Pages

orange zest

Thursday, May 01, 2008

percaya atau tidak, saya sedang memblog dari sebuah salun rambut.

hari ini hari keluar bersama rakan rakan wanita saya. girls day out dengan tasha dan mar, dua kawan dari zaman sekolah menengah saya. well, boleh dikatakan 2/4 dari jumlah kawan sekolah yang masih lagi rajin berhubung dengan saya. 2/4.... nampak sangat saya tak boleh diharap bila dalam bab menyimpan kawan ini.

kembali ke realiti,
hari ini sawan berbelanja dasyat.

tasha yang sememangnya menghabiskan masa kerja dan masa senggangnya di kalangan lelaki dah kemaruk nak membelai diri. mar sibuk mencari tas tangan yang lojik dibawa ke pejabat. saya...saya mebawa diri tanpa sebarang tujuan penting dengan ucapan 'kau confirm akan belanja lebih dari yang sepatutnya kau keluarkan.'

kami makan besar di sakae sushi. selesai rm50.00 seorang.
bila tasha nak ke watson, saya dan mar baru terperasan yang kami pun ada beberapa toiletries yang nak dibeli. keluar lagi beberapa lepuk wang.

tasha nak potong rambut.
saya terpanggil untuk membuat manicure.
mar, untung dia, mendengar kata the accountant in her agar tidak berbelanja. lagipun katanya makcik nak datang ke rumah, dia harus pulang awal. selamattt...

so here i am, my nails done - in bright orange, none the less - reading hairstyle magazines dan menyelak majalah-majalah fesyen yang berlungguk, menanti tasya yang tiba-tiba dah warna rambut kemudian mahu treatment berserta potongan oleh penggaya senior yang katanya bakal meletop.

kuku oren saya dah calar balar lah.
ini belum keluar dari salon lagi ni.
silap-silap esok dah terkopak.
hopeless sangat...

dan oh,
semuanya huruf kecil dan saya terpaksa mengelak dari menekan apa apa yang perlu menggunakan 'shift' kerana butang 'shift' di kibod salun ini tak berfungsi.

p/s; butang 'shift' yang rosak dan hasdil tulisan tanpanya membuat saya sedikit giddy. i think i need some baskins...hmm..

4 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

wahhh oren !!

pakai inai kan senang? sah tak calar.

huhuhuhu.

(komen ini ialah komen serampang dua mata, kalau bijak, sila ungkaikan)

zasss cermin sangat !

azyze gomez said...

Hahahaha
laser chermin... opps.. sendiri lazer so no komen heheh...

abes duit je babe pergi manicure, konon2 nak feel2 dibelai la. actualy buat spa mani baru best. kalau normal manicure and colour, baik aku buat sendiri. same je, tinggal takde the special dryer jek.

Nak feel sesi mani & ngumpat, cari iols ye.
hik hik!

Cik Puan Muda Stress said...

aku pun selalu jugak pegi mani. sebab tak reti potong kuku. munasabah tak alasan aku? haaa... tapi mak belum pernah berkaler2 atau berberlian2 all uols, mak seram! selalu french mani jer..

kau ni wanita kerjaya sangat sekarang kan? sampai takde masa nak lepak ngan aku. sentap iols!

azyze gomez said...

alah Cik PMS, jangan la sentap2...
nanti muka manis uols tu jadik macam prun...
smile...smilleeee....