Pages

sukar berganti...

Tuesday, April 22, 2008

Masyitah cangkung merenung kolah air yang masih belum penuh-penuh lagi.
Dari tadi, air turun cukup perlahan.

Setitik. Setitik. Setitik.

Inilah akibatnya kalau tak bayar bil air, detik hatinya.

"Kak Long, bila nak mandi ni? Ain dah penat la nak tunggu," rengek Ain. Kakinya menguis kulat di tepi bingkai pintu tanda bosan.

"Sabarlah sekejap..."

Muka si kecil itu monyok bak kertas direnyuk. "Nanti Ain lambat pergi sekolah agama lah!"

"Kalau Ain lambat, Kak Long pun lambat, kan..." jawab Masyitah sambil lewa. Apa lagi yang nak di kata pada adiknya yang masih mentah itu?

Ain semakin resah. Dia bangun, berjalan mundar mandir. Penat berjalan, dia duduk di bibir kolah. Kemudian kembali menguis kulat. Meniup barisan semut yang menjalar dari rekahan karat di dinding zink.

"Ish, Ain bencilah sekarang ni. Dahlah asyik makan bubur je, lepas tu kena berhenti kelas tambahan. Sekarang air pulak tak ada. Menyampahlah! Ain tak suka!"

Masyitah mengusap lembut rambut adiknya. "Sabar ye Ain, ini baru dua minggu kita macam ni... Kak Long tengah cuba usahakan apa yang boleh. Nanti bila kita ada duit untung jual nasi lemak, Kak Long beli makanan sedap-sedap. Ain nak makan ayam tiap-tiap hari pun boleh. Lepas tu, Kak Long beli tangki air besar macam kat rumah orang kaya Zamri hujung kampung tu, buat kolam mandi. Tak payah Ain tunggu air turun macam ni lagi. Okey?"


Pujuk Masyitah menjadi. Ain melentok di bahunya. Sama-sama menyangkung menanti air. Sama-sama menanti tuah.

"Kak Long, kenapa ayah tak bayar bil air dulu sebelum dia mati?"


Masyitah hanya mampu menggetap bibir....

4 comments:

tini said...

nuks, adakah ini petikan daripada novelmu yg x siap itu? kalau dah siap nak baca full bley?

Cik Puan Muda Stress said...

wahh..

bakat sangat.

Siti Khadijah said...

maisarah/masyitah org sama kan? baca banyak kali tadi, ingt tak faham.

azyze gomez said...

tini:
no lah bebeh. novel aku yang masih tak siap tu akan ku berikan pada ko bila dah selamat khattam tulisannya, okeh?


cik PMS:
ko ingat aku ni pesert bakat TV 1972?


siti khadijah:
ah, i started off the character as masyitah, tapi lepas tu dia jadik maisarah.

that's a private joke sebenarnya, yeah, I guess it should stay private pasal orang tak faham pun.
I'll make sure I don't do name morphs lagi lepas ni, hehe