Pages

Pesona internet

Monday, February 04, 2008

Saya tengah melompat dari blog ke blog yang dah lama tak saya lawati, dan ada satu blog yang beri inspirasi untuk saya menulis kisah untuk hari ini.

Kisahnya er...

anda ingat tak masa mula-mula anda mengenal internet? Masa anda baru mengetahui majis sebuah kiub empat segi bagak berwarna putih (back then tak ada komputer warna hitam) yang beratnya lebih dasyat dari berat anda selepas buka puasa..kan...

Masa itu benda paling trendi sekali adalah untuk mengunjungi ruang-ruang bualan (IRC & MIRC), cari kenalan online sebanyak mungkin dan, apalagi kalau bukan mempunyai alamat emel sendiri.

Setiap kali ke Cyber Cafe atau melayar internet di rumah (bagi yang lebih berkemampuan), benda pertama yang kita lakukan pastinya i) mendaftar diri di dalam MIRC ii) buka akaun emel dengan harapan inbox penuh iii) kedua duanya sekali.

Ingat tak nama emel pertama yang anda gunakan?
Saya rasa keghairahan dan culture shock lantaran dari kemampuan bersifat global dalam sekelip mata membuatkan kita sibuk mencari tanda identiti yang paling mudah mengungkap diri kita dalam satu nama pendek di emel.

Dan oh, saya malu untuk mengaku,
tapi saya antara yang bersifat ebok dalam menamakan emel pertama mereka.

ely_steventyler@hotmail.com


Gua kata "abendeeee ah lu minah guna nama gua segala, kan..."




Sungguh wannabe. Sungguh memalukan~~~
*blushing, sorok muka dalamkain sendiri*







(Dalam feel2 suara Nobita & Doraemon versi BM)
"Saya tak sangka kamu sanggup menggunakan nama sebegitu,
Nobita! IIsssshhh... gelinya saya!"
"Maafkanlah saya, Doraemon! Saya.. saya pun rasa malu juga! Maafkanlah saya!"

5 comments:

My name starts with M said...

hahaha gmbr2 attached itu sgt kelakar okeh!!!

azyze gomez said...

ye ke?
ehehe

Cik Puan Muda Stress said...

hahahaha.

nasib baik la ni satu2nya fad yang ai tak pernah terjebak with..

tini said...

Nuks, teringat masa aku guna miss_sakura7@yahoo.com time practical kat avon, ada staff disana kata mcm nama pelacur jepun..zass!! Nak wat mcm mana, lepas aku bukak account tu zaman diploma..tak tukar2..after dat komen terus tukar. hartini.abdullah ye ;p

azyze gomez said...

Zeek:
Wah, untunglah you tak terjebak. Tapi takde cerita bodoh yang nak dicerita hahah

Tini:
Pelacur jepun??!
Masyaallah! Sukati je!