Pages

Sekecil aku di mata Dia

Wednesday, July 30, 2008

(Tekan play dahulu, dan baca posting ini dengar suara Lennon di latarnya)







Setiap kali saya mendengar lagu ini dan mengenang pemergian John dan George, saya rasa sangat kecil.

Kehebatan empat lelaki kutu yang merubah dunia dengan sekelip mata, kuasa kata-kata dari dua minda seni paling provokatif, dan bertapa kasarnya kita dihempas kembali dari langit fantasi ke bumi realiti dengan kematian dua dari empat ikon keramat ini cukup menyentuh hati.

Saya rasa kecil.
Saya rasa malu hidup kerana masih jadi manusia yang pandai mengadu, masih mahukan lebih dari apa yang dikurnia, tak dapat benar-benar menyelami dan nikmati dunia seadanya. 

Saya berdoa satu hari nanti saya benar boleh melalui kehidupan mengikut bait lirik lagu ini - bebas dari segala persepsi, jangkaan dan harapan orang di sekeliling, dapat capai damai yang disebutkan dalam lagu ini. 

Saya akan terus berharap.
Saya takkan putus asa.
Saya ada kekuatan ideologi aman cetusan Lennon - McCartney.
Saya ada Dia.


Monolog seorang wanita kesunyian

Duduk bersendirian di balkoni dan menatap pemandangan Kuala Lumpur di lewat malam seharusnya rasa seperti terapi. Tenang. Biar kerdipan kota liar itu terang menyilau, tapi jiwa kita jauh dari hiruk-pikuknya.

Tapi hati aku semakin kusut.
Aku sendiri tak mengerti rentak kusut-tenang yang sedang aku alami pada masa itu. 

Kau tahu, macam bila kau berjalan-jalan di luar kawasan pusat hiburan berkaca tinted, tiba-tiba asap berkepul berserta bunyi bising menerjah kau saat pintu pusat hiburan (mungkin juga maksiat) terbuka untuk memuntahkan lelaki-lelaki mabuk yang tak mampu terus membeli air kuning tagihannya. Dalam beberapa saat sahaja, deria kau dirogol. Kemudian ruang hitam itu menelan kembali semua durjana. Sekeliling kau suci kembali. 

Split second surge, kata orang puteh. 

Sekejab-sekejab aku rasa macam bingit, sakit hati, sedih, marah.
Tapi di celah  emosi negatif yang aku alami, akan ada pula detik-detik ketenangan menangkap sanubari aku. Damai yang mampu buat aku tersenyum terkenyeh sorang-sorang walaupun berita TV di latar lantang menceritakan kecelakaan yang berlaku seluruh dunia. Macam orang gila, ketawa di majlis pengkebumian. 

Dalam aku duduk-duduk, satu perkara telah diperlihatkan pada aku. 


Aku baru perasan yang buat masa ini aku tak mungkin boleh berubah untuk seseorang. Aku juga tak rasa aku bersedia untuk mengorbankan rentak harian aku, kesenangan aku, jalan hidup aku yang cukup simplistik tapi selesa hanya demi seorang lelaki yang bakal menyerbu ruang damai hidup aku dengan permintaan yang bermacam-macam (yang, malam ni I teringin you masakkan burger dengan asam pedas lah, contohnya), kerenah yang berbagai-bagai (lupa tutup lampu selepas keluar dari tandas / bilik, contohnya) mahupun habit perbelanjaan yang pelik-pelik (suka beli figurin yang mahal melampau tapi simpan dalam kotak di 'setor mainan', contohnya). 

Mungkin kerana sikap pentingkan diri sebeginilah maka tuhan tetapkan sahaja haluan hidup aku buat masa kini tak dikongsi insan lain. 

Mungkin juga
tak ada siapa yang mahukan aku.
Dan aku juga pengecut, tak pernah berani nak cuba tanya kalau-kalau ada yang mahukan aku. 
Sebab itu juga aku masih sendiri. 


Mana ada lelaki yang mungkin mahu ambil langkah pertama dengan aku. 
Teori kawan aku, ada 3 pesona di diri aku yang buat aku masih sendiri.

Pesona 1: muka aku bukan muka orang mahu cuba tegur. 
Pesona 2: Bila seseorang tu dah kenal aku yang sebenar,  sifat girang sesegar perahan zesty orange  aku menyebabkan orang agak takut nak ambil langkah seterusnya (jika mereka pernah contemplate). 
Pesona 3: Sifat skeptik aku bila melihat usaha orang yang cuba mendekati aku sebagai perasaan aku sahaja (syok sendiri), atau adakalanya aku langsung tak perasan usaha orang. 

Sebab itu jugalah aku tak pernah...er, okay, pernah tapi sekarang dah lamaaaa tak jadi tumpuan mana-mana golongan adam. Aku tak ujud dalam radar mereka agaknya. 

Semacam lampu rumah api yang swivelnya tak sentiasa melintas diri kau. Sesekali ia lalu, tapi ia takkan bertumpu pada kau untuk lama. Ia pasti pusing ke lain arah. Lampunya jadi panca untuk kapal-kapal di lautan, bukan untuk kau, si nelayan miskin yang duduk di gigi air melayan gelora jiwa sendiri. 

Hish, melankoli betul. 

Tapi aku juga bersyukur sebab aku tak terikat langsung dengan apa-apa, tak perlu jaga-jaga dalam semua tindak tanduk aku, tak perlu minta izin (hello, izin2 ni kalau dah jadi suami lojik, jika tidak, apahal kau nak tahu semuanya?!), tak perlu ikut jadual orang lain, tak perlu bataskan diri, tak perlu kurang bergaul, tak perlu jadi terlalu feminin, tak perlu habis duit berdating, tak perlu perah otak nak cari hadiah berbeza dua tiga kali setahun (valentines, anniversary, harijadi), tak perlu jadi seseorang yang bukan diri aku sebenarnya.

Jadi, best bukan? 

Ya, idiologi yang terbentuk dalam kepala hotak aku sangat kontras.

Lebih baik aku duduk di balkoni sambil menatap pemandangan Kuala Lumpur di lewat malam sebagai terapi.

Dan sebab aku sememangnya sudah ada di balkoni dan menatap pemandangan Kuala Lumpur di lewat malam dan tak pula mendapat terapi yang dicari, aku bangun dan masuk tidur.

Selamat malam.


My Beauty Secrets...Konon

Wednesday, July 23, 2008

Saya telah di'tag' oleh aida untuk menceritakan rahsia kejelitaan saya.

Masalah.
Sebab saya tak ada rahsia kejelitaan.
Saya juga tidak jelita.
Tapi sebab Aida, saya buat juga lah.

p/s: Aida, aku tukar sikit2 supaya tidak terlalu kerumun soalannya, ya :)

Beauty Lies From Within

My foundation



Kalau tiap-tiap hari, memang tak pakai secalit bedak asas pun. Saya hanya pakai bedak padat MAC Studio Fix sahaja. Tapi kalau ada keramaian atau acara istimewa yang memerlukan saya berpenampilan menawan (ewah), saya kenakan MAC Studio Fix Fluid Foundation. Memang ngam dengan warna kulit saya, dan ia bagai sentuhan majis.
Gitu.


My Eye MakeUp

Saya jarang mewarna mata, dan jika perlu pun saya cuma sapukan sedikit pembayang mata berwarna tanah dari Elianto. Untuk mata menyerlah, saya bergantung pada penggaris mata AVON Ultra Luxury Eye Liner (gila best!) dan maskara.

Bulu mata saya panjang tapi 'redup'. Jadi saya agak memilih juga - mesti berbantuan lentik ekstra. Paling saya suka adalah Maybelline Waterproof XXL Lashes. Indah sangat! Sekarang saya gunakan Volum' Express Hypercurl, tapi hampeh. Hyper konon. Lepas tiub ni habis saya pasti akan kembali ke XXL Lashes.



