Pages

Edisi Kenangan silam #5 (Random Memories #5)

Wednesday, April 30, 2008

Kejadian: sekitar 2-3 tahun lalu
Lokasi: Pusat latihan sulit milik badan perisikan antarabangsa rahsia. 


Dabi memanggil-manggil nama saya tak henti. 

"Aku nak tidur lah, Dabi."

Dipanggilnya nama saya lagi. "Bangunlah," kata dia. Bau cendana campur sitrus campur bau seakan leathery. Bau kolon. Sedap.

"Tak boleh ke kau biar aku tidur sekejap? Hari minggu kepala dah sakit otak. Biar aku tidur di hujung minggu boleh?"

"Rugi babe, rugi kalau kau tak bangun. Nanti kau menyesal. Ombak dah tunggu kita tu."

"Ah, mampuslah. Ombak ke, hape ke....unibomber sekalipun aku tak layan..."

"Oooh... Uni-bomber tak layan.. Nih, suicide bomber. Cuba kau tak layan!"

Senyap.
Tapak kakinya berbunyi lembut memijak pasir pantai. Gelaknya semakin jauh. 
Ahh... boleh tidur dengan am-

Woi, busuklah!! Dabi!!!!!!!!!!! 

Dua hari saya tak boleh tidur dalam khemah. Bau berkepuk. Celaka. 




Mala'on

Monday, April 28, 2008

"You ni memang suka jual mahal lah," kata Mohamad Ghani. "Bila I dah ajak, you tak nak pulak."

"Memanglah I tak nak. Siapa-siapa pun takkan nak."

Dia mencebik. "I tak faham lah.. apa sahaja yang tak kena dengan I ni? Apa?"


Oh Mohamad Ghani, banyak benar yang tak kena dengan kamu. Tak kena untuk saya.

Pertama. 
Mohamad Ghani. Awak tahukah itu nama untuk Ustaz-Ustaz warak atau Cikgu Pendidikan Jasmani darjah dua? Atau pak lebai spek mata aviator tahun 70-an separatinted? Mana ada orang muda zaman sekarang yang bernama Mohamad Ghani... tak fad langsung.  

Kedua. 
Kamu terlalu kaya lah. Kamu anak orang hampir-hampir kenamaan (tidak lama lagi, kata kamu), ada 2-3 biji kereta mewah, pakaian kamu senantiasa berjenama. Duit tunai di dalam dompet berkepuk-kepuk. Setiap kali saya keluar bersama kamu, mesti kamu mahu ajak saya masuk ke dalam butik berjenama dan suruh- eh, paksa- saya beli beberapa benda. Kamu jadi tidak senang duduk jika saya pilih barangan yang kurang dari harga gaji saya. Kata kamu kamu lebih suka beri kebahagiaan pada saya... kamu mahu layan saya seperti permaisuri. Jika saya tak jerit-jerit di KLCC tempohari, tentu kamu dah heret saya masuk ke Bvlgari. Tentu jari saya dah berhias cincin berlian persis J.lo. Berat, saya tak suka!

Mana ada wanita yang mahu berkasih dengan lelaki kaya? Kamu gila kah? 

Ketiga.
Kamu terlalu kacak untuk pandangan mata. Setiap perempuan yang pernah nampak kamu semuanya kata kamu ibarat putera kayangan yang turun dengan limpahan cahaya sorga. Cahaya itulah yang buat saya silau mata. Lelaki yang datang tanpa sinaran melampau adalah pilihan saya. Kamu terlalu tegap, berperut leper bak papan luncur, rambut panjang mengalun, senyuman semanis madu, dan senantiasa wangi. Wangi kamu melebihi saya. Tak best langsung. 

Keempat.
Apa yang boleh saya dapat dengan berkasih dengan orang seperti kamu? Kalaupun kamu sanggup posing di dalam bilik, di atas katil, di bawah pancuran air, di tepi kolam, di sisi saya ketika berkepit ke majlis-majlis keramaian - kamu tak punya fungsi yang spesifik berbanding, katalah, skru kepala Philip. 

