setahun banyak merubah seseorang.
Pejam celik, kita sedar rupanya pendirian kita bertukar sedikit demi sedikit mengikut putaran kalendar.

Setahun bunyinya macam lama, tapi sungguh sekejap bagi kita yang sentiasa mengejar tawaran dunia. Kadang-kadang kesesakan hidup buat kita lupa akan janji dan pendirian kita terhadap janji ibadah yang diucapkan dahulu.

Saya sedar, saya sebenarnya tidak mampu mengucap maaf secara langsung kepada semua yang dimaksudkan. Jarak, masa, dan adakalanya malu serta ego menghalang saya dari melunaskan janji kepada diri sendiri.

Dan baru tersedar, mungkin ada yang telah saya lukai dalam diam, dan saya jadi takut jika luka itu bertukar menjadi kurap yang bakal memerit saya di akhirat kelak. 

Jadi, sempena Syawal 1429 yang bakal menjelang ini,
secara ikhlas dan tulus, 
saya dengan serendah diri memohon keampunan atas sebarang tindakan, kata mahupun anjuran yang mungkin telah melukakan hati  dan mengguris perasaan anda. 

Ketahuilah, jika ada kejadian kurang manis antara saya dengan anda, sesungguhnya saya tidak bermaksud untuk berbuat sedemikin.

Dan jika sakit hati itu terhasil dari tindakan yang saya sengajakan, maka percayalah yang saya cukup malu dengan perbuatan itu dan menyesalinya.

Jika ada diantara anda yang tidak pernah terasa atas tindakan anda, maka saya pohon maaf juga, sekiranya saya melukakan anda di masa hadapan kelak. Lidah acerbic ini adakalanya mendahului akal yang lebih berhati-hati.

Selamat menyambut kedatangan Aidilfitri, dan semoga anda beraih kegembiran sepanjang sambutannya.

Salam Syawal, 
Ely Azyze.


5 benda yang aku kena tag

Sunday, September 21, 2008

Saya di'tag' oleh Cik Nadhrah....


5 benda bermakna yang saya buat dalam bulan ini:
1. Buat terawih lebih dari tahun lepas 
2. Tahan nafsu perbelanjaan dan jimat duit
3. Cuba tidak membangkang mahupun mengeluh bila masuk bab kerja
4. Potong rambut menjadi pendek
5. Berjaya mengambil sikap "whatever, aku suka" dan tak terlalu fikir apa orang fikir tentang pakaian seharian saya ke pejabat dan lain lain (kejayaan yang sangat indah)

5 Benda yang saya asyik ulang siar
1. Gile ah!
2. Tak tahu la
3. Terkumat kamit nyanyi lagu Amy Winehouse
4. Masyaallah...
5. Dah nak beku dah nih

5 benda yang saya nak buang tapi tak buang2 gak@bagi kat orang lain
1. Baju-baju dari zaman sekolah rendah dan menengah yang sememangnya takde sesapa muat pakai
2. Majalah dan buku tulis serta nota-nota dari zaman sekolah dan universiti.
3. Baju kemeja kerja skema yang saya beli masa mula-mula masuk degree PR dulu. Sekarang hampir tiap-tiap hari pakai jeans dan tops gembira ria ke pejabat jadi ingatkan nak bagi Eze baju-baju tu. Dia pun dah selesai UIA, tengah cari kerja. 
4. Longgokan botol plastik depan rumah yang konon-konon Am nak jual kat recycling centre. Ada la setahun benda tu accumulate kat situ. 
5. Kasut... yang terkoyak la, yang tercabut hujung heels la, yang tapak berlubang la.. semuanya simpan konon2 nak hantar ke tukang kasut, tapi harammmmm tak berhantar.

5 benda yang saya cuak gila
1. Bila mengira kos yang perlu dikeluarkan untuk memasang kabinet dapur, dinding tepi dapur, almari-almari serta perpustakaan mini untuk rumah saya nanti (sempat ke aku kumpul duit ni???)
2. Bila saya dah sampai di depan pintu keluar dari stesen LRT, tiba-tiba season pass takde dalam poket. Perkara ni pernah terjadi, jadi saya memang fobia sikit.
3. Dah naik teksi tiba-tiba tak ada duit kertas. Terpaksa cepat-cepat kira duit sen. (Selalu terjadi di sekitar 19-23 haribulan)
4. Terkesan ejaan salah dalam bahan yang sudah dicetak. Baru-baru ini saya telah buat satu glaring mistake yang memang tak boleh diperbaiki lagi. Walaupun saya tak di maki boss (tapi kena tegur versi sindiran pedas), sampai sekarang saya dapat rasakan yang working evaluation saya bakal tercalar dasyat kerana insiden ini.   
5. Bila orang salah anggap. 

5 benda yg saya bangga gila dengan diri sendiri
1. Kebolehan saya bergaul dengan kawan-kawan yang betul-betul dari kampung dan kawan-kawan urban dengan mudah. Satu fakta yang turut dikagumi kawan-kawan lain (kata mereka lah)
2. Saya ada separa bakat dalam mencipta benda DIY
3. Saya berjaya melunaskan hasrat kerja dan berbakti dengan NGO, sekaligus ia beri kepuasan yang tak ternilai
4. Pengetahuan saya tentang muzik boleh dianggap above average lah.
5. 4 tahun berkerja sebagai DJ, satu impian yang saya anggap accomplishment hebat, biarpun ia mungkin tidaklah hebat sangat bagi orang lain. 

5 benda yang saya belum mampu buat
1. Hantar mak bapak pergi haji
2. Masuk kelas untuk memperbaiki skil saya. Niat banyak... program berenang profesional, menjahit, penulisan kreatif dan skrip...
3. Pakai baju kerja yang lojik selama seminggu berturut-turut
4. Bedah hidung untuk menyelesaikan masalah rhinitis resdung.
5. Pergi backpacking selama sebulan di negara asing.


Coz I ain't cho daddy, dat's why!

Saturday, September 20, 2008

"Fo' sho, I'mma do it fo' sho." - Bernie Mac

Entah kenapa, 
saya rasa sangat sedih bila Bernie Mac menemui ajalnya.

Dan sampai hari ini, rasanya saya masih belum betul-betul terima kenyataan itu.

Encik Bernard Jeffrey McCullough, lawak-lawak kamu berjaya meninggal kesan di hati saya.
Rest in peace, Encik. 

norma jeane baker

Friday, September 19, 2008



kejelitaannya tak boleh disangkal.
timeless.

I don't got no 70 days

Wednesday, September 17, 2008

Ini adalah salah satu persembahan Amy Winehouse yang saya gemari. 
Lihat Amy dalam tubuh semuda 19 tahun, dan bertapa muziknya telus...
seorang penyanyi yang segar tanpa sepalit lumpur glamor dan kelodak dunia hiburan.
kali pertama menonton klip ini, bulu roma saya meremang..




dan lihat pula amy sekarang...
seperti menonton penyamar gred B...
hadoi...







Oh Amy, 

"kau memang perlu pegi Rehab, you better go, go go...."

Dolly chomel!

Lihat, lihat!

Lihat apa yang menanti saya bila pulang semula ke pejabat semalam...

My Own Azyze RSS Dolly!

Comel kan? Thanks to Roxychick, dia dengan murah hatinya pi order the Emila RSS Dollies untuk some of her blogging friends, me inculded!

It's quite cool to see Emila's version, though not exactly accurate (my hair's actually curly), tapi ada lah rambut tocang senget sebelah tu, my square spectacles, flat shoes... and amazingly dia tau my current favourite colour, apple green & turqoise! Oh kejap, my blog header uses those colours... heh :)

I'm shitty at drawing stuff up (apatah lagi doing digital versions of me), tapi since I just cut my hair, rasanya kenapa tidak bubuh dolly dengan rupa terkini saya... err...

first of all, 
saya selalu tandatangan kad atau surat dengan satu karikatur malas saya sendiri:


Jadi jika saya aplikasikan rupa saya ini menjadi versi dolly Emila, ianya akan berupa...
kejap eh... saya cuba lukis balik...

amacam, sama tak?
  ;P


Pergi jua...

Tuesday, September 16, 2008

Hamzah Bin Abdul Daim
1932 - 2008


TokWan Jah saya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4 pagi, hari Isnin, 15 September 2008.