My Day Cream

Untuk muka saya gunakan AVON Retroactive+ Youth Extending Day Cream. Untuk kaki tangan saya lumurkan Nivea Creme. I have extremely dry skin dan eczema, dan setakat ini krim Nivea ini membantu memperbaiki tekstur kulit saya dengan baik.


My Essential Lip Products


Saya TIDAK memakai gincu. Hanya balm bibir sebagai penyedia dan pelembap, dan glos bibir untuk sentuhan yang sedikit berias. Itu sahaja.

Sebelum ini saya gilakan Loreal Glam Shine, tapi warna kegemaran saya dah tak dijual... jadi saya berubah hati kepada Lip Gelee dari MAC. Saya suka warna Who's That Lady. Masyaallah, warnanya, teksturnya...ajaib! Cuma harganya.. ehem ehem...


My Perfume


Sekarang pakai Crystal Aura dari Avon (percuma dan best!). Tapi all-time favourite adalah Elisabeth Arden Green Tea, DKNY for Her (dah tak ada!), Eternity for Men (ya, saya pernah pakai haruman lelaki) dan Clinique Happy. Secara dasarnya - sitrus / pepohon segar.


My nails
99% masa saya tak pakai apa-apa. Jika pakai, ianya adalah penguat kuku Elianto, atau warna-warna girang dari pelbagai jenama. Pewarna paling hebat pernah saya gayakan adalah dari OPI. Dasyat... tapi mahal nak mampus! Baik saya beli baju.

My Feet
Saya malas jaga kaki. Rupa dah macam batang pokok. Tapi saya tak pakai skirt atau seluar pendek jadi tak ada keperluan untuk cukur / veet sebagainya. Ya, ya, raksasa berkaki bulu. Tapi bukan pondan okay.


My Favourite Make-Up Product
Alamak. Apa ya... kalau jenama, MAC lah yang paling meletup, tapi saya hanya punya beberapa barang sahaja. Kalau satu produk.. er... penggaris mata rasanya.

Three Products To Bring On A Deserted Island
1) Deodoran
2) Sabun
3) Krim kulit

Women I Admire For Their Beauty
1) Joss Stone
2) Tyra Banks
3) Audrey Hepburn

Women With The Best Sense Of Style
Oh, susah ni. Saya kagumi nyonya Melaka yang masih rajin menggayakan kebaya sebagai pakaian seharian. Itu baru 'classy' yang sebenar.


My Ultimate Beauty Dream
Boleh keluar tanpa seoles mekap (well, mungkin salutan lip balm di bibir sahaja) di wajah tapi tetap rasa yakin dan tidak jadi bahan kutukan orang. Boleh?


My Favourite Fashion Publication
gofugyourself.typepad.com. Sembah ratu ya...

Kini saya mengetag:
1. Mastika Lyana Ali
2. Zeeka Adkaa
3. Nadhrah Mohammad
4. Syahira Sofia Afis

dan sesiapa yang rasa dia mahu buat. Jangan lupa tinggalkan link anda di ruang komen saya ya :)

Possibly the awesomest Friendster message to date

Tuesday, July 22, 2008

Manusia-manusia di Friendster memang pelbagai ragamnya.
Tambahan jika mereka adalah orang asing bukan warga Malaysia yang mohon menjadi kawan. 

Selalunya mereka tak saya kenal. Motif tak kenal nak kawan bagai, kan.
Tapi saya tak marah kerana setidak-tidaknya mereka buat saya ketawa panjang dengan permintaan mereka yang entah apa-apa.   

Semalam saya terima satu mesej yang memang pecah perut lah:

"Hello. 
I give you be friendshep. I name Lukwem is into Kenya. Make see bring you gil all girl so plesuer, better until time all.

You sweet by i happy heart, given all friendshep sweets. 

Yo cuulo. 
Good Evening."


Yo cuulo?!
Mau saya tak pecah perut?




Entah-entah dia ni kot... Kata Kenya...



Quickie

Monday, July 21, 2008

Guilty of not updating for yonks.

I apologize.
Even this entry will not suffice, but a fast update is the only thing I can fit in, right now.


Post-Crash.
Alhamdulillah... mak, bapak, Eze & Am came back without any serious injury. Am tore his triceps muscle, while mak had a little pain around the ankle area. Doctors confirmed that they're all okay and only needed rest, which they did. 

Fina still doesn't know anything about the crash, and if you're reading this and you know my sister, I plead for you not to tell her anything. We don't want her to worry over things like this. 
Yes, I know I'd go ballistic if something if like this happened and they left me in the dark, but well, as mak said, this is for her own good. They're afraid Fina won't be able to handle it, what's with her adjusting to college life away from home an all.  

p/s: Thanks for everyone who called and prayed for my family's safety. Alhamdulillah, with your combined prayers, everyone is safe and for that I am forever indebted to you. 


"We're off to Jakarta!"   - mak
I have no idea how someone in their fifties can bounce back from a crazy ass-whopping accident as fast as mak & bapak did. Just two weeks after the rattling accident, mak & bapak went off to Jakarta. As of this moment, I'm sure mak's busy shopping, while bapak watches over helplessly. Woman + money + shopping mall = zero debit in bank. It's a good thing none of us believe in credit cards. With mak's love for all things female (which I'm sure is abundant there), she would've bought the whole of Jakarta, and some more. Habis lah mak swipe, kita suffer. 


Miss Clueless
Believe it or not, part of my Performance Development task is to organize a department activity. Nothing at all to do with me being a copywriter, but it's supposed to help me improve my communication and leadership skills. So yeah, I'm the sucker that's assigned with this year's department holiday trip.

Those close to me would know that I'm really bad at organizing because I'm not much of a detail person. I can come up with pretty good concepts and planning, but the moment you ask me to organize, everything would be everywhere. A scatterbrain, I must admit defeat when it comes to the more 'choleric' task - I am, after all, a strong sanguine. 

Thank god for our wonderful Con Sec, Kak Zarina. She's handling the bus & hotel arrangements, and Kak Roz is taking care of our holiday 'materials (t-shirts, banner etc). I ended up doing what I do best - 'selling' the trip to our department members and preparing teasers, posters and communication collaterals. 

Oi, they are not frivolous, okay. 
They hypen-up the crowd, builds up the anticipation. So there. *_*

So this year we're all going to Perhentian, since Redang is fully booked till the end of August.   
I'm right now really looking forward to our mencandat sotong trip with morbid facination - the idea of mencandat sounds so exciting but I don't think I can keep my sanity once those suckers attack me (pardon the pun).

I actually pasted a picture of squids with crazy tentacles here, but I can't stop imagining them sucking and wiggling so no pictures of squishy squid suckers here, sorry. 

Will try and update again before leaving to Perhentian, insyaallah. 


Thanks for everyone who's called and kept me updated on things. I might not be able to ramble here but I do squeeze some time to check out your blogs.


Toodle doo  :)


Terlepas

Monday, July 07, 2008

Celaka.
Terlepas lagi.



(ini posting seorang yang keseorangan di rumah. Takde sape kecuali aku, dua ekor kucing betina yang macam tersampuk jin high jump, dan tv. I miss my family.)

Dah nak gugur jantung aku

Subahanallah.
Masyaallah...

Tarik nafas.. dalam... hembus....

Okay.
Saya cuba cerita.


1 jam lepas. Saya sedang sibuk mengelap meja dan komputer yang dibasahi simbahan air yogurt (jangan tanya, saya tak ada masa nak cerita perihal itu) bila telefon berbunyi.

Di skrin - Mak Chaq.

"Helo Yana, Yana kat mana? Tau dak bapak kat mana? Mak Chaq dah cuba call semua orang tapi tak dapat."

