Pages

Pepandai la korang

Thursday, December 27, 2007

"Weh Ely, masuk TV tak bagitau aku pun ye," kata kawan saya Tini.

"Ah, bila pulak aku keluar TV? Tengok TV ade la," saya mengerut dahi, bahu memegang gagang telefon.

"Makciak aku kata dia nampak ko kat TV baru-baru ni, ko siap barcakap-cakap lagi. Macam interview la. Program ape ntah, tapi ada Dato' Sharizat Jalil. Makcik aku ingat ko, siot."

"Betullah Tini. Aku memang takde kena mengena langsung dengan sebarang shooting lah. Entah-entah tu footage lama kot."

"Hish, betul la Elle. Ko ni malu pulak dengan aku. Heh, glemer la ko skang!"



Apa tak takut kah anda kalau orang bagitau anda muncul sana sini dalam TV tapi anda sendiri tak pernah sekali haram pun pergi buat apa-apa rancangan. Dah lama dah saya tak berkecimpung dalam bidang temubual-temubual ni. Temujanji pun cuma sekali dua.

Kalau sekadar seorang berkata, tak apa. Ini sudah dua tiga orang yang menegur. Emak Nurul pun kata dia nampak saya di TV, dan kemudian beberapa kawan lain. Mungkin mereka tontonkan semula episod 3R yang dahulu itu, tak? Nak kata segmen di Nona tengah tahun haritu, macam tak lojik pula Nona buat reruns.


Jadi kemungkinan:

1. saya ada Doppelganger!!!
Kembar jahat yang cuba menguasai alam kehidupan saya! Macam Venom dalam Spiderman! Macam Klon Homer dalam episod bellybutton The Simpsons!

2. mata anda menipu anda
Yang anda nampak itu adalah orang lain sebenarnya. Bukankah kita ada 7 orang yang sama rupa di dunia ini? Mungkin orang itu agaknya. Cuba tengok nama yang tertera di kaca TV anda. Mungkin ianya Nogambe Sibyl dari Zimbabwe atau Aronye Baiesta dari Parsi?

Saya rasa nombor dua lebih tepat kot.
Sebab betul kawan-kawan, saya tak pernah keluar di mana-mana media elektronik mahupun media cetak. Saya ini rendah diri orangnya. Saya tak berkarisma untuk tontonan umum. Saya adalah wanita biasa (berkerjaya) yang hanya mampu mencoret kata di blog tapi tak sanggup melihat muka sendiri di ruang lain. Di ruang sendiri pun saya tak sanggup. Kalau boleh saya tak mahu sesiapa tahu bagaimana rupa saya sebab saya tak suka akan kemasyuran dan glamor duniawi yang bakal mengekori saya bila saya sudah dikenali kelak. Saya tak sanggup nak menolak gosip liar dan menepis paparazi. Sungguh.

Tapi saya sudah tak terdaya membantah kata orang yang kononnya nampak saya di TV. Jadi biarlah saya korbankan kerahsiaan identiti saya. Di bawah adalah gambar saya. Ianya agak lama, tapi saya masih kelihatan begitu, lebih kuranglah.

Sekarang jangan gosip-gosip lagi ya.



Big Rat

Tuesday, December 25, 2007

I am at a CC.
Yes. A friggin Cyber Cafe.


Woh, kali terakhir saya ke CC adalah, erm.. bila ya... lebih kurang 3 tahun lepas. Untuk cetak resume kerja. Lama sungguh.

Walaupun cerita pergi ke Kafe Siber mungkin bunyinya agak bosan, tapi jangan pergi dahulu. Cerita seorang wanita berusia 25 tahun yang pergi ke Kafe Siber yang dipenuhi remaja ghairah mencari cinta di lautan internet adalah seusatu yang anda patut baca. Betul.

Saya dan Unee melangkah masuk dengan wajah konfiden, tetapi sebenarnya berdebar. For god's sake, we are 2 independent, career women with supposedly enough money to at least have a decent living, so what the hell are we doing at a Cyber Cafe? Shouldn't women like us at least own a computer with a modest internet connection? Shouldn't we be clicking away in the comfort of our 200k something urban apartment with some lounge music piping through our state-of-the-art home theatre system?

Apparently not.


Kami adalah wanita berkerjaya yang tak punya apa. Okay, SAYA adalah wanita berkerjaya yang tak punya apa. Unee ada kereta sendiri dan apartmen 200k lebih.

Kembali pada topiknya,
kami melangkah masuk ke dalam kafe berlampu kuning separa gelap. Unee rasanya pernah sekali dua sahaja ke sini, jadi saya, sebagai anak jati Melawati, dengan konfiden berjalan je arah meja komputer di sudut dinding.

"Hi Dik, ada komputer kosong?" tanya saya pada budak lelaki yang sibuk menekan mouse selaju askar Israel menembak penunjuk perasaan di Gaza.

Dia berhenti. "Apa kak?"

