Pages

Redha & terima

Monday, June 30, 2008

Dalam perjalanan hidup ini, pasti ada naik turun, pasti ada sinar dalam gelap pekat.

Bila dilanda duka,
pejamkan mata, ambil nafas seadanya.
Jangan cepat melatah,
jangan pantas menyalahkan takdir
jangan langsung menunding jari
jangan marah pada yang Esa.

Percayalah yang semuanya terjadi kerana Dia pasti membuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik untuk kita di hari muka.

Percayalah, Dia sentiasa ada bersama kita.





That I Would Be Good - Alanis Morisette

That I would be good even if I did nothing
That I would be good even if I got the thumbs down
That I would be good if I got and stayed sick
That I would be good even if I gained ten pounds

That I would be fine even even if I went bankrupt
That I would be good if I lost my hair and my youth
That I would be great if I was no longer queen
That I would be grand if I was not all knowing

That I would be loved even when I numb myself
That I would be good even when I am overwhelmed
That I would be loved even when I was fuming
That I would be good even if I was clingy

That I would be good even if I lost sanity
That I would be good
Whether with or without you

p/s: Saya sudah pulang.
Dari Manila, pulang sebentar ke KL, kemudian ke Penang pula. Itu yang tak berjenguk di sini.
Insyaalh posting baru muncul lewat hari ini :)

Indahnya taufan masa bercuti... sigh

Monday, June 23, 2008


Typhoon Frank at its peak, heading near Metro Manila (June 22, 2008)
gambar dipetik dari wikipedia



Saya masih di Metro Manila.
Sepatutnya pulang semalam, tapi malangnya Taufan Fengshen atau 'Frank' melanda.
Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Clarke Field, tiba-tiba dahan besar dari pokok di tepi jalan jatuh betul-betul di cermin hadapan kereta yang kami naiki.
Betul betul di tempat atas cermin tempat saya duduk.

Mujur tak ada apa yang berlaku. Kami selamat sampai di lapangan terbang hanya untuk diberitahu yang penerbangan kami telah dibatalkan dan yang kami hanya akan dapat pulang seawal Rabu ini. Keadaan di sana lebih teruk dari Manila, mereka sudahpun mengumumkan Red Alert sewaktu kami tiba. Hari ini pun tak ada penerbangan kerana takut sisa-sisa Frank akan mengganggu trafik ruang udara.

Sebelu saya lelap tidur semalam, minda saya masih terbayang hentakan kuat dari dahan yang jatuh itu.
Dalam panik, perkataan yang keluar dari mulut saya hanyalah "Oh Shit."
Bayangkan jika dahan yang jatuh lebih besar dan lebih kuat terhempas. Saya mungkin sudah mati, atau dalam keadaan genting.
Bayangkan liputan berita tentang kematian saya (atau kami, kerana jika saya mati dihimpap, saya yakin pemandu kami sudahpun hilang kawalan dan kami pastinya jatuh ke dalam sungai atau sawah padi di situ. Peluang selamat = tipis) :

Tajuk berita: "Oh Shit"
Typhoon Frank victim managed curse words before tree branch killed her


"Oh Shit"
Mangsa Taufan Frank sempat mencarut sebelum mati ditimpa dahan pokok


"Menurut pemandu kereta tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai Rocky, mangsa hanya sempat melafaz "Oh Shit" sebelum dahan pokok tersebut menghempap beliau dengan kuat."




What a way to end your life, huh? Bodoh betul.


Sila tekan berulang kali untuk pengalaman terhebat hidup anda



p/s: Selain dari kejadian di atas, saya dan rakan-rakan selamat tanpa sebarang kecelakaan. Bila sudah pulang ke Malaysia nanti saya blogkan tentang percutian saya secara penuh, insyallah.

pss: Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga dalam nahas feri MV Princess OF Stars di Cebu yang tenggelam akibat Taufan Frank, semalam. 800 penumpang masih hilang. Berikan sejenak untuk bertafakur dan doakan keselamatan mereka.