Saya dan mak bergegas pulang ke Pulau Pinang. Alhamdulillah ada tiket bas. Walaupun arwah dikhabarkan akan dikebumikan selepas Zuhur dan mungkin kami tak sempat menatap TokWan Jah buat kali terakhir, kami rasa ralat jika tidak pulang. Biarlah tak sempat melihat jenazah, janji kami sampai dan dapat melutut di pusara arwah, bersedekah doa dan bersama berkongsi takziah dengan ahli keluarga lain. 

Allah Maha Besar. 

Saat menghampiri Jambatan Pulau Pinang, Uncle Jit menelefon emak. Dia menanti kami di Perhentian Bas Sungai Nibong dengan berita : TokWan Jah akan dikebumikan selepas Asar.

Isteri arwah, TokCik Hasnah berkeras mereka tunggu emak dan saya pulang. Katanya "Nanti, kita tunggu anak penakan dia dari KL balik sat. Dia mesti mau jumpa."

Sebak saya dan mak sememangnya tak dapat digambarkan. Memang kami sungguh rapat dengan TokWan Jah. In fact, TokWan Jah was the closest I ever got to having a grandfather. Both my mak & bapak's father died long ago, and TokWan Jah was a great substitute. To think again, forget substitute, he was the real thing. 

There he was, lying on a portable bed with a thin piece of white fabric covering his face. His orifices had been filled with cotton yet it didn't make him look dead. He actually looked like he was sleeping.  I've seen my share of funerals before and almost all of the arwahs had ashen faces, whilst TokWan Jah's was very serene and, as weird as it may sound, alive. 

Setiap kali terpandang wajah arwah, mata saya mesti merayap ke dada, kalau-kalau ada nafas. Rasa macam bila-bila masa sahaja dia akan tersedak dan bangun. Wishful thinking, tapi hakikatnya dia memang kelihatan tenang, bersih dan sihat. Mungkin itu kurniaan Allah atas segala kebaikan yang beliau lakukan semasa beliau hidup.

Arwah seorang lelaki yang cukup baik. Selama 26 tahun saya mengenali beliau, tidak pernah sekalipun beliau marah-marah atau berada dalam mood yang kurang menyenangkan. Bunyi macam tak logik kerana mana ada manusia yang tak pernah marah, tapi hakikatnya begitulah... arwah was one of the kindest person I have ever met in my life. Arwah never had a bad thing to say about others, was always caring and loving towards all his nieces & nephews and grandchildren and always had one or two words of wisdom to share.

Beliau sentiasa berbesar hati untuk menerima kami sekeluarga setiap kali kami melawat beliau. Biarpun beliau dan isteri kerjanya tidak seberapa, tetapi tidak pernah sekali mereka gagal menyaji kami bila kami ke sana. Biarpun sekadar kari dan roti, tapi sifat besar hati arwah dan keluarganya yang buat kami rasa cukup terharu. Yang paling ketara, setiap kali kami hendak pulang dari melawat beliau, arwah selalu berpesan

"Jaga diri baik-baik, jaga mak dan bapak. Jangan tak dengaq cakap depa tau. Sayang depa dan hormat depa

and he'd always capped it off with

"TokWan Jah sayang hangpa sangat-sangat."

And to think that we're only his grandnephew & nieces...


Sukar untuk saya ungkapkan perasaan saya sekarang... susah nak dilafazkan.. mungkin kerana pemergian beliau masih sukar untuk saya terima sepenuhnya.
Saya redha, tapi... itulah, hati kita adakalanya melawan akal dan logik fikiran... 
saya seolah masih mengharap TokWan Jah menanti kami bila kami pulang berhari raya kelak...

Subahanallah...

Hari Raya ini tentu pudar berbanding sebelumnya...kerana TokWan Jah sudah tiada.





Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau, dan moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keredhaanNya. 

Al-fatihah...

Apa koreanya, i pun tak tahu

Friday, September 12, 2008

Dah bertahun-tahun saya asyik kata nak cuba makan barbeku Korea, tapi tak pernah pun betul-betul buat komitmen. Dari Seoul Bulgogi baru bertapak kat Malaysia sampailah dah tukar nama dan ada banyak cawangan. 

Akhirnya saya diajak berbuka puasa di Seoul Garden Plaza Pantai oleh Mar & Tasha. 

