Pages

Jenguk bersawang

Thursday, March 27, 2008


Kemungkinan besar saya tak sempat menjenguk di sini minggu ini, atau minggu hadapan. Tapi manalah tahu kalau ada keajaiban yang bisa tarik saya dari kerja yang berbeban....


Mrasa mayat kering bersawang... lemak cair katanya...

Reminiscence of an old, alternate world - the 90s

Sunday, March 23, 2008

Girls, put your kid slippers and blue dresses on, it's time to sit by the window and fantasize, just like we used to a long, long time ago....





Jatuh... dan tak mahu bangkit lagi

Tuesday, March 18, 2008


Saya perlu luahkan apa yang saya rasa ini.
Saya tak mahu pendam.
Kalau ada dari ruang lingkup pejabat yang jumpa, biarlah.
Saya sudah tidak mahu berpura-pura selindung lagi.


Saya baru dapat keputusan PMP saya.
Average lagi.

Sudahlah gaji di bawah purata. Bila ada penilaian tahunan-

Hish...


Mungkin apa yang saya nampak sebagai usaha yang payah, hanya ibarat di hujung jari sahaja bagi mereka.
Mungkin berada di pejabat hingga lewat malam, datang ke pejabat di hujung minggu semuanya tak punya nilai.
Mungkin watak saya seorang menggalas kerja 5 orang belum cukup cemerlang di mata mereka.

Saya boleh mencarut, marah-marah, menangis, sentap, persetankan semua orang dan pergi mampus.

Tapi


Sudahlah.
Jujur saya katakan, saya sudah tawar hati.
I just can't give a damn anymore.

Kepala garfield, telur masin

Monday, March 17, 2008

Photobucket


Macamanalah mata saya tak bengkak, suara tak serak, perut tak sengkak

Incredible wind!

Fire wheel!

*gelak guling-guling*

Perjalanan seketul ovum

Woi woi.

Kau orang tahu tak, bila kau orang kata "Oh, I guess it's that time of the month lah ye..."
kau orang sebenarnya tak berbunyi macam cuba memahami langsung. Kau orang cuma bikin hati kita orang lebih panas.

Label lah kami. Emo, Sentap, moody tak tentu pasal, pasang surut laut, godzilla menyerang kota Tokyo, mulut motorbot, apa-apa sahajalah. Kami dah tak kuasa nak membangkang. Sebab besar kemungkinan sampai mati kami akan tetap dilabel sebegini.


Tapi

cuba lupakan sekejap alasan hormon tak seimbang yang selalu anda dengar itu. Saya tahu bila borak hormon-hormon ini, susah sikit nak difaham anda. Terutamanya bagi kaum lelaki sebab hormon mereka jauh berbeza dari kaum wanita. Maksud saya jauh lebih gatal dari kaum wanita. Lelaki kurang emonya. You know, orang perempuan duduk diam mulutnya tajam. Orang lelaki tak cakap banyak, terus terkam. Mana mungkin mereka faham gelora jiwa wanita yang lebih banyak memendam dari merenyam.

Jadi kita lupakan alasan hormon, naik turun jiwa, keadaan kimia di dalam badan menyebabkan otak menjadi bercelaru... lupakan itu semua.

Otak anda mungkin terlalu bebal untuk memahami itu semua.

Mari saya bagi sebab dan contoh yang lebih mudah untuk anda fahami.



Kami marah-marah itu bukan suka-suka.

Kami meratapi kematian seorang lagi bakal bayi yang tidak berpotensi melihat dunia.


selamat tinggal ovum...



Apalah bengap betul kau orang ini.
Susah sangatkah nak menyatukan apa yang perlu disatukan dengan isteri anda?
Bagi yang bujang pula, kenapalah susah-susah meletak sasaran isteri yang bukan-bukan (Nora Danish. Gila apa kau berangan date Nora Danish?!) Punyalah banyak perempuan sunti yang setiap bulan mengeluh hilang ovum. Mereka sudi saja. Jangan buang masa mengejar artis jelita yang berkemungkinan besar tak hingin pun mengandungkan anak anda bila sudah berkahwin nanti sebab nak jaga badan mereka yang ramping tu.

Dampingi sahaja wanita-wanita sederhana yang bisa beri kebahagiaan pada anda. Lebih penting, mereka akan berkerja lebih keras untuk memenuhi impian anda, dan anda pun tak perlulah cemburu buta takut-takut kalau mereka disambar lelaki lain yang jauh lebih hot (dan kaya-raya) dari anda.



