Pages

Masyallah... kau ado?

Wednesday, August 13, 2008

Woh.
Keajaiban baru berlaku.

Kawan saya, M,  beriya-iya mahu jumpa saya. Ada surprise, katanya. 
Jadi saya jumpalah dia.

Dari jauh dia dah melambai-lambai. Cepat sikit, signal mulutnya.
Hmm, meja nampak kosong sahaja. Dia pun berlenggang sahaja.
Apa surprisenya?

"Woi, kau nak kawen eh?"

Celaka, dengusnya walau muka masih tersenyum lebar macam kulit manggis bila kena tekan kuat. Menyampah pun ada tengok senyum kambingnya tu, tapi sebab nak tahu surprisenya saya teruskan jua. 

Saya duduk di atas kerusi aluminium. Order teh o suam kurang manis satu.
Makan tak mahu.
Sisip beg tangan di atas kerusi di sebelah. 

"Apa dia yang tak sabar-sabar nak jumpa ni?"

"Haaaa........ bila kau dah dapat nanti, kau akan berterima kasih tak terhingga dekat aku," katanya sambil mengeluarkan dompet dari poket belakang seluar jeans lusuhnya. "Kau kena belanja aku makan ni."

Apa saja yang dikeluarkan tu...


Dia buka dompet. Diseluk-seluk. Entah apa yang dicari.
Resit-resit dikeluarkan. Sebentar kemudian duit kertas yang berkeronyok.

"Harap maaf, aku bukannya Finance Department. Ko nak claim resit-resit ko ni, lain tahun pun belum tentu aku nak bayar. Lawak ape ni?" saya geleng kepala. Dia memang selalu buat lawak bodoh. Potensi mencipta senda gurauan yang mengundang pisau rambo menusuk perut amat tinggi. 

Ish, bukan tu..." dia masih menyeluk.
"Ahhh, ni ha! Kau kena berterima kasih dekat aku dulu," katanya sambil mencium sehelai kertas bercetak huruf kodak yang hampir-hampir belacan. 

Ya, ya. Aku berterima kasih. Apa dia?

Dia sampaikan saya kertas belacan itu. Gambar seorang lelaki usia belasan tahun yang sedang terenung jauh.  Di belakangnya ada samar-samar tugu negara. Memang gambar klise awal 90-an. 

Cubalah teka siapa tu, katanya.

Puas saya cuba fikirkan, tapi tak juga dapat kesan siapa orangnya. 
"Siapa?"

Dia gelak kecil. "Alah, kau tengok betul-betul...sapa saja yang berpotensi untuk main menung-menung M.Nasir macam tu at that age... tekalah..."

Siapa? Manalah saya tahu. 

Adik kau? Salah.
Housemate kau? Salah.
Kau? Masyallah, kau ingat aku jiwang ke... SALAH.

"Ini dia... gambar abang penyair kau masa sekolah... tahun 1996 masa lawatan sekolah pergi Tugu Negara ngan Lake Gardens. Khas untuk kau, aku pau dari album gambar abang Chik aku," muka bangga tak terbendung.

Paap!
Saya menepuk dahi.
Betullah, abang si mangkuk ni satu sekolah dengan penulis pojaan hati saya tu!
Sanggup cilok gambar semata-mata nak bagi saya?

Setelah saya amati, memang itu abang penyair pujaan saya tu! Ai, muda-muda pun dah pandai pose-pose penyajak gundah. 

Tapi... pekejadahnya saya nak simpan gambar zaman rumaja abang penyair saya? 

"Alah, kau simpan aje la gambar tu. Kot-kot kau takleh tidur malam ke, ko tengoklah gambar dia.. Kat aku ko belanja makan malam ni pun dah cukup..." katanya.
Dia enggan ambil kembali gambar tersebut.
Konon merajuk usaha Mission Impossible nya tak saya hargai.


Saya rasa seperti stalker  pula. 
Rasa macam masa seorang kenalan nak bagi nombor telefon M.Nasir. 

"Ely kan suka sangat M.Nasir, ambik ah nombor ni." 

Nak buat apa nombor telefon?! Gila, bukannya saya ada keberanian nak telefon M.Nasir pun. Kalau iya pun saya telefon, nak kata apa? Sayalah peminat nombor satu abang dan bla bla bla- mahu kena restraining order dari polis. 

Gila.
Ini pun sama gila. 

Saya rasa macam pervert simpan gambar zaman sekolah abang penyair saya sedangkan gambar zaman sekarang dia satu pun saya tak ada (cuci mata di blog dia sahaja, haha!).

Saya rancang mahu tinggalkan gambar itu di dalam kereta M bila dia hantar saya pulang nanti. 
Nanti bila dia nak kemas kereta, baru jumpa. Kemudian dia dah tak boleh buat apa kalau saya tak mahu terima gambar tu lagi.
Biar dia jawab dengan abang chik dia.

Tapi dia tak jadi hantar saya pulang kerana perlu ke Damansara.  

Dan gambar itu.....


Gambar itu sekarang jadi penanda buku versi sorok-sorok dalam novel yang sedang saya baca.
Hik hik!

4 comments:

My name starts with M said...

hahaa.. siapakah???

nway semoga bertemu jodoh. hikhik

azyze gomez said...

Jodoh hapanya...

aku dengar cerita abang penyair aku nak kahwin awal tahun depan.
lagipun dia buakn kenal sangat aku pun. aku je yang kenal dia.

kalau dia kenal aku boleh la gak aku buat aksi ala2 confession my best friend's wedding tuh. haha

(motif?!)!

My name starts with M said...

hahaha MBFW.. aku tgh imagine episod lari berkejar2an di lrt wangsa maju sehingga ke titiwangsa (?)

ok nak betulkan ayat b4. semoga bertemu jodoh walau siapa pun si dia. hehe.

azyze gomez said...

chait!!

hik hik hik!
*muka blushing sambil sorok belakang kain batik gittew*

matila!