Pages

Perginya bintang

Wednesday, January 30, 2008


Rosli Khamis
1957 - 2008



Ada bintang
Yang menyinar lorong gelap kian lama
Beri harap
Beri sinar
Beri riang
Beri senyum

Ada bintang
Yang mengusung bahasa jiwa
Jadi hebat
Jadi kini
Jadi gemar
Jadi unik
Jadi idola

Ada bintang
Tapi ini bukan malamnya
Dia lelah
Dia parah
Dia hilang

Tiada lagi bintang
Maka gelap semesta.




Blog ini berkabung sementara atas kehilangan ikon dunia muzik Malaysia, Rosli Khamis atau Loloq yang menyambut panggilan illahi jam 1.30 tengahari tadi. Kehilangan beliau amat dirasai oleh peminat dan pengikut industri muzik tanahair. Genius Loloq tiada gantinya.


Datuk Haji Ishak Baharom
1928 - 2008


Tambahan:
Kita berkabung juga untuk satu lagi ikon kita, wakil keagamaan yang dikenali serata Malaysia. Bekas mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom telah kembali ke rahmatullah pada 30 Januari 2008. Kita kehilangan seorang tokoh agama yang tidak pernah meletakan agama di tangga kedua dalm hidupnya. Bukan mudah mencari alim ulama yang berani berlantang suara walau meletakkan diri mereka dalam kesusahan - semuanya atas nama agama suci yang haq. Kehilangan beliau merupakan satu kerugian yang besar untuk kita, apatah lagi bagi sebahagian masyarakat yang memerlukan petunjuk agama yang jelas tanpa kompromi.



Innalillah wa inna ilahi rajiun.
Moga kedua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh-Nya.

Al-Fatihah.

Watching and being awed

Tuesday, January 29, 2008

Saya sedang menonton rancangan temubual pengacara fevret saya, Jonathan Ross bila Jerry Seinfeld mengatakan sesuatu yang membuat saya tersentak seketika:

"I am a left handed and, well, you know, as how most comedians are left handed..."

Woh!!

Sekarang saya tahu kenapa saya kelakar sangat!!!

Whoa...

*sambil tengok tangan kiri yang sedangn menulis*

Jon Voight

Aku tak mahu jadi Jon Voight
Sebab kau takkan maafkan aku

Aku dapat rasakan
Kau takkan maafkan aku

Benci itu kan kau bawa
Hingga aku dikubur

Aku tak mahu jadi Jon Voight


- 9.15 malam
- Pejabat di Tepi Lebuhraya Persekutuan.

Ahli Magis Kapet Ungu

Monday, January 28, 2008

Semalam.
Saya berada di sisi kanan pentas.
Di Anugerah Juara Lagu.


Wah, dasyat juga penontonnya. Ramai. Saya tak sangka begitu beriya-iya orang mahu menonton AJL. Tapi iyalah, saya pun terjebak sama, kan? Ke sana atas jemputan saat tehrakhir dari Cik Aida dan suami tercinta, Abang Naza. Selain kami, Ikzal pun turut serta (berjaya terjebak di saat terakhir dalam demam lite-lite).

Alhamdulillah, Aida dapat tiket VIP maka kami duduk di kandang VIP di bawah dan tepi pentas. Walaupun pada mulanya Aida sedikit kecil hati kerana tak dapat melihat pentas dengan jelas, tapi hati terubat selepas melihat pertunjukan yang hebat belaka. Sebenarnya saya dan Ikzal okey saja, mungkin soal statur (ketinggian yang tak berapa tinggi) Aida yang jadi penghalang untuk dia melihat pentas sejelas kami.

hahahaha- *rentung panah petir dari Aida*

Ah, anda tentu sahaja mahu rebiu kan? Apa jadi? Jumpa Siti tak (tak hingin)? Berlaga bahu dengan artis mana? Jalan atas Purple Carpet tak? Feel-feel paparazi?

Jomlah kita teruskan sahaja dengan ulasan malam semalam. Saya tak mahu mengulas panjang sangat sebab saya rasa ada 1001 blog lagi yang akan mengulas. Kita cerita sikit sahajalah. Dah oh ya, tiada gambar yang banyak di sini kerana saya lebih asyik menumpu perhatian kepada persembahan dari jalan situ sini mengetip kamera. Nak gambar best korang googlelah sendiri.

(Jangan risau, baca hingga akhir untuk cerita peribadi saya. Ini bukan posting rebiu semata-mata.)




Gambar ini dirampok dari blog Sasha Basir


Pengacaraan malam itu mantap. Nampaknya Cheryl dah pandai kawal cakap lajunya itu. Fafau selesa di depan kamera, Ally semakin cheeky dan Faizal sungguh cepat mengadaptasi diri dengan mood dan perjalanan rancangan. Senang cerita, gabungan mereka lebih baik dari kombinasi disaster Najip Ali dan Sarimah dulu.


Macamana pula dengan persembahannya? Persembahan pembukaan boleh tahanlah, tapi tak ada releven lah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Dayang tu. Magic ape... Mondo Magic lagi best.

Jom kita cerita hal persembahan yang relevan - lagu-lagu yang bertanding.



Jinbara - Farhana Puteri Bumi Kenyalang
WOW. Itu yang saya terdaya katakan. Kalau sebelum ini orang mengata Jinbara sebagai kumpulan rock kampung, ah, kenyataan itu tersanggah sama sekali. Showmanship bagus, kombinasi dan keserasian ahli kumpulan amat baik, dan yang paling penting adalah kawalan suara vokalis yang cukup hebat.



Nora - Samudera
Maaflah, saya rasa Nora sudah hilang sengatnya. Gimik persembahan macam menarik, tapi ada saatnya ia kelihatan terlalu cliche. Tapi saya suka konsep pakaian Nora & penari-penarinya yang berbaur Jepun. Efek kain sebagai ombak itu... sungguh RTM circa 1985. Dan taring nyaring suaranya, opps, sedikit memekik.