Cakap banyak, berangan pun banyak

Thursday, June 19, 2008

Jadi, ya,
saya baru selesai mengambil ujian atas talian (ish, benci cakap atas talian sebab bunyi macam bongok, tapi itu saja terjemahan online yang ada) dari laman web BBC.

Woh, lihat personaliti saya yang diduga mereka. Kenapa banyak benar yang tepat ni?

Results

Your answers suggest you are an Innovator

The four aspects that make up this personality type are:

Spontaneous, Ideas, Hearts and Extrovert

Summary of Innovators

  • Energetic and creative taking inspiration from everyone they meet <--- rasanya kebanyakan benda yang saya tulis disini, dan yang masuk ke dalam tulisan-tulisan saya adalah dari orang sekeliling.
  • Enjoy flexible work environments with few rules and many opportunities for fun <--- ya, nasib baik pejabat sekarang agak fleksibel. Saya tak boleh bayangkan kalau saya terpaksa kerja di tempat yang skema! Matilah!
  • Think of themselves as imaginative, sociable and sympathetic
  • May not think logically about their ideas <--- ramai dah orang cakap saya beri ide untuk dunia alternate, bukan dunia sebenar!

More about Innovators

Innovators are fun-loving, creative, sensitive people who enjoy developing their ideas by discussing them with others. This group supports the people around them and expects the same in return. Others are drawn to Innovators because of their love of life, caring nature and openness. Okay, boleh tahan description dia. Tapi tak tau lah kalau orang lain berkawan dengan saya atas sebab yang dinyatakan atau tidak.


Innovators are most likely to say they do their best work when they start at the last minute, according to a UK survey.

Innovators are good at spotting opportunities and recognizing potential in people. Innovators put all their energy into new projects and their enthusiasm motivates others to support their plans. Setuju, setuju. Kadang-kadang terpaksa ingatkan diri supaya jangan terlalu enthusiastic, macam gila kuasa pula.

In situations where they can’t use their talents or are unappreciated, Innovators may become rebellious and unfocused. Under extreme stress, Innovators may become preoccupied with meaningless details. Tepat!

Innovators may over-extend themselves or put a night out with friends ahead of more pressing commitments. This has been known to happen... many times before, and many times to come jugak rasanya.

Innovator Careers

Innovators are drawn to careers that require teaching or counselling, where they can work with and help encourage the development of others. Nowpe. I think I'd make a lousy teacher.



Kalau ingin, cuba lihat apa personaliti anda di sini, ya?

Tangisan badai peminat

Wednesday, June 18, 2008

Saya dah pulang!

Penat tiga hari beraktiviti dalam panas terik, peluh mencurah-curah, jadi pegawai peribadi merangkap sekuriti, jadi pengacara majlis merangkap loud speaker merangkap hos rancangan kanak-kanak...

... semuanya terbatal bila sesi berkerja keras berubah menjadi sesi bertugas bersama kawan-kawan, apatah lagi jika pemisah antara bos, kuli dan selebriti terhapus dari hadangan sama sekali.

Nak cerita panjang lebar, saya rasa eloklah perkara kerja tidak digembarkan dalam blog ini. Cukup kiranya saya biarkan gambar-gambar (walau kualiti hampeh) berbicara :)

Tanah lapang, hutan dara, langit nan biru...


Hingga lautan terbentang luas


Singgah untuk makan di Paka


Sebab 'amoi' kempunan nak makan kepok leko


Dan amoi tak kesah pun duduk kat meja kayu buruk dengan designer clothes dan heels


Mee kari sedap, laksa manis


Pastu Ahad malam, amoi belanja makan tomyam
(yang dah dikempunan dia dari awal)



Selesai...


Gambar lain menyusul kemudian. Tunggu aje lah ye.



Ni, saya nak cerita sesuatu.
Bukan setakat Cik PMS sahaja yang ada kisah misteri alam angker, saya juga rupanya melalui kejadian misteri. (Ya, bunyi ayat ni sedikit pelik, tapi anda baca sahaja.)