Meratap itu satu hal. Tentu-tentulah kami marah, bengang dan garang.
Apa anda tak bengangkah kalau kesedihan anda turut disusuli sakit yang amat?
Sakit tau.
Macam... macam...
Ya, cuba ambil jarum, atau, lebih baik lagi, playar.
Sekarang, cuba cucuk-cucukkan dan ketip ketipkan bahagain sistem pembiakan anda.

Apa tidak marahkah anda? Tidak bengangkah anda?


Jadi fikirlah sendiri.
Setiap kali muka kami masam mencuka, bila kami mencarut tak semena-mena, janganlah anda simbah marak api kami dengan minyak.
Sebaliknya ingat terus pada sensasi panas playar yang sedang memulas mulas-


Saya nak pergi dengar lagu rock.
Aerosmith. Juliette & The Licks. Dio barangkali.

Kau boleh pergi mampus.


Sekian, terima kasih.

*Tepuk tepuk tepuk*

Saturday, March 15, 2008






Tahniah bebeh,
you deserved the car!
Insyaallah hidup satu famili akan meningkat dengan kemasukan rezeki Nabil yang tentu-tentunya melimpah-ruah selepas ini. Insyaallah....

Would you hire me?

Friday, March 14, 2008

Selepas saya menamatkan pembelajaran di universiti beberapa tahun lalu, saya; seperti mana-mana graduan hijau lain; terus aktif mencari kerja. Saya yajin yang saya telah diberanakkan untuk menjadi seorang pekerja bidang kreatif yang berjaya dan bakal menyumbang sesuatu yang cukup besar untuk negara. Ya, poyo sangat, tapi itulah perasaan saya pada masa itu.

Kesemua temuduga yang saya pergi memerlukan saya melalui ujian bertulis. Ada suruh tulis iklan lah, ada yang suruh saya tulis siaran akhbar, keratan majalah, rumusan laporan kewangan syarikat - entah apa-apa.

Tapi yang paling saya suka adalah ujian dari sebuah parti politik. Yaaaaaaa..... saya yang tidak suka berbual bicara tentang parti politik ini sebenarnya pernah contemplate berkerja dengan parti politik. Kau ado?

Ketua parti tersebut, er... kita panggil aje Parti X, sedang mencari pegawai perhubungan media katanya. Ujian saya mulanya dilakukan oleh setiausaha sulit beliau. Tulis satu karangan versi apa-apalah tentang diri saya dan kenapa saya nak kerja tu. Suka hati, tak perlu ada tema tertentu, janji ada kena mengena tentang diri saya dan mengapa saya mahukan jawatan tersebut.

Saya cukup tergedik-gedik suka. Wah, creative writing untuk mintak kerja PR, apa tak seronok kah kau? Ko suruh aku sesuka hati kan? Selamat tinggal karangan politik versi mengipas parti!

Sempat saya simpan karangan saya ke dalam pendrive sebelum menghantarnya kepada mereka.

Hish hish, bila baca kembali karangan tersebut, saya macam nak tergelak pun ada, nak menangis pun ada. Apakejadah karangan sebegitu dihantar untuk minta kerja?

Yang lebih hebat lagi: saya dapat kerja itu.


Kalau anda jadi mereka, anda ambil tak saya berkerja?



A Turn For The Better


Life has really taken a turn these past few weeks. I suddenly find myself ecstatically happy that my five years in UiTM is finally over, but am a bit befuddled with what I should do next. I do know that I am supposed to get a job, help the family, and live a little. Surveying options for work, I came across friends that tell me to take a break for a few months before I start working. You would think that after 5 years of colleges, classes, events and exam papers that I would sooner go party then see another stack of working paper. Think again. I can’t wait to start. I mean, you can rest all you want when you are lying six feet in the ground. Your time on earth should be put to good use. Besides, my option is either to work or become the housekeeper. Looking after my sisters and brother is really challenging. Teens nowadays care only of chatting on the phone, hanging out with friends 24/7, Playstations and hours upon hours of surfing ASTRO. What ever happen to the joy of exploring the world through books? Or cycling miles and miles, appreciating the view? Or collecting stamps? (Pssft...Who am I kidding here?)

I am all set to find that right job for me. But what is the right job? The right job would be one that would challenge my mind. It would give me the opportunity to exercise what I have learned throughout my entire years in the university, but at the same time offers a variety of other new tasks. Something that allows me to write, prepare, and present; but at the same time doesn’t just tie me to my chair. I would like to be able to meet people, and share what little knowledge I have with them. A chance to represent a company or organization, and create a difference – big or small. The post would allow me to creatively express myself, and at the same time serve those I work for effectively, and efficiently. Something that I can put 110% of myself in.

