Pages

your book describes you

Wednesday, August 27, 2008

Ini jalan mudah untuk update blog. Betul.
Masukkan post ini  dan simpan dalam arkib anda.
Bila sesak-sesak dan tak ada masa untuk update, postkan sahaja untuk tontonan umum.
Presto. 

---------------------------------------------
1. Grab the nearest book.
2. Open the book to page 123.
3. Find the fifth sentence.
4. Post the text of the sentence in a reply to my journal and in your journal along with these instructions.
5. Don't search around and look for the "coolest" book you can find. Do what's actually next to you

My sentence: 
Why do people have to dress up in new styles in the first place if they're only going to act all embarrassed and ashamed about them later?

Book: Espedair Street by Iain Banks

It's not really about racial unity, is it?

Monday, August 18, 2008

Oh come on. 
Don't be such asses.

This UiTM quota issue is such bullshit. It's so 1990s. Get over it already. 
Hello, we have more important issues at hand to ponder and dissect. How about concentrating on how to cushion the country from the soon-to-come worldwide economic recession? 

Stop attacking the constitution and dragging the 'Malay privilages' label into the mud. It doesn't make you believable. It does not make you look like a champion of the other races. 
Using the words 'the other races' have already made you a racist. 
Such shameless political mask is an utter disgrace to us all.




Dah bedebo rasenye jantung teman

Sunday, August 17, 2008

Woh.
Russell Brand akan mengacarakan MTV Video Music Awards.

Woh.
Tak sabar.
*Berpeluh.*
Harus tengok.

Promo VMA sudah keluar, dan siapa lagi yang sesuai dijadikan bahan ironi jika tidak Britney Spears?
Saya yakin dia tidak perasan pun yang iklan tersebut lebih mempersenda dia dari menyerlahkannya. 

Sinar Britney sudah pudar lah. 
Aksi gajah comel di belakang itu lebih prominen darinya.
Saya terpaksa tengok dua-tiga kali untuk perasan yang Britney sebenarnya pakai extensions, dan lagi dua tiga kali untuk perasan yang dia lebih kurus dan lebih tan dari biasa.
(Okaylah, kali pertama dan kedua itu saya hanya tumpukan pada Russell sahaja, hehe)




Tonton pula versi ini.
Okay, ada improvement. Kali ini Britney berjaya memegang pundak perhatian kita. Bagus.
Er, kejap...
She just made a bimbo out of herself, sekaligus memangkah segala usaha pemangkin fizikalnya.
Itu tidak bagus.

Britney, you need to get a good Publicity manager, pronto.



thank you walkers!

Thursday, August 14, 2008

Phew, finally acara yang buat kami tak tidur siang malam, berpeluh ketiak dan bergugur rambut selesai dijalankan dengan jayanya!

Apa benda: Avon Walk Around The World For Breast Cancer 2008 
Bila: Ahad lepas, 10 Ogos 2008
Di mana: Taman Tasik Titiwangsa

Saya sempat berbual dengan seorang pakcik yang menjual suratkhabar di salah satu sudut taman tersebut dua hari selepas kejadian. 

Saya: Pakcik join tak Avon Walk haritu?

Pakcik: Pakcik meniaga la nak, tak join sangat. Pakcik tak pernah lagi nampak orang jalan ramai-ramai pakai warna 'penk'. Dari jauh pakcik nampak macam aiskerim stroberi aje.

Saya: 'Pink' tu untuk kanser payudara, pakcik. Diorang jalan ramai-ramai untuk buat amal, pakcik.

Pakcik: Itulah, budak pakai pom-pom tu beritahu pakcik. Tahun depan pakcik join lah, pakcik pun nak jadi aiskerim stroberi payudara jugak lah.

(But of course pakcik tu cakap t***k lah instead of payudara, but for sensorship reasons...hehe) 


Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan acara tersebut.
We couldn't have done it without all of you.

And a million thanks to those who took their time to chat with the survivors, 
shared their stories with those not knowing,
walked among thousands, one step at a time,
spreading warmth that radiates throughout the Klang Valley and beyond
(can't help but love the positive raves from some of you guys on your blogs!)

Thanks for spending a few hours on that wonderful, balmy Sunday morning with us.