Fazly Zainal - Harapan
Saya suka penari cum choir yang dibawa Fazly, tapi nampak sangatlah tiada originaliti - walaupun anak didik, perlukah meniru trademark persembahan Hazami? Nasib baik ada gimik berjalan terawang-awang ke belakang. Fazly pula, suaranya sedap, tariknya tidak lari. Yang paling saya suka bajunya. Kombinasi baju ebok berwarna merah menyala dengan detailing sulaman bermanik hitam, rambut pacak langit dan mekap shading tak hengat menyebabkan saya terasa seolah Fazly membuat satu fashion statement yang sangat nyata pada semua yang menonton. Statement yang berbunyi:

"Uols, tengoklah puas puas baju vass iols ni. Kau ado? Nan Hado!" *sambi petik-petik jari ala Negro kekwat*

Cuma saya nak tanya sikit, kenapa lebih dari separuh lagu tersebut Fazly dok terbongkok-bongkok maha dasyat? Macam nak tersungkur pun ada.
Ada osteoperosis kot. Kesian...



Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Motif Puan Rozi nak guna nama pena PSNN segala, macamlah kita tak tau dia kakak ipar Siti, kan? PSNN = "Peh, Siti Norhaliza? Never!" Gitu?

Saya bukan peminat Siti tapi saya rasa ya, dia manislah di pentas. Kata adik yang menonton di rumah, Siti semput. Tapi tika di stadium, tak pula ketara semputnya. Sikit-sikit adalah. Sekali lagi Siti terpengaruh dengan benckmark penari versi sekapal Noraniza Idris. Macam satu rombongan Chingeh yang berjoget bersama. Outfit wise, nothing to shout about. Sopan dan manis, cuma nampak susuk punggung Siti besar amat dari nisbah pinggang.

(Tapi baju Siti selepas persembahan adalah.. hayo... nak audition CicakGirl ke?)



Fiq - Mahakarya Cinta
Fiq tidak mengecewakan. Saya cukup sentap bila Faizal tidak dapat mempersembahkan lagu-lagu beliau, tapi agak lega bila dapat tahu Fiq yang akan membawa Mahakarya Cinta. Waalupun suara Fiq masih mentah berbanding Faizal yang punya weight and depth yang agak ketara, saya rasa Fiq berjaya memberi keadilan pada lagu tersebut. Dan oh, dari jauh, Fiq kelihatan seperti Faizal versi keding tak ada donat hahaha



Aisyah - Kasihnya Balqis
Alah comelnya Aisyah...dengan anak yang ala-ala pelakon drama TV1 gitu... memang betullah susah nak menyanyikan lagu Balqis ni, tak berhenti-henti sambungnya. Tabik spring pada Aisyah kerana walau dah semakin berumur, suara masih sama macam zaman anak dara dulu. Saya suka penari Aisyah! Suka sangat! Ekspresif sungguh!



Misya Omar & Andy - Sembunyi
Suara okay, tapi performance macam nak nyanyi untuk HMI aje. Nuff said.



Sofaz - Janjiku
Band main best, vokalis mantap, tapi macam HMI jugak.



Sahri - Izinkan Ku Pergi
Apa saja pompuan baca sajak tu? Nak tiru mula lagu Alhamdulillah Too Phat ke? Kalau itu tujuannya, sangat tak menjadi okay. Kalau saya nak tengok gimik macam tu, dah lama dah saya tengok rancangan sajak kat TV1. Sahri bawakan lagu tersebut dengan baik, cuma ya, kalau anda dah terbiasa dengan suara lembut jambu Kaer, maka anda tentu kurang senang dengan versi separa operatik dari Sahri. Tapi saya okay saja. Yang tak okay adalah baju Sahri. Ayo ayo uols, itu baju bundle dari Elvis Presley Impersonator ke? Terus nampak bulat perut Sahri.



Mawi - Angan & Sedar
Mawi masuk saja saya terus kata "Mawi macam Dr. Evil dowh!" Rasanya Mawi sahaja yang mengikut tema secara literal dan ber'magis' tukar baju. Saya suka budak-budak berjoget pantas. Yang paling saya suka adalah keikhlasan Mawi menyanyi dan betapa dia benar-benar bergembira di atas pentas. Nafas pun tak semput, ianya hampir sempurna. Dan bukan, saya bukan peminat Mawi.



Jac & Lah Ahmad - Ceritera Cinta
Ah, apalagi yang boleh dikatakan tentang Jac? Pastinya hebat. Lah juga terkenal dengan skil melenggok lagu tapi mereka tidak berlumba untuk overshine masing-masing. Cuma satu yang saya kurang gemar - reben besar di baju Jac. Jacky Collins sangat.



Estranged - Itu Kamu
Okay, biarlah saya berterus terang sahaja. Suara Rich agak gelong di beberapa tempat. Ada saatnya sebutan tak jelas. Tapi saya rasa elemen-elemen ini telah terbatal dengan persembahan penuh bertenaga dan agak sukar dijangka (akustik, lepastu masuk full ensemble, lepastu akustik balik, lepas tu tetiba strings dasyat). Apatah lagi dengan kamera kabel besar yang naik turun dengan laju di depan muka kitorang di stadium tu... rasa macam konset Madonna pulak naik turun kamera gitu.

Seperti yang Ally Iskandar nyatakan, mereka memang underdog pertandingan ini sebab siapa sangka band indie (indie ke kalau dah mainstream?) boleh sampai ke Anugerah Juara Lagu yang lazimnya didominasi lagu-lagu ala Eddie Hamid, kan?



Ramlah Ram - Dirgahayu
Saya sepatutnya menyentuh pasal penari yang ala pertunjukan kebudayaan menyambut pelancong asing ke Visit Malaysia Year 1990, ataupun suara Kak Melah yang macam teh tarik Melati Curry House yang lemak merdu tahap menyumbat kapilari darah, tapi iols terpaksa cerita pasal benda yang lebih dasyat lagi - muka botox Kak Melah.

