Pages

Mala'on

Monday, April 28, 2008

"You ni memang suka jual mahal lah," kata Mohamad Ghani. "Bila I dah ajak, you tak nak pulak."

"Memanglah I tak nak. Siapa-siapa pun takkan nak."

Dia mencebik. "I tak faham lah.. apa sahaja yang tak kena dengan I ni? Apa?"


Oh Mohamad Ghani, banyak benar yang tak kena dengan kamu. Tak kena untuk saya.

Pertama. 
Mohamad Ghani. Awak tahukah itu nama untuk Ustaz-Ustaz warak atau Cikgu Pendidikan Jasmani darjah dua? Atau pak lebai spek mata aviator tahun 70-an separatinted? Mana ada orang muda zaman sekarang yang bernama Mohamad Ghani... tak fad langsung.  

Kedua. 
Kamu terlalu kaya lah. Kamu anak orang hampir-hampir kenamaan (tidak lama lagi, kata kamu), ada 2-3 biji kereta mewah, pakaian kamu senantiasa berjenama. Duit tunai di dalam dompet berkepuk-kepuk. Setiap kali saya keluar bersama kamu, mesti kamu mahu ajak saya masuk ke dalam butik berjenama dan suruh- eh, paksa- saya beli beberapa benda. Kamu jadi tidak senang duduk jika saya pilih barangan yang kurang dari harga gaji saya. Kata kamu kamu lebih suka beri kebahagiaan pada saya... kamu mahu layan saya seperti permaisuri. Jika saya tak jerit-jerit di KLCC tempohari, tentu kamu dah heret saya masuk ke Bvlgari. Tentu jari saya dah berhias cincin berlian persis J.lo. Berat, saya tak suka!

Mana ada wanita yang mahu berkasih dengan lelaki kaya? Kamu gila kah? 

Ketiga.
Kamu terlalu kacak untuk pandangan mata. Setiap perempuan yang pernah nampak kamu semuanya kata kamu ibarat putera kayangan yang turun dengan limpahan cahaya sorga. Cahaya itulah yang buat saya silau mata. Lelaki yang datang tanpa sinaran melampau adalah pilihan saya. Kamu terlalu tegap, berperut leper bak papan luncur, rambut panjang mengalun, senyuman semanis madu, dan senantiasa wangi. Wangi kamu melebihi saya. Tak best langsung. 

Keempat.
Apa yang boleh saya dapat dengan berkasih dengan orang seperti kamu? Kalaupun kamu sanggup posing di dalam bilik, di atas katil, di bawah pancuran air, di tepi kolam, di sisi saya ketika berkepit ke majlis-majlis keramaian - kamu tak punya fungsi yang spesifik berbanding, katalah, skru kepala Philip. 

Kalaulah kamu mahu bermanja dengan saya, atau membisik kata-kata cinta ke telinga saya setiap kali kita berjumpa, atau kamu limpahi saya dengan berkajang-kajang prosa kata dari penyair terkemuka - kamu tetap tidak mungkin membahagi perhatian saya dari perkara yang lebih menyeronokkan- seperti, katakanlah, makan laksa di bawah pokok ketapang. 

Janganlah kecewa, Mohamad Ghani.   
Macam inilah, biar kita kompromi sahaja. 
Saya bagi kamu satu peluang lagi untuk mengurat saya. 
Satu sahaja tau. Cubalah sedaya-upaya kamu. 


Sekarang ini, yang penting, 

kamu muncul dulu dalam hidup saya. 
Boleh?

p/s: Dan gunakan nama beranak selain Mohamad Ghani, ya. Terima kasih. 


 







4 comments:

Anonymous said...

wei, ni realiti ke menda nie?
nader

roxychick said...

ya ampon! mohamad ghani, mohamad ghani....

if mcm tu, mohamad subhi pon tak fad la sebenarnya.. isk. kena tuka suami la camni...

(kriteria-kriteria yg lain, malangnya, mohamad subhi takde.. uhuhuuuu...)

azyze gomez said...

ohohohh..

muhamad subhi itu nama glamornya berx... kalau mohamad ghani? gerg? ghan? Ani?
*shivers*

nader: opps opp... hhahhha

roxychick said...

take your pick.
ani pon cantekkk...

or jez gh..
haha.