Pages

Tangisan badai peminat

Wednesday, June 18, 2008

Saya dah pulang!

Penat tiga hari beraktiviti dalam panas terik, peluh mencurah-curah, jadi pegawai peribadi merangkap sekuriti, jadi pengacara majlis merangkap loud speaker merangkap hos rancangan kanak-kanak...

... semuanya terbatal bila sesi berkerja keras berubah menjadi sesi bertugas bersama kawan-kawan, apatah lagi jika pemisah antara bos, kuli dan selebriti terhapus dari hadangan sama sekali.

Nak cerita panjang lebar, saya rasa eloklah perkara kerja tidak digembarkan dalam blog ini. Cukup kiranya saya biarkan gambar-gambar (walau kualiti hampeh) berbicara :)

Tanah lapang, hutan dara, langit nan biru...


Hingga lautan terbentang luas


Singgah untuk makan di Paka


Sebab 'amoi' kempunan nak makan kepok leko


Dan amoi tak kesah pun duduk kat meja kayu buruk dengan designer clothes dan heels


Mee kari sedap, laksa manis


Pastu Ahad malam, amoi belanja makan tomyam
(yang dah dikempunan dia dari awal)



Selesai...


Gambar lain menyusul kemudian. Tunggu aje lah ye.



Ni, saya nak cerita sesuatu.
Bukan setakat Cik PMS sahaja yang ada kisah misteri alam angker, saya juga rupanya melalui kejadian misteri. (Ya, bunyi ayat ni sedikit pelik, tapi anda baca sahaja.)


Pada hari Sabtu, kami bertolak dari Paka ke Kota Bharu. Memandangkan masing-masing penat selepas seharian di Dungun (tempat kerja kami di Dungun), makan kami terpaksa bertolak lewat, lebih kurang jam 10.30 malam. Pemandu kami, yang lebih senang kami gelar 'Abe', memilih laluan Bukit Besi untuk ke destinasi. Mengikut beliau, adalah dalam 4-5 jam perjalanan jika dia memandu dengan kadar sederhana, dan sememangnya beliau memandu sebegitu sepanjang perjalanan kerana jalan Bukit Besi rupanya masih dalam pembikinan - maknanya jalan belum berturap lengkap dan tiada lampu jalan. Bayangkan anda berkongsi jalan separa siap dengan lori-lori muatan berat serta kereta dan motorsikal berteman lampu dari kenderaan masing-masing semata. Mencabar, ya bagi si pemandu. Bagi penumpang yang tak bisa melihat apa selain pekat malam - B.O.S.A.N.

Semua orang kepenatan. Kak H duduk di sebelah Abe, dia leka membelek iPhonenya. Di tengah kereta, Kak R di tempat duduk kiri, saya di tempat duduk kanan. Amoi di tempat duduk belakang, berbaring sambil berbual telefon dan mengetik kekunci laptopnya. Belum masuk minit ke sepuluh, saya dah pun lena.

Sekali sekala Kak R mengusap tangan saya - mungkin tanda 'keroncong' saya mula berdendang. Sesekali saya terjaga sendiri kerana tak dapat bernafas. Sinus dan asthma saya seperti kurang beri kerjasama malam itu. Tapi selainnya, saya lena dan tak begitu ambil peduli bila mereka turun buang air dan sebagainya.

Sampai di KB, selepas bawa Amoi makan di kedai Nasi Kandar berdekatan, kami masuk ke bilik masing-masing. Selesai menukar baju tidur, saya masuk di celah selimut untuk kembali dibuai mimpi. Tiba-tiba Kak H bersuara

"Ely, kalau Kak H bagitau something, Ely takut tak?"


Jeng jeng jeng...

Baru semalam kami berbual tentang Kak H dan 'kelebihannya' dalam melihat perkara dan benda-benda yang... er... ghaib. Sekarang dia buat statement pulak...

Saya menggeleng. "Tak, tak takut. Kenapa Kak H?"

"Betul ni tak takut?"

Saya geleng lagi. Memang masa itu saya tak rasa apa.

"Tadi, ada orang tumpang kita sekali."

Saya terdiam. Kak R menjungkit kening. Akhirnya saya gagahkan bersuara. "Betul ke Kak H? Dia duduk kat sebelah Amoi ke?"

Yakin saya bertanya. Iya lah, mana ada tempat duduk lain yang kosong selain dari seat belakang saya. Amoi pun cuma melunjur kaki sekali-sekala bila terasa kebas.

"Taklah. Dekat tempat Ely," jawab Kak H sambil tersenyum lembut.

"Lelaki, Ly. Kak H perasan, dia pakai seluar warna brown, pastu jacket warna brown jugak. Handsome jugaklah, Ly.... Tapi dia tak buat apa-apa."


Tuuuu diaa....

Tak buat apa-apa katanya... apalah agaknya yang dibuat kalau dia buat apa-apa...
(Boleh feel ehem-ehem ke kalau hantu buat apa-apa? *Larikkkkk*)

Kata Kak H,
lelaki tu seolah terapung dari luar, terus ke dalam. Dan dia duduk betul-betul di tempat saya. Maknanya seolah tubuhnya bertindih di atas saya (yang pada masa itu sedang nyenyak tidur). Anda bayangkan efek yang selalu dilihat di filem, bila mana roh dan jasad tertindih, atau baru nak keluar dari tubuh. Ah, begitulah rupanya.

Pelik.. saya memang tak rasa apa-apa langsung. Sikit pun tidak terganggu. Cuma saat-saat sukar bernafas lite-lite tu, itupun saya selalu rasa kalau tidur tak kena tempat, jadi saya tahu ia bukan disebabkan 'jejaka' yang menumpang kami tu.

Kak H terangkan yang bila dia nampak 'jejaka' tu, dia terus bacakan Ayat Kursi dan mohon agar roh tersebut meninggalkan kami dengan baik. Alhamdulillah, selesai dia menyedekahkan Al-Fatihah, si jejaka hilang secara beransur.

Kak R terus rasa seram dan suruh kami jangan fikirkan lagi perkara tersebut. Saya pun mengiyakan sahaja, walau minda saya masih ligat memutar fikir "kenapa aku tak rasa apa-apa langsung masa dalam kereta tadi? Tak rasa seram sikit pun, tak ada kurang selesa?

Dan kenapa lepas tahu cerita ini, lepas aku tahu yang ada benda mengikut, aku masih rasa selesa, selamat dan biasa saja?"


Ntah.
God works in mysterious ways. Mungkin roh tersebut sekadar mahu disedekahkan ayat Al-Quran. Atau sememangnya mahu tumpang ke destinasi seterusnya. Maybe he was meant for Kak H, dan kebetulan tempat yang diduduk itu adalah di atas saya.

Ketika bercerita pada Amoi tentang kisah ini ketika kami menunggu panggilan menaiki pesawat pulang ke KL, si Amoi dengan excited menepuk tangan dan ketawa "Youuuu! Hensem you, I rasa Mr. Brown tu suka kat you lah! Dia geram tengok you tidur la tuh!"

Geram konon.
Mrasa ke rembes hantu yang oiii?!

Nan hado!


Abang ni jaket coklat! Alamak, sluar dia biru... bukan kot...


Maybe Kak H silap tengok kot.. maybe seluar dia warna ni sebenarnya...


Jaket coklat dan seluar coklat?!
tiiddaakkkkk!!!!!!

9 comments:

roxychick said...

bongok la ko.. aku penampar sket bole?
haha.

btw... i think he's the 3rd one, the one with yellow bg.

ok la tu. lite-lite.

Cik Puan Muda Stress said...

aku dah tengok sokkabar hari ni. aku tau sapa 'amoi' yang diserbu feminats ittew. glams la ko noks. kawan ngan artis gittew.

padan muka kena hempap. mungkin kawasan tu kawasan femes.. mengingatkan akak kepada satu lagi cerita misteri yang berlaku ketika kitorang roadtrip (kitorang : me, sheemi and tpt kerja lama). nanti aku update blog.

ko pergi la tgk video youtube aku tu dulu. enjoice!

Fiza Azmi said...

damn!! nasha ke beb???

aku adalah slh satu die HARD fan nye....wooohhh.... 0_o

ko dh buddy2 ngan dia kan, can la i take pic wit her someday?? can??

(nak pengsan jap! giler jeles ely!!)

azyze gomez said...

Roxy:
U, janganlah tampar i hanya kerana paha i lebih gebu dan anjal dari u...

aww!


Cik PMS:
babe, kita semua tau yang kerja dengan artist does not automatically amke us friends, kan...
biasa la uols...

give her 5-6 months, i'm sure she can't even remember my name, let alone our trip.
Such is life, woefully speaking...

tsk tsk ;P


Fiza:
Big fan? Ye ke?
Before I worked with her, I selalu tertanya2, kenape la orang jadik big fan dia. Perhaps it's her personality dengan orang ramai yang buat dia disukai... all the dealers pun haopy gile, sampai ade two teenage girls yang menangis gila babas tahap hujan lepas dapat peluk dia.

Aku ingatkan Elvis ngan Beatles je ade peminat mental, never thought it could happen here. Sekali ade da...

yaya said...

hahah thought so it was nasha..tgk hidung pun tau..nak gamba ngadap depan elly!! :p

My name starts with M said...

mamat jaket stylo weh! brown lak tu!! bukan type kau ke ely? cinta 2 alam tapi...

aku tak tau lak "orang" bole duduk kat mana2.. ingatkan dia amik seat kosong gak.

kagum dgn Kak H btw...

azyze gomez said...

Yaya:
i took tonnes of piccies, tapi semuanya orang mintak tolong tangkap (coz i memang guard betul2 depan nasha. kang kalau i jumpa in my collection, i post up ek?

Mas:
kepala hotak ko! o_O"

mas... ko nak aku bercinta versi hantu ke mas... pastu ko nak bukukan ala2 siri bercakap dengan jin pastu ko nak jual pastu ko kaya kan kan kan??

gile ko...
kalau abang jaket brown manusia sebenar nak la aku. ni versi ghaib2... nan hado lah...

kalau dia tak pakai apape sekalipun aku tak sangup hahahahah

Cik Puan Muda Stress said...

wow, ada orang nangis2 all?

fantastic bombastic lunatic!

shalyafzan said...

aarrgghh...tidak...bertambah laa "forbidden area" untuk ku..huhuh..

jgn laa nak citer2 misteri alam maya sgt..hehehe..

xde laa takut pon tp saya nih bukan laa berani sgt..hahaha