Em, kakak. Tuanya aku. "Ada 2 komputer kosong tak?"

Muka blur. "Er, tanya kat kaunter kak. Kaunter kat situ," dia menunding ke pintu kaca.

Saya pula yang keliru. Di sebelah sana kan kedai fotoss-
Oh. Dah tukar. Kaunter CC dan kedai fotostat dah jadi satu. My bad.

Okay. Kami ke kaunter. Dapat komputer sebelah-menyebelah. Buka apa yang patut.
Sama-sama buka friendster. Saya terfikir:

Tidakkah lucu untuk kami melayari friendster? Kami, wanita suku abad, melayari Friendster. Yang dipenuhi remaja bawah umur? (Nasib baik bukan Myspace. Ada akaun di Myspace = desperado)

Saya kongsi rasa saya dengan Unee. Macam kelakar pula. Kami ketawa perlahan. Ya, tambah saya lagi, bayangkan jika kita sudah 35 tahun, di dalam sebuah kafe siber. Apa tidak pathetic kah itu? Walaupun sebenarnya jika lihat negara barat, atau tak payah jauh, dengan India, itu dikira kebiasaan berbanding kita di Malaysia, tapi ya, bukankah ianya pathetic, untuk wanita seperti kita, berada di kafe siber mengetap kekunci komputer?

Ya, pathetic sungguh, kata Unee. Pathetic ke tahap melucukan.
Kami ketawa lagi.

Tiba tiba "Shusshh!!"
Bunyi dari barisan kerusi di belakang kami. Rasanya dari amoi rambut digital perm yang tuanya tak kurang dari kami.

Saya dan Unee berpandangan.Did she just-??!

Wah.
Dah lama sangat saya tak ke kafe siber.
Semenjak bila pula kita tak boleh bicara atau gelak tawa dalam kafe siber?
Sebelum ini kafe siber adalah tempat paling bising yang saya ketahui, dengan dentum p2p games dan lagu Mp3 caca marba yang berkumpul menjadi satu asap bising yang pekat di atas ruang kepala. Tempat terakhir yang anda inginkan jika anda mahukan privasi.

Tak sangka tiba-tiba masyarakat Malaysia mahu mengamalkan adab berkomputer di tempat awam dengan sekelip mata. I must've underestimated our people.I've been in my concrete jungle (ofis, sebenarnya)for far too long. I've not been in public places with internet connection to ever notice that we, the supposedly ambil remeh, sendiri dosa sendiri kubur people of Kuala Lumpur has finally gone good and decided that since upholding the law of the country is a tad too much effort to instill, we'd instead try to discipline ourselves with this teeny weeny thing called public values & social ettiquettes.

Wah, saya kagum.
Benar saya kagum. Apatah lagi di Melawati, tempat pemandu bas menguasai jalan pinggir bandarnya dan port remaja berambut warna-warni melepak dengan baju sekolah sebelum lari berterabur bila disapa polis peronda. Melawati saya, oleh itu Kuala lumpur saya, sudah berubah.

Segalanya buat saya lihat diri saya kembali, dan ya, saya terpanggil untuk berubah. Saya cukup ketinggalan, menganggap etika di kafe siber sama seperti tiga tahun dahulu, oh, itu amatlah memalukan. Sebagai wanita dewasa, saya seharusnya menjadi contoh kepada 'adik-adik', bukan jadi pencetus gangguan mereka.

Ya. Saya akan berubah.
Mulai sekarang saya akan menghormati orang lain tika berada di kawasan awam (iaitu kafe siber lah). Saya tidak akan berbual-bual atau ketawa lagi. Saya akan memakai headphone yang disediakan dan akan pura pura oblivious akan keadaan sekeliling, dan cuba menjadi satu dengan jalur lebar komputer saya. Saya akan menjadi manusia paling tidak pentingkan diri dan cuba mamahami perasaan orang lain yang inginkan privasi dan-

Tiga pemuda awal 20-an (atau lewat belasan) menjerit menyanyikan lagu Linkin Park, seraya ketawa berdekah-dekah.

Opp opp. I take that back. All of em back.

Wei rambut glamor palsu, kalau tak nak bising-bising, balik rumah pasang internet kat komputer sendiri la. Then tak bising kan?


Puas hati saya.
(walaupun sebenarnya tak kata apa pun kat Amoi digital perm tu. Saya kan wanita berkerjaya. Ada etika. Hah.)

.

Cirit or Die!

Friday, December 21, 2007

Ya, ya. I know I have been harping on you guys to watch the videos, and I know it's so irritating because you can't access youtube at work and all... so I'm posting this here.

Oh, and another equally phat, dope, shitty video that makes me say "WORD!!"

Gila best.
Power to the people! The schintzy bitzy dawg! word so wordd in da hood!

Yeah.