Kalaulah kamu mahu bermanja dengan saya, atau membisik kata-kata cinta ke telinga saya setiap kali kita berjumpa, atau kamu limpahi saya dengan berkajang-kajang prosa kata dari penyair terkemuka - kamu tetap tidak mungkin membahagi perhatian saya dari perkara yang lebih menyeronokkan- seperti, katakanlah, makan laksa di bawah pokok ketapang. 

Janganlah kecewa, Mohamad Ghani.   
Macam inilah, biar kita kompromi sahaja. 
Saya bagi kamu satu peluang lagi untuk mengurat saya. 
Satu sahaja tau. Cubalah sedaya-upaya kamu. 


Sekarang ini, yang penting, 

kamu muncul dulu dalam hidup saya. 
Boleh?

p/s: Dan gunakan nama beranak selain Mohamad Ghani, ya. Terima kasih. 


 







Sepetang di Atas PBukit Bendera

Wednesday, April 23, 2008

Percaya atau tidak, 
saya tak pernah naik ke puncak Bukit Bendera. 

Nama sahaja anak orang kelahiran Pulau Pinang, saya sebenarnya bukan tahu sangat pun tentang pulau mutiara itu.  Agaknya separuh dari pulau itu tak sempat saya jelajahi lagi. Maklumlah, pulang ke kampung pun paling-paling setahun dua kali. 

Yang saya sibuk-sibuk cerita pasal Penang itu dan Penang ini - semuanya palsu. Bila balik kampung, saya adalah hermit yang cuma suka: 1. mandi laut dan,  2. memeruk diri dengan limpahan buku di gedung buku terpakai, Tingkat 2, Pasar Chowrasta.  

Jangan cuba-cuba telefon saya jika anda sedang cuba jalan-jalan cari makan di sana dan tanya "Weh, kat mana boleh aku makan makanan gerai tepi jalan versi kampung yang fantastik?" 

Chances are saya akan minta anda telefon saya balik dalam 10 minit dan saya akan terkulat-kulat menghantar SMS kepada sepupu atau pakcik makcik di sana, tanya tentang soalan anda, dengan harapan mereka membalas sms saya dengan cadangan hebat sebelum anda menelefon saya kembali. Perkara ini selalunya kecundang kerana mereka samada: tak perasan sms saya, tak kuasa nak membalas sebab sayangkan kredit atau tak reti membalas sms (bagi golongan pakcik makcik versi telekom-friendly). 

Akhirnya, saya akan beritahu tempat makan yang saya kerap kunjungi sahaja - gerai laksa pokok gajus di Balik Pulau, Nasi Kandar Hameediah di tengah bandar (yang langsung tak street mahupun kampung), char kuey tiow tepi masjid biru yang saya lupa nama kawasannya dan gerai kelapa campur special di tepi Chowrasta. 

Jangan juga tanya saya "Macam mana aku nak pergi Nasi Kandar Line Clear ni?"
Sebab saya tak makan di tempat-tempat overrated dan overcrowded macam itu. Saya cuma makan di tempat-tempat sedap ajaib yang tak ramai orang ketahui.

Saya cakap berkontradiksi. Terjemahkanlah sendiri mengikut suka-andai anda.  


Walau bagaimanapun, saya seorang yang cukup berbangga dengan negeri kelahiran mak bapak saya itu. Bila orang bertanya pada saya tentang negeri asal saya, saya akan dengan muka selamba dan ala-ala sedikit komikal menjawab,

"Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, tapi mak bapak saya orang Pulau Pinang, so I'd like to say that my hometown is Penang. For sentimental reasons,  I guess."  

Saya memang tamak. Tapi lebih mudah begitu kerana orang selalunya membalas "I dah agak dah... muka you memang ada macam anak mami..." 

daripada saya kata saya dari KL dan mereka balas

 "Really? You tak nampak macam orang KL... you nampak macam keturunan mami atau mix lah."

yang sebenarnya langsung tak ada kena mengena dengan jawapan asal saya kerana campuran bangsa tak semestinya menggambarkan lokasi asal-usul saya, apatah lagi di Malaysia ini. I could be black with springy hair tapi makan belacan dan cakap loghat Kelantan or something. Which really means nothing sebab in the end, I'm a Malaysian. C'mon, lump it all on a plate. I AM A MALAYSIAN.   

Do I sound drunk? I'm not drunk. Cuma menulis apa yang terlintas di kepala otak saya tanpa membuat sebarang tapisan. Dan ya, saya menulis kesemua.. hampir kesemua entri saya di sini secara langsung. Ahhhh, lupakan gaya penulis skema yang perlu menaip di Words atau TextEdit dan membetulkan tulisan mereka sebelum meletakkannya ke dalam blog mereka. F**k it, tak ada yang lebih menggembirakan dan merangsangkan minda seperti limpahan kata-kata tak bersempadan yang meruap jujur dari hati, disintaks ke jemari dan dielektrokan ke lembar siber. 

Oh, sebenarnya saya mahu meletak beberapa gambar Pulau Pinang, tapi nampaknya bebelan ini sudah ke lain pula jadinya. Tak apalah, naik rolerkoster sekali sekala okey apa...

nantilah ya. Esok, barangkali. Esok saya kembali menulis secara waras dan lebih berstruktur (macamlah pernah pun berstruktur. Hah.).

Selamat malam.

.




  

sukar berganti...

Tuesday, April 22, 2008

Masyitah cangkung merenung kolah air yang masih belum penuh-penuh lagi.
Dari tadi, air turun cukup perlahan.

Setitik. Setitik. Setitik.

Inilah akibatnya kalau tak bayar bil air, detik hatinya.

"Kak Long, bila nak mandi ni? Ain dah penat la nak tunggu," rengek Ain. Kakinya menguis kulat di tepi bingkai pintu tanda bosan.

"Sabarlah sekejap..."

Muka si kecil itu monyok bak kertas direnyuk. "Nanti Ain lambat pergi sekolah agama lah!"

"Kalau Ain lambat, Kak Long pun lambat, kan..." jawab Masyitah sambil lewa. Apa lagi yang nak di kata pada adiknya yang masih mentah itu?

Ain semakin resah. Dia bangun, berjalan mundar mandir. Penat berjalan, dia duduk di bibir kolah. Kemudian kembali menguis kulat. Meniup barisan semut yang menjalar dari rekahan karat di dinding zink.

"Ish, Ain bencilah sekarang ni. Dahlah asyik makan bubur je, lepas tu kena berhenti kelas tambahan. Sekarang air pulak tak ada. Menyampahlah! Ain tak suka!"

Masyitah mengusap lembut rambut adiknya. "Sabar ye Ain, ini baru dua minggu kita macam ni... Kak Long tengah cuba usahakan apa yang boleh. Nanti bila kita ada duit untung jual nasi lemak, Kak Long beli makanan sedap-sedap. Ain nak makan ayam tiap-tiap hari pun boleh. Lepas tu, Kak Long beli tangki air besar macam kat rumah orang kaya Zamri hujung kampung tu, buat kolam mandi. Tak payah Ain tunggu air turun macam ni lagi. Okey?"


Pujuk Masyitah menjadi. Ain melentok di bahunya. Sama-sama menyangkung menanti air. Sama-sama menanti tuah.

"Kak Long, kenapa ayah tak bayar bil air dulu sebelum dia mati?"


Masyitah hanya mampu menggetap bibir....

Photojournalism

Monday, April 21, 2008

I think I should try photoblogging.

Saya asyik tak ada masa untuk menulis apa-apa di sini.
Jika ada masa untuk dicuri pun, buntu. Tak tahu nak tulis apa. Mati akal. Writer's block.