I am confident that I will be able to deliver in any situation. I am a good key player, and am comfortable leading a team, or being a team member. I can work independently, and possess good interpersonal communication skills. Many have said that I am able to work under pressure, and performs well even during crisis. This, teamed with the experience of communicating behind the microphone and interning for a major NGO in the country, would prepare me for the exciting PR and Media world waiting out there.

Let the journey begin!

“Knowledge alters what we seek as well as what we find.” Freda Adler

Suka-suka korang tag

Tuesday, March 11, 2008

Saya ni sibuk sebenarnya.
Apa kau orang tidak tahukah fakta itu?
Apa kau orang ingat saya ini tai-tai yang duduk minum-minum, lepas itu main mahjong?
Saya ini berkerjaya!


Okay, okey, saya buat lah meme yang di'tag' oleh kau orang.


yaya heska suruh saya buat meme 7 benda tentang diri saya yang tidak diketahui orang, tetapi disebabkan saya sudahpun mendedahkan 5 perkara sebelum ini (tengok, I boleh predict future tau, wanita berkerjaya memang macam tu) maka di sini saya tambahkan saja lagi 2.

6. Saya tak gemar menonton wayang di tengah malam.
Sebab jam biologi saya sudah menetapkan tengah malam sebagai waktu tidur, jadi jika saya pergi juga menonton wayang di tengah malam, jawabnya saya akan tidur lah dalam panggung. Rugi duit tiket. Dahlah terpaksa tidur atas kerusi. Kat rumah lagi best, ada katil. Huhu.

7. Saya tak suka benda yang berasaskan / banyak bertepung, terutamanya roti.
Biskut, goreng pisang, keropok lekor tebal, pizza thick crust, ayam goreng tepung, cucur, kek, kuih raya, roti canai, tosai, ban dan sebagainya. Ya, ya. Saya tahu. Saya memang pelik, freaky, apa apalah. Tapi itu hakikatnya. Kalau saya makan roti tu, maksudnya adalah termengidam ataupun terbuang tebiat sekejap. The only flour-based bende yang saya boleh layan adalah donat sebab dia berlubang jadi purata tepung tu kira kurang lah. (Boleh?)


dan sebagai bonus


8. Saya suka buat V/O bila baca tulisan di benda dalam bilik air.
Ya, bila menanti conditioner menyerap dalam rambut, bila tunggu mask kering atau bila bosan di atas jamban, saya baca segalanya yang ada di botol-botol toiletries yang ada. Kalau bosan juga, saya siap buat voiceover ala-ala iklan gitu. Paling berkesan kalau ia barangan tempatan seperti Sunsilk. Wah, bahasa copy di botol (Inggeris, Melayu & Indon) seperti iklan, I just couldn't resist it!

Sudah, sudah. Lepas ini tiada lagi sesi pendedahan rahsia diri!

-------------------------------------------------------------

Seterusnya, perempuan separuh abad akaCik PMS telah tag saya untuk benda di bawah ini:

Top 10 Random Guilty Pleasures.

Hayoh, saya ni bukan reti nak bagi rating-rating ni. Kalau saya bubuh secara rawak sahaja boleh tak? Rasanya saya pernah buat benda ini dahulu. Kejap saya tengok di arkib saya...

(klik klik dan baca arkib posting lama)

ada, ada di sini
Itu versi dua tahun dahulu lah. Kejap saya fikir yang relevan dengan sekarang...


1. Tidur dalam LRT bila balik kerja
Saya selalu rasa bersalah bila tidur dalam LRT kerana terfikir perasaan orang yang berdiri seandainya mereka melihat keindahan saya yang dapat duduk dan tidur dengan selesa. Tapi bila dapat lelap mata sekejap lepas seharian sakit otak, best woo...


2. Imran Ajmain
Hahahahaha. For obvious reasons. (orang baru, sila baca beberapa posting terdahulu)


3. Commanding Fina around
Kesian adik saya. Selalu kena "Fina, amikkan air please..." "Fina, I forgot my puff kat atas la..." "Fina, masak best-best harini...". Tapi Fina adik yang best. Sebab itu saya balas debgan belanja keluar segala (bersalah la tu!)


