Pages

wihu wihi wiha

Thursday, February 21, 2008

Hello hello korang...

Pertama sekali, jika anda sedang membaca lembar ini, bermakna anda tentu perasan perubahan kepala blog ini. Saya tengah berperasaan bangga dengan keupayaan saya menghasilkan sesuatu yang cantik (akhirnya) untuk blog sendiri walaupun keupayaan mereka-lakar adalah pada tahap sekolah rendah. Kalau boleh, saya nak buka blog saya ini setiap 5 minit semata untuk menikmati keindahan stroke dan kaset retro itu. Kalau boleh saya nak guna rekaletak itu untuk wallpaper desktop saya. Tapi tak boleh, takut-takut ada pembaca misteri dari ofis. Maklumlah, saya kan glamor...

(matilamak)


--------------------------------------------
Pagi tadi sesak sungguh di dalam LRT. Saya terhimpit di tengah gerabak. Tak sengaja terlibat mendengar perbualan dua lelaki awal duapuluhan. Seorang Melayu, seorang Cina. Pakaian segak, bertali leher. Saya perasan mereka memakai tag kerja Petronas, tapi tak perasan pula apa nama mereka.

Lelaki 1:
Kalau aku berak pagi-pagi aku tak puas lah.

Lelaki2:
Kenapa pulak?

Lelaki 1:
Entah. Macam terkejar-kejar nak berak, pastu nak mandi, pastu nak iron baju, pastu nak naik bas, pastu nak naik LRT... macam serabut sangat kepala hotak aku.

Lelaki 2:
Habis tu?

Lelaki 1:
Berak kat ofis lah best. Tenang. Tak tergopoh-gopoh. Lagipun kubikel jamban ofis aku cantik. Ada mood sikit nak berak.

Lelaki 2:
Oh, mood penting tu...

Lelaki 1 :
Nak kena train bontot supaya berak kat ofis sajalah... (memandang perut sendiri dengan muka serius) kau berak kat ofis okey.. okey...




Hayo hayo hayo!
Motif??!!!!!! Perlukah perbualan sebegini dilakukan di dalam LRT? Perlukah meletak imej sebegitu ke dalam kepala penupang seawal subuh? PErlukah membuat saya pula terasa -

Masyarakat Malaysia memang bermacam ragamlah.


-------------------------------------------


Saya ada pengakuan. Ikhlas.

Guilty pleasure yang teramat sekarang ini: Imran Ajmain.


Ya, ya, gelakkan ajelah saya. Gelak lah sampai tergolek kerusi.

Tapi betul ni, entah kenapa tertaste pulak pada penyanyi Kota Singa itu. Ye uols, iols tahu, dia tu dinch sangat! Menyanyi live masyaallah sengau tahap ya ampun berdarah telinga. Tengok klip video pun dah tau pech lubs kan. Tapi uols, tapi dia sangatlah chomel! Saya memang ada soft spot for guys with that kind of build, so ya, sebab itulah agaknya. Dan dia seorang yang agak artikulet. Bijak menyusun kata dan agak matang. Oh saya rasa geram nak cubit pipi dia. Geram geram geram!


tak geram ke?


Ia macam...macam kita suka pada Feminin lah. Walaupun As menyanyi live berterabur macam tongkang pecah yang terdampar kat pesisir pantai, tapi kita tetap rasa Feminin tu woh, habis baik ah. Walaupun kita tahu yang fesyen overall-skirt dengan t-shirt belang-belang tu sangatlah persis Beatlejuice becelup kunyit, tapi kita tetap kata mereka ikon fesyen zaman 90an. Dan walaupun kita kadang-kadang mengutuk Feminin poyo, kita sebenarnya nyanyi jugak lagu Untukmu sambil terkinja-kinja menari ikut steps masa mandi.


Saya sedang mendengar album Imran Ajmain, dan saya perlu akui , despite falsetto kepitnya itu (tidak terlalu prominen dalam album), dia mempunyai bakat yang tinggi dalam bidang penulisan lagu. Ada potensi untuk berkembang. Ditambah pulak dengan sifat konfiden 'kau hado' nya itu....dia boleh pergi jauh. Saran saya (andainya Imran menggoogle namanya dan terbaca entri ini), tumpukan lebih kepada lagu-lagu R&B soul ringkas seperti persembahan akustiknya di Annexe@ CM tempohari. Bila begitu, kawalan suaranya lebih baik, mood nyanyian lebih menyerlah dan tidak seperti terlalu mencuba / dibuat-buat.

13 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

malam ni, after 10pm. kita party.

ajaklah orang lain, unee ke, tini ke.

roxychick said...

dia dah mengaku... oh no!

iols tak kuasa!!!!!

Anonymous said...

haaaaa...
sapa kutuk imran hari 2???
hahahahahahahahahah....=D

cuba teka sapa....!!

azyze gomez said...

Cik PMS:
hayo uols, iols ade event lah esok pagi. kalau nak jumpa after office sampai ke pukul 9-10 tu boleh la. after 10 iols dah kena mwngundur diri uols, kena check in kat hotel lah.

kita jumpa lepas opis le ek?

Roxy:
Matilah uols kena dengar lagu IA lepas nih huhu

Anon:
Chait Billa! Sengau tetap sengau (jom gogle live performance dia kat KLCC countdown 2008. hazabnya!!)

Cik Puan Muda Stress said...

aaa.. takper lah..

kita lepas 10 baru ada kat melawati..

takde jodoh la ni... :(

bailey said...

guilty pleasure aku skarang is ketua biro aku yang kacak dan wangi. muahahahahahahaha.

tini said...

Nuks, aku terperanjat abies.. Imran Ajmain? Btol ke ni nuks? Mummy konpius :)

My name starts with M said...

imran bukan feminin bukannnn!!! hahhaa

azyze gomez said...

zeek:
insyallah ade peluang keemasan untuk berjumpa iols lagi uols.. jangan bersedih. next time iols siap bawak gambar berautograph lagi... gittew...


bailey:
ketua biro? biro kebajikan ke, biro makanan? huhuhu

tini:
hahaha baru hritu mengumpat pasal anak ikan ni kan? hehehe

Cik M:
Opp opp, kipas susah mati feminin telah bersuara hahahah

kita bersama mengejar mimpi
terpisah sementara ku pasti


*matilamak zass lagu feminin di pagi hari*

bailey said...

hellooo....ketua biro bernama occay. :P

arghh...kacak kacak. :P

My name starts with M said...

kipassusahmati :))

lama gile aku fikir apebende tu!!!! hahahhahah

azyze gomez said...

kipas susah mati = die hard fan

mas, ko suka btol bagi icon dagu berlemak ni kan?
hehe

:))

My name starts with M said...

tu bukan dagu berlemakkkk laaaaa hahaha

sorry membesar dgn emoticon YM nak buek camno

\:D/

(ni bukan org buat tgn atas bwh ala menari india tu tau)