Pages

5 benda tentang saya yang tidak anda ketahui

Friday, March 07, 2008

1. Saya tidak suka makan bayam.
Bayam banyak pasir. Walau sehebat mana pun tukang masak itu, mesti saya akan tergigit butiran pasir ketika mengunyah bayam. Dan paling bodoh sekali adalah penggunaan ikan bilis dalam lauk bayam. Ikan bilis rebus rasanya sangat uweekk!!

2. Saya seorang pengecut tetapi suka duduk di dalam gelap.
Walau bertapa ketarnya saya (terutama selepas menonton cerita hantu), saya tetap mahu tidur di dalam bilik saya dengan lampu tertutup dan tingkap terbuka. Tak tahu kenapa. Hantu ke, ape ke, janji saya dapat berangan-angan sebelum tidur, strumming-strumming gitar, borak dengan diri sendiri atau pikir tentang benda-benda yang tak sepatutnya.

3. Saya selalu berborak dengan diri sendiri.
Kata lainnya self-conversation lah. Selalunya dalam otak/hati, tapi kadang-kadang terlafaz juga. Beberapa minggu lepas, di dalam LRT lebih kurang pukul 10.30malam, saya berdialog dengan diri sendiri tentang beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya. Tiba-tiba orang di sebelah saya menoleh dan suruh saya ulang kembali soalan saya padanya. Lah, aku cakap kuat-kuat rupanya.

4. Saya rasa seperti seorang loser bila berada dikalangan manusia lain.
Manusia lain = saudara-mara, kawan sepejabat, rakan seperkuliahan, bekas kenalan, kenalan, jiran-jiran, orang awam yang saya jumpa di jalanan, dan sesiapa sahaja. I know it's weird, tapi saya rasa seperti sering dihakimi walaupun tak ada kena mengena. Seperti ditelek dibawah kanta dan mereka berkata "Pfftt, she is such a waste of time." Saya bukan anti-sosial... saya suka dikelilingi teman dan mengenali serta dikenali, tetapi saya juga sukakan anonymity dan lebih selesa bersendirian. Ah, bercanggah, saya tau. Susah nak terangkan...


5. Saya hanya benar-benar selesa bersama manusia lain jika mereka ketawa.
Ketawa adalah satu-satunya masa bila mana anda melepaskan segala sekatan yang anda letak untuk standard perlakuan anda. Masa itu anda tidak boleh menipu. Ketawa yang lahir dari hati, anda boleh nampak keikhlasannya di mata mereka. Saat itu cukup berharga dan saat itu buat saya rasa tidak terlalu keseorangan. Mungkin sebab itu saya suka berjenaka atau buat lawak bodoh atau menjadi bodoh di khalayak ramai - untuk melihat orang ketawa. When I see people laugh, my heart warms.


Jadi all the talk about being better than anybody else, hebat, fantastik .... semuanya sarkastik cermin. Faham?

8 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

6. saya juga sedikit mereng.

7. saya rival Cik PMS dalam acara cakap tanpa henti.

8. saya sudah pandai pakai mekap sekarang compared to zaman kena sound dengan senior gila kuasa !!

:P

shalyafzan said...

hahaha..bayam??u leh jd popeye laa camni..heheh..

tp bab yg dok dlm gelap kat blk sendri n borak ngan diri sendri tuh..kite sama laa..best ape wat camtuh..

i pon penah kena gak..ada org tanye ape yg i ckp..padahal i ckp kat diri sendri..i ingat i sorang je yg saiko..rupenye ada gak org len yg saiko sama...hahahaha...x leh blah lgsg..hahahaha...SAIKO...hahahaha

shalyafzan said...

eh silap...u X leh jadi popeye..hehehe

Cik Puan Muda Stress said...

*afzan*

SaIkO...

p/s: tumpang lalu mak hayam, iols trip moderate comment kat blog sendiri.

azyze gomez said...

Cik PMS:
point number 8 hahahahaha huhuhuhu hihihihihi!!! boleh ke lawan skil celak burung hantu iols?! vley? kau ado? nan hado!!

hahahahahhaahhaah!


Afzan:
popeye? teringat zaman baby dulu, ade bantal busuk bercover popeye ngan bruno. Chomel!

Bukan kita aja yang saiko, afzan. cik pms tu other of all psychos tau. Kita ala2 altraman joe ngan ultraman tiga, dia Mother of Ultra gittew...

azyze gomez said...

masyaallah spelling aku...

ultraman
mother


penulis tingtong hahaha

roxychick said...

bayam sedap dowh!
yummilicious!

azyze gomez said...

sedap, kalau dalam savoury. kalau masak macam kat kafe ofis ni, tak hingin!!