4. Buat konsert ketika mandi
Semua orang tahu saya penyanyi terhebat di kawasan kejiranan saya.

(bertenang, jangan baling kasut anda)

Tapi sesedap manapun suara saya, saya yakin jiran tetangga tak hingin mendengan saya memekak lagu entah apa-apa seawal subuh dan di tengah malam. Apatah lagi bila lagu-lagu ini bukannya koleksi Top 40 radio. Motif Makcik Ani dan Aunty Saroja belakang rumah layan Ella Fitzgerald, George Michael dan Shirley Bassey kan? Feel diva sangat kan iols... (matilah showcase Ika Fancy )

5. Totally Spice & Lizzie Maguire di Disney Channel
Ho ho ho kadang-kadang tengah malam pun saya sanggup tengok.

6. Buku biografi artis-artis pop
Pekejadah buang duit baca kisah hidup artis pop? Sungguh tidak cerdik! <---kata anda. Kata saya sukahatilah. Malu sikit, tapi baca juga haha.



oh, ada enam sahaja.

Maklumlah, saya kan tidak average seperti kamu semua.
Hahahah-

*pitam kena baling heels Cik PMS*


Opp opp

sebelum saya pitam sepenuhnya, saya tag pula

Cik yayaheska
Cik Mas
Cik Radz
Cik Roxy


Ok, pitam balik.

Friday, March 07, 2008

Selamat mengundi.

Lakukanlah pilihan yang tepat ketika anda memangkah kotak undi nanti. Jangan tersilap pilih.
Jangan termakan janji-janji kosong.
Jangan mengikut trend kawan-kawan atau jiran tetangga.

Pilihlah sewajarnya.

Masa depan negara berada di tangan anda.

Dan yang paling penting,
Jadilah pengundi yang damai. Jangan lepas mengundi, gaduh pula dengan peraih undi dari parti lain. Anda dah besar.
Bangun pagi, pergi mengundi, balik. Nantikan keputusannya.
Janji anda dah melakukan tanggungjawab anda.

Bagi yang tak mendaftar tu, ehem... kalau cakap berapi-api tapi anda tak turun padang melakukan sesuatu untuk merubah keadaan negara, well,too bad. Tapi tin kosong memang begitu. Hah.


Selamat Hari Wanita Sedunia juga.

5 benda tentang saya yang tidak anda ketahui

1. Saya tidak suka makan bayam.
Bayam banyak pasir. Walau sehebat mana pun tukang masak itu, mesti saya akan tergigit butiran pasir ketika mengunyah bayam. Dan paling bodoh sekali adalah penggunaan ikan bilis dalam lauk bayam. Ikan bilis rebus rasanya sangat uweekk!!

2. Saya seorang pengecut tetapi suka duduk di dalam gelap.
Walau bertapa ketarnya saya (terutama selepas menonton cerita hantu), saya tetap mahu tidur di dalam bilik saya dengan lampu tertutup dan tingkap terbuka. Tak tahu kenapa. Hantu ke, ape ke, janji saya dapat berangan-angan sebelum tidur, strumming-strumming gitar, borak dengan diri sendiri atau pikir tentang benda-benda yang tak sepatutnya.

3. Saya selalu berborak dengan diri sendiri.
Kata lainnya self-conversation lah. Selalunya dalam otak/hati, tapi kadang-kadang terlafaz juga. Beberapa minggu lepas, di dalam LRT lebih kurang pukul 10.30malam, saya berdialog dengan diri sendiri tentang beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya. Tiba-tiba orang di sebelah saya menoleh dan suruh saya ulang kembali soalan saya padanya. Lah, aku cakap kuat-kuat rupanya.

4. Saya rasa seperti seorang loser bila berada dikalangan manusia lain.
Manusia lain = saudara-mara, kawan sepejabat, rakan seperkuliahan, bekas kenalan, kenalan, jiran-jiran, orang awam yang saya jumpa di jalanan, dan sesiapa sahaja. I know it's weird, tapi saya rasa seperti sering dihakimi walaupun tak ada kena mengena. Seperti ditelek dibawah kanta dan mereka berkata "Pfftt, she is such a waste of time." Saya bukan anti-sosial... saya suka dikelilingi teman dan mengenali serta dikenali, tetapi saya juga sukakan anonymity dan lebih selesa bersendirian. Ah, bercanggah, saya tau. Susah nak terangkan...


5. Saya hanya benar-benar selesa bersama manusia lain jika mereka ketawa.
Ketawa adalah satu-satunya masa bila mana anda melepaskan segala sekatan yang anda letak untuk standard perlakuan anda. Masa itu anda tidak boleh menipu. Ketawa yang lahir dari hati, anda boleh nampak keikhlasannya di mata mereka. Saat itu cukup berharga dan saat itu buat saya rasa tidak terlalu keseorangan. Mungkin sebab itu saya suka berjenaka atau buat lawak bodoh atau menjadi bodoh di khalayak ramai - untuk melihat orang ketawa. When I see people laugh, my heart warms.