I know that for some of you guys, the event was your virgin charity gig. 
I hope it has inspired you to join other charity efforts after this, and do more for your self and your loved ones, if not for the society. 
Isn't it wonderful that you can do so much for so many people by just donating a few Ringgits and making yourself present?

(pics below ditangkap oleh jurugambar upahan syarikat. Saya? Bila kerja tak ada masa nak snappy happy  lah babe...)










Terima kasih from the bottom of our hearts.
See you again next year!

Masyallah... kau ado?

Wednesday, August 13, 2008

Woh.
Keajaiban baru berlaku.

Kawan saya, M,  beriya-iya mahu jumpa saya. Ada surprise, katanya. 
Jadi saya jumpalah dia.

Dari jauh dia dah melambai-lambai. Cepat sikit, signal mulutnya.
Hmm, meja nampak kosong sahaja. Dia pun berlenggang sahaja.
Apa surprisenya?

"Woi, kau nak kawen eh?"

Celaka, dengusnya walau muka masih tersenyum lebar macam kulit manggis bila kena tekan kuat. Menyampah pun ada tengok senyum kambingnya tu, tapi sebab nak tahu surprisenya saya teruskan jua. 

Saya duduk di atas kerusi aluminium. Order teh o suam kurang manis satu.
Makan tak mahu.
Sisip beg tangan di atas kerusi di sebelah. 

"Apa dia yang tak sabar-sabar nak jumpa ni?"

"Haaaa........ bila kau dah dapat nanti, kau akan berterima kasih tak terhingga dekat aku," katanya sambil mengeluarkan dompet dari poket belakang seluar jeans lusuhnya. "Kau kena belanja aku makan ni."

Apa saja yang dikeluarkan tu...


Dia buka dompet. Diseluk-seluk. Entah apa yang dicari.
Resit-resit dikeluarkan. Sebentar kemudian duit kertas yang berkeronyok.

"Harap maaf, aku bukannya Finance Department. Ko nak claim resit-resit ko ni, lain tahun pun belum tentu aku nak bayar. Lawak ape ni?" saya geleng kepala. Dia memang selalu buat lawak bodoh. Potensi mencipta senda gurauan yang mengundang pisau rambo menusuk perut amat tinggi. 

Ish, bukan tu..." dia masih menyeluk.
"Ahhh, ni ha! Kau kena berterima kasih dekat aku dulu," katanya sambil mencium sehelai kertas bercetak huruf kodak yang hampir-hampir belacan. 

Ya, ya. Aku berterima kasih. Apa dia?

Dia sampaikan saya kertas belacan itu. Gambar seorang lelaki usia belasan tahun yang sedang terenung jauh.  Di belakangnya ada samar-samar tugu negara. Memang gambar klise awal 90-an. 

Cubalah teka siapa tu, katanya.

Puas saya cuba fikirkan, tapi tak juga dapat kesan siapa orangnya. 
"Siapa?"

Dia gelak kecil. "Alah, kau tengok betul-betul...sapa saja yang berpotensi untuk main menung-menung M.Nasir macam tu at that age... tekalah..."

Siapa? Manalah saya tahu. 

Adik kau? Salah.
Housemate kau? Salah.
Kau? Masyallah, kau ingat aku jiwang ke... SALAH.

"Ini dia... gambar abang penyair kau masa sekolah... tahun 1996 masa lawatan sekolah pergi Tugu Negara ngan Lake Gardens. Khas untuk kau, aku pau dari album gambar abang Chik aku," muka bangga tak terbendung.

Paap!
Saya menepuk dahi.
Betullah, abang si mangkuk ni satu sekolah dengan penulis pojaan hati saya tu!
Sanggup cilok gambar semata-mata nak bagi saya?

Setelah saya amati, memang itu abang penyair pujaan saya tu! Ai, muda-muda pun dah pandai pose-pose penyajak gundah. 

Tapi... pekejadahnya saya nak simpan gambar zaman rumaja abang penyair saya? 

"Alah, kau simpan aje la gambar tu. Kot-kot kau takleh tidur malam ke, ko tengoklah gambar dia.. Kat aku ko belanja makan malam ni pun dah cukup..." katanya.
Dia enggan ambil kembali gambar tersebut.
Konon merajuk usaha Mission Impossible nya tak saya hargai.


Saya rasa seperti stalker  pula. 
Rasa macam masa seorang kenalan nak bagi nombor telefon M.Nasir. 

