Pages

Beg Dokterku

Monday, January 21, 2008

Beg doktor kulit coklat fevret saya akhirnya tumpas jua.

Masa saya beli beg tersebut, kawan-kawan saya cukup skeptik dengan jangka hayat beg tersebut. Mareka maklum dengan keganasan tahap barbarik saya. Sekali beli beg, beg itulah yang saya bawa ke pejabat, ia jugalah yang saya angkut pergi berjalan, melawat saudara, berjumpa rakan, pergi open house, balik kampung dan sebagainya. Pendek kata saya memang tak bertukar beg lah. Kalau yang itu, yang itttuuuuuuuu aja.

Sebelum ini beg saya bertahan cuma 4-5 bulan sebelum koyak rabak sebab : a) barang terlalu banyak dan berat; b) friksyen akibat asyik berlaga dengan seluar (bila digalas di bahu) c) lining murah dan tak tahan lama; d) kesemua a, b dan c.

Bila beg doktor (gelaran budak di pejabat) membuat kemunculan pertamanya, beriya mereka bertaruh tempoh hidup beg saya.

Unee: "Ah, tak lama la ni. Macam la aku tak kenal ko. I can bet you, paling-paling pun 2-3 bulan."
Ikzal: "Tahan ke Elle?
Cik D: Dah lupa ke beg leather putih yang terkoyak tu, siap ade warna pink and biru dari jeans & baju ko melekat kat situ? Tak insaf?"


Jadi saya dengan pantas memangkah tekaan mereka. Saya katakan Ah, lihatlah nanti. Beg ini paling awal pun setahun kojolnya. Saya konfiden tahap Mis World katanya. Sebab saya beli beg mahal. Saya dah pastikan liningnya mantap (dari kain berkualiti tinggi) dan kulit coklat gelapnya itu tahan gesel mahupun campak.


Memang betullah. Memang tepat-tepat setahun (lebih sikit) dia buat hal. Tak koyak. Lining masih kekal. Tangkai belum tercabut. Tapi zipnya buat hal.

Benci betul lah. Saya dah tanya pada beberapa tempat tapi semuanya tak mahu menjahit zip beg saya. Sayang, beg itu masih elok keadaannya. Tapi...

Nak kena cari beg baru. Tapi saya sukar jatuh cinta. Macamana?

Saya mau yang seakan beg doktor saya juga! (Atau stylo sikit pun tak apa haha)






5 comments:

roxychick said...

kalu dpt beli yg sejibik2 mcm yg nombor 1st tu, mesti canteekkk!

i like.

azyze gomez said...

best kan kan kan...

yang dekat kate hudson tu pon best. walaupun schoolmarmish sket. tapi selamat dan kukuh gitu.

roxychick said...

tapi biasala uols.. nak selamat dan kukuh, duit yg bakal dibelanjakan itupon haruslah 'selamat (jalan duitku) dan kukuh(kan keimanan)' jugak.

uuuhuuuuhuhuhuhu...

My name starts with M said...

aku suka no1!

azyze gomez said...

M:
Aku suka mana-mana aje.
Terima kasih Mas! Susah susah aje...


;)