Pages

Ketentuan illahi...

Monday, August 11, 2008

Datuk saudara saya, Tok Mid (Hamid Abdul Daim) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.15pm tadi.

Pemergian mengejut beliau benar-benar menduga kami sekeluarga. Dia sihat walafiat sebelum ini. Sesungguhnya ini adalah ketentuan Illahi, dan kita harus menerima segala yang datang dengan seadanya. 

Takziah kepada keluarga Tok Mid.  

Al-Fatihah. 

-----------------------------------------------------------------------------

Tok WJ masih lagi koma. Keadaannya semakin stabil, tetapi doktor tidak dapat memberi sebarang jaminan. 

Kami doakan kesejahteraan tok WJ, semoga beliau cepat sembuh agar segalanya kembali seperti sediakala. 


---------------------------------------------------------------------------

Keadaan tok saya masih sama, cuma limpanya sudah tidak bengkak lagi. 
Kata Mak Chaq saya, mereka sekarang cuba memastikan tok makan walaupun tak ada appetite

"Kalau mak tak makan, lagilah mak jadi kughuih.. macamana mak nak gemok balik.."

Kata Mak Chaq taktik itu sedikit sebanyak mebantu, tapi setakat manalah tok mampu makan... selera orang tua, dicampur pula dengan sakitnya, memang tak boleh dipaksa-paksa...

Doakan kesihatan tok saya beransur baik ya. 

Insyaallah.



3 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

al-fatihah to your datuk sedara babe..

and my well wishes to all warga tua out there. my grandad pun dah tak berapa sehat la ni.. sama2 la kita doakan yang terbaik untuk mereka.

owh syahdu.

azyze gomez said...

thanks babe...

Natalia Nikolaevna Zakharenko said...

hey gurl.

takziah. tabahkan hati. semoga rohnya dicucuri rahmat. amiin.