"Ely kan suka sangat M.Nasir, ambik ah nombor ni." 

Nak buat apa nombor telefon?! Gila, bukannya saya ada keberanian nak telefon M.Nasir pun. Kalau iya pun saya telefon, nak kata apa? Sayalah peminat nombor satu abang dan bla bla bla- mahu kena restraining order dari polis. 

Gila.
Ini pun sama gila. 

Saya rasa macam pervert simpan gambar zaman sekolah abang penyair saya sedangkan gambar zaman sekarang dia satu pun saya tak ada (cuci mata di blog dia sahaja, haha!).

Saya rancang mahu tinggalkan gambar itu di dalam kereta M bila dia hantar saya pulang nanti. 
Nanti bila dia nak kemas kereta, baru jumpa. Kemudian dia dah tak boleh buat apa kalau saya tak mahu terima gambar tu lagi.
Biar dia jawab dengan abang chik dia.

Tapi dia tak jadi hantar saya pulang kerana perlu ke Damansara.  

Dan gambar itu.....


Gambar itu sekarang jadi penanda buku versi sorok-sorok dalam novel yang sedang saya baca.
Hik hik!

Something something yang belum jadi lagi

Tuesday, August 12, 2008


Dabi beritahu saya yang dia sedang sibuk rancang satu projek besar yang bakal kasi gegar satu Malaya. Kalau tidak se-Malaya pun, setidaknya ia akan bikin orang rasa kagum dan bangga, biarpun dia jadi konspirator dan bukan si peraih lampu sorot kelak. 

"Tapi rahsia. Kau hanya akan tahu bila ia dah jadi nanti," katanya lagi.

Lepas itu dia hilang terus. Sudah dua minggu saya tidak nampak dia. 
Mungkin sebab saya terlalu sibuk dengan kerja hingga saya tak punya masa untuk berfikir, apatah lagi meluang masa dengan sesiapa.

Puas saya fikir tentang rahsia besarnya itu. 
Apa saja yang dirancang tu?
Saya sendiri keliru.
Bagaimana Dabi mahu jalankan rancangannya itu jika saya sendiri tidak tahu apa rancangan yang dikatakannya tu?

Bolehkan badan buat kerja jika minda tak signal dulu?

Hayo.
Dah lama sangat saya jadi hermit ni.
Perlu keluar dan mula jenguk dunia sekeliling.

Mana aiskerim hipnosis kau tu, Dabi? Bak aku sebatang.
Untung-untung aku boleh nampak bintang. 



Ketentuan illahi...

Monday, August 11, 2008

Datuk saudara saya, Tok Mid (Hamid Abdul Daim) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.15pm tadi.

Pemergian mengejut beliau benar-benar menduga kami sekeluarga. Dia sihat walafiat sebelum ini. Sesungguhnya ini adalah ketentuan Illahi, dan kita harus menerima segala yang datang dengan seadanya. 

Takziah kepada keluarga Tok Mid.  

Al-Fatihah. 

-----------------------------------------------------------------------------

Tok WJ masih lagi koma. Keadaannya semakin stabil, tetapi doktor tidak dapat memberi sebarang jaminan. 

Kami doakan kesejahteraan tok WJ, semoga beliau cepat sembuh agar segalanya kembali seperti sediakala. 


---------------------------------------------------------------------------

Keadaan tok saya masih sama, cuma limpanya sudah tidak bengkak lagi. 
Kata Mak Chaq saya, mereka sekarang cuba memastikan tok makan walaupun tak ada appetite

"Kalau mak tak makan, lagilah mak jadi kughuih.. macamana mak nak gemok balik.."

Kata Mak Chaq taktik itu sedikit sebanyak mebantu, tapi setakat manalah tok mampu makan... selera orang tua, dicampur pula dengan sakitnya, memang tak boleh dipaksa-paksa...

Doakan kesihatan tok saya beransur baik ya. 

Insyaallah.



tolong terangkan jalanku

Wednesday, August 06, 2008

Tok circa Raya 2007. Masa ni belum sakit lagi.


"Yana, la ni tok tinggai kulit dengan tulang saja ni... bila tok nak gemok balik ni..." 



Tok sudah 82 tahun. Jantungnya sudah mula main-main dengannya.
Baru-baru ini adik beradik bapa saya pulang ke kampung, bawa dia ke hospital pakar. 
Kata doktor.... 

"If she's younger and stronger, our standard procedure would be to get a donor and do a transplant, asap. But she's already 82, and there's nothing we can do. The best thing you can do is to... well.... make her comfortable." 

Umur tok sama dengan Che Det. Tapi Che Det berani ambil risiko dengan pembedahan jantungnya. Tapi Che Det juga nampak lebih sihat dari tok. Dan Che Det juga ada ratusan ribu ringgit untuk dibelanjakan bagi ubat-ubatan jika prosedur pembedahan tak berkesan.  

Tok tak tahu kondisi kesihatannya. Doktor di hospital swasta tersebut pandai ambil hatinya. Dia fikir dia cuma sakit tua  biasa. Kami cuba selesakan dia seboleh mungkin. Tak beritahu dia kondisi kesihatannya - untuk apa risaukan dia lagi. 

Sekarang ini kami cuba berikan rawatan terbaik kepada tok selagi termampu. Kami tak mahu fikir tentang tempoh hidup matinya. Ajal itu di tangan tuhan, dan kami semampunya berdoa agar dia memudahkan perjalanan hidup tok selagi beliau hidup.  

Kami cuba tidak bersedih. Bila kami buat kelakar, ketawa dan pura-pura macam biasa, dia pun gembira. Biar dia habiskan sisa hidupnya (kami berharap ianya panjang lagi) dengan penuh keceriaan, walaupun kami cukup takut kehilangannya. 


Saya cukup kasihan melihat MakSu dan bapa saya. Saya sendiri pun tak dapat menahan tangisan ketika tahu tentang keadaan tok... jadi saya tak mampu nak membayangkan luka di hati mereka... 

Semoga tok cepat sembuh hendaknya, insyaallah.  
   
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, 
tolonglah tenangkan hati aku. Kau terangkanlah cahayaMu pada jalan hitam kelibut yang sedang aku lalui ini, moga aku dapat jumpa arah yang tepat untuk-Ku. 

Kau tabahkanlah hati orang-orang yang aku sayangi agar mereka dapat menempuhi dugaan yang bakal melanda tanpa sebarang bencana besar. Kuatkan hati bapak, mak dan makcik-pakcik aku agar mereka boleh menerima segala yang mungkin berlaku sebagai kadha dan kadar.  Biarlah mereka bersedia untuk menerima kehilangan wanita yang mereka cintai, walau seperit manapun pemergiannya nanti. 

Dan jika kau sudah tentukan masanya untuk pergi bukan sekarang, kau sembuhkanlah dirinya dari siksaan yang dilaluinya sekarang. 

Sesungguhnya hanya kaulah yang maha pengasih, maha pemurah lagi maha menyayangi. 

Amin. 

Why so serious?

Tuesday, August 05, 2008


I couldn't seem to shake this pic off my mind for the past few days...
Why does M-K Olsen look so familiar?!




I got it!







Makin lama tengok, makin serupa!




Kena tambah eyeshadow sket je lagi....


walk for your boobs, my boobs, everyone's boobs!


Terima kasih banyak-banyak-banyak kepada semua yang bakal berjalan pada Ahad ini.

Fuh, tiket di tangan saya habis dalam sekelip mata... sampikan saya terpaksa menolak beberapa pembeli. Sampai ada yang sanggup dapatkan tiket jika perlu bayar lebih- tapi saya dah tak punya tiket, jadi maaflah...


Lebih kurang 5,000 orang telah melakukan pembelian tiket untuk bersama-sama berjalan dalam usaha menentang kanser payudara dan menyediakan peruntukan untuk membantu pesakit serta mencari penawar bagi penyakit ini. 

Insyaallah, RM20.00 yang anda sumbangkan bersama akan menyentuh hidup ribuan wanita seluruh tanahair.

Bagi yang berminat tapi belum sempat membeli tiket, ada berita baik! 
Hadirkan diri di Ibu Pejabat Avon di Petaling Jaya pada 6 Ogos - 9 Ogos ini untuk membeli tiket, sekaligus mendapatkan t-shirt, bandanna dan  pin butang percuma anda! 
Jumlah tiket terhad dan jualannya 'panas' sekali, jadi siapa cepat, dia dapat!

Jumpa di Taman Tasik Titiwangsa ahad ini!

Jom jalan untuk t*t*k kita! Whoot!


Ada berani?