Saya rasa berat mahu menulis tentang kisah peribadi saya. Terlalu banyak yang bergolak...sukar nak saya huraikan di sini.
Dan ya, nanti ter'emo' lebih pula.

Nanti saya usahakannya...

Pada yang sudi singgah dan terus singgah,
blog ini belum mati.
Cuma mungkin on hiatus buat seketika.

Jangan merajuk ya....

Saturday, April 19, 2008




You Are a Banana



You are mellow, easy going, and a total softie on the inside.

People find it really easy to get along with you. You suit most tastes.



And while you're very sweet, you're not boring or ordinary.

You have an attraction to the exotic, and you could show up anywhere... doing almost anything!



You are spirited, energetic, and a total kick to be around.

You're also quite funny. Your sense of humor is on the goofy side, and it fits you well.

Wednesday, April 16, 2008

I know there was a reason why I watched Hindi movies!



Hmmm... wonder if you guys think that Shammi Kapoor, in that clip looks frighteningly like George, I mean Razif Hashim of the 8tv quickie & ghost fame...

Strict Machine

Tuesday, April 15, 2008

Huh, macam-macam jadi di majlis Jumaat lepas. Kisah baju, kisah baju emcee, kisah skrip menteri yang ad-hoc, kisah Tuanku, kisah berangan, macam-macamlah. Tapi ada kemungkinan besar ianya takkan tercatat di sini.

Saya tak suka sangat mengenang benda yang lepas pada saat terdekat ia berlaku. Mungkin cerita itu keluar lagi dua tiga tahun bila saya buat sesi memory lane saya. Kalau anda terer, tunggulah. 

Selesai majlis, saya berehat hujung minggu bagi persediaan menghadap kerja rutin yang berlungguk di atas meja. Tertangguh akibat acara gilang-gemilang itu. Alhamdulillah, kewarasan saya pulih seperti sediakala saat menjejak kaki ke pejabat semalam. 
Rehat hujung minggu, ditemani muzik yang indah belaka buat saya gembiraaaaaa sahaja di awal minggu ini. 


When shopping fails you (read: takde duit nak hu ha),  turn to music.
It never disappoints you. 
Apatah lagi kalau ada sentuhan nostalgia pada muzik yang anda dengar itu. 
Minggu ini (dan bakal jadi sepanjang separuh akhir April), album-album ini jadi peneman...






Nak berkongsi keriangan? Tekan pautan yang telah saya letakkan di sisi kiri blog ini. Ia akan bawa anda ke laman web artis-artis tersebut.
Selamat mendengar, selamat meneroka :)

p/s: Oh, posting pemerhatian masyarakat dan mulut lazer akan kembali tidak lama lagi. ;p

Hyperventilate

Monday, April 07, 2008



Ya, ya, saya sedang cuba untuk tidak hyperventilate

Saya cuba...

...cuba...

...cuba...

...cuba...


...tapi ape kejadahnya nak cuba lagi kalau dah saat-saat genting macam ni baru tahu : TAK ADA BAJU UNTUK EVENT JUMAAT NI!


Bayangkan, saya dah hantar kain ke tukang jahit dua minggu lepas! Dua minggu! Baru pagi tadi dia beritahu yang kain saya itu rupanya dipotong pendek, dan disebabkan iranya, kain itu tak cukup untuk dibuat baju. Nak ambil sedikit dari kain bawah dan pasang ke baju pula mustahil sebab kain baju dan kain bawah lain coraknya!

Arrgghhhh! Stress!!

Sudahlah semua committeediwajibkan pakai songket!

Mana ada masa nak pergi cari kain lain atau kain tambah!
Nak beli baju pun dah tak sempat ni! Tak ada masa!

Sakit sakit sakit jiwa lah macam ni mana nak fikir kerja yang bertimbun lepas tu brochure pun tak siap lagi shop and earn satu kejadah pun tak sentuh skrip mc tak siap protokol untuk permaisuri agong then president from new york then president malaysia plus citations untuk recipients tak siap ni nak kena pikir baju pulak adus aku sakit tak macam ni-


memang jinx la event kali ini.
macam orang tengah berak baru perasan takde toilet paper dalam cubicle jamban dia.


