Pages

tolong terangkan jalanku

Wednesday, August 06, 2008

Tok circa Raya 2007. Masa ni belum sakit lagi.


"Yana, la ni tok tinggai kulit dengan tulang saja ni... bila tok nak gemok balik ni..." 



Tok sudah 82 tahun. Jantungnya sudah mula main-main dengannya.
Baru-baru ini adik beradik bapa saya pulang ke kampung, bawa dia ke hospital pakar. 
Kata doktor.... 

"If she's younger and stronger, our standard procedure would be to get a donor and do a transplant, asap. But she's already 82, and there's nothing we can do. The best thing you can do is to... well.... make her comfortable." 

Umur tok sama dengan Che Det. Tapi Che Det berani ambil risiko dengan pembedahan jantungnya. Tapi Che Det juga nampak lebih sihat dari tok. Dan Che Det juga ada ratusan ribu ringgit untuk dibelanjakan bagi ubat-ubatan jika prosedur pembedahan tak berkesan.  

Tok tak tahu kondisi kesihatannya. Doktor di hospital swasta tersebut pandai ambil hatinya. Dia fikir dia cuma sakit tua  biasa. Kami cuba selesakan dia seboleh mungkin. Tak beritahu dia kondisi kesihatannya - untuk apa risaukan dia lagi. 

Sekarang ini kami cuba berikan rawatan terbaik kepada tok selagi termampu. Kami tak mahu fikir tentang tempoh hidup matinya. Ajal itu di tangan tuhan, dan kami semampunya berdoa agar dia memudahkan perjalanan hidup tok selagi beliau hidup.  

Kami cuba tidak bersedih. Bila kami buat kelakar, ketawa dan pura-pura macam biasa, dia pun gembira. Biar dia habiskan sisa hidupnya (kami berharap ianya panjang lagi) dengan penuh keceriaan, walaupun kami cukup takut kehilangannya. 


Saya cukup kasihan melihat MakSu dan bapa saya. Saya sendiri pun tak dapat menahan tangisan ketika tahu tentang keadaan tok... jadi saya tak mampu nak membayangkan luka di hati mereka... 

Semoga tok cepat sembuh hendaknya, insyaallah.  
   
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, 
tolonglah tenangkan hati aku. Kau terangkanlah cahayaMu pada jalan hitam kelibut yang sedang aku lalui ini, moga aku dapat jumpa arah yang tepat untuk-Ku. 

Kau tabahkanlah hati orang-orang yang aku sayangi agar mereka dapat menempuhi dugaan yang bakal melanda tanpa sebarang bencana besar. Kuatkan hati bapak, mak dan makcik-pakcik aku agar mereka boleh menerima segala yang mungkin berlaku sebagai kadha dan kadar.  Biarlah mereka bersedia untuk menerima kehilangan wanita yang mereka cintai, walau seperit manapun pemergiannya nanti. 

Dan jika kau sudah tentukan masanya untuk pergi bukan sekarang, kau sembuhkanlah dirinya dari siksaan yang dilaluinya sekarang. 

Sesungguhnya hanya kaulah yang maha pengasih, maha pemurah lagi maha menyayangi. 

Amin.