Jadi all the talk about being better than anybody else, hebat, fantastik .... semuanya sarkastik cermin. Faham?

Duduk berborak pakai seatbelt

Thursday, March 06, 2008

Tajuk di atas juga boleh menjadi "Kulit Lembu tersidai di pagar rumah dia."


Trivia:
Apa yang ada 16 kaki, bertompok-tompok, salivates constantly dan suka Cik Zeek?




--------------------------


Weh, semalam saya berjumpa dengan perempuan tak waras yang sungguh bijak membuat lawak-lawak versi lorong haji taib 3. Anda memang rugi besar jika anda tidak mengenali si perempuan ini. Eh, on second thought, lagi rugi jika anda tidak mengenali saya sebenarnya, tapi... tak apa lah, bagilah dia peluang untuk glamor juga.

Cik Zeekmerupakan senior saya ketika di universiti dahulu. Masa saya mula-mula mengetahui keujudannya, cis, memang menyampah! Ade ke nak berkenalan dengan junior main ambush zass? Sudahlah saya yang pada masa itu sungguh comel macam Bambi (dengan efek mata besar) baru sahaja nak mulakan pengajian degree. Baru hendak menyesuaikan diri dengan keadaan 'pra-dewasa uber', baru nak mengukir nama sebagai pelajar unik di kalangan poser-poser, datang pula malaon ini. Anda bayangkanlah:



Minggu kedua pengajian. Saya dan kawan-kawan sekelas berjalan ke dewan kuliah. Kelas bakal bermula lagi 10 minit. Kawan-kawan sibuk berborak tentang subjek baru dan gosip terkini artis tempatan. Hari itu mood saya sungguh indah, jadi pakaiannya pun indah lah kan - seluar trek baggy berwarna oren terang dan t-shirt fila biru elektrik yang wuhuu itu.

Tiba-tiba

seorang senior berjalan ke arah bertentangan. Tak semena-mena dia tarik tangan saya ke tepi. Kawan-kawan sedikit terkejut. Saya dengar mereka berbisik sesama mereka. "Kenapa tu wei, Ely buat salah ke?" "Dia tak pakai kad matriks ke?" "Kakak tu kenal dia ke?" "Kak tu nak mintak autograf dia ke?"

(okay, yang terakhir tu saya tambah sendiri)

Dengan muka kerek, senior bertindik hidung itu berkata pada kawan-kawan saya "Takpe, takpe, I nak cakap dengan dia sorang saja."

Kawan-kawan saya pun masuk ke dalam dewan kuliah, semestinya nak mulakan gosip liar lah tu. Meninggalkan saya terkontang-kanting keseorangan. Apa dia nak dengan aku ni? Tapi pada masa itu saya fikir yang indah-indah sahaja jadi tak gementar langsung.


Akak senior memandang tepat ke muka saya. Tanpa bermukadimah, dia terus fire "Adik ni tak nak pakai mekap ke?"

Wah, motif soalan mekap uols! Iols yang dikala itu berpakaian eccentric ko nak aku mekap?!

"Er... sorry?"

"You tak nak pakai mekap ke? You kan student PR. Kita budak budak PR ni kenalah jaga appearance," sambil matanya menilai pemakaian saya dari atas ke bawah. Mukanya nampak sangat nak cakap "pffttt' tapi dia cuma angkat kening saja.

"Ah, mekap? Er, I don't really wear makeup la akak."

"I pun tak suka heavy makeup jugak. Tapi, at least lip gloss pun jadi la. I pun pakai lip gloss. Mesti you boleh. So next time I see you, I want to see some colour on your face, okay?"

Dan dengan itu dia pun konfiden blah macam itu sahaja. Jubah, tudung and all.

Saya ternganga tengok dia berlalu.


Saya ni budak baik, tuan-tuan dan puan-puan. Rekod saya bersih. Sayalah contoh pelajar idaman semua pensyarah, samada mereka tahu atau tidak. Saya terlalu hebat. Entah-entah dekan-dekan di universiti saya dulu berebut mahukan saya tatkala melihat borang UPU saya. Manalah tahu. Ada potensi wo. Tinggal tak ada riot sahaja.

(bunyi muntah)

Jadi bayangkanlah bagaimana tercalarnya imej saya sebagai pelajar ultra-hebat. Selama 3 tahun di diploma saya dikenali sebagai the eccentric Ely yang memang pakai sesuka hati tapi tetap cool (ini ayat sebenar yang diucap oleh seorang kenalan ye, bukan perasan punya), yang selamba tapi maveles, yang fantastik ini kena lecture warning dengan senoir. On my second week of schooling, none the less. Habis calar balar imej I, uols! Kalau saya ni CD, haram tak boleh main dah. Silap-silap stuck dalam pemain cakera komputer dan menjahanamkan drive tu terus. Sentap.

