Pages

Suka-suka korang tag

Tuesday, March 11, 2008

Saya ni sibuk sebenarnya.
Apa kau orang tidak tahukah fakta itu?
Apa kau orang ingat saya ini tai-tai yang duduk minum-minum, lepas itu main mahjong?
Saya ini berkerjaya!


Okay, okey, saya buat lah meme yang di'tag' oleh kau orang.


yaya heska suruh saya buat meme 7 benda tentang diri saya yang tidak diketahui orang, tetapi disebabkan saya sudahpun mendedahkan 5 perkara sebelum ini (tengok, I boleh predict future tau, wanita berkerjaya memang macam tu) maka di sini saya tambahkan saja lagi 2.

6. Saya tak gemar menonton wayang di tengah malam.
Sebab jam biologi saya sudah menetapkan tengah malam sebagai waktu tidur, jadi jika saya pergi juga menonton wayang di tengah malam, jawabnya saya akan tidur lah dalam panggung. Rugi duit tiket. Dahlah terpaksa tidur atas kerusi. Kat rumah lagi best, ada katil. Huhu.

7. Saya tak suka benda yang berasaskan / banyak bertepung, terutamanya roti.
Biskut, goreng pisang, keropok lekor tebal, pizza thick crust, ayam goreng tepung, cucur, kek, kuih raya, roti canai, tosai, ban dan sebagainya. Ya, ya. Saya tahu. Saya memang pelik, freaky, apa apalah. Tapi itu hakikatnya. Kalau saya makan roti tu, maksudnya adalah termengidam ataupun terbuang tebiat sekejap. The only flour-based bende yang saya boleh layan adalah donat sebab dia berlubang jadi purata tepung tu kira kurang lah. (Boleh?)


dan sebagai bonus


8. Saya suka buat V/O bila baca tulisan di benda dalam bilik air.
Ya, bila menanti conditioner menyerap dalam rambut, bila tunggu mask kering atau bila bosan di atas jamban, saya baca segalanya yang ada di botol-botol toiletries yang ada. Kalau bosan juga, saya siap buat voiceover ala-ala iklan gitu. Paling berkesan kalau ia barangan tempatan seperti Sunsilk. Wah, bahasa copy di botol (Inggeris, Melayu & Indon) seperti iklan, I just couldn't resist it!

Sudah, sudah. Lepas ini tiada lagi sesi pendedahan rahsia diri!

-------------------------------------------------------------

Seterusnya, perempuan separuh abad akaCik PMS telah tag saya untuk benda di bawah ini:

Top 10 Random Guilty Pleasures.

Hayoh, saya ni bukan reti nak bagi rating-rating ni. Kalau saya bubuh secara rawak sahaja boleh tak? Rasanya saya pernah buat benda ini dahulu. Kejap saya tengok di arkib saya...

(klik klik dan baca arkib posting lama)

ada, ada di sini
Itu versi dua tahun dahulu lah. Kejap saya fikir yang relevan dengan sekarang...


1. Tidur dalam LRT bila balik kerja
Saya selalu rasa bersalah bila tidur dalam LRT kerana terfikir perasaan orang yang berdiri seandainya mereka melihat keindahan saya yang dapat duduk dan tidur dengan selesa. Tapi bila dapat lelap mata sekejap lepas seharian sakit otak, best woo...


2. Imran Ajmain
Hahahahaha. For obvious reasons. (orang baru, sila baca beberapa posting terdahulu)


3. Commanding Fina around
Kesian adik saya. Selalu kena "Fina, amikkan air please..." "Fina, I forgot my puff kat atas la..." "Fina, masak best-best harini...". Tapi Fina adik yang best. Sebab itu saya balas debgan belanja keluar segala (bersalah la tu!)


4. Buat konsert ketika mandi
Semua orang tahu saya penyanyi terhebat di kawasan kejiranan saya.

(bertenang, jangan baling kasut anda)

Tapi sesedap manapun suara saya, saya yakin jiran tetangga tak hingin mendengan saya memekak lagu entah apa-apa seawal subuh dan di tengah malam. Apatah lagi bila lagu-lagu ini bukannya koleksi Top 40 radio. Motif Makcik Ani dan Aunty Saroja belakang rumah layan Ella Fitzgerald, George Michael dan Shirley Bassey kan? Feel diva sangat kan iols... (matilah showcase Ika Fancy )

5. Totally Spice & Lizzie Maguire di Disney Channel
Ho ho ho kadang-kadang tengah malam pun saya sanggup tengok.

6. Buku biografi artis-artis pop
Pekejadah buang duit baca kisah hidup artis pop? Sungguh tidak cerdik! <---kata anda. Kata saya sukahatilah. Malu sikit, tapi baca juga haha.



oh, ada enam sahaja.

