Pages

Pusat internet haram sedunia

Saturday, January 26, 2008

Aduih kelepappp! kena tag dengan Che Pah Diva untuk membuat kerja ini. Jikalaulah saya boleh dapat duit dari buat meme dan tag, dah lama saya jadik jutawan, huhu.

Buat pertama kalinya, I'm posting a visual that is quite personal. Selalunya kan gambar rip-off internet sajor. Kali ini, sebab Che Pah Diva, saya tayangkanlah jugak. Pah, belanja karoke seraund dua, Pah.

Tajuk thesis (Matilah thesis katanya!):
MY INTERNET SANCTUARY



Ya mari adik mari abang, mari tengok keajaiban komunikasi dan teknologi yang menjadi sebahagian dari pembentuk Cik Azyze. Mari rapat rapat jangan takut! Ini obat mujarab!

(merepek lah aku ni)


Inilah internet sanctuary saya. Yakni meja kubikel di pejabat saya. Semua (sebenarnya satu) pembaca setia kipas susah mati saya tentu tahu yang saya tak ada internet di rumah. Jadi pejabat (dan kadang-kadang CC) lah tempat saya muat-turun-naik dan layar internet.

Mahap la gambar tu ade belang-belang, kamera telefon bimbit saya gila sikit. Jom kita tengok apa yang ada atas meja saya tu (dari kiri ke kanan):

- Tema yang nyata adalah biru & hijau. Inipun tanpa sengaja. Dah letak semuanya baru perasan.
- Kotak bermotif bulat-bulat tu isinya CD-CD yang paling kerap didengar. Kebanyakannya CD yang diimpot dari luar negara. Sebab itu special treatment sket (duit dah keluar banyak kan?). Di bawah meja ada satu kotak besar CD-CD koleksi caca marba yang didengar mengikut mood. Eh, saya bukan nak berlagak tau. Takde niat. Ini sekadar penjelasan sahaja. (kang ada kata kekwat nak bagitau impot segala, kan?)
- Headphone cap ayam di atas kotak untuk dengar lagu bila semua orang lain pasang lagu di komputer masing-masing.
- Kad raya, bingkai gambar ala filem dan benda2 kecil yang dicucuk di dinding kubikel adalah cebisan memori indah dari zaman silam.
- Burung gagak porselin biru pemberian Sandra sebelum VSS. Sebelahnya kaktus cacat dari Burn, penglipurlara bahagian jualan syarikat saya.
- Mug Pink Panther dengan penutup uber cool yang boleh letak sudu. Selalunya berisi nescafe pekat, teh o kurang manis atau jus-jus gtal mengikut selera tekak pada masa tersebut.
- Botol air kosong satu liter, spray pokok. Dua-dua warna biru.
- Pokok keladi comel dalam pasu biru. Pemberian Kak Feeza sebelum dia VSS.
- Pemegang nota kepala lembu dari Hanie dan kertas-kertas nota yang sebenarnya dah bertulis ntah apa-apa.
- Ubat Semput biru putih. Nampak tak? Nampak? Nampak? Tu besfren tu! Tidur pun sebantal tau!
- Ipod Nano putih berbungkus ijau (yang macam mayat bungkus bawah skrin komputer tu).
- Imac indah bagai mimpi di awangan ku cinta dikau tapi cis ini harta pejabat. Keji. Oh, wallpaper yang sangat kool (puji sendiri nampak?), tapi saya ada 2-3 yang saya rotate mengikut mood. Buat masa sekarang saya terasa ala retro:



Pacman kantoi, haha!



- Telefon pejabat warna biru.
- Pinggan hiasan KFC dengan bunga warna biru.
- Kalendar kucing manual yang dibeli di Pangkor.
- Mangkuk berisi lilin aromaterapi dan batu-batu coklat
- Patung monyet McD dan teddy bear kuning pemberian Chisato semasa saya di Jepun dulu.
- Lapik gelas turned tiles The Simpsons. Gile best!
- Pert schedule (yang warna warni tu) untuk jadual kerja sepanjang tahun.

Di peletak keyboard:
- keyboard (d'oh)
- patung katak bermagnet.
- Pen 2-3 batang & kelip kertas.


Tapi kalau nak ikut kepuasan maksima dalam melayar internet dan soal privasi (sebab kat ofis apa sangatlah privasinya), maka sanctuary sebenar saya adalah telefon bimbit saya.




Ya, itulah dia...
Puas? Puas?

Jadi saya harus menge'tag' orang seterusnya, dan mangsa saya adalah:
Cik PMS
Cik Radz
Cik nama mula dari M

dan sesiapa lain yang rasa nak buat. Kalau berani lu buat ah. Berani?!
Muahahahahahaha <-- bukan Mua Muharra okeh. Jangan nak berangan!

.

6 comments:

Cik Puan Muda Stress said...

wah kena tag lahhh !! rasa glams sangat kena tag.

akan ku langsaikan tag ini, jangan khuatir.

p/s: bila mau pegi PS? set aje date nya, wajib ON.

hari tu kan, ada adegan tawar menawar2 beg Jimmy Choo. memang tengah hot stuff kat PS sekarang. dari rm160 (gila apa opening price camgini? dia ingat aku foreigner/pelancong Bangla ke?) dapat la sampai rm40. tapi mak kan hajah bakhil, mintak rm30. dapat nyahhh.. cuma bila check punya check, bag tu macam ada kesan ink kat dalam dia. terus tak jadi...

radz said...

mcm kenal je ada 1 nama tu. alamakkkk.....aku kena tag. uhuk uhk.

My name starts with M said...

aku pun kene tag! hahahha...

weh interesting cubicle i must say. ur mac is superhot!!!

ok nnt aku amik gmbr cubicleku yg bersepah dan tak byk brg itu hihiii

bailey said...

dude, i have moved...tekan my name. =)

azyze gomez said...

Cik PMS:
uols! alah, apelah sangat tag iols berbanding engan status diva showmanship merangkap manager kepada kumpulan ahli musik bertopeng ittew...

boleh sajor uols, once iols dah habis my current project, kita on sajor ok?


Bailey:
Batuk kokol ke? Cuba makan Ubat Batuk Cap KElapa Laut Afrika. Mujarab kan ibu!

Mas:
Alah beb, komputer ofis memang lah hot. kalau ko tengok komputer aku yang tersadai berdebu kat umah tu, ko mesti membuat tangisan bak dugong terdampar kesepian. Horror dowh komputer tu.

roxychick said...

yay! trimas...
ala.. tiap2 hari iols tgk internet sanctuary uols...

tapi iols takde nano...

uuhuuuuhuhuhuhuuu..