Pages

Monolog seorang wanita kesunyian

Wednesday, July 30, 2008

Duduk bersendirian di balkoni dan menatap pemandangan Kuala Lumpur di lewat malam seharusnya rasa seperti terapi. Tenang. Biar kerdipan kota liar itu terang menyilau, tapi jiwa kita jauh dari hiruk-pikuknya.

Tapi hati aku semakin kusut.
Aku sendiri tak mengerti rentak kusut-tenang yang sedang aku alami pada masa itu. 

Kau tahu, macam bila kau berjalan-jalan di luar kawasan pusat hiburan berkaca tinted, tiba-tiba asap berkepul berserta bunyi bising menerjah kau saat pintu pusat hiburan (mungkin juga maksiat) terbuka untuk memuntahkan lelaki-lelaki mabuk yang tak mampu terus membeli air kuning tagihannya. Dalam beberapa saat sahaja, deria kau dirogol. Kemudian ruang hitam itu menelan kembali semua durjana. Sekeliling kau suci kembali. 

Split second surge, kata orang puteh. 

Sekejab-sekejab aku rasa macam bingit, sakit hati, sedih, marah.
Tapi di celah  emosi negatif yang aku alami, akan ada pula detik-detik ketenangan menangkap sanubari aku. Damai yang mampu buat aku tersenyum terkenyeh sorang-sorang walaupun berita TV di latar lantang menceritakan kecelakaan yang berlaku seluruh dunia. Macam orang gila, ketawa di majlis pengkebumian. 

Dalam aku duduk-duduk, satu perkara telah diperlihatkan pada aku. 


Aku baru perasan yang buat masa ini aku tak mungkin boleh berubah untuk seseorang. Aku juga tak rasa aku bersedia untuk mengorbankan rentak harian aku, kesenangan aku, jalan hidup aku yang cukup simplistik tapi selesa hanya demi seorang lelaki yang bakal menyerbu ruang damai hidup aku dengan permintaan yang bermacam-macam (yang, malam ni I teringin you masakkan burger dengan asam pedas lah, contohnya), kerenah yang berbagai-bagai (lupa tutup lampu selepas keluar dari tandas / bilik, contohnya) mahupun habit perbelanjaan yang pelik-pelik (suka beli figurin yang mahal melampau tapi simpan dalam kotak di 'setor mainan', contohnya). 

Mungkin kerana sikap pentingkan diri sebeginilah maka tuhan tetapkan sahaja haluan hidup aku buat masa kini tak dikongsi insan lain. 

Mungkin juga
tak ada siapa yang mahukan aku.
Dan aku juga pengecut, tak pernah berani nak cuba tanya kalau-kalau ada yang mahukan aku. 
Sebab itu juga aku masih sendiri. 


Mana ada lelaki yang mungkin mahu ambil langkah pertama dengan aku. 
Teori kawan aku, ada 3 pesona di diri aku yang buat aku masih sendiri.

Pesona 1: muka aku bukan muka orang mahu cuba tegur. 
Pesona 2: Bila seseorang tu dah kenal aku yang sebenar,  sifat girang sesegar perahan zesty orange  aku menyebabkan orang agak takut nak ambil langkah seterusnya (jika mereka pernah contemplate). 
Pesona 3: Sifat skeptik aku bila melihat usaha orang yang cuba mendekati aku sebagai perasaan aku sahaja (syok sendiri), atau adakalanya aku langsung tak perasan usaha orang. 

Sebab itu jugalah aku tak pernah...er, okay, pernah tapi sekarang dah lamaaaa tak jadi tumpuan mana-mana golongan adam. Aku tak ujud dalam radar mereka agaknya. 

Semacam lampu rumah api yang swivelnya tak sentiasa melintas diri kau. Sesekali ia lalu, tapi ia takkan bertumpu pada kau untuk lama. Ia pasti pusing ke lain arah. Lampunya jadi panca untuk kapal-kapal di lautan, bukan untuk kau, si nelayan miskin yang duduk di gigi air melayan gelora jiwa sendiri. 

Hish, melankoli betul. 

Tapi aku juga bersyukur sebab aku tak terikat langsung dengan apa-apa, tak perlu jaga-jaga dalam semua tindak tanduk aku, tak perlu minta izin (hello, izin2 ni kalau dah jadi suami lojik, jika tidak, apahal kau nak tahu semuanya?!), tak perlu ikut jadual orang lain, tak perlu bataskan diri, tak perlu kurang bergaul, tak perlu jadi terlalu feminin, tak perlu habis duit berdating, tak perlu perah otak nak cari hadiah berbeza dua tiga kali setahun (valentines, anniversary, harijadi), tak perlu jadi seseorang yang bukan diri aku sebenarnya.

Jadi, best bukan? 

Ya, idiologi yang terbentuk dalam kepala hotak aku sangat kontras.

Lebih baik aku duduk di balkoni sambil menatap pemandangan Kuala Lumpur di lewat malam sebagai terapi.

Dan sebab aku sememangnya sudah ada di balkoni dan menatap pemandangan Kuala Lumpur di lewat malam dan tak pula mendapat terapi yang dicari, aku bangun dan masuk tidur.

Selamat malam.


5 comments:

roxychick said...

jangan sedeh cikkk....

azyze gomez said...

hmm...

My name starts with M said...

aku juga nelayan miskin.
so, i feel you.
:)

Cik Puan Muda Stress said...

apsal jiwa sangat ni?
kau jangan la sedih2 noks... aku lagi sedih kalau tengok/dengar/baca kau sedih..

azyze gomez said...

aku memang jiwa2..

ala2
groupie kugiran kelab jiwa lara sarjan pepper

wuh