Maklumlah, saya kan tidak average seperti kamu semua.
Hahahah-

*pitam kena baling heels Cik PMS*


Opp opp

sebelum saya pitam sepenuhnya, saya tag pula

Cik yayaheska
Cik Mas
Cik Radz
Cik Roxy


Ok, pitam balik.

14 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

cheating !

aku mintak sepuluh la pompuan!

tapi takpe, aku let go kali ni.

pembetulan ye,

suku abad .bukan setengah.

tini said...

Ells, ayam goreng tepung mcm KFC ko x suke gak ke? Hot & Spicy sedap siot! Pergh! Lazat hingga menjilat jari ;p

roxychick said...

tini:
eh! eh..
pompuan mengandung nih.. (if u tak tau sape roxychick, i la jiran seblah kubikel els)

els:
trima kasih di atas tag anda.. akan ku laksanakan selepas menyiapkan keja2 abg a yg menyusahkan sume orang tu bila ada masalah...

demn!

azyze gomez said...

Cik PMS:
hahahaah!
dah takleh pikir la uols... i rasa mmang i tak banyak guily pleasures. yang lain tu pleasures semata-mata hahahahaha

Tini:
KFC? Bolehla... (ala ikzal)
Tapi paling paling pun max 2 ketul. lepas tu dah tahap muntah.

Roxy:
hamboih hamboih..

siapkan kerja ke tengok ghost ngan raja lawak kat youtube?
hahaha


P/s: tini, statement abang A roxy tu sebenarnya ayat yang diungkapkan oleh orang lain sebenarnya..

Cik Puan Muda Stress said...

apa ni?
aku confuse.
roxychick pun boleh moderate komen kat sini?
aku pun nak la mak hayam!

azyze gomez said...

Cik PMS:
no no...
Roxychick tu memang gila kuasa. Tetiba feel wanita hebat macam iols pulak...
Nanti iols babap dia, ok?

Dah ye PMS, Nah nah lolipop.


:p

azyze gomez said...
This comment has been removed by the author.
ti.e.na said...

satu-satunya buku biografi artis pop yang saya pernah ada hanyalah biografi brad pitt.itupun dirembat dari kedai buku ketika berumur 13 tahun.

p/s i was young and 'naive'.
p/p/s buku itu sudah hilang entah ke mane.maklumlah,barang harommmm..:p

Cik Puan Muda Stress said...

hahahahaha.

i tak pernah rembat buku. takut ilmu tak 'masuk'. matilah, ilmu apa la yang nak masuk dari membaca biografi, tatau...

tapi i pernah rembat 'lead' untuk pencil lead. kaler fink woooo. best!

p/s: langsung tak rasa bersalahlagi sampai la sekarang.

azyze gomez said...

Cik Tiena:
Ye keee.....

Tu yang bawah bantak tidur tu, yang u peluk2 cium2 sebelum tidur tu ape.... hehehe


Cik PMS:
I have my share of rembat rembut jugak... I have no idea why I did those things, bukannya nak sangat pun bende tu.

Ade la rasa bersalah... maknanya I lagi bermoral dari you la. hahahah@

*matilah next time jumpa mesti kena belasah*

tini said...

roxychick,
kita kenal awak la..isk3x

Ells,
Tu la terperanjat aku dgn statement roxychick memula, baru smlm dia mcm kesian kat abg A.. haruslah aku tahu sape yg memberi statement ittew.. knp shj dia begitu brengsek uols,mak tak faham occay! -sorry aku mmg emo ;p

ti.e.na said...

oh lupe nak cakap.

i suke kfc original recipe sahajork.hot n spicy donch like sbb byk tepung.

:D

Cik Puan Muda Stress said...

i suka McD's regular chicken goreng.

perlu ke bgtau semua ni? motif nak suruh elly belanja makan next time.

:P

eh noks, aku tak rasa bersalah sebab lead tu harga 7 hinggit. gila apa jual lead lagi mahal dari pencil?

((zaman ni aku takde duit sendiri lagi daa))

azyze gomez said...

Tiena:
i pun, i pun! (angkat tangan tergedik-gedik)


Cik PMS:

berkata dalam hati *nasib baik takde McD kat melawati...*