Motif uols tiba-tiba bibir kak Melah persis Anita Sarawak nih?!

Rohana Jalil mesti sentap kan, dia botox beriya tapi tak jadik pun comeback. Si katik Melah pulak yang naik takhta. *larikk*



Bob - Kasih Tercipta
Fantastico! Ajaib! Hebat tahap melatun! Nasib baik bukan Ajai kepit yang nyanyi! Selamat selamat selamat lagu ni dibawa oleh Bob. Vokal memukau yang buat saya sanggup tahan kencing yang dah tahap nak terkincit. Bob berjaya jadi ahli majis yang memukau penonton tanpa perlu buat aksi masuk dalam kain hitam tukar baju keluar rabbit dan merpati segala. Cukuplah suaranya....sampai sekarang bulu roma saya meremang bila memikirkan suara ajaib Bob itu...



Sesudah sahaja Bob menyanyi, sayapun berlari lari anak cover diva ke tandas. Selepas melunas apa yang patut, saya ke sinki. Perasan ada seorang pelajar prelude AF4 yang berdiri di sebelah saya. Disebabkan saya memang tak suka dia, dan juga setelah melihat keadaan rambut saya yang mengembang tahap Chaka Khan meracau, maka saya buat bodoh sajalah pada 'artis' tersebut. Saya pun sibuk membasuh tangan dan mengemas rambut bila seseorang menegur artis tersebut. Saya melihat melalui cermin dan orang itu adalah ... Farhan AF4.

Farhan uols, perempuan jazz mantap itu! Saya tergamam! Rasa macam nak kata hi dan minta tangkap gambar tapi

1. Ape kejadahnya tangkap gambar dalam bilik air?
2. Tadi buat dek aje kat kawan dia, tetiba nak bertegur sapa, haruslah nak kena mintak kawan dia tangkapkan gambar kan? Divakah aku?
3. Motif Chaka Khan segala nak tangkap gambar??!!

Maka saya pun buat bodoh aje. (Kengkonon "iols tak heran pun tengok uols")
Kami keluar dari tandas di saat yang sama, dan berjalan sama ke arah tempat duduk bersama - saya di belakang Farhan dan kawannya. Apalagi, sebab tak dapat nak bergambar dengan Farhan, maka saya pun dengan ebok mengeluarkan telefon bimbit dan membuat aksi paparazi kamera CCTV gitu (bukan Chua Soi Lek).




Itu dia Farhan yang terpandang saya yang tengah pura-pura taip mesej.




Opps, betulkan apakah itu...



Memang tak ada tuah lah saya, semua gambar Farhan yang saya sempat tangkap memperlihatkannya membuat aksi-aksi hampeh. Betulkan bra lah, kemaskan skirt lah, semuanya tak sesuai untuk tontonan anda. Dan disebabkan saya rasa macam pervert pula maka saya dahpun memadam kesemua gambar tersebut. So much for skil paparazi.


Keputusan kali ini saya rasa bolehlah... Tahniah pada Estranged sebab berjaya meneruskan tradisi pemenang underdog yang dimulakan Adibah Noor tahun lepas. Tahniah juga pada Jac & Lah dan Sahri. Kalau ikut saya, saya berikan kategori Balada pada Mahakarya Cinta. Tapi Izinkan Ku Pergi pun taklah teruk sangat jadi tak apalah.

Yang saya tak puas hati adalah etnik kreatif. Kesian Kak Melah, saya rasa dia yang patut mengungguli kategori tersebut. Tak balik modal langsung buat botox segala, kan?

*larikkkk!*





Orang biasa yang vrangan jadik artis, tangkap gambar kat kapet ungu. Janji ada, kan?



p/s: Kak Ziana, you can't do Anuar. Please stick to your genre dan biar Kak Wawa yang menyanyikan lagu beliau sendiri. Sekian.

Pusat internet haram sedunia

Saturday, January 26, 2008

Aduih kelepappp! kena tag dengan Che Pah Diva untuk membuat kerja ini. Jikalaulah saya boleh dapat duit dari buat meme dan tag, dah lama saya jadik jutawan, huhu.

Buat pertama kalinya, I'm posting a visual that is quite personal. Selalunya kan gambar rip-off internet sajor. Kali ini, sebab Che Pah Diva, saya tayangkanlah jugak. Pah, belanja karoke seraund dua, Pah.

Tajuk thesis (Matilah thesis katanya!):
MY INTERNET SANCTUARY



Ya mari adik mari abang, mari tengok keajaiban komunikasi dan teknologi yang menjadi sebahagian dari pembentuk Cik Azyze. Mari rapat rapat jangan takut! Ini obat mujarab!

(merepek lah aku ni)


Inilah internet sanctuary saya. Yakni meja kubikel di pejabat saya. Semua (sebenarnya satu) pembaca setia kipas susah mati saya tentu tahu yang saya tak ada internet di rumah. Jadi pejabat (dan kadang-kadang CC) lah tempat saya muat-turun-naik dan layar internet.

