Pages

Perginya bintang

Wednesday, January 30, 2008


Rosli Khamis
1957 - 2008



Ada bintang
Yang menyinar lorong gelap kian lama
Beri harap
Beri sinar
Beri riang
Beri senyum

Ada bintang
Yang mengusung bahasa jiwa
Jadi hebat
Jadi kini
Jadi gemar
Jadi unik
Jadi idola

Ada bintang
Tapi ini bukan malamnya
Dia lelah
Dia parah
Dia hilang

Tiada lagi bintang
Maka gelap semesta.




Blog ini berkabung sementara atas kehilangan ikon dunia muzik Malaysia, Rosli Khamis atau Loloq yang menyambut panggilan illahi jam 1.30 tengahari tadi. Kehilangan beliau amat dirasai oleh peminat dan pengikut industri muzik tanahair. Genius Loloq tiada gantinya.


Datuk Haji Ishak Baharom
1928 - 2008


Tambahan:
Kita berkabung juga untuk satu lagi ikon kita, wakil keagamaan yang dikenali serata Malaysia. Bekas mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom telah kembali ke rahmatullah pada 30 Januari 2008. Kita kehilangan seorang tokoh agama yang tidak pernah meletakan agama di tangga kedua dalm hidupnya. Bukan mudah mencari alim ulama yang berani berlantang suara walau meletakkan diri mereka dalam kesusahan - semuanya atas nama agama suci yang haq. Kehilangan beliau merupakan satu kerugian yang besar untuk kita, apatah lagi bagi sebahagian masyarakat yang memerlukan petunjuk agama yang jelas tanpa kompromi.



Innalillah wa inna ilahi rajiun.
Moga kedua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh-Nya.

Al-Fatihah.

4 comments:

bailey said...

innalillah...

bailey said...

semoga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman

Cik Puan Muda Stress said...

al-fatihah untuk arwah.

azyze gomez said...

Sedih kan..
i can't begin to imagine how our industry will be like without him. Susah nak jumpa karyawan mainstream yang memperjuangkan bahasa kita hingga sebegitu sekali. Lainlah kalau Lim Swee Tin atau Faizal Tehrani mahu cuba tulis lagu pula.

Sedihnya...


dan oh ya, berkabung juga untuk Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom. Innalillah...