Pages

caca marba

Thursday, April 03, 2008

Kalau ada orang tahu yang saya curi masa untuk menulis di sini dan tidak meneruskan kerja aya yang dah tahap terkucil ini, mesti ada yang zass melazer cermin. Jadi posting kali ini sedikit bubur lambok rojak pasembor sikit ya.


Topik 1: Tiru beriktiraf ke tak ni?
Saya dah dengar album Fabulous Cats (ya, sedikit lewat, terkebelakang saya ini), dan saya rasa Cat buang masa buat album ini. Entah kenapa... mungkin bunyinya yang terlalu manufactured. Tak ada depth. Dan suara kedua penyanyi kumpulan itu agak tinggi, jadi monotonous saja 'perjalanan minda' mereka itu.

Satu lagi, lagu Pengganti Airmata tu masyaallah, sebijik-bijik cedok lagu Ballin' Snoop Dogg dari album Paid Tha Cost To Be Tha Boss. Ni cedok versi translation (ala Hazami's Sonata Musim Salju) atau claim lagu ciptaan sendiri? Hayo hayo...

Cat adakah penulis dan rapper yang hebat, sentuhannya antara yang paling kreatif di tanahair. Saya rasa kalau Cat bergerak solo dan buat featuring macam Timbaland lebih baik. Terikat dengan kumpulan ini membuat dia sama poyo macam ahli kumpulannya.

---------------------------------------------------------

Topik 2: Boyi Bolomi
Ekram dah hampir khattam BoxSet Chow Sing Chi saya. Saya baru sempat tengok 4 cerita sahaja. Ini tidak boleh jadi! Nampaknya terpaksa buat pelan aksi "Revenge of the Sith" selepas selesai event pejabat tengah April nanti. Yeahh!!!

----------------------------------------------------------

Topik 3: Penulis tinggalan
Hati bergelojak mahu sambung menulis novel yang dah lama terbengkalai. Tapi kena cari ruang terluang yang bolos, tapi rasanya ruang itu takkan wujud buat lagi 1-2 minggu. Mungkinkah saya masih berapi untuk menulis di kala itu nanti?

---------------------------------------------------------

Topik 4: Tua melangkau usia
Saya rasa ramai orang melihat saya lebih tua dari usia sebenar saya. My weight is weighing me down. Redundant ke ayat tu? Alah, berat saya pun redundant jugak...

----------------------------------------------------------

Topik 5: Dermawan tak kena tempat
Apa gunanya membayar ribuan ringgit untuk menggaji seorang PR Consultant bagi majlis syarikat jika segala bahan akhirnya harus dilengkapkan, dialih bahasa dan diselesaikan oleh orang lain juga? Bayar suka-suka kah? Bak sini duit tu separuh jika saya perlu menanggung beban ekstra sebegini.

Sakit hati betul.

------------------------------------------------------------



Topik 6: Selamat tinggal Sweater - Jadi ke?
Unee dah ban saya dari memakai sebarang sweater versi pegi-mampus-kaulah-aku-nak-pakai-apa. Sekarang ini kena mulakan koleksi baju panas versi wanita gatal. Rasanya lepas selesai sakit otak event ini, nak cuba ubahsuai sweater-sweater sedia ada menjadi lebih gedik lah. Hmm... nasib baik ada Threadbangers...

-------------------------------------------------------------

Itu sahajalah dahulu. Kalau ada kelapangan maka saya singgah lagi. Tak sabar menanti event selesai!

Salam.

5 comments:

tini said...

apakah motif mampu menghire PR comsultant tapi tak mampu menambah sorang lagi head count? keji sgt!uols, ingat apa yg boss aku cakap "at the end, work is just a work..family and health come first, dun get unnecessirily tension, coz if anything happen to you, they just can feel sorry for u and can replace u at any time"

azyze gomez said...

uols, katanya hire pr ittew sementara nik tak masuk lagi. skang ni dah ada PR person baru ganti Nik, but sine consultant tu masuk under Mom's day project, maka haruslah dia still work with us sampai habis kan...

that's why..
aku pun dah penat dah ni...

Cik Puan Muda Stress said...

kesian kau noks.
macam tak sempat bernapas je aku tengok..

roxychick said...

yay! tak sabar nak tgk sweater gatal.
smlm dah tgk satu.. (ke the day before...? ala yg kaler lite brown tu...)

*malas nak komen hal pejabat. kita kan berjiran jerz..*

azyze gomez said...

cik PMS:
itulah... i bad mood aje the last few days, stress gilos. i try to ceria2 pun tak jadik. but today i felt better. must be the gatal stuff i pakai pi kerja today. kena carik baju gatal gedik untuk pi ofis lagi nampaknya!

*selak purse*
alamak, diut illek. bulan depan ah.


Roxy:
haha itu sweater gatal versi makcik2 baru belajar. iols akan usahakan yang gedik lagi dari itu....soon!