Pages

Panjangnya cerita bengong ini

Saturday, January 05, 2008

Amaran: Posting kali ini amat panjang dan isinya entah apa-apa. Jika anda adalah seorang intelek berpendidikan lebih dari PHd dan tidak tahan membaca kisah pojokan di blog-blog asing, sila abaikan posting ini dan teruskan dengan sesi makan rojak sambil korek hidung tapi cover line anda. Sekian.


Kisah 1: Ahmad Nisfu ke, Abdul Wahib?

Pejabat saya akan mengadakan makan malam tahunannya tengah bulan ini. Temanya: Malam P.Ramlee & Saloma. Tapi dresscodenya adalah sebarang watak dalam mana-mana cerita P.Ramlee. Nak jadi apa ni? Bunyi macam senang tapi susah ya sebenarnya. Lelaki senanglah. Kot putih dengan tarbus. Atau baju askar. Atau baju kotak-kotak. Pergi bertiga. Pakai bongkok kat belakang. Apron dan topi tukang masak. Banyaknya pilihan!

Tapi kalau perempuan, haruslah payah, apatah lagi untuk orang yang bersaiz extra ebok seperti saya ni. Nak cari baju ketat kerengga perempuan-perempuan zaman itu di mana (macamlah muat kan?)? Kemudian nak buat rambut lagi. Sudahlah nafas nyawa-nyawa ikan dek korset marabahaya itu, kepala pulak berat sebeban. Motif iols sanggup nak kepala teleng semata dinner yang nan hado ittew kan?

Ingatkan nak jadi watak kegemaran saya, Abdul Wahib. Mudah saja, pakai Pants Suit, cari/ buat tarbus kos rendah. Lukis sajor misai kontot dengan eyeliner. Selesai masalah. Tapi rakan sepejabat pula dah kata "Takan ko tak nak cantik-cantik for the one company event we have?" Betul juga. Seluar dan coat dah selalu sangat dipakai (selalu maksudnya bila ada meeting dasyat sahaja. Biasanya iols jeans sajor uols!), dan lawaklah kalau Abdul Wahib bermisai hitam pekat tapi berblusher, eye makeup dan lipgloss sebeban kan? Sungguhlah konsep pondan spring chicken kan?

Tiba-tiba mood nak jadi Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapok pulak. Best ni. Seluar coklat safari, kemeja coklat, mekap mata lebam dengan bedak seguni dan-- oppp. Baru teringat, Ahmad Nisfu pakai Nehru Suit dalam cerita tu! alamak, macamana ni? Mana pulak nak cekau Nehru suit?

Kalau pergi tak bertema, lebih baik saya tak pergi langsung. Betul. Saya paling tak suka kalau saya tak mengikut tema. Sikit-sikit pun jadilah. Adoi menyampahnya! Tahun lepas, walaupun saya menyanyi di majis makan malam tersebut, saya tetap mengikut tema. Bayangkanlah, beriya-iya menyanyi lagu No Doubt, tapi pakai seluar oren dengan T-Shirt putih berlumur darah (sebenarnya sirap. ya saya tahu saya genius) segala. Jadi habislah reputasi saya sebagai budak kreatif yang brengsek. Cantik tak cantik tu pada saya belakang kira lah. Yang penting kementelan tu dapat ditonjolkan dengan baik.

Saya masih tak boleh buat keputusan lagi. Tinggal 1 minggu setengah sahaja. Bencilah.


Kisah 2: Lagu dan aku

Ini adalah meme lagu jiwa lagu cinta.

Ok, the rules:

1. Go to Pop Culture Madness site.
2. Pick the year you turn 18 years old.
3. Get yourself nostalgic over the songs that year.
4. Write something about how those songs affected you.
5. Pass it on to five more friends.



Okeh, meh saya cuba. Tahun 2000. Saya diterima masuk ke UiTM. Semester pertama Diploma.

The Real Slim Shady - Eminem
Kagum atau tidak, inilah lagu rap pertama yang saya hafal dari awal hingga akhir. Adik-adik kagum dengan kepantasan lidah saya berputar belit mengikut Eminem. Dan untuk pertama kali juga lah, saya mengetahui yang saya boleh menerima muzik rap yang kasar. Sebelum ini paling dasyat pun saya dengan adalah BoneThugs& Harmony. Walaupun Eminem Mat Itam celup (you ain't rappin if you ain't black), tapi dia berjaya membuat crossover yang hebat dan memecahkan persepsi orang ramai, termasuk saya, yang menganggap muzik rap hanya hebat jika ianya dinyanyikan oleh orang kulit hitam. Oh, dan lagu ini membuatkan saya rasa bersikap agak "whatever, loser.." sepanjang mula pengkuliahan di UiTM dulu.


Thong Song - SisqO
Yes, you CAN love a song that is totally sexist dan tah hapa hapa. Pada masa itu, masyaallah, kalau anda bagi saya sehelai thong, saya akan maki anda dan mungkin serkup kepala anda dengannya dan paksa anda berjalan sekeliling kolej saya sambil menyanyikan lagu Sisqo ini. Wow... I've come a long way since zaman tu. Sekarang dah rasa dah thong. Ya, memang pelik bila memakai thong. Punggung rasa macam bergoyang-goyang maha dasyat. Opps, grafik pula ayat saya. Ah, walau bagaimanapun, lagu thong song ni adalah antara lagu yang saya gemari kerana melodi dan lenggok nyanyiannya dan tak teliti sangat pada kualiti liriknya. Lagipun sapa boleh menolak pukauan "dat tong to tong tong tong"


With Arms Wide Open - Creed
Selepas mendengar lirik lagu ini, saya hampir menangis. Uaa, saya juga nak anak!!! Naluri keibuan melonjak dasyat setiap kali mendengar lagu ni. Dan saya nantikan saat lagu ini bisa jadi realiti untuk saya nyanyikan pada anak saya. Insyaallah.


Graduation - Vitamin C
Lagu tema zaman akhir pengajian. Walapun lagu ini sepatutnya saya aplikasikan ketika meninggalkan sekolah menengah, ianya tak jadi kenyataan sebab saya tak punya kawan rapat di sekolah. Cuma selepas selesai Diploma dan Degree lah saya betul-betul merasakan impak lagu ini. Sekarang pun, bila sekali-sekala berjumpa dengan kawan-kawan, saya mesti rasa imbauan hadir dan mulalah nak menangis. Paling saya suka adalah baris ayat

"So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?"

Woh, betullah. Adakalanya saya sengaja buat lawak-lawak lama dan ihat jika kawan-kawan saya memahaminya lagi atau tidak. Sad to say, some don't. Tapi itulah kehidupan. Syukurlah kita masih boleh menyelak minda dan kenang saat-saat manis yang berlalu (tapi takkan padam).


Amazed - Lonestar
Antara lagu inggeris pertama yang saya belajar chordsnya. Masa itu mula-mula belajar main gitar, tapi berangan nak main lagu dasyat-dasyat. Saya tertarik pada bait liriknya yang fuhh jiwang chomel. Tambah pula dah terdengar versi akustik. Lagi menyucuk-nyucuk la perasaan nak main gitar tu. Sampai sekarang kalau datang sawan main gitar (saya dah llaaammmaaaaa tak main), lagu ini pasti ada dalam senarai saya.



Kisah 2: Semuanya nak mati. Iols sentaplah!!

Tony Bennett, tolonglah jangan mati lagi... walaupun awak dah tua, tapi saya masih memerlukan awak. Tolonglah. Cukuplah dengan kematian Elvis, Ella Fitzgerald, Frank Sinatra, Nina Simone. Cukuplah dengan pemergian The Beatles (sentapp!), Freddie Mercury dan Luther Vandross.

Sudahlah saya diberanakkan lambat bertahun dari kemuncak kareer awak, janganlah menyeksa saya dengan kematian pula. Awak hiduplah sampai usia 100, boleh? Lagi 20 tahun sahaja. Pada masa itu saya pun mungkin dah mati jadi kalau awak nak mati pun tak apa.

Buat masa sekarang, hang on dulu ya?
I lap yu!

No comments: