Pages

Something something yang belum jadi lagi

Tuesday, August 12, 2008


Dabi beritahu saya yang dia sedang sibuk rancang satu projek besar yang bakal kasi gegar satu Malaya. Kalau tidak se-Malaya pun, setidaknya ia akan bikin orang rasa kagum dan bangga, biarpun dia jadi konspirator dan bukan si peraih lampu sorot kelak. 

"Tapi rahsia. Kau hanya akan tahu bila ia dah jadi nanti," katanya lagi.

Lepas itu dia hilang terus. Sudah dua minggu saya tidak nampak dia. 
Mungkin sebab saya terlalu sibuk dengan kerja hingga saya tak punya masa untuk berfikir, apatah lagi meluang masa dengan sesiapa.

Puas saya fikir tentang rahsia besarnya itu. 
Apa saja yang dirancang tu?
Saya sendiri keliru.
Bagaimana Dabi mahu jalankan rancangannya itu jika saya sendiri tidak tahu apa rancangan yang dikatakannya tu?

Bolehkan badan buat kerja jika minda tak signal dulu?

Hayo.
Dah lama sangat saya jadi hermit ni.
Perlu keluar dan mula jenguk dunia sekeliling.

Mana aiskerim hipnosis kau tu, Dabi? Bak aku sebatang.
Untung-untung aku boleh nampak bintang.