Mahap la gambar tu ade belang-belang, kamera telefon bimbit saya gila sikit. Jom kita tengok apa yang ada atas meja saya tu (dari kiri ke kanan):

- Tema yang nyata adalah biru & hijau. Inipun tanpa sengaja. Dah letak semuanya baru perasan.
- Kotak bermotif bulat-bulat tu isinya CD-CD yang paling kerap didengar. Kebanyakannya CD yang diimpot dari luar negara. Sebab itu special treatment sket (duit dah keluar banyak kan?). Di bawah meja ada satu kotak besar CD-CD koleksi caca marba yang didengar mengikut mood. Eh, saya bukan nak berlagak tau. Takde niat. Ini sekadar penjelasan sahaja. (kang ada kata kekwat nak bagitau impot segala, kan?)
- Headphone cap ayam di atas kotak untuk dengar lagu bila semua orang lain pasang lagu di komputer masing-masing.
- Kad raya, bingkai gambar ala filem dan benda2 kecil yang dicucuk di dinding kubikel adalah cebisan memori indah dari zaman silam.
- Burung gagak porselin biru pemberian Sandra sebelum VSS. Sebelahnya kaktus cacat dari Burn, penglipurlara bahagian jualan syarikat saya.
- Mug Pink Panther dengan penutup uber cool yang boleh letak sudu. Selalunya berisi nescafe pekat, teh o kurang manis atau jus-jus gtal mengikut selera tekak pada masa tersebut.
- Botol air kosong satu liter, spray pokok. Dua-dua warna biru.
- Pokok keladi comel dalam pasu biru. Pemberian Kak Feeza sebelum dia VSS.
- Pemegang nota kepala lembu dari Hanie dan kertas-kertas nota yang sebenarnya dah bertulis ntah apa-apa.
- Ubat Semput biru putih. Nampak tak? Nampak? Nampak? Tu besfren tu! Tidur pun sebantal tau!
- Ipod Nano putih berbungkus ijau (yang macam mayat bungkus bawah skrin komputer tu).
- Imac indah bagai mimpi di awangan ku cinta dikau tapi cis ini harta pejabat. Keji. Oh, wallpaper yang sangat kool (puji sendiri nampak?), tapi saya ada 2-3 yang saya rotate mengikut mood. Buat masa sekarang saya terasa ala retro:



Pacman kantoi, haha!



- Telefon pejabat warna biru.
- Pinggan hiasan KFC dengan bunga warna biru.
- Kalendar kucing manual yang dibeli di Pangkor.
- Mangkuk berisi lilin aromaterapi dan batu-batu coklat
- Patung monyet McD dan teddy bear kuning pemberian Chisato semasa saya di Jepun dulu.
- Lapik gelas turned tiles The Simpsons. Gile best!
- Pert schedule (yang warna warni tu) untuk jadual kerja sepanjang tahun.

Di peletak keyboard:
- keyboard (d'oh)
- patung katak bermagnet.
- Pen 2-3 batang & kelip kertas.


Tapi kalau nak ikut kepuasan maksima dalam melayar internet dan soal privasi (sebab kat ofis apa sangatlah privasinya), maka sanctuary sebenar saya adalah telefon bimbit saya.




Ya, itulah dia...
Puas? Puas?

Jadi saya harus menge'tag' orang seterusnya, dan mangsa saya adalah:
Cik PMS
Cik Radz
Cik nama mula dari M

dan sesiapa lain yang rasa nak buat. Kalau berani lu buat ah. Berani?!
Muahahahahahaha <-- bukan Mua Muharra okeh. Jangan nak berangan!

.

Bagasi sentappppp!!!

Friday, January 25, 2008

Tengahari tadi saya meneman rakan sepejabat untuk mencari beg tangan buat seorang senior di pejabat yang bakal bersara 31 Januari ini. Arahan yang diterima adalah untuk membeli beg dari butik Loewe di Starhill Gallery, maka kesitulah kami.

Saya seram-seram sejuk nak masuk ke dalam kedai itu sebenarnya. Maklumlah, selama hidup saya tak pernah beli beg berjenama elitis. Wait. For that matter - saya tak pernah beli apa-apa pun yang berjenama elitis. Tambahan pula, saya memang tengah sibuk mencari (sebenarya merengek) beg yang sesuai untuk menggantikan beg doktor saya tu kan. Tentu nanti saya rambang mata tapi kecut hati tengok beg di dalam kedai tersebut. Kan?

Memang pun.

Oh sentap sentap sentap jantung rasa macam dipicit-picit dan di hentak-hentak bila melihat bagasi yang ujud di situ. Perlukah semuanya cantik-cantik dan comel-comel belaka?Perlukan semuanya berharga RM3,000 - RM8,000? Perlukahhhh??????

Selepas memilih beg untuk senior tersebut, saya pun ambil kesempatan mengetip gambar beg-beg pojaan hatiku sementara Kak Z membuat pembayaran. Selamat menonton dan mengelap air liur.



Ah! Beg doktor yang glamor! Coklatnya memenuhi citarasa!



Opp, opp. Yang ini pun indah! Walaupun ianya pink gatal, tapi apa salahnya bergatal-gatalan sekali sekala!



Oh, yang ini pun ajaib! Dark purple yang tak terlalu bosan mahupun overly funky. I like!


Yang ni ada feel ala-ala Audrey Hepburn sikit.

Tiga gambar pertama itu dari koleksi Amazona mereka. Indah kan?

Sigh...

:(

Pembikinan yang tak sampai bikin

Thursday, January 24, 2008

Sebenarnya, kalau korang nak tahu, pada asalnya saya betul betul terpanggil untuk meletak gambar di bawah sebagai sebahagian rekaletak blog ini.

Tapi nanti kalau saya kena saman siapa yang nak tanggung? Korang? Peminat? Abang Geli Mat? Tak, kan....

Jadi saya bubuh sebagai entry sahaja lah.

Tajuknya:

"feel-feel cinta monyet di atas bukit tengah hari panas tapi tetap pakai denim pasal barulah ada style, kan Uji?"


(gambar hakcipta terpelihara tukang amik gambarnya, tau.)

Muka separa baru

Tuesday, January 22, 2008

Blog ini muncul dengan muka separa baru.
Ya, kalau terus tukar secara drastik, nanti anda samakan blog ini dengan Michael Jackson zaman hitam dan zaman putihnya pula. Atau macam perubahan kembang hidung tipis bibir Akak Kwek Mambo tu.

Jadi saya tukar berpada lah.

Macam.... macam botox kak rohana jalil. Nampak tapi lite-lite la...


Untuk melancarkan kulit blog baru ini, saya persembahkan gimik gambit perlancarannya. Selamat menonton!

Gile high on LSD wa cakap lu!
Goo goo g'joob!



.

Beg Dokterku

Monday, January 21, 2008

Beg doktor kulit coklat fevret saya akhirnya tumpas jua.

Masa saya beli beg tersebut, kawan-kawan saya cukup skeptik dengan jangka hayat beg tersebut. Mareka maklum dengan keganasan tahap barbarik saya. Sekali beli beg, beg itulah yang saya bawa ke pejabat, ia jugalah yang saya angkut pergi berjalan, melawat saudara, berjumpa rakan, pergi open house, balik kampung dan sebagainya. Pendek kata saya memang tak bertukar beg lah. Kalau yang itu, yang itttuuuuuuuu aja.

Sebelum ini beg saya bertahan cuma 4-5 bulan sebelum koyak rabak sebab : a) barang terlalu banyak dan berat; b) friksyen akibat asyik berlaga dengan seluar (bila digalas di bahu) c) lining murah dan tak tahan lama; d) kesemua a, b dan c.

Bila beg doktor (gelaran budak di pejabat) membuat kemunculan pertamanya, beriya mereka bertaruh tempoh hidup beg saya.

Unee: "Ah, tak lama la ni. Macam la aku tak kenal ko. I can bet you, paling-paling pun 2-3 bulan."
Ikzal: "Tahan ke Elle?
Cik D: Dah lupa ke beg leather putih yang terkoyak tu, siap ade warna pink and biru dari jeans & baju ko melekat kat situ? Tak insaf?"


Jadi saya dengan pantas memangkah tekaan mereka. Saya katakan Ah, lihatlah nanti. Beg ini paling awal pun setahun kojolnya. Saya konfiden tahap Mis World katanya. Sebab saya beli beg mahal. Saya dah pastikan liningnya mantap (dari kain berkualiti tinggi) dan kulit coklat gelapnya itu tahan gesel mahupun campak.


Memang betullah. Memang tepat-tepat setahun (lebih sikit) dia buat hal. Tak koyak. Lining masih kekal. Tangkai belum tercabut. Tapi zipnya buat hal.

Benci betul lah. Saya dah tanya pada beberapa tempat tapi semuanya tak mahu menjahit zip beg saya. Sayang, beg itu masih elok keadaannya. Tapi...

Nak kena cari beg baru. Tapi saya sukar jatuh cinta. Macamana?

Saya mau yang seakan beg doktor saya juga! (Atau stylo sikit pun tak apa haha)






Zeetttttt!

Sunday, January 20, 2008

Watak: Saya & Cik D
Lokasi: kotak emel masing-masing

Dinch : Babe, PJ hujan tak?
Elle : Mau tak hujan. Berdentam dentum dah nih.
Dinch : Hadoi... aku nak pi toilet, sakit perut. Tapi takut lah...
Elle : Dah besar pun takut guruh kilat lagi? Hayo dinch percaya...
Dinch : Bukan takut kilat atau bunyi yang sabung menyabung itu....
Dinch : Aku takut......
Dinch : takut kalau....
Elle : ko ni penat aku bukak emel. takut apa?
Dinch : takut masa tengah cebok tu kang tersambar pulak petir tu kat air, mau tak zeeeetttt terbakar bontot aku??!



*Pitam*

Senior

Monday, January 14, 2008




Dia seorang senior ketika saya di universiti dahulu.
Sekali lihat, orangnya pendiam. Tapi dalam diam itu saya dapat rasa dia punya sense of humour yang maha dasyat. Begitulah, orang yang versi pemikir dan berjiwa sastera ini selalunya begitu.


Saya tak pernah pun berkenalan dengan dia. Selalu pandang dari jauh sahaja.
Ah, terlalu ebok diri saya ini untuk berkawan-kawan dengan dia. Saya budak junior yang riuh rendah dengan seluar oren dan rambut pesen suka hati - terlalu rawak untuk mendapat perhatian orang seperti dia. Apatah lagi saya tak berkepentingan.

Dia lelaki pendiam. Pemikir dan berjiwa sastera.
Dan berilmu.
Penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris yang sungguh mantap buat saya sentiasa kagum dengan kehebatan penceritaannya. Dia penulis yang bijak menghantar kata yang merentas batas rasa dan tingkat kehidupan sosial seseorang itu. Walau saya yakin hidup saya yang tawar ini jauh beza dari perjalanan seni high flyer beliau, saya faham setiap madah yang ditulis. Sampai tepat.

Saya teringin untuk duduk semeja dengan dia. Cukup kot sekadar dengar dia bercerita. Sekadar berada dalam auranya pun cukup. Mungkin ia dapat jadikan saya penulis yang lebih baik dari sekarang. (Tapi dia tak akan tahu saya penulis, kerana jika dia tahu saya adalah seorang penulis, maka sumpah dia takkan hingin berada dalam ruang terdekat dengan penulis hancus yang mencemar kredibiliti penulis seMalaya)


Hingga sekarang saya masih ikut perkembangannya. Melalui blog dia saja. Malulah nak berkomunikasi (walau tinggal komen). Siapalah saya. Saya tengok dari jauh sahajalah.

(menyimpan rasa menyebabkan anda rasa seperti stalker brengsek. Tapi saya tak menyetalk orang... betul. Saya crush gitu. *Blushing sambil kedip mata laju-laju* )


---------------------------------------------------------------

XX: Kenapalah kau selalu suka kat orang yang gila kontra dengan kau? Macamana la dia nak ada dalam satu sphere dengan kau? Jiwa-jiwa M.Nasirlah, abang-abang muzik jauh lah, encik-encik sasteralah.

saya: Ntah. Sumpahan kot.

XX: (tak berkata tapi baling ais bertubi-tubi.)

Bantuan

Friday, January 11, 2008

Bantuan anda boleh menyelamatkan si kecil ini.
Dan juga ratusan anak-anak kecil lain dari menjadi mangsa si sadis kejam yang tak segan bermaharajalela, bertuhankan nafsu.

Kalau anda nampak apa-apa yang mencurigakan, atau mengesyaki sesuatu, laporkan saja.
Biar anda kurang pasti, biar anda tak berapa yakin. Manalah tahu kesangsian anda itu jadi kunci memecah kes yang banyak membawa tangis dan luluh hati ini.

Bantulah sedaya anda.

Kita doakan keselamatan adik Sharlinie. Insyallah, si kecil ini akan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Insyaallah.

Buat meme lah.

Thursday, January 10, 2008

1.Do you wear a name tag at work?
Er...nowpe.

2.What kind of car do you drive?
I don't drive.

3.What do you order when you go to Taco Bell?
We don't have Taco Bell here. How about something else? Mekdonel lah...

4.Have you ever had a garage sale?
No. I keep putting the idea off. Bapak doesn't understand the concept of "selling your junk", coz to him nothing is junk.

5.What color is your iPod?
Mine's a white first gen nano.

6.What kind of dog do you have?
No dog. Cats: Kem & Panzi. There's a grown male cat that's been persistantly hanging around our porch. Fina thinks it might be our long lost Chimp, but I'm not convinced.

7.What's for dinner tonight?
I hope nothing. I eat too much. Really. I feel like godzilla.

8.What is the last alcoholic beverage you had?
Oh, none. I don't drink.

9.Stupidest thing you ever did with your cell phone?
The infamous Bukit Cerakah toilet incident. Suffice to say I never ever put my phone in my pocket whenever I use jamban cangkung anymore.

10.Last time you were sick?
A month ago or so. But I'm having back pains now.

11.How long is your hair?
Shoulder length.

12.Are you happy right now?
Okayylaa.... (gaya Ikzal)

13.What did you say last?
"Ha, itulah."

14.Who came over last?
Mak's ex-bos, Puan Siti.

15.Do you drink beer?
No.

16.Have your brothers or sisters ever told you that you were adopted?
We kid about it all the time, hehe. I was found next to a tong minyak agaih (Azyze dalam loghat Penang sounds like Agaih. Minyak Agaih = Minyak Tanah.), Eze from under a banana tree, Fina in the market. Ekram got away with no teases as he was such anak manja he could only be our parent's child :p

17.What is your favorite key chain on your keys?
I'd have to say my Mr Cookie Monster.

18.What did you get for graduation?
My Degree. Haha. From other people you mean? Oh, flowers. Yup, that sums it up (pathetic nya)

19.What's in your pocket?
Loose change. 70 cents of em.

20.Who introduced you to Dane Cook?
I have no idea who Dane Cook is. The comedian, is it?

21.Has someone ever made you a Build-A-Bear?
Noooooooo!!!

22.What DVD is in your DVD player?
Alamak, as of right now I don't know. The last DVD I watched was...er... The Number 23.

23.What's something fun you did today?
Made stupid jokes in the meeting we had with the Mother's Day comittee. I like making people laugh. I'm funny, you know? *rolls eyes*

24.Who is/was the principal of your high school?
SKTM1 - En. Daud. SKTM 2 - Pn. Sunarni. SMTM - Pn Tengku Azuan & Pn Rohani. I remembered! (Probably because I had no social life whatsoever in school. Sampaikan nama guru besar pun ingat dowh.)


25.Has your house ever been TP'd?
TP? TP tu mende? TP yang I tau adalah "I need TP for my bunghole.." from Beavis & Butthead. Toilet Papered ek? If itu, tak pernah lagi la. Malaysian kan baik2 bende camni...

26.What do you think of when you hear the word "meow"?
Catwoman!

27.What are you listening to right now?
I am the walrus by The Beatles.

28.Drinking?
Nescafe.

29.What is your favorite aisle at Wal-Mart?
Kat Giant boleh tak? The vegetable isle and the ones with jello and stuff. wheee!

30.When is your mom's birthday?
20th December.

31.When is your birthday?
Oh please don't remind me... 26 this year! Tua bangaka tapi ta achieve satu benda pun lagi dalam hidup! Such a L.O.S.E.R!!!

32.What's the area code for your cell phone?
+60

33.Where did you buy the shirt you're wearing now?
Alpha Angle.

34.Is there anything hanging from your rear view mirror?
I don't drive so nowpe.

35.How many states in the US have you been to?
None.

36.What kind of milk do you drink?
I don't really drink milk. Kalau terpaksa pun, well, HL.

37.What are you going to do after this?
Decide on going to MIDV or not.


38.Who was the last person you went shopping with?
My sister Fina.

39.What is your favorite fruit?
I like almost all! Mangoes and bananas la kot yang paling best.

40.What about your favorite dessert?
Fruit coctail. Or mak's custard pudding.

41.What is something you need to go shopping for?
Shoes & skin socks.

42.Do you have the same name as one of your relatives?
Almost everyone female is a Siti in our family, but I think I'm the only El****. Hehe.

43.What kind of car does one of your siblings drive?
Nobody drives yet. BUt I think Am will take over the black Lancer.

44.Do you like pickles?
The sour type, yes.

45.How about olives?
I'm okay with them, not that I eat em that often anyway.

46.What is your favorite kind of gum?
Haven't chewed any in a long long time. Mint ones, I guess. And the watermelon ones from Bubble Yum.

47.What is your favorite kind of juice?
Apple.

48.Do you have any tan lines?
I'm tan all over :)

49.What hospital were you born in?
HKL.

Masihkah ada harapan?

Wednesday, January 09, 2008

Menangis!
Iols menangis tengok ni!

One of the sweetest proposals I've ever seen! Menangis di opis ni uols, konfiden iols nangis. (Nanti kalau orang nampak dan tanya, iols cakap iols menguap ke hape ke. Kan?)
Jom menangis dengan iols!

Teatro

Tuesday, January 08, 2008

Tak tahulah jika anda tahu atau tidak tentang ini, tetapi bila saya terbaca kisah mereka di salah satu akhbar terkemuka UK, saya ternganga sekejap.

Stephen Rahman-Hughes sudahpun mengeluarkan album pertama bersama kumpulan nyanyian beliau, Teatro.
Hebatnya!

Walaupun saya tak berkesempatan menonton PGL the Musical, saya turut berbangga dengan kejayaannya (walaupun Malaysiannya Stephen ini gitu-gitu aje). Lagipun suaranya berkualiti, memang West End sangatlah :)

Teatro mengambil pendekatan pop-teater. Maksudnya mereka tidaklah seklasikal Il Divo, tapi tidaklah sepop Charlotte Church. Yang lebih mengasyikkan lagi, mereka bukan kumpulan opera. Mereka kumpulan penyanyi yang berlatarbelakangkan dunia pementasan teater (thus the name teatro) jadi mereka menyanyikan lagu-lagu muzikal terbaik dari Broadway dan West End.

Berita baik untuk penggemar teater muzikal macam saya!

Nampaknya kena turun ke Tower Records untuk mencari album mereka secepat mungkin. Harap-harap adalah, sebab album mereka katanya baru dipasarkan di UK sahaja.

Sementara itu, saya sajikan single pertama mereka, Music of The Night dari teater muzikal Phantom of The Opera.

Kisah untuk yang bakal datang

Monday, January 07, 2008

Saya menulis blog untuk apa sebenarnya?

Untuk anak-anak saya baca. Saya harap dia dapat mengenali siapa saya di usia muda sebelum menjadi mak nenek yang hanya tahu berleter dan kolot dan tak faham apa-apa tentang darah muda.

Saya mahu mereka tahu yang suatu masa dahulu, saya juga melalui rasa euforia, gembira kecewa dan berontakan yang mereka rasakan. Saya mahu mereka fahami perjalanan hidup saya dan tahu bahawa sebenarnya kita sama sahaja. Saya juga punya jiwa, rasa, ingin dan mahu. Saya harap bila saya berubah menjadi watak ibu kuku besi (na'uzubillah), mereka boleh ingatkan saya tentang diri saya yang sebenar.

Yang paling penting,
andai saya ditakdirkan untuk meninggal dunia sebelum dapat berkongsi hidup dengan mereka, sekurangnya mereka ada pengganti saya. My essence lives for them to feed on.

Saya berharap blog ini menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan.
Itu sebenarnya.

Panjangnya cerita bengong ini

Saturday, January 05, 2008

Amaran: Posting kali ini amat panjang dan isinya entah apa-apa. Jika anda adalah seorang intelek berpendidikan lebih dari PHd dan tidak tahan membaca kisah pojokan di blog-blog asing, sila abaikan posting ini dan teruskan dengan sesi makan rojak sambil korek hidung tapi cover line anda. Sekian.


Kisah 1: Ahmad Nisfu ke, Abdul Wahib?

Pejabat saya akan mengadakan makan malam tahunannya tengah bulan ini. Temanya: Malam P.Ramlee & Saloma. Tapi dresscodenya adalah sebarang watak dalam mana-mana cerita P.Ramlee. Nak jadi apa ni? Bunyi macam senang tapi susah ya sebenarnya. Lelaki senanglah. Kot putih dengan tarbus. Atau baju askar. Atau baju kotak-kotak. Pergi bertiga. Pakai bongkok kat belakang. Apron dan topi tukang masak. Banyaknya pilihan!

Tapi kalau perempuan, haruslah payah, apatah lagi untuk orang yang bersaiz extra ebok seperti saya ni. Nak cari baju ketat kerengga perempuan-perempuan zaman itu di mana (macamlah muat kan?)? Kemudian nak buat rambut lagi. Sudahlah nafas nyawa-nyawa ikan dek korset marabahaya itu, kepala pulak berat sebeban. Motif iols sanggup nak kepala teleng semata dinner yang nan hado ittew kan?

Ingatkan nak jadi watak kegemaran saya, Abdul Wahib. Mudah saja, pakai Pants Suit, cari/ buat tarbus kos rendah. Lukis sajor misai kontot dengan eyeliner. Selesai masalah. Tapi rakan sepejabat pula dah kata "Takan ko tak nak cantik-cantik for the one company event we have?" Betul juga. Seluar dan coat dah selalu sangat dipakai (selalu maksudnya bila ada meeting dasyat sahaja. Biasanya iols jeans sajor uols!), dan lawaklah kalau Abdul Wahib bermisai hitam pekat tapi berblusher, eye makeup dan lipgloss sebeban kan? Sungguhlah konsep pondan spring chicken kan?

Tiba-tiba mood nak jadi Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapok pulak. Best ni. Seluar coklat safari, kemeja coklat, mekap mata lebam dengan bedak seguni dan-- oppp. Baru teringat, Ahmad Nisfu pakai Nehru Suit dalam cerita tu! alamak, macamana ni? Mana pulak nak cekau Nehru suit?

Kalau pergi tak bertema, lebih baik saya tak pergi langsung. Betul. Saya paling tak suka kalau saya tak mengikut tema. Sikit-sikit pun jadilah. Adoi menyampahnya! Tahun lepas, walaupun saya menyanyi di majis makan malam tersebut, saya tetap mengikut tema. Bayangkanlah, beriya-iya menyanyi lagu No Doubt, tapi pakai seluar oren dengan T-Shirt putih berlumur darah (sebenarnya sirap. ya saya tahu saya genius) segala. Jadi habislah reputasi saya sebagai budak kreatif yang brengsek. Cantik tak cantik tu pada saya belakang kira lah. Yang penting kementelan tu dapat ditonjolkan dengan baik.

Saya masih tak boleh buat keputusan lagi. Tinggal 1 minggu setengah sahaja. Bencilah.


Kisah 2: Lagu dan aku

Ini adalah meme lagu jiwa lagu cinta.

Ok, the rules:

1. Go to Pop Culture Madness site.
2. Pick the year you turn 18 years old.
3. Get yourself nostalgic over the songs that year.
4. Write something about how those songs affected you.
5. Pass it on to five more friends.



Okeh, meh saya cuba. Tahun 2000. Saya diterima masuk ke UiTM. Semester pertama Diploma.

The Real Slim Shady - Eminem
Kagum atau tidak, inilah lagu rap pertama yang saya hafal dari awal hingga akhir. Adik-adik kagum dengan kepantasan lidah saya berputar belit mengikut Eminem. Dan untuk pertama kali juga lah, saya mengetahui yang saya boleh menerima muzik rap yang kasar. Sebelum ini paling dasyat pun saya dengan adalah BoneThugs& Harmony. Walaupun Eminem Mat Itam celup (you ain't rappin if you ain't black), tapi dia berjaya membuat crossover yang hebat dan memecahkan persepsi orang ramai, termasuk saya, yang menganggap muzik rap hanya hebat jika ianya dinyanyikan oleh orang kulit hitam. Oh, dan lagu ini membuatkan saya rasa bersikap agak "whatever, loser.." sepanjang mula pengkuliahan di UiTM dulu.


Thong Song - SisqO
Yes, you CAN love a song that is totally sexist dan tah hapa hapa. Pada masa itu, masyaallah, kalau anda bagi saya sehelai thong, saya akan maki anda dan mungkin serkup kepala anda dengannya dan paksa anda berjalan sekeliling kolej saya sambil menyanyikan lagu Sisqo ini. Wow... I've come a long way since zaman tu. Sekarang dah rasa dah thong. Ya, memang pelik bila memakai thong. Punggung rasa macam bergoyang-goyang maha dasyat. Opps, grafik pula ayat saya. Ah, walau bagaimanapun, lagu thong song ni adalah antara lagu yang saya gemari kerana melodi dan lenggok nyanyiannya dan tak teliti sangat pada kualiti liriknya. Lagipun sapa boleh menolak pukauan "dat tong to tong tong tong"


With Arms Wide Open - Creed
Selepas mendengar lirik lagu ini, saya hampir menangis. Uaa, saya juga nak anak!!! Naluri keibuan melonjak dasyat setiap kali mendengar lagu ni. Dan saya nantikan saat lagu ini bisa jadi realiti untuk saya nyanyikan pada anak saya. Insyaallah.


Graduation - Vitamin C
Lagu tema zaman akhir pengajian. Walapun lagu ini sepatutnya saya aplikasikan ketika meninggalkan sekolah menengah, ianya tak jadi kenyataan sebab saya tak punya kawan rapat di sekolah. Cuma selepas selesai Diploma dan Degree lah saya betul-betul merasakan impak lagu ini. Sekarang pun, bila sekali-sekala berjumpa dengan kawan-kawan, saya mesti rasa imbauan hadir dan mulalah nak menangis. Paling saya suka adalah baris ayat

"So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?"

Woh, betullah. Adakalanya saya sengaja buat lawak-lawak lama dan ihat jika kawan-kawan saya memahaminya lagi atau tidak. Sad to say, some don't. Tapi itulah kehidupan. Syukurlah kita masih boleh menyelak minda dan kenang saat-saat manis yang berlalu (tapi takkan padam).


Amazed - Lonestar
Antara lagu inggeris pertama yang saya belajar chordsnya. Masa itu mula-mula belajar main gitar, tapi berangan nak main lagu dasyat-dasyat. Saya tertarik pada bait liriknya yang fuhh jiwang chomel. Tambah pula dah terdengar versi akustik. Lagi menyucuk-nyucuk la perasaan nak main gitar tu. Sampai sekarang kalau datang sawan main gitar (saya dah llaaammmaaaaa tak main), lagu ini pasti ada dalam senarai saya.



Kisah 2: Semuanya nak mati. Iols sentaplah!!

Tony Bennett, tolonglah jangan mati lagi... walaupun awak dah tua, tapi saya masih memerlukan awak. Tolonglah. Cukuplah dengan kematian Elvis, Ella Fitzgerald, Frank Sinatra, Nina Simone. Cukuplah dengan pemergian The Beatles (sentapp!), Freddie Mercury dan Luther Vandross.

Sudahlah saya diberanakkan lambat bertahun dari kemuncak kareer awak, janganlah menyeksa saya dengan kematian pula. Awak hiduplah sampai usia 100, boleh? Lagi 20 tahun sahaja. Pada masa itu saya pun mungkin dah mati jadi kalau awak nak mati pun tak apa.

Buat masa sekarang, hang on dulu ya?
I lap yu!

tak tercapai akalku

Friday, January 04, 2008

Uols,
Iols suke, iols suke, Iols suke, iols suke!

Siapalah yang sudi nak bagi kad ini kat iols...
Iols tak pernah dapat Birthday Card for Copywriters gini

Kalau iols dapat, iols love you till death do us apart gittew!

Ahaks! Iols suke iols suke!




.

Terbang pulang

Tuesday, January 01, 2008



Resmi hidup, kita melihat kebelakang dan berkata "Oh, masa lalu memang lebih baik dari sekarang."

Hakikatnya, konteks hidup itu tak pernah berubah, cuma kita yang meluntur innocence diri tatkala dewasa menyapa.

Jadi andai saat badai merempuh jiwa, kenangilah keajaiban dunia saat keremajaan mekar dan jadikannya perangsang sepanjang menempuhi hari mendatang.

Moga anda jumpa keajaiban lampau itu di hari ini.


Selamat tahun baru.