Pages

My Beauty Secrets...Konon

Wednesday, July 23, 2008

Saya telah di'tag' oleh aida untuk menceritakan rahsia kejelitaan saya.

Masalah.
Sebab saya tak ada rahsia kejelitaan.
Saya juga tidak jelita.
Tapi sebab Aida, saya buat juga lah.

p/s: Aida, aku tukar sikit2 supaya tidak terlalu kerumun soalannya, ya :)

Beauty Lies From Within

My foundation



Kalau tiap-tiap hari, memang tak pakai secalit bedak asas pun. Saya hanya pakai bedak padat MAC Studio Fix sahaja. Tapi kalau ada keramaian atau acara istimewa yang memerlukan saya berpenampilan menawan (ewah), saya kenakan MAC Studio Fix Fluid Foundation. Memang ngam dengan warna kulit saya, dan ia bagai sentuhan majis.
Gitu.


My Eye MakeUp

Saya jarang mewarna mata, dan jika perlu pun saya cuma sapukan sedikit pembayang mata berwarna tanah dari Elianto. Untuk mata menyerlah, saya bergantung pada penggaris mata AVON Ultra Luxury Eye Liner (gila best!) dan maskara.

Bulu mata saya panjang tapi 'redup'. Jadi saya agak memilih juga - mesti berbantuan lentik ekstra. Paling saya suka adalah Maybelline Waterproof XXL Lashes. Indah sangat! Sekarang saya gunakan Volum' Express Hypercurl, tapi hampeh. Hyper konon. Lepas tiub ni habis saya pasti akan kembali ke XXL Lashes.



My Day Cream

Untuk muka saya gunakan AVON Retroactive+ Youth Extending Day Cream. Untuk kaki tangan saya lumurkan Nivea Creme. I have extremely dry skin dan eczema, dan setakat ini krim Nivea ini membantu memperbaiki tekstur kulit saya dengan baik.


My Essential Lip Products


Saya TIDAK memakai gincu. Hanya balm bibir sebagai penyedia dan pelembap, dan glos bibir untuk sentuhan yang sedikit berias. Itu sahaja.

Sebelum ini saya gilakan Loreal Glam Shine, tapi warna kegemaran saya dah tak dijual... jadi saya berubah hati kepada Lip Gelee dari MAC. Saya suka warna Who's That Lady. Masyaallah, warnanya, teksturnya...ajaib! Cuma harganya.. ehem ehem...


My Perfume


Sekarang pakai Crystal Aura dari Avon (percuma dan best!). Tapi all-time favourite adalah Elisabeth Arden Green Tea, DKNY for Her (dah tak ada!), Eternity for Men (ya, saya pernah pakai haruman lelaki) dan Clinique Happy. Secara dasarnya - sitrus / pepohon segar.


My nails
99% masa saya tak pakai apa-apa. Jika pakai, ianya adalah penguat kuku Elianto, atau warna-warna girang dari pelbagai jenama. Pewarna paling hebat pernah saya gayakan adalah dari OPI. Dasyat... tapi mahal nak mampus! Baik saya beli baju.

My Feet
Saya malas jaga kaki. Rupa dah macam batang pokok. Tapi saya tak pakai skirt atau seluar pendek jadi tak ada keperluan untuk cukur / veet sebagainya. Ya, ya, raksasa berkaki bulu. Tapi bukan pondan okay.


My Favourite Make-Up Product
Alamak. Apa ya... kalau jenama, MAC lah yang paling meletup, tapi saya hanya punya beberapa barang sahaja. Kalau satu produk.. er... penggaris mata rasanya.

Three Products To Bring On A Deserted Island
1) Deodoran
2) Sabun
3) Krim kulit

Women I Admire For Their Beauty
1) Joss Stone
2) Tyra Banks
3) Audrey Hepburn

Women With The Best Sense Of Style
Oh, susah ni. Saya kagumi nyonya Melaka yang masih rajin menggayakan kebaya sebagai pakaian seharian. Itu baru 'classy' yang sebenar.


My Ultimate Beauty Dream
Boleh keluar tanpa seoles mekap (well, mungkin salutan lip balm di bibir sahaja) di wajah tapi tetap rasa yakin dan tidak jadi bahan kutukan orang. Boleh?


My Favourite Fashion Publication
gofugyourself.typepad.com. Sembah ratu ya...

Kini saya mengetag:
1. Mastika Lyana Ali
2. Zeeka Adkaa
3. Nadhrah Mohammad
4. Syahira Sofia Afis

dan sesiapa yang rasa dia mahu buat. Jangan lupa tinggalkan link anda di ruang komen saya ya :)

8 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

masyallah. nama penuh kau letak?

kan aku dah buat hari tu? aarghhhh. kena buat lagi sekali ke??

huhuhuhuhu. nantilah, bila aku dah tak busy dengan anak jadian baru aku.

My name starts with M said...

ah siot. aku berharap yg ni aku tak kene tag. psl aku takde isi... hahaa... malu plis..

school of thoughts said...

bravo ely!!
Aku suke part kaki berbulu tetapi bukan pondan. Aku pun sama. Cuma sbb aku ni pakai bju preggie yng byk paras2 lutut, so kene l veet... Nnti ada yg musykil pulak!

azyze gomez said...

zeek:
er, aku pun ade rasa aritu ko dah buat. tapi ko kan slalu tukar barang mekap... i mean, you alwayshave sometihng new kan setiap minggu, so tulis la...

(mati la propah katanya!)

mas:
ade... ade punye... mas, kulitko flawless amcam bontot bayi okay. mesti ade punye...


aita noleni:
aku takut ezcema aku menjadi2 kalau guna veet ah... jadi aku au natural sajor. hik hik!

Cik Puan Muda Stress said...

mana cerita ceriti perhentian dan gambars? mana? mana? mana?

My name starts with M said...

flawlesssssssssssssssssss??????????????????????????

AHAHAHHAHAHAHAHAHHA

eh. amin! amin! amin!

Awin Roslin said...

eh saya pun guna perfume crystal aura tuh. hahaha

azyze gomez said...

Awin:
So far saya rasa yang tu kot perfume yang tahan lama dan tak terlalu menusuk kalbu (read: migraine).

Welkam, welkam, singgha0singgahlah selalu :)