Esoknya, saya ke Seksyen 2 nak makan tengahari dengan kawan-kawan. Nah, itu dia, si senior kerek semalam... dengan kening sebelah di razor bladekan, tudung dengan baju kurung, dok puff puff isap rokok tahap berkepul ajaib! Cilakak, sound aku macam bagus, PR ke imej yang ko paparkan kat public ni?

Memang saya pangkah senior itu. Pangkah!



Malangnya nasib saya kerana semester seterusnya, dia berada dalam kelas Bahasa Jepun saya. Adoi... nyata-nyata lah dia akan jadi mimpi ngeri saya.

Tetapi tidak ya uols.

Seminggu sudah cukup untuk kami bergelak ketawa buat lawak bodoh dalam kelas Jepun. Gelakkan sensei, gelakkan student lain, gelakkan lawak-lawak tak jadi, gelakkan diri sendiri. Saya rasa highlight kelas Jepun saya, selain dari belajar maksud lagu Doraemon adalah sesi bergosip dengan Cik Zeek. Tapi walau bagaimanapun, saya lagi best lah dari dia. Saya kan role model. Dia suka ponteng kelas. Hahahahahah!


Walau bagaimanapun,
Semalam, setelah 2-3 tahun tak berjumpa dengan dia, kami bersua muka. Bersaksikan mamak Haji Tapah dan orang tengok rancangan gusti, kami ketawa berdekah-dekah sesuka hati. Dua perempuan mental yang unstoppable. Dari update kisah rakan sekuliah ke cerita lembu ke cerita hantu ke cerita kahwin. Nasib baik lah saya kerja di siang hari. Kalau ikutkan jam biologi perempuan gila itu, mahu kami tercongok di kedai mamak sampai pagi.

Kalau tak jumpa dia, manalah saya tahu:

- Encik B konfiden bersesi tanning tepi pantai masa perkhemahan Kesatria.
- Membayangkan lembu mempunyai bulu (fur) cukup... mengkagumkan.
- Saya berupaya untuk gelak tanpa berhenti (lite-lite) selama 3 jam.
- Perbezaan hanjing dan hanjeng, bila diadaptasi dalam konteks orang, lebih kurang sahaja.
- Bunyi Smurf kalau mabuk.
- Cik Zeek berkudrat 'memanjat' manhole. Ya, ayatnya memanjat.



Best lah.
Best.

Lebih best dari minum air 'Milau'.

Huhu.


Nak kena jumpa lagi ni...

P/s: Encik Topeng sungguh budiman orangnya. Berbahasa lembut dan bertatasusila. Sedikit malu bila Cik Zeek intro dia sebagai "my soulmate and the love of my life", lepas itu mengiyakan sahaja gelak tawa kami. (why are you so happy? You guys ambik weed ke hape...) Lepas ni kena ajar Zeek dan Encik Topeng minum malta hahahaah

Selingkar Cinta Menjalar Di Hati Mon

Tuesday, March 04, 2008

“Mon, cepat la!” Liza merungut sambil membetulkan payung di tangan. “Setiap kali ajak kau pergi kedai mesti lembab aje jalannya. Kalau pergi kedai DVD kat simpang tu, tak sempat aku ajak kau dah terpacak depan pintu.”

Mon tersengih lebar. Memang betul, dia tidak pernah menolak kalau diajak ke kedai DVD Ah Kau. Asal ada kesempatan, pasti dia menjengah ke sana. Setiap kali gaji masuk, dialah orang pertama yang akan terpacak di depan kedai tersebut. Kalau di tengah bulan pun dia tetap ke sana. Pura-pura bertanya DVD terbaru, tanya tentang alat pandang dengar terkini, atau semata menjenguk longgokan DVD dan MP3 haram yang berkepuk di atas meja kaunter.

Sebenarnya Mon menaruh hati terhadap anak teruna Ah Kau, Ah Jim. Oh… berbunga hati Mon bila melihat Ah Jim. Kulit putih mulus, bibir merah menguntum, rambut perang berpotongan Mullet ala penyanyi pop Jepun. Kacaknya makin menjadi-jadi bila dia duduk di bangku kayu di luar kedai sambil menghisap rokok. Memang ikon cinta remaja yang dimimpikan Mon.