Pada hari Sabtu, kami bertolak dari Paka ke Kota Bharu. Memandangkan masing-masing penat selepas seharian di Dungun (tempat kerja kami di Dungun), makan kami terpaksa bertolak lewat, lebih kurang jam 10.30 malam. Pemandu kami, yang lebih senang kami gelar 'Abe', memilih laluan Bukit Besi untuk ke destinasi. Mengikut beliau, adalah dalam 4-5 jam perjalanan jika dia memandu dengan kadar sederhana, dan sememangnya beliau memandu sebegitu sepanjang perjalanan kerana jalan Bukit Besi rupanya masih dalam pembikinan - maknanya jalan belum berturap lengkap dan tiada lampu jalan. Bayangkan anda berkongsi jalan separa siap dengan lori-lori muatan berat serta kereta dan motorsikal berteman lampu dari kenderaan masing-masing semata. Mencabar, ya bagi si pemandu. Bagi penumpang yang tak bisa melihat apa selain pekat malam - B.O.S.A.N.

Semua orang kepenatan. Kak H duduk di sebelah Abe, dia leka membelek iPhonenya. Di tengah kereta, Kak R di tempat duduk kiri, saya di tempat duduk kanan. Amoi di tempat duduk belakang, berbaring sambil berbual telefon dan mengetik kekunci laptopnya. Belum masuk minit ke sepuluh, saya dah pun lena.

Sekali sekala Kak R mengusap tangan saya - mungkin tanda 'keroncong' saya mula berdendang. Sesekali saya terjaga sendiri kerana tak dapat bernafas. Sinus dan asthma saya seperti kurang beri kerjasama malam itu. Tapi selainnya, saya lena dan tak begitu ambil peduli bila mereka turun buang air dan sebagainya.

Sampai di KB, selepas bawa Amoi makan di kedai Nasi Kandar berdekatan, kami masuk ke bilik masing-masing. Selesai menukar baju tidur, saya masuk di celah selimut untuk kembali dibuai mimpi. Tiba-tiba Kak H bersuara

"Ely, kalau Kak H bagitau something, Ely takut tak?"


Jeng jeng jeng...

Baru semalam kami berbual tentang Kak H dan 'kelebihannya' dalam melihat perkara dan benda-benda yang... er... ghaib. Sekarang dia buat statement pulak...

Saya menggeleng. "Tak, tak takut. Kenapa Kak H?"

"Betul ni tak takut?"

Saya geleng lagi. Memang masa itu saya tak rasa apa.

"Tadi, ada orang tumpang kita sekali."

Saya terdiam. Kak R menjungkit kening. Akhirnya saya gagahkan bersuara. "Betul ke Kak H? Dia duduk kat sebelah Amoi ke?"

Yakin saya bertanya. Iya lah, mana ada tempat duduk lain yang kosong selain dari seat belakang saya. Amoi pun cuma melunjur kaki sekali-sekala bila terasa kebas.

"Taklah. Dekat tempat Ely," jawab Kak H sambil tersenyum lembut.

"Lelaki, Ly. Kak H perasan, dia pakai seluar warna brown, pastu jacket warna brown jugak. Handsome jugaklah, Ly.... Tapi dia tak buat apa-apa."


Tuuuu diaa....

Tak buat apa-apa katanya... apalah agaknya yang dibuat kalau dia buat apa-apa...
(Boleh feel ehem-ehem ke kalau hantu buat apa-apa? *Larikkkkk*)

Kata Kak H,
lelaki tu seolah terapung dari luar, terus ke dalam. Dan dia duduk betul-betul di tempat saya. Maknanya seolah tubuhnya bertindih di atas saya (yang pada masa itu sedang nyenyak tidur). Anda bayangkan efek yang selalu dilihat di filem, bila mana roh dan jasad tertindih, atau baru nak keluar dari tubuh. Ah, begitulah rupanya.

Pelik.. saya memang tak rasa apa-apa langsung. Sikit pun tidak terganggu. Cuma saat-saat sukar bernafas lite-lite tu, itupun saya selalu rasa kalau tidur tak kena tempat, jadi saya tahu ia bukan disebabkan 'jejaka' yang menumpang kami tu.

Kak H terangkan yang bila dia nampak 'jejaka' tu, dia terus bacakan Ayat Kursi dan mohon agar roh tersebut meninggalkan kami dengan baik. Alhamdulillah, selesai dia menyedekahkan Al-Fatihah, si jejaka hilang secara beransur.