Saya katakan yang bapak, mak, Am dan Eze dalam perjalanan pulang dari Penang lah. Kali terakhir saya berbual dengan Eze pagi tadi, mereka baru meninggalkan rumah Mak Chaq. Itu yang terakhir. Kenapa, adakah apa-apa yang tertinggal?

"Macam ni, Caca call Mak Chaq tadi. Dia kata bapak accident."


Accident.

Accident. 

ACCIDENT.

Saya macam keliru. Mungkin kerana terkejut. Dua tiga kali saya mengedip mata laju-laju. Eh, ni bukan mimpi. Betul ke aku dengar Mak Chaq kata bapak accident?

"Mak Chaq dah cuba call bapak, mak, semua orang tapi tak dapat-dapat. Tu yang Mak Chaq call Yana, in case they called you."

Tak. Nobody called me. Wait, let me call Eze atau Am.

"Mak Chaq dah cuba dah, depa tak angkat."

Saya sendiri kagum bila mendengar suara saya keluar dengan tenang walaupun hakikatnya kepala rasa sedikit berpusing. Saya katakan tidak mengapa, saya cuba telefon mereka sekali lagi. Saya minta Mak Chaq terus mencuba.

Dada saya rasa seperti terhempuk batu besar. Seolah saya dilempar ke dinding dengan keras, dipasung dan terkulai menanti ajal. Kepala terasa berat, hati terasa luluh.

(Woh, trajiknya)

Tapi akal saya kata saya perlu terus rasional di saat-saaat begini. Be Rational. What should you do now? How to proceed? Jangan gelabah. Fikir. 


 Saya dapat telefon Eze. Bunyi bising di belakang bersulam suara polis. 

Kata Eze mereka okay.  Kalau telinga saya tidak menipu saya, suara Eze, seakan terlalu ceria. 

"Kitorang okay, kak. Don't worry. Ko jangan risau okay? Bapak is talking to the police, mak dok call orang lain semua. Jangan risau tau. We're safe, without a scratch pun."

Eze kata bateri dia dah nak mati, dan telefon Am pula sudah jahanam akibat hentakan kuat kemalangan tersebut. Saya cuma sempat difahamkan bahawa van kami dilanggar bas di tol Butterworth. Sodokan bas menyebabkan van terpelanting dan terbalik. Mujur mak dan bapak memakai tali pinggang keledar. Masing-masing merangkak keluar dari bahagian cermin hadapan. Am dan Eze keluar mengikut pintu tepi. 

Saya rasa seperti sangat surreal. Seperti menonton diri saya sendiri dalam wayang gambar. Atau mungkin mimpi yang panjang. 

Mak berkeras agar saya tidak buat sebarang tindakan melulu seperti pulang ke Penang atau telefon Fina (dia baru masuk Kolej di Ipoh Sabtu lepas).

Pakcik makcik saya semuanya menelefon. 
Mereka kata yang ahli keluarga saya tak apa-apa. 
Semuanya selamat.
Mak Chaq, Mak Teh & Mak Su semuanya pesan supaya saya tidak hyperventilate dan mendapat serangan asthma. Saya kata saya okay.

Saya tenangkan diri. Sekali lagi dapat berbual dengan Eze, dan kemudian dengan Am. Alhamdulillah semuanya selamat. Kata Eze, it's a miracle. Mereka selamat walaupun dari rupa kereta, seolah sudah tentu ada yang cedera. 


Saya sibukkan diri saya di pejabat. Buat kerja seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Bila ada yang bertanya, saya kata saya okay. Saya senyum, gelak, borak-borak. Anything to take my mind off the incident.  

Kemudian saya dapa MMS dari Eze. 




"Alhmdulillah. With da van lukin lyk dis, miracle sgt sume safe. xdak luka2 pun." - Eze 


Gambar dari pihak polis



Anda faham kan jika saya hanya mampu rasa helpless?


p/s: Terima kasih banyak-banyak kepada polis peronda dan  pasukan polis Bukit Mertajam atas kerjasama dan bantuan mereka. Jika tidak, belum tentu hal ini selesai dengan cepat. Terima kasih.