Pages

Dah nak gugur jantung aku

Monday, July 07, 2008

Subahanallah.
Masyaallah...

Tarik nafas.. dalam... hembus....

Okay.
Saya cuba cerita.


1 jam lepas. Saya sedang sibuk mengelap meja dan komputer yang dibasahi simbahan air yogurt (jangan tanya, saya tak ada masa nak cerita perihal itu) bila telefon berbunyi.

Di skrin - Mak Chaq.

"Helo Yana, Yana kat mana? Tau dak bapak kat mana? Mak Chaq dah cuba call semua orang tapi tak dapat."

Saya katakan yang bapak, mak, Am dan Eze dalam perjalanan pulang dari Penang lah. Kali terakhir saya berbual dengan Eze pagi tadi, mereka baru meninggalkan rumah Mak Chaq. Itu yang terakhir. Kenapa, adakah apa-apa yang tertinggal?

"Macam ni, Caca call Mak Chaq tadi. Dia kata bapak accident."


Accident.

Accident. 

ACCIDENT.

Saya macam keliru. Mungkin kerana terkejut. Dua tiga kali saya mengedip mata laju-laju. Eh, ni bukan mimpi. Betul ke aku dengar Mak Chaq kata bapak accident?

"Mak Chaq dah cuba call bapak, mak, semua orang tapi tak dapat-dapat. Tu yang Mak Chaq call Yana, in case they called you."

Tak. Nobody called me. Wait, let me call Eze atau Am.

"Mak Chaq dah cuba dah, depa tak angkat."

Saya sendiri kagum bila mendengar suara saya keluar dengan tenang walaupun hakikatnya kepala rasa sedikit berpusing. Saya katakan tidak mengapa, saya cuba telefon mereka sekali lagi. Saya minta Mak Chaq terus mencuba.

Dada saya rasa seperti terhempuk batu besar. Seolah saya dilempar ke dinding dengan keras, dipasung dan terkulai menanti ajal. Kepala terasa berat, hati terasa luluh.

(Woh, trajiknya)

Tapi akal saya kata saya perlu terus rasional di saat-saaat begini. Be Rational. What should you do now? How to proceed? Jangan gelabah. Fikir. 


 Saya dapat telefon Eze. Bunyi bising di belakang bersulam suara polis. 

Kata Eze mereka okay.  Kalau telinga saya tidak menipu saya, suara Eze, seakan terlalu ceria. 

"Kitorang okay, kak. Don't worry. Ko jangan risau okay? Bapak is talking to the police, mak dok call orang lain semua. Jangan risau tau. We're safe, without a scratch pun."

Eze kata bateri dia dah nak mati, dan telefon Am pula sudah jahanam akibat hentakan kuat kemalangan tersebut. Saya cuma sempat difahamkan bahawa van kami dilanggar bas di tol Butterworth. Sodokan bas menyebabkan van terpelanting dan terbalik. Mujur mak dan bapak memakai tali pinggang keledar. Masing-masing merangkak keluar dari bahagian cermin hadapan. Am dan Eze keluar mengikut pintu tepi. 

Saya rasa seperti sangat surreal. Seperti menonton diri saya sendiri dalam wayang gambar. Atau mungkin mimpi yang panjang. 

Mak berkeras agar saya tidak buat sebarang tindakan melulu seperti pulang ke Penang atau telefon Fina (dia baru masuk Kolej di Ipoh Sabtu lepas).

Pakcik makcik saya semuanya menelefon. 
Mereka kata yang ahli keluarga saya tak apa-apa. 
Semuanya selamat.
Mak Chaq, Mak Teh & Mak Su semuanya pesan supaya saya tidak hyperventilate dan mendapat serangan asthma. Saya kata saya okay.

Saya tenangkan diri. Sekali lagi dapat berbual dengan Eze, dan kemudian dengan Am. Alhamdulillah semuanya selamat. Kata Eze, it's a miracle. Mereka selamat walaupun dari rupa kereta, seolah sudah tentu ada yang cedera. 


Saya sibukkan diri saya di pejabat. Buat kerja seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Bila ada yang bertanya, saya kata saya okay. Saya senyum, gelak, borak-borak. Anything to take my mind off the incident.  

Kemudian saya dapa MMS dari Eze. 




"Alhmdulillah. With da van lukin lyk dis, miracle sgt sume safe. xdak luka2 pun." - Eze 


Gambar dari pihak polis



Anda faham kan jika saya hanya mampu rasa helpless?


p/s: Terima kasih banyak-banyak kepada polis peronda dan  pasukan polis Bukit Mertajam atas kerjasama dan bantuan mereka. Jika tidak, belum tentu hal ini selesai dengan cepat. Terima kasih.















10 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

babe,

i called but went straight to your voicemail. thank God your family members are okay. memang gambar sangat2 dahsyat. takutnyaaaa.

be strong babe.

tel said...

saya pun terkejut..your bapak is the uncle (bapak ely) yang tumpangkan budak phase 6 yang jalan kaki di hari hujan ..balik ke rumah dari sekolah..satu-satu...

damn my grammar teruk..

azyze gomez said...

PMS:

Ya, hanging on here. Nak balik to Penang but the crash has made me phobia pulak nak naik bas segala. The family's coming back tonight. Mak kata they got bruises all over the body, but no deep cuts, alhamdulillah. Can't wait to see them! :(


Tel:

Thanks Lisa. Ko ingat lagi ek zaman dulu2....
and btw, just coz I write in Bahasa doesn't mean my commenter need to do so too. English is fine :)

Cik Puan Muda Stress said...

have a safe trip babe. insyallah, takde apa2 lah. kau ni, tak semestinya sekali espiden akan espiden lagi dan lagi ! haiya.

My name starts with M said...

thank God they r safe!

bedebah punye bas!

mizzy N said...

Aku juga terperanjat dengar citer family ko eksiden. Kem salam dorang, thank Allah selamat sumer.

anyway,jangan phobic naik bas makcik, nak naik apa kalau cam tu.

tel said...

mestilah..saya ingat segala bentuk budi ..kecik besar baru dan lama.

saya softie wahahaha

betul!

:)

p.s english pun akan teruk juger nak sampai apa yg cross otak saya masa mengomen :P

bernard n. shull said...

hi mate, this is the canadin pharmacy you asked me about: the link

..::ciaobella::.. said...

syukur...

Cik Puan Muda Stress said...

how was your trip?
your family's lebam2 all dah okay?