Pages

Ahlong suap

Friday, February 29, 2008

Bila blog ini dibaca ramai kenalan, saya telah:

1. Membuka pintu untuk lebih ramai orang mengenali saya

2. Memberi peluang untuk mereka menilai saya dari coretan hati, bukan dari pandang rasa semata

3. Meletakkan diri saya di ruang yang agak vulnerable kerana cerita yang saya coret di sini besar kemungkinan tidak akan saya kongsi secara verbal.


tapi ia juga telah menyebabkan saya:

1. Memusnahkan sebarang peluang untuk menyimpan rahsia (kerana saya berjanji menjadikan blog ini ruang coretan hati saya)

2. Berasa gundah kerana saya memang mahu meluah rasa sanubari tetapi tidak boleh bercerita secara ikhlas kerana tahu ada pihak yang akan berasa hati maka menyusahkan hubungan persahabatan yang sedia ada.


Perlukan saya membuka blog rahsia?


--------------------------------------------

Saya mahu mohon maaf secara terbuka kepada Cik PMS kerana mungkir janji malam semalam. Kasihan dia. Saya rasa saya perlu membayar kembali hutang janji saya itu. Tapi saya juga takut kalau-kalau dia gunakan abang bertopengnya untuk membelasah saya sekiranya saya pergi brjumpa dengan dia minggu hadapan.

Cik PMS memang ganas. Tengok kening pun dah tahu.

Opp. Maaf Cik PMS, cucu tumpang lalu...



topeng ko ni nak buat aku takut ke, nak buat aku gelak?

---------------------------------------------

Kehebatan dia membuatkan saya rasa lebih tertekan.

Seharusnya saya tidak berasa seperti itu.

Tapi... ya...

Dia cantik (itu sudah cukup untuk mengelabu mata mereka). Dia comel, adorable, tidak berkira, baik hati, bersifat mulia, laksana bulan jatuh ke riba, tak pernah salah di mata.

Huh. Stress. Walaupun sepatutnya tidak. Dia tak sepatutnya membuat saya rasa kecewa dan gundah.

Saya tahu. Sebenarnya saya berasa begini kerana saya tidak suka diri saya. Itu sebenarnya. Bukan kerana orang lain. Kerana saya sendiri.

Hish...

5 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

i hope you lesbos had a good time last night.

and make it up to me you will.

Cik Puan Muda Stress said...

eh noks,

i had the same problem dulu uols. Bila identity dikenali ramai, terpaksa jaga hati banyak pihak.

asalnya dulu blog tu untuk mengutuk Brucie everytime akak tak puas hati. alih2 bila dia find out, terus jadi blog jalan2 cari pasal.

azyze gomez said...

alamak...
statement itu berbaur bobohizan sangat... seperti

"i hope you lesbos had a good time last night..."
*sambil cucuk pin dalam voodoo dolls kitorang*

ade punye uols.. ade..tapi abag topeng takde kan? you aje kan? takuttt...

hehehe

Cik Puan Muda Stress said...

abang topeng nak wat pe.

dia tak suka aku gelak kuat2, mana boleh bawak dia.

azyze gomez said...

hahaha
okeh bbeh. insyaallah bila free i ring ring you. you ring my bell oso..

*terus joget disko*