Pages

andy & lou, emily & florence, sebastian & the president

Wednesday, June 11, 2008

(Posting berbahasa pasar dan mungkin banyak benar yang salah eja. Para sasterawan dinasihatkan tidak meneruskan bacaan)


Masyaallah korang....
iols sebenarnya memanglah nak sangat menulis di sini tapi nan hado uols...
ini bukan cerita kerja lagi ni uols. Eh, ye, ye...cerita kerja.
Tapi kerja yang dah taken a new twist gittew..

iols bullet form sajorlah ye uols...

1. Ronda-ronda Malaysia!

Atas sebab kerja, iols telah ke Perak 2 minggu lepas, dan minggu ini iols kena pegi Kelantan & ganu pulak. Uols, bawak model terkemuka jalan-jalan jumpa pelanggan bukannye macam kita pegi holidey. Dia punya cekadak, kita kena tahan. Makcik pakcik yang gedik tahap orgasm versi rempuhan rusuhan apokaliptik bila tengok dia pun, kita kena layan. Tapi iols redha sajor uols, kalau tak tak keluarlah iols dari kerusi pejabat iols ni. Makin menjadi-jadilah bubble Butt iols, iye idak?


Sapa cipta ayat "the bigger the better' memang lupa pasal bontot, kan?



2. Bidan terjun ke Filipina!


From one city to another. Err... Makati takde pantai ek? *kena baling kasut*


Ye, iols tahu, motif iols nak pi holidey getis ke Filipina bile iols sendiri sengkek dan banyak kerja di pejabat. Tapi semuanya tak dirancang uols. Dari sebaris ayat "iols pun teringin ke filipina", maka tanpa iols benar-benar menginput dan memahami proposal kawan iols, iols dapati di tangan iols - e-tiket air asia ke sana!

Rasanya ke Filipina iols akan lebih tengok-tengok, tinjau-tinjau dan makan-makan kot (yang halal sajork okay...). Nak shopping? Motif ujung-ujung bulan iols nak persis Siti Nurhaliza "Sekali shopping Siti keluar dalam RM10,000 sahaja"?


3. Pasport pasportan!



Hadoi, nak renew pasport hilang macam iols nak tukar kerakyatan dan kawen lapan sajork rasanya!
Dahlah tu, bila iols call talian awam Jabatan Imigresen, ntah apa-apa yang jadi. Transfer extention pun 40 juta kali putus, lepas itu kita macam bola, di lantun ke situ ke mari. Sampai hari ini iols tak dapat pengesahan bila pasport iols boleh siap. Katanya permohonan cepatkan proses pasport dah diterima. Tapi nak tanya tarikh pasport tu siap mak aiii.... macam nak buta appointment jumpa permaisuri agong lah.

*ampun tuanku, patik tumpang pinjam gelaran tuanku buat metafor...* (takut kena tulah hek hek)

Cerita pasport ni dah iols tulis secara panjang lebar, nanti bila iols sempat update kan, iols, post di sini, okeh?


4. Alhamdulillah, iols dah sain dah!


Bukan tandatangan badan orang... tak baik tau uols ni...


Perkara yang perlu iuols tandatangan dah pun ditandatangan. Insyaallah dalam lagi 2 tahun impian iols akan tercapai - salah satu target hidup iols sudahpun separa lengkap. Nanti bila sudah betul-betul jadi kenyataan iols war-warkan pada uols okay? Sekarang cuma boleh cerita lite-lit sajor pasal kang iols lebih2 excited sekali tak jadi tak ke malu sendiri? Kan...
Tak macam ade orang tu, sibuk cerita beli kereta harga nam angka kan... motif uols nam angka uols ittew adalah kelisa? Angka keenam ittew mungkin sebenarnya '0' sempena cakap kosong uols ittew, kan...

hik hik hik


5. Obses ke gila?


Segalanya yang Brit! Ingatkan zaman belajar saja boleh gila pada dunia hiburan Brit, tapi sampai sekarang nih! Apa tak betulkah iols ni? Kenapa kawan-kawan iols semua berbual pasal perkahwinan Mariah Carey atau getis Paris Hilton atau lagu Chris Brown atau filem hollywood paling gempak... tapi iols cerita hal lain? Iols tak centre ke?
Bila iols ajak cerita benda-benda brit, semua orang blank.
Yang iols dapat hanyalah statement "Hayo, Brit acts sangat 90s la." "Robbie Wiliams ngan Westlife ek?"

I mean, someone must've heard of people like Jonathan Ross, Russell Brand, Simon Pegg, Little Britain (I heart David Walliams hik), Big Brother, Dr Who, The Tudors... anybody?

Kenapalah tak ada sesiapa yang boleh layan BBC dengan saya di rumah? (kalau ada bolehlah langgan BBC) Dan kalau langgan pun, kenapalah BBC yang kita dapat adalah kompres BBC1, 2 & 3 (kebanyakannya cerita lawak awal 90an yang poyo sket).

Nasib baik ada Youtube.



Okaylah peeps, iols ngundur dulu.
Rasa looser sangat cerita hal sendiri macam diari kat blog. Tapi blog iols kan, sukati iols lah!

Daa!
*fade out sambil nyanyi lagu Inside of You dari Infant Sorrow*

9 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

wahhh ke filipina tak menghantar telegram dulu pun kat iols !!

iols sentapppp !!

nak holiday jugak !!

*sambil hentak2 kaki kat lantai.

azyze gomez said...

belum pi lagi uols.
minggu depan insyallah.

ini holiday kawan2 opis lah uol...
biaq i check out dulu...
kang kalau okay, i ajak you pi sekali naa...
kita boleh tumpang port rumah kekanda gedik iols kat sana

hik hik *kalau dia tau mesti dia menyumpah. kekanda gedik hahahah*

My name starts with M said...

pangako sayo! x sabar tunggu holiday review weehee

p/s: ko beli istana ek?? syabbaaass!

azyze gomez said...

dulu masa ada kat tivi aku tak layan langsung. Skang ni takde topik bonding lite2 langsung dengan diorang. Kawan aku yang suka gila Jericho Rozales macam sentap aku plak yang pi P'pines, bukan dia.

Hehe.

Istana? aku eksekutif biasa saja, dari keluarga sederhana. tak mampu nak beli istana segala... ;p

..::ciaobella::.. said...

nak gi makati??kampung iols tu uols.. hikhik.. bring makanan kering seperti serunding dan sambal ikan bilis coz makanan halal agak sukar..kalau ade pun..kedai arab yg hazab mahal!..shopping okla..lite2 jarh..saiz kureng la utk 'real woman' seperti kita..tp shopping kasut kat shoemart sungguh meletop..slamat datang ke manila :) haha..

azyze gomez said...

Yaya:
Wah orang manila ke?
i tak target shopping pun, maybe a fe shoes saje hehe
and i'm more of a jewellery gal, so maybe going to Green Hill / Green Belt to get some stuff. Lite2 je...

So kalau next year nak pi trip to Makati again, you boleh ah jadik tourguide, kan? yay!

..::ciaobella::.. said...

hehe..lahir n ddk situ a few years saje..xdela ingat pun.but went back 2 years ago .sgt canthek!! atleast makati la cantik..hehe..yup green belt byk jewellery..belila shells yg dah di nipiskan tu..lawa2..tp i tgk sane byk brg2 hiasan rumah laa..hand mades..have fun!!

Cik Puan Muda Stress said...

mung tok balik dari ganu lagi ko?

(what the f yang aku bebelkan ni? sorry orang2 tgganu, percubaan aku gagal. ye, aku mengaku. alas, there's one thing i'm not good at.)

tripping jap.

*larrrikkkkkk

azyze gomez said...

bebeh. i'm back.
but for a short while only. next - philippines!