Pages

Indahnya taufan masa bercuti... sigh

Monday, June 23, 2008


Typhoon Frank at its peak, heading near Metro Manila (June 22, 2008)
gambar dipetik dari wikipedia



Saya masih di Metro Manila.
Sepatutnya pulang semalam, tapi malangnya Taufan Fengshen atau 'Frank' melanda.
Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Clarke Field, tiba-tiba dahan besar dari pokok di tepi jalan jatuh betul-betul di cermin hadapan kereta yang kami naiki.
Betul betul di tempat atas cermin tempat saya duduk.

Mujur tak ada apa yang berlaku. Kami selamat sampai di lapangan terbang hanya untuk diberitahu yang penerbangan kami telah dibatalkan dan yang kami hanya akan dapat pulang seawal Rabu ini. Keadaan di sana lebih teruk dari Manila, mereka sudahpun mengumumkan Red Alert sewaktu kami tiba. Hari ini pun tak ada penerbangan kerana takut sisa-sisa Frank akan mengganggu trafik ruang udara.

Sebelu saya lelap tidur semalam, minda saya masih terbayang hentakan kuat dari dahan yang jatuh itu.
Dalam panik, perkataan yang keluar dari mulut saya hanyalah "Oh Shit."
Bayangkan jika dahan yang jatuh lebih besar dan lebih kuat terhempas. Saya mungkin sudah mati, atau dalam keadaan genting.
Bayangkan liputan berita tentang kematian saya (atau kami, kerana jika saya mati dihimpap, saya yakin pemandu kami sudahpun hilang kawalan dan kami pastinya jatuh ke dalam sungai atau sawah padi di situ. Peluang selamat = tipis) :

Tajuk berita: "Oh Shit"
Typhoon Frank victim managed curse words before tree branch killed her


"Oh Shit"
Mangsa Taufan Frank sempat mencarut sebelum mati ditimpa dahan pokok


"Menurut pemandu kereta tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai Rocky, mangsa hanya sempat melafaz "Oh Shit" sebelum dahan pokok tersebut menghempap beliau dengan kuat."




What a way to end your life, huh? Bodoh betul.


Sila tekan berulang kali untuk pengalaman terhebat hidup anda



p/s: Selain dari kejadian di atas, saya dan rakan-rakan selamat tanpa sebarang kecelakaan. Bila sudah pulang ke Malaysia nanti saya blogkan tentang percutian saya secara penuh, insyallah.

pss: Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga dalam nahas feri MV Princess OF Stars di Cebu yang tenggelam akibat Taufan Frank, semalam. 800 penumpang masih hilang. Berikan sejenak untuk bertafakur dan doakan keselamatan mereka.

12 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

owh shit !

padan lah aku sms tak berjawap.

take care babe, jangan ribut2.

roxychick said...

sempat jugak kau ye..

btw, take care huh!
jaga kak roz tu spashly and pls tell mek na, while she was there, stock up byk2... nnt balik lpskan kerinduan je.. muahahahahahahahaaa!!!

azyze gomez said...

Cik PMS:
yup...
I'm stranded in Manila for 3 days... nasib baik rumah kawan kitorang ade driver, ble dia bwak kitorang balik to Manila. (Manila to Clarke is abt 2 hours). Kalau tak mampus kitorang jadik mcm Tom Hanks dalm the Terminal, tido kat sana for 3 days.

Roxy:
Yah, we look out for each other, tapi Nick & Andy is taking good care of us jugak. They've been very helpful, thanks to them kitorang ble balik Manila and kerja kat opis arini.

yaya heska said...

bwk balik lelaki hot dr sane..:)

Cik Puan Muda Stress said...

babe,

apa yang best kat sana? tengah taufan ada sale tak? jangan lupa ole2 aku tau.

My name starts with M said...

hahahaha lawak plis! experience yg hebat ni Ely. thank God u'r safe...

tp stranded adalah cool! hahaha... bole extend cutiiii... dan kalo stranded ala2 Tom Hanks pun lagi la cool! nnt ada mamat ajak kau candle light dinner... :D

azyze gomez said...

yaya:
hot ramai! tapi semuanya macam gay je. sentap!

hik hik


Cik PMS:
best la kalau aku ade duit, mampus esemua shoping mall aku pegi. skang ni kan tempoh gaji kering, jadi aku tengok je la kenkawan aku shopping...

kena datang lagi ni nampaknya pasal DVD damn cheap bebeh! The best quality DVD pun baru abt RM4.00. NAsib baik we didn't stay long kt the DVD market. Kalau stay lama mesti dah berkepuk beli (boleh kena tax kalau airport jumpa so aku sorok baekkk punya dalam luggage.)


Mas:
First typhoon aku. Nasib baik it's not the dasyat ones you see in TV. Yang ni more like superheavy rain tahap banjir kilat. It's considered mild untuk standard sini.

Violet said...

oh my aku teringat aku g assignment kat singapore last April. ada one hot reporter from philipines. syg x mintak contct. sbb ms tu aku ngah kejar one hot guy from australia. top gun company yg aku cover tu noks. hihi.

-radz

Violet said...

and...i am glad kau selamat. that was one hell of experience eh?

yaya heska said...

u bawak je balik..taula i adjust..wah bersuke ria u kat sane ngan ribut segala eh..oh shit!!! hehe..bleh shopping x ribut? ke confine?

Cik Puan Muda Stress said...

oi. kau dah balik ke belum ni nyah? sonyapppp ajo?

azyze gomez said...

halu halu...
baru balik

banyak kerja nak kna catch up ni, so update slow sikit ek.
sabar...