Rasa macam nak ditch the whole event. Do a disappearing act. The whole Houdini routine, y'know - jeng jeng jeng she's not here at the event. Switch off my handphone and just chill at some Starbucks or Kedai Kopi Ah Leong.. Minggu depan pegi kerja pastu buat bodo je bila orang tanya. Macam "Ah? Event? You mean it was last Friday, not this friday?"

Lepas tu buat-buat meroyan macam Tom Cruise, lepas tu berhenti kerja.
Buat-buat ebok duduk rumah. Mintak simpati kawan-kawan. Atau blow away duit down payment rumah yang dok kumpul tu on something totally outrageous but useless - like a professional course on para-gliding or running away to vietnam and opening a laksa stall or learn to bonzai or something.

Anything!



I'm wookie, y'know! I'm darn wookie!




God, perempuan memang suka berbelanja bila stress.

Apa yang cuba saya sampaikan ni?!

Damn I need a prozac.

Merembes

Friday, April 04, 2008

"Uolsssss!!" kata kawan saya dengan termengah-mengah. "cepat uols, pukul tiga, baju merah!"

Tergedik-gedik tangannya melambai ke arah yang dinyatakan.

Saya berpaling ke kanan. Baju merah.... hanya seorang berbaju merah. Lelaki kulit putih kuning, rambut sirip jerung ala Beckham, spek mata hitam Levi's dan seluar jeans biru gelap. Kasut, er, tak nampak.

"Tu, yang jambu tu?"

Dia mengangguk pantas. "Yes uols... merembes I tengok!" Mata terpejam-pejam bila berkata.


Merembes.
Hayo.

"Perlu ke merembes segala?" Saya tanya dengan nada ala-ala sensasi gitu.

"Perlulah uols... kalau iols dapat, uuhhh tahulah iols kerjakan!" Termuncung-muncung mulutnya.

Saya tergelak besar. Dia ni, kalau lakonan memang nombor satu. Hampir-hampir saya tepuk bahunya kerana tak tahan lawaknya, tapi saya sempat menghalang diri dari berbuat demikian. Sebab kalau dia tepuk saya balik, mahu tersembul jantung ikut mulut. Maklumlah, rupa perempuan, kudrat masih kudrat jantan auumm.

Makcik bertudung hitam brooch gergasi mengerling tajam. Agaknya tak setuju dengan gaya saya yang seakan menyokong pergerakan pondan sedunia itu.

"Beranganlah uols... silap-silap dah kahwin pun."

"Hey, lelaki, kalau dah main bontot sekali, sampai mati pun dia ketagih tau!"

Aduh.
Termalu sekejap. Orang di kiri kanan ada yang dah berbisik-bisik.
Makcik tudung hitam brooch gergasi dah jegil mata. Siap buat 'huh!' lagi.
Lelaki-lelaki yang berdiri dekat dengan kami dengan perlahan bergerak menjauhkan diri.

Saya sigung pinggangnya. "Cover-cover lah sikit. Dalam train ratingnya U."

"Opps, sorry, terover pulak. Tapi tak betul ke yang I cakap tu? Hey, I've converted straight guys before, okay? I've had guys stalking me, they just can't get enough of beautiful little me." Rambut panjang kuning madu yang masih ketara kejung dikibas pantas ke belakang.

Oh. Kekwatnya. Nampak sangat semangat masuk bakul angkat sendiri tu berapi-api sebab saya, kompadre dia sedikit lahar rupanya kan. Itulah, untung bersahabat dengan troll macam saya ni.

Ni yang nak cucuk hasut lagi ni.


In public pun pantas confident cakap macam tu. Motif?"

Wah, terus kening kedingnya mencanak naik. Sebelah tangan parking di pinggang, sebelah lagi bengkok dengan telunjuk menunding-nunding di dada sendiri yang separa leper.

