Pages

Ahad: zairul & nurul

Monday, August 14, 2006

"Mana pengantin ni..." kata adik kecik sambil menarik (atau mungkin menyeluk) sampin bapak dia.

Dah sampai (I love the white ensamble! Jarang orang buat)


Tu dia pelamin. Patutlah pakai putih...


Trying hard to buat muka poyo pasal ade kakak baju hitam asyik ambik gambar kitorang


Dah 3 tahun tak jumpa Zairul. Nampak dah berisi sikit. Tapi seperti lebih matang. Matanya bagai bicara yang dia sudah bersedia. Dah meninggalkan alam riang-ria dan kini dah tiba masanya untuk menggalas tanggungjawab besar. (tidak seperti saya yang masih macam budak-budak )

Memang Zairul & Nurul sepadan. Secocok. Bagai pinang di belah dua.
Saya gembira sangat bila tengok Nurul dan Zairul serasi. Saya tumpang gembira untuk Zairul. Baguslah, dia dapat isteri yang cantik, bijak dan sungguh memahami dirinya. Memang bertuah.

Saya pun senang dengan Nurul. Walaupun kami tak pernah berjumpa sebelum ini, saya rasa macam sudah lama mengenalinya. Congrats Zairul, you got one heck of a gem! Jaga dia baik2!

Walaupun saya dilantik sebagai jurukamera rasmi majlis tersebut, saya cuma sempat mengambil beberapa keping gambar untuk digicam saya. Kepingan yang beratus2 saya ambil dengan kamera SLR dah saya berikan pada Zairul untuk develop. Jadi maaf kalau gambar tak cukup memuaskan.

edited: yes, that's SLR without the 'D' you so often see now. Matilah Zairul nak develop al the negatives  ;P

No comments: