Pages

Sekecil aku di mata Dia

Wednesday, July 30, 2008

(Tekan play dahulu, dan baca posting ini dengar suara Lennon di latarnya)







Setiap kali saya mendengar lagu ini dan mengenang pemergian John dan George, saya rasa sangat kecil.

Kehebatan empat lelaki kutu yang merubah dunia dengan sekelip mata, kuasa kata-kata dari dua minda seni paling provokatif, dan bertapa kasarnya kita dihempas kembali dari langit fantasi ke bumi realiti dengan kematian dua dari empat ikon keramat ini cukup menyentuh hati.

Saya rasa kecil.
Saya rasa malu hidup kerana masih jadi manusia yang pandai mengadu, masih mahukan lebih dari apa yang dikurnia, tak dapat benar-benar menyelami dan nikmati dunia seadanya. 

Saya berdoa satu hari nanti saya benar boleh melalui kehidupan mengikut bait lirik lagu ini - bebas dari segala persepsi, jangkaan dan harapan orang di sekeliling, dapat capai damai yang disebutkan dalam lagu ini. 

Saya akan terus berharap.
Saya takkan putus asa.
Saya ada kekuatan ideologi aman cetusan Lennon - McCartney.
Saya ada Dia.


4 comments:

My name starts with M said...

jai guruuuu deyyyva.. om.

azyze gomez said...

Gila dasyat lirik dia kan?
Setiap kali aku dengar lagu ni aku mesti terfikir "daym cemana dia boleh pikir nak tulis something sehebat ini?"

macam tu jugak aku pikir bila baca karya sastera agung lain.

gila jaki!

My name starts with M said...

jaki,
or inspired. hehe.

lagu sejagat ni. lirik dia sekali baca aku mmg tak fhm aa. sgt deep. slow2 baru bole relate satu2.

Cik Puan Muda Stress said...

babe,
bila nak update pasal perhentian ni?