“Alah, apa yang ada kat kedai Pak Abu tu? Lainlah kedai Ah Kau. Ada Ah Jim,” sengih Mon bertambah lebar.

Liza menggeleng kepala. Tempias air hujan melekat di pipi gebunya. “Kau ni, kalau dibiarkan, mau gila angau kat si Ah Jim tu. Sudahlah, sampai ke tua pun kau takkan dapat si Ah Jim tu. Dia tu-”

Wajah Mon pantas mencuka. “Ah, kau dengkikan aku, kan? Tiap kali aku pergi, mesti Ah Jim borak dengan aku saja. Sebab itu kan? Korang semua memang tak boleh terima kenapa Ah Jim suka pada aku lebih dari dia sukakan korang, kan?” Mon mengangkat tinggi hidungnya.

Liza menepuk dahi. Memang susah nak bercakap dengan orang dilamun cinta.

Marah Mon semakin berapi. “Kau dan Juita sama saja. Kelmarin, bila Ah Jim bagi diskaun kat aku, cepat-cepat Juita kata yang dia pernah nampak Ah Jim dengan budak Cina berpegangan tangan di KLCC. Dua minggu lepas, masa Ah Jim payungkan aku dari hujan, kau kata dia cuma cuba buat-buat baik. Kau orang memang dengki dengan aku!”

Mon angkat kaki. Langkahnya laju menuju simpang jalan.

“Mon, nak kemana tu? Kau kan nak meneman aku. Mon!”

Liza mendengus perlahan. Birkanlah. Nak ditegur cara halus, bebal si Mon memang takkan nampak logiknya. Kalau nak diberitahu terus terang, takut mereng pula Si Mon tu nanti. Ah, biarlah. Pandai-pandailah dia.



Mon melangkah masuk ke dalam kedai Ah Kau. Bajunya yang sedikit basah dari berlari meninggalkan Liza mula dingin ditiup hembusan hawa dingin di pintu masuk.

Matanya melilau mencari Ah Jim. Petang-petang begini biasanya jejaka bermata sepet itu duduk menghisap rokok ekstra nipisnya.

“Ah, Maimon! Apa kabar? Apa DVD mau cali ini hali? Semalam sulah bili manyak meh?” tegur Ah Kau. Lelaki tua bertahi lalat hidup di dagu itu tersenyum. Jari kelingking yang tadinya gigih mengorek hidung di goyang gedik. Saling tak tumpah macam Azwan Ali dalam rancangan gossip lazernya. Geli geleman Mon dibuatnya bila terbayang Ah Kau berbaju bunga-bunga melafaz “Amboi Amboi Amboi…”

Hish, geli! Macamanalah lelaki tua hodoh ini mendapat anak sekacak Ah Jim? Sudahlah giginya banyak yang rongak, dahi sudah menjendul. Bulu ketiak bagai menjerit minta dilepaskan dari singlet Pagoda yang kian melusuh. His, memang geli.

“Er..gua ingat mau tengok-tengok dulu la Ah Kau. Er… Ah Jim mana? Gua nak tanya dia pasal DVD yang gua pesan sama dia,” tipu Mon. Mana pernah dia pesan apa-apa DVD dari Ah Jim, tapi bukannya Ah Kau tahu.

Ah Kau masih gigih mengorek harta. “Aiya, Ah Jim sulah pigi airport. Angkat dia punya kawan dali Stockholm.”

Stockholm? Bukankah tu tempat Ah Jim belajar dahulu? Ya, Mon masih ingat, Ah Jim pergi belajar di sebuah universiti berdekatan Stockholm.

Wah, meriahnya! Kawan-kawan Ah Jim semuanya kacak belaka. Beberapa bulan dahulu, kawan baik Ah Jim datang bercuti dari Shanghai. Wajah persis Aaron Kwok. Empat minggu lalu Ah Kau memperkenalkan jejaka perancis kenalan Ah Jim padanya. Luc Pierre cukup tinggi dan sasa, dengan hidung mancung yang menggegar jiwa. Nasib baiklah Luc semacam tidak faham perbualan Mon dengannya. Jika tidak, dah lama Mon tangkap cintan dengannya.

Kali ini siapa pula yang nak diperkenalkan… Mon rasa, kali ini dia akan membuat cubaan mengurat kawan Ah Jim. Mat saleh lebih best dari orang cina apa… Lagi kelas. Untung-untung boleh dia berhijrah ke Eropah. Boleh main salji, pakai baju bulu binatang macam yang JLo pakai tu! Pergi Miami macam dalam cerita CSI tu, lari-lari kat pantai dengan bikini. Tak ada siapa nak larang!