"Ehhh, hello, mestilah! I am the queen of confident. Jangan sekali-kali ada orang kata Halle Juwita Shania Berry tak konfiden, okay?"

Itu dia...


Bukan soal konfiden tak konfiden berbicara tanpa tapis. Bukan pasal queen tak queen (drag).
Yang buat saya terkesima:

dulu feel-feel Halle Berry sahaja. Sekarang terus mengaku Halle Berry.


Kau ado?

*pitam*



caca marba

Thursday, April 03, 2008

Kalau ada orang tahu yang saya curi masa untuk menulis di sini dan tidak meneruskan kerja aya yang dah tahap terkucil ini, mesti ada yang zass melazer cermin. Jadi posting kali ini sedikit bubur lambok rojak pasembor sikit ya.


Topik 1: Tiru beriktiraf ke tak ni?
Saya dah dengar album Fabulous Cats (ya, sedikit lewat, terkebelakang saya ini), dan saya rasa Cat buang masa buat album ini. Entah kenapa... mungkin bunyinya yang terlalu manufactured. Tak ada depth. Dan suara kedua penyanyi kumpulan itu agak tinggi, jadi monotonous saja 'perjalanan minda' mereka itu.

Satu lagi, lagu Pengganti Airmata tu masyaallah, sebijik-bijik cedok lagu Ballin' Snoop Dogg dari album Paid Tha Cost To Be Tha Boss. Ni cedok versi translation (ala Hazami's Sonata Musim Salju) atau claim lagu ciptaan sendiri? Hayo hayo...

Cat adakah penulis dan rapper yang hebat, sentuhannya antara yang paling kreatif di tanahair. Saya rasa kalau Cat bergerak solo dan buat featuring macam Timbaland lebih baik. Terikat dengan kumpulan ini membuat dia sama poyo macam ahli kumpulannya.

---------------------------------------------------------

Topik 2: Boyi Bolomi
Ekram dah hampir khattam BoxSet Chow Sing Chi saya. Saya baru sempat tengok 4 cerita sahaja. Ini tidak boleh jadi! Nampaknya terpaksa buat pelan aksi "Revenge of the Sith" selepas selesai event pejabat tengah April nanti. Yeahh!!!

----------------------------------------------------------

Topik 3: Penulis tinggalan
Hati bergelojak mahu sambung menulis novel yang dah lama terbengkalai. Tapi kena cari ruang terluang yang bolos, tapi rasanya ruang itu takkan wujud buat lagi 1-2 minggu. Mungkinkah saya masih berapi untuk menulis di kala itu nanti?

---------------------------------------------------------

Topik 4: Tua melangkau usia
Saya rasa ramai orang melihat saya lebih tua dari usia sebenar saya. My weight is weighing me down. Redundant ke ayat tu? Alah, berat saya pun redundant jugak...

----------------------------------------------------------

Topik 5: Dermawan tak kena tempat
Apa gunanya membayar ribuan ringgit untuk menggaji seorang PR Consultant bagi majlis syarikat jika segala bahan akhirnya harus dilengkapkan, dialih bahasa dan diselesaikan oleh orang lain juga? Bayar suka-suka kah? Bak sini duit tu separuh jika saya perlu menanggung beban ekstra sebegini.

Sakit hati betul.

------------------------------------------------------------



Topik 6: Selamat tinggal Sweater - Jadi ke?
Unee dah ban saya dari memakai sebarang sweater versi pegi-mampus-kaulah-aku-nak-pakai-apa. Sekarang ini kena mulakan koleksi baju panas versi wanita gatal. Rasanya lepas selesai sakit otak event ini, nak cuba ubahsuai sweater-sweater sedia ada menjadi lebih gedik lah. Hmm... nasib baik ada Threadbangers...

-------------------------------------------------------------

Itu sahajalah dahulu. Kalau ada kelapangan maka saya singgah lagi. Tak sabar menanti event selesai!

Salam.