Kalau ikutkan, saya memang tak sesuai di bawa ke buffet kerana saya memang tak boleh makan banyak dalam momentum yang dinamik. Kalau nak tengok saya makan banyak, lihat bila saya makan lepak-lepak bersama kawan-kawan, atau di rumah. 

Buffet buat saya rasa tertekan. Suasana sibuk dengan orang berpusu-pusu merebut makanan seperti takkan dapat makan lagi 100 tahun buat saya rasa sesak nafas... semacam enochlophobia, tapi tak sepenuhnya. Jadi rugilah kerana di buffet makanannya begitu variasi dan melimpah ruah. 

Berbuka bersama Mar & Tasha, kami lebih berborak dan bergelak ketawa dari makan. Belum masuk pukul 8, kami sudah kenyang. Macam ayat Mar  "Kalau ye pun tak payah la buat muka kenyang mengah.."

Meja depan dan belakang kami, masyaalah, punyalah banyak makanan! Lepas selesai makan, kami duduk memerhati orang kiri dan kanan terus bangun mengambil hidangan... dan bangun dan ambil dan makan... dan mereka terus bangun dan ambil dan bakar dan makan...

Kami cuma mampu pandang.

Okay, makanan di Seoul Garden boleh tahan lah.
Rasanya stimbot di Nelayan sedap lagi, tapi ah, tak kisah lah. Main bakar-bakar daging dan celup2 kangkung pun best juga.

Jika anda terasa seperti mahu mengadakan sesi lepak gelak-gelak dan makan buffet secara santai, inilah tempatnya. Cuma anda perlu tiba sedikit awal dari peak hours agar anda tidak tersekat dalam kumpulan orang-orang kiasu yang ebok merebut makanan.
Jika anda mahu berbuffet untuk makan semata-mata dan bukan untuk agenda sampingan, maka mungkin tempat lain lebih sesuai untuk anda.  

(gambar dari henpon yang sudah mahu kaput = kualiti hanjeng)





Percaya atau tidak, 
keesokan harinya saya ke Seoul Garden sekali lagi.
Nick pulang dari Filipina untuk menyambut Pesta Kuih Bulan dengan keluarganya, jadi saya, Kak R dan Kak P bawa dia keluar makan. Tanda terima kasih kami kerana sudi sediakan tempat menginap dan kenderaan kami ketika kami di sana tempohari. 

Round ke-dua : tiada nasi.
Nasi lah penyebab kami cepat kenyang semalamnya, jadi saya beritahu mereka kita belasah lauk dahulu. Everyone was happy to oblige dan taktik saya ternyata berkesan!

Berbaloilah RM40 setiap seorang. Nick sampai bersandar kekenyangan. Kak P hampir jatuh kerusi akibat pura-pura terkulai kenyang. 

"Ni ada lagi sekor udang dan dua keping daging bakar tak termakan ni! Cemana? Kena bayar kan?" tanya Kak P.

Seorang pun tak mahu makan lagi. Seko-seko dah tahap sengkak, tengok daging sekeping pun tak sanggup. Nick tak boleh nak dipaksa, dia tak makan daging.

Akhirnya saya mengalah. "Meh, give it to me... I know what to do..."

.
.
.
.
sorok je bawah kulit-kulit udang nih!

Hehehe!


Saya sedar satu perkara ketika duduk makan bersama mereka.
The company you're with matters the most.
Kita mungkin berada di tempat paling bodoh, makan makanan paling hampeh tapi jika kita bersama orang yang ngam dengan kita (bonus jika they're our loved ones), maka makan apa pun sedap, pegi mana pun enjoy, buat apa pun best.

Begitulah yang saya rasa bila saya bersama geng Vouchers, Mar & Tash,  kawan-kawan X...
Bliss!






Al-fatihah

Monday, September 08, 2008


"A.Samad Ismail bukan sahaja seorang tokoh wartawan, beliau ialah kewartawanan itu sendiri."  
 - Malaysian Press Institute



Kita kehilangan seorang lagi lagenda, Tan Sri A. Samad Ismail yang menghembus nafas akhir beliau pada hari Khamis lalu.

Entah kenapa, saya rasa pemergiannya agak senyap, tak banyak yang bercerita mahupun mewar-warkan kehilangan lelaki ikon dunia kewartawanan ini. Ada kawan-kawan yang agak terkejut bila saya menyatakan tentang pemergian Pak Samad kepada mereka kelmarin. Lebih sedih, ada yang bertanya pula, A. Samad Ismail itu siapa. Aduh, kasihan beliau, saat kilaunya memudar tiada siapa yang peduli mengangkat nama dan jasa beliau ke mata umum. Dan kini...

Saya yakin bahawa bukan saya seorang sahaja yang merasakan bahawa pak Samad adalah antara watak utama dalam perkembangan literasi dan media negara.  Namun ya, mengapa seperti tidak diketahui umum? Mungkinkah itu permintaan ahli keluarganya? Atau mungkin warga alaf ini lupa keunggulan si pemain kata ini bila sudah dikaburi bakat muda dan karya-karya 'no-brainer pop culture' yang mudah dihadam, tapi tipis zat nya?


Mungkin ada kelebihannya - pemergian beliau tidak dijadikan satu sarkas media mahupun komuniti yang ingin mengambil kesempatan untuk ride-on demi menjual medium mereka. 


Terima kasih, Pak Samad.  
Semoga roh kamu dicucuri rahmat, dan ditempatkan diantara golongan yang mendapat keredhaanNya. 


Al-Fatihah...

yang best & tak best bulan ni

Thursday, September 04, 2008

Yang best:

Semalam, di pasar Ramadhan Seksyen 14, Petaling Jaya. 
Dari jauh saya ternampak seorang lelaki yang mirip muka abang penyair saya. Dia asyik betul berborak dengan kawannya, dan sekali sekali tangannya membetulkan rambut panjangnya yang berikat malas.
Sambil senyum sorang-sorang, saya fikir "Wuih, lebih kurang sama! Rambut, mata, gaya... Adakah ini petanda?" 

Ketika kami berselisih, tiba-tiba dia memandang saya, kemudian berkata "Hi awak,"
senyum, dan berlalu.

Gila!
Itu memang petanda.
Senyum saya bersambung sampai ke lepas buka puasa.


Yang Tak Best:
Lampu merah dah on.
Potong betul.


Salam ramadhan

Wednesday, September 03, 2008


Assalamualaikum...
gitu.

Pertama sekali, selamat menjalani ibadah puasa. Hari ini sudah masuk hari ketiga, dan alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar. Harapnya perut kita semua tidaklah meragam lebih-lebih tahun ini. 

Tahun ini harapan saya kembali tinggi, insyaallah lengkaplah puasa Ramadhan ini (oh lampu merah, janganlah kau menyala bulan ini!). Saya pernah berjaya puasa penuh dua tahun lepas, oh- ianya bagai satu euphoria kekal. Orang lelaki mungkin tidak faham kerana mereka kan wajib puasa penuh, tapi all my girls get me lah kan...

Ramadhan ini juga saya dah berazam untuk lebih tahan hati dan kental jiwa. 
Cubalah tak nak marah-marah sangat, gelak banyak-banyak sangat, borak banyak-banyak sangat dan melewah tak pasal-pasal. 

Insyallah tiada baju raya tahun ini. Saya akan cuba menyekang segala nafsu serakah yang bercambah kepala setiap kali lalu di depan kedai baju dan kasut kegemaran saya. Semenjak dua menjak ini saya dah pandai beli baju macam beli karipap. Saya rasa saya tiba-tiba dah hampir jadi shopaholic. Masyaallah, nasib baik saya bukan jenis yang berjenama. Jika tidak, ada kemungkinan saya boleh jatuh pokai saat masuk hari ketiga setiap bulan baru. Baru makan pasir betul. Tahun ini, saya bertekad gunakan duit baju sebagai duit buat kuih dan rumah terbuka nanti. Merasalah Eze gentel kuih pagi petang siang malam. Alah, buli ada hasil, tak apa...

Sekali lagi, salam ramadhan buat semua.
Kawan-kawan, kita berbuka sama bulan ini ya? 
Kang calling-calling untuk kita tentuan tarikh. The calendar is filling fast so siapa cepat, dia dapatlah berbuka dengan saya...
*poyo tapi relakan sahaja*

Selamat!