Kak R terus rasa seram dan suruh kami jangan fikirkan lagi perkara tersebut. Saya pun mengiyakan sahaja, walau minda saya masih ligat memutar fikir "kenapa aku tak rasa apa-apa langsung masa dalam kereta tadi? Tak rasa seram sikit pun, tak ada kurang selesa?

Dan kenapa lepas tahu cerita ini, lepas aku tahu yang ada benda mengikut, aku masih rasa selesa, selamat dan biasa saja?"


Ntah.
God works in mysterious ways. Mungkin roh tersebut sekadar mahu disedekahkan ayat Al-Quran. Atau sememangnya mahu tumpang ke destinasi seterusnya. Maybe he was meant for Kak H, dan kebetulan tempat yang diduduk itu adalah di atas saya.

Ketika bercerita pada Amoi tentang kisah ini ketika kami menunggu panggilan menaiki pesawat pulang ke KL, si Amoi dengan excited menepuk tangan dan ketawa "Youuuu! Hensem you, I rasa Mr. Brown tu suka kat you lah! Dia geram tengok you tidur la tuh!"

Geram konon.
Mrasa ke rembes hantu yang oiii?!

Nan hado!


Abang ni jaket coklat! Alamak, sluar dia biru... bukan kot...


Maybe Kak H silap tengok kot.. maybe seluar dia warna ni sebenarnya...


Jaket coklat dan seluar coklat?!
tiiddaakkkkk!!!!!!

andy & lou, emily & florence, sebastian & the president

Wednesday, June 11, 2008

(Posting berbahasa pasar dan mungkin banyak benar yang salah eja. Para sasterawan dinasihatkan tidak meneruskan bacaan)


Masyaallah korang....
iols sebenarnya memanglah nak sangat menulis di sini tapi nan hado uols...
ini bukan cerita kerja lagi ni uols. Eh, ye, ye...cerita kerja.
Tapi kerja yang dah taken a new twist gittew..

iols bullet form sajorlah ye uols...

1. Ronda-ronda Malaysia!

Atas sebab kerja, iols telah ke Perak 2 minggu lepas, dan minggu ini iols kena pegi Kelantan & ganu pulak. Uols, bawak model terkemuka jalan-jalan jumpa pelanggan bukannye macam kita pegi holidey. Dia punya cekadak, kita kena tahan. Makcik pakcik yang gedik tahap orgasm versi rempuhan rusuhan apokaliptik bila tengok dia pun, kita kena layan. Tapi iols redha sajor uols, kalau tak tak keluarlah iols dari kerusi pejabat iols ni. Makin menjadi-jadilah bubble Butt iols, iye idak?


Sapa cipta ayat "the bigger the better' memang lupa pasal bontot, kan?



2. Bidan terjun ke Filipina!


From one city to another. Err... Makati takde pantai ek? *kena baling kasut*


Ye, iols tahu, motif iols nak pi holidey getis ke Filipina bile iols sendiri sengkek dan banyak kerja di pejabat. Tapi semuanya tak dirancang uols. Dari sebaris ayat "iols pun teringin ke filipina", maka tanpa iols benar-benar menginput dan memahami proposal kawan iols, iols dapati di tangan iols - e-tiket air asia ke sana!

Rasanya ke Filipina iols akan lebih tengok-tengok, tinjau-tinjau dan makan-makan kot (yang halal sajork okay...). Nak shopping? Motif ujung-ujung bulan iols nak persis Siti Nurhaliza "Sekali shopping Siti keluar dalam RM10,000 sahaja"?


3. Pasport pasportan!



Hadoi, nak renew pasport hilang macam iols nak tukar kerakyatan dan kawen lapan sajork rasanya!
Dahlah tu, bila iols call talian awam Jabatan Imigresen, ntah apa-apa yang jadi. Transfer extention pun 40 juta kali putus, lepas itu kita macam bola, di lantun ke situ ke mari. Sampai hari ini iols tak dapat pengesahan bila pasport iols boleh siap. Katanya permohonan cepatkan proses pasport dah diterima. Tapi nak tanya tarikh pasport tu siap mak aiii.... macam nak buta appointment jumpa permaisuri agong lah.

*ampun tuanku, patik tumpang pinjam gelaran tuanku buat metafor...* (takut kena tulah hek hek)

Cerita pasport ni dah iols tulis secara panjang lebar, nanti bila iols sempat update kan, iols, post di sini, okeh?


4. Alhamdulillah, iols dah sain dah!


Bukan tandatangan badan orang... tak baik tau uols ni...


Perkara yang perlu iuols tandatangan dah pun ditandatangan. Insyaallah dalam lagi 2 tahun impian iols akan tercapai - salah satu target hidup iols sudahpun separa lengkap. Nanti bila sudah betul-betul jadi kenyataan iols war-warkan pada uols okay? Sekarang cuma boleh cerita lite-lit sajor pasal kang iols lebih2 excited sekali tak jadi tak ke malu sendiri? Kan...
Tak macam ade orang tu, sibuk cerita beli kereta harga nam angka kan... motif uols nam angka uols ittew adalah kelisa? Angka keenam ittew mungkin sebenarnya '0' sempena cakap kosong uols ittew, kan...

hik hik hik


5. Obses ke gila?


Segalanya yang Brit! Ingatkan zaman belajar saja boleh gila pada dunia hiburan Brit, tapi sampai sekarang nih! Apa tak betulkah iols ni? Kenapa kawan-kawan iols semua berbual pasal perkahwinan Mariah Carey atau getis Paris Hilton atau lagu Chris Brown atau filem hollywood paling gempak... tapi iols cerita hal lain? Iols tak centre ke?
Bila iols ajak cerita benda-benda brit, semua orang blank.
Yang iols dapat hanyalah statement "Hayo, Brit acts sangat 90s la." "Robbie Wiliams ngan Westlife ek?"

I mean, someone must've heard of people like Jonathan Ross, Russell Brand, Simon Pegg, Little Britain (I heart David Walliams hik), Big Brother, Dr Who, The Tudors... anybody?

Kenapalah tak ada sesiapa yang boleh layan BBC dengan saya di rumah? (kalau ada bolehlah langgan BBC) Dan kalau langgan pun, kenapalah BBC yang kita dapat adalah kompres BBC1, 2 & 3 (kebanyakannya cerita lawak awal 90an yang poyo sket).

Nasib baik ada Youtube.



Okaylah peeps, iols ngundur dulu.
Rasa looser sangat cerita hal sendiri macam diari kat blog. Tapi blog iols kan, sukati iols lah!

Daa!
*fade out sambil nyanyi lagu Inside of You dari Infant Sorrow*

My Booky Wook

Friday, June 06, 2008

How can you not love Russell Brand?

Oh, the wild hair.
Oh, those piercing eyes.
Oh, those sexy lips.
Oh, the witty, wacky sense of humour.
Oh, the scent of sexuality that oozes from his pores, flowing like hot lava into the souls of those who long for an Adonis-y comic saviour.
Behind all those innuendo-ladened stand-ups is a brilliant, sensitive man who wears his heart on his sleeve....such vulnerability could only make a man so much more desireable...

Sigh....
The thought of him boils my blood.I simmer, I sizzle, I -

Wait, he sings too?!


Russell dear,
You'd be the death of me.



Sigh...




Tip: A girl loves a man who can make her laugh, and laugh at himself.



P/s: If you happen to find Russell's Booky Wook on book racks around KL, holler please. I'm itching to get my hands on 'em! (Yes, that's plural for you.)

Yahoo, Gado-Gado is back on air!

Tuesday, June 03, 2008

Ya ampun, neng!
Blog ini bersawang!
Nunggu aja deh, pasti ada yang mutahir kelak...

Sedang-sedang nanti ini, nonton dulu yang lucu ini.



p/s: Gile btol, masa kecik dulu selalu terpacak depan TV tengok Gado-Gado. Siap rakam di VHS lagi nih - semata-mata sebab lawak brengsek mendahului zaman diorang...dan abang Ebby Saiful. Oh Abang Ebby yang chomel...