Pages

Cerita kegagalan dan harapan

Monday, February 11, 2008

Semalam saya bangun tidur dengan suara semacam. Semacam Zaharah Agus campur Rosnah Mat Aris campur Mak Nyah tua pakai sari di Lorong Haji Taib yang kata "10 pun jadilah..." bila ada lelaki melintas di depan. Celaka betul. Sisa geng DBS (demam, batuk dan selesema) yang menghenyak mak dan bapak nampaknya dah melompat untuk berkoloni di dalam tubuh saya pula.

Hari ini masih sama lagi. Sakit tekak yang terus membatal mood dan menjunamkan saham saya di khalayak ramai. Menyesal tak pandai berisyarat tangan. Jika tau, boleh jugalah saya pura-pura bisu. Sekarang, bila mahu bayar tambang bas, beli makanan di kedai, atau paling tak boleh tahan sekali, bila kena berinteraksi dengan bos dan pekerja di pejabat, rasa macam nak makan kasut sendiri dan berbaring saja di tengah Lebuhraya Persekutuan di depan kerana sebaik saya membuka mulut

"Seraknya suara kau, makan limau banyak ni..."

atau

"Hai uols, buat apa hujung minggu sampai serak-serak nih? hihihi"

dan yang paling bangang

"Kan betul aku kata, kau sebenarnya pondan kan?"


Celaka betul.
Tapi musibah sebeginilah yang buat saya berterima kasih kepada tuhan kerana menjadikan saya seorang penulis. Bayangkan kalau saya jadi DJ Radio. Mau eksiden semua pemandu-dengar-radio dek penangan suara serak saya. Makin sikitlah jumlah orang ke pejabat yang sememangnya lengang akibat cuti raya cina yang orang Cina nak cuti, diapun nak cuti jugak.


--------------------------------------------------------------------------

Sakit tekak menyebabkan saya banyak berfikir dari bercakap. BIla banyak berfikir, saya nampak banyak benda yang saya selindung dari fikiran sebelum ini. Antaranya

Saya seorang pemalas yang tidak pernah mencapai sebarang sasaran yang saya letakkan ke atas diri sendiri kecuali jika ia soal hidup dan mati.

Biar saya mengaku - sebarang resolusi tahun baru yang telah saya buat dalam 5-6 tahun kebelakangan ini semuanya tidak saya capai. Kecuali menggenggam ijazah dengan keputusan yang baik, alhamdulillah. (Tapi ijazah = kerja baik = hidup selesa = antara hidup & mati.)

Resolusi kurang makan? Pergi gim? Simpan jurnal? Berhubung dengan kawan-kawan lama? Kemaskini catatan & alamat penting? Hafal nombor telefon keluarga dan polis? Berhenti pakai seluar jeans setiap hari ke pejabat? Ubah pendirian? Berhenti membazir masa melayar internet di pejabat? Semuanya kecundang.

Tapi saya mahu berubah. Sekarang ini hati saya berbisik 'dah tiba masanya'. Ya, buat masa sekarang ini saya berasa begini. Mungkin juga perubahan berdikit-dikit ini akan terhenti sepertimana semua resolusi ubahan lampau, tapi jika tidak buat sebarang pelan untuk berubah (dan cuba untuk berubah) maka saya tak mungkin tahu keupayaan diri saya. Dan anda juga takkan dapat mengetawakan saya lantaran janji-janji palsu yang tak dapat saya tunaikan itu, bukan?

Tengoklah. Tunggu dan lihat. Insyaallah.

Mari saya mulakan dengan benda yang sepatutnya mudah tapi susah untuk saya:



-----------------------------------------------------------------

Detoks.

Ya, kali ini biar saya bubuh resolusi kecil ini di sini supaya saya akan berfikir enam tujuh puluh kali untuk mengingkarinya.
Fuh, bunyi macam nak buat lama saja.
Lama... seminggu. Hah.

Ramai yang kata saya lemah, lesu, kurang tumpuan disebabkan kerja. Tapi saya rasa ia kombinasi bebanan kerja dan gaya hidup saya yang sememangnya tidak sihat. Jadi dah tiba masanya untuk saya lakukan regim makanan minimal untuk membersih edaran darah, buah pinggang dan memulih tenaga secara semulajadi. (Kotoran otak memang dah tak boleh di tolong.)

Beb, rejuvinating yourself bukan dengan meminum Super Power Kacip Fatimah, beb. Lu ekna buang semua habit pemakanan lu yang entah apa-apa tu, beb. Lu tengoklah carta pemakanan yang telah gua pelan untuk minggu ini, beb.


Satu-satunya minuman yang akan saya minum adalah air suam. Dan teh detoksifikasi. Eh, itu sudah dua-duanya.



Aha, cantik kan bungkusannya? Saya harap efeknya pun sehebat idea pembungkusan dan re-branding nya lah.
(macam perut saya saja..)



Selain itu, saya sudah mengucapkan selamat tinggal pada ikan keli, sayur goreng, nasi ayam, kailan ikan masin, malta, daging padprik, nasi lemak, telur goreng mata kerbau, dan yang paling penting sekali - nasi. Ya, ya, saya tau ada kawan-kawan yang sudah bertaruh wang bila mendengar perkara ini. Tapi saya akan cuba. Cuba pura-pura nasi itu adalah ikan bilis lembik dalam kuah sayur (yuck!) atau mee bandung guna sos cili (potong betul).


Selamat tinggal nasi ayam...




Selamat datang buah buahan, sayur-sayur salad dan teh tawar.

Kita nantikan kesudahannya hujung minggu ini.

8 comments:

Anonymous said...

"you can do it!!"
(mcm rob schneider dlm movie2 adam sandler)

peminat besar!

azyze gomez said...

omg Billa,
I know how he said that!
dengan muka tak boleh blah dia tu..

hahaah!

"you can doo ittt!!"

roxychick said...

yg ni sangat susah utk ku lakukan....
"Berhenti membazir masa melayar internet di pejabat"

i wish i have a new iBook... ada wifi segala.. takyah susah2 nak kena tunggu sampai ofis baru nak pakai internet segala kan...

Cik Puan Muda Stress said...

ai pun macam yew.

ai takde sore hari ini.

sangat penat mau berkomunikasi, harus meneran sampai rasa nak terkentut.

tadi i nak beli pisang goreng, makcik tu cakap..

"aii.. makan limau banyak sangat ke dik?"

adakah makcik yang sama cakap benda yang sama itew kepada yew?

dan sudahkan yew membalas message ai di friendster?

p/s: lupakan sajalah niat nak bloghopping / internet surfing tu. it wont work dude.

azyze gomez said...

zeek:

yang tegur i bukan makcik tu tapi ade la dalam 8-9 orang. ntah2 sedara makcik tu tak... dan ya, saya dah balas dah mesej awak di friendster itu...

rox:
dengarlah pesanan Zeek itu, dia queen bee intenet woo..

My name starts with M said...

i support u bebeh!!!
aku pun ade beli teh detox tu, tp 2x je minum huahuahua

Salad sedap beb.. crispy..

azyze gomez said...

Mas,
ko beli teh detox jenama apa? Aku syorkan Dr. Stuart's tu pasal tak mahal sangat dan rasa dia pun sedap. Jangan tambah gula. The pepermint-y taste& smell dah cukup.

Salad memang sedap, yang hazabnya adalah makan salad tanpa dressing.

My name starts with M said...

jenama... ala yg ada advert kat paper tu.. yg guardian watsons slalu buat sale tu... yg kaler hijau/kuning tu.. trudtox kot?

xde dressing sedap pe.. mcm mkn mr potato...