Oh, tak sabarnya Mon menanti saat dikelilingi lelaki-lelaki kacak seantero dunia! Biar jeles si Liza dan Juita! Biar terbeliak biji mata mereka!

“Gua balik dulu lah Ah Kau. Esok gua datang balik.”

Dengan mata terpejam, Ah Kau mengangguk lembut.

Esok Mon akan pastikan dia kelihatan meletop!






Mon melangkah turun dari bas kilangnya. Kemeja lusuh biru harta syarikat dilipat dan disisip ke dalam beg. Dia membetulkan baju ketat berlabucinya.

“Hoi Mon! Hoi, lai la!”

Dari jauh Mon nampak Ah Kau melambai tinggi. Kulit kendur di bawah lengan Ah Kau bergoyang mengikut irama lambaiannya.

Ah! Ah Kau panggil? Tentu Ah Jim dan kawan-kawannya menanti aku, bisik hati Mon. Ah Jim, I’m coming laling!

Tertonggek-tonggek Mon berjalan kepit ke arah kedai Ah Kau. Setapak, dua tapak, berhenti. Membetul posisi seluar tiga suku warna biru firus berenda di hujung. Setapak, dua tapak, berhenti lagi. Kali ini untuk menenyeh gincu merah jambu ke bibir.

Mekap: check. (eyeshadow biru, blusher pink, lipstik pink)
Baju: check. (ketat, kilat & Hong-Kongesque)
Aksesori: check. (cincin bentuk lef, subang biru & rantai pearl biru)
Kasut tinggi : check (platform lagi tau)
Rambut rebonding: check. (sedikit kejung tapi tak apa)


“Mon, mali, mali sini. Sulah lama Ah Jim tunggu lu latang, mau kasi lu kenal sama itu angmoh. Mali sini,” lebar betul senyuman Ah Kau.

Mon menjejak masuk ke dalam kedai Ah Kau dengan debaran. Dup dap dup dap dup dap.

Ah Kau menunding jari ke arah kaunter. “Ah, itu lia itu angmoh. Manyak baik sama gua. Lu pigi sana, kasi Ah Jim intlolius sama lu.”

Seorang mat saleh berambut perang berdiri membelakangi Mon.

Belum toleh pun aku dah tau hensem, bicara gedik hati Mon. Ni kena speaking ni.

Mon menjungkit, menyentuh lembut bahu abang mat saleh. “Hello.”

Abang Mat Saleh berpusing menghadap Mon.

Hati Mon berhenti.

Mata Mon tak berkedip.

Masyaallah, macam Brad Pitt!

"Yes?”

“Er, hello hello. My name is Mon. How do you do?”
Berhabuk betul skil bahasa Mon, tapi dia lafaz apa yang diingat dari buku teks sekolah dulu.

Abang Mat Saleh tersenyum. Oh Mon tertawan. “I’m fine. So you must be the Mon Jim keeps telling me about. My name is Henry.” Tangan dihulur.

Mata Mon masih tidak berkedip bila menyalam tangan Henry. Oh Henry, lebatnya bulu tangan… lembutnya tapak tangan… Mon boleh bayangkan tangan Henry membelai rambutnya, jemarinya, bahunya…

Ah, you..er… you very nice. I like you. Thank you.” Tergagap-gagap Mon berkata-kata. Kecantikan wajah Henry telah menyekat proses pemikiran Mon.

Henry ketawa besar. “Well, that’s good. Because you’ll be seeing a lot of me from now on.

Mon rasa bagai di awangan. Adakah ini bermakna Henry juga sukakan aku? Mungkinkah Ah Jim sudah menjual kehebatan Mon pada Henry? Oh, sukanya Mon!!

“Ah Mon, you sudah jumpa dengan Henry ya, baguslah!”

Ah Jim muncul dari ruang belakang kedai. Dia melangkah ke kaunter tempat Mon dan Henry berdiri. “So you’re okay with her, Henry?

Oh, I’m okay with her. She’s a darling,” kata Henry.

Very good!” Ah Jim senyum besar dan memaut tangan ke bahu Henry.

Darling? Mon melonjak gembira. Bak kata bos Mon, this is too good to be true-

Hati Mon berhenti.

Mata Mon tak berkedip.

Minda Mon enggan berfungsi.

Mon menyaksikan Henry merangkul Ah Jim dan mereka berkucupan mesra cup cup cup dari bibir ke bibir kemudian semakin rakus tangan menjalar ke dada dan

Mon tidak tahu apa-apa lagi sebab

Mon terus pitam dan demam meracau-racau selama seminggu.