Cirit or die




Geli Mat! (Ni siap masuk dalam mimpi lagi, serius!)

ayah dan ibulah mesti dihormati

Wednesday, December 19, 2007

Saya tak pernah tengok iklan Murai Petronas itu sebenarnya.
Budak-budak ofis semuanya tak percaya. Mustahil lah you tak pernah tengok iklan tu, kata mereka.
Memang tak pernah pun sebab saya jarang sekali menonton TV. Kalau sempat pun adik-adik mesti sibuk melayan ASTRO.

iba-tiba tadi saya teringatkan iklan murai yang heboh diperkatakan oleh rakan-rakan.
Ape yang best sangat? BIla tanya, mereka cuma kata "Bapak dia tanya pasal burung murai tu ulang-ulang tapi dia marah. Masa dia tanya bapak dia bapak dia tak marah. Sedih tau."

Sedih abende pulak?
Tak faham la.
Jadi saya buka youtube dan tonton.

Ya, saya bajet adalah mungkin tergerak hati atau rasa sayu (sebab iklan petronas selalunya begitu).
Tapi...

Bila mula saja lagu Allahyarham Sudirman - damn, aku memang leceh sikit bila ada lagu ni. Ada potensi nak mena-
Terus menangis.

Ini bukan menangis sikit sikit ye, ini menangis terpaksa cari tisu.

Hidung dan muka terus rasa sangat panas.
Macam bila kita sedih dan menangis secara terkejut, peredaran darah serata berlumba ke kepala.


soh soh *bunyi seh hinguih*

Sayangilah ibu bapa anda. <-- mesej ini untuk diri sendiri juga.

Senarai pemenang

Wednesday, December 12, 2007

Hujung tahun semakin dekat. Banyak benda lagi yang belum siap. Mungkinkah saya sempat mengejar tahun baru dengan senarai panjang, adakah potensi untuk ia pantas menyusut mengikut gerakan jarum jam?

Saya terfikir sendirian, mungkinkah ada orang lain yang mengejar masa macam saya? Adakah orang lain yang masih mempunyai senarai panjang yang perlu dihabiskan? Setidaknya pun, benda yang harus dilaksana (sikit atau banyak) sebelum 2007 melabuhkan tirainya?

Jawapannya: ADA.

Saya minta beberapa kawan dan kenalan untuk menghantarkan senarai perkara yang perlu mereka lakukan sebelum melangkah ke 2008. Kesemuanya saya terima dalam pertengahan minggu lepas. Selepas seminggu, saya rujuk semula dengan mereka untuk perkembangan matlamat mereka.

Jom kita lihat senari mereka, manalah tahu ada yang sama dengan anda.
Banyak yang boleh kita faham dari senarai seseorang tu. Senarai ni, macam, tingkap ke jiwa seseoranglah, gitu. Walaupun tak menyeluruh, tapi pasti ada satu dua rahsia yang anda tidak tahu mengenai mereka yang terbongkar - hanya dengan membaca checklist mereka. Macam saya! Hehehe.


Tini, 25, Kajang
- Beli baju mengandung / baju saiz besar (menanti anak pertama ni!)
- Bawa adik-adik suami (Afai) berpiknik dan lapangkan masa dengan mereka
- Masak nasi lemak kukus untuk atuk Afai yang dah kempunan nak nasik lemak kukus
- Bawa mak pergi jalan-jalan cari makan. Lepas kahwin dah jarang bawa mak keluar
- Karaoke dengan kengkawan sekelas.
- Pergi family trip pertama ke Langkawi jumpa pakcik janggut putih ngan baju merah +putih
- Nak pegi bercuti ngan Afai jer.. dua orang jer..x nak org lain... x nak org lain.. x nak org lain... arrrghhh...



Sharifah MD, 28, Subang Jaya
- to cut my bloody long hair... dah mcm kuntilanak dah i rasa..
- nak pi gym... ala.. berx menang voucher 2-mth home membership kat ff kan..
- to clear one of my credit card's outstanding balance and to get rid of it so dat aku takyah penin2 kepala memikir camne nak byr.. of which i'm oredi half way there.. yay!
- nak visit ranjit skejap.. sajela nak tanye kaba... haha.. (relevant ke nuks?)
- nak pegi 2nd honeymoon kot.. tak kisahla if tido satu mlm kat mana2 hotel kat lembah klang nih.. hahaha! gatal tul.. tatau la bole direalisasikan ke tak.
- nak pi spa kat mana2.. nak pamper myself..


Ardina, 23, Damansara Heights
- Beli that guess handbag yang dah lama mengidam tu
- Final preparations for haji
- Beli buku sekolah adik-adik before pegi haji with my parents

- Finish balancing my ledger books


Adam, 25, Bukit Antarabangsa
- Habiskan baca buku-buku motivasi diri yang dah lama tak bersentuh
- Clean up account bank lama, bukak account bank baru, masukkan duit dan bekukan pengeluaran. Mesti kaya.
- Propose to my girlfriend. Yang ni takut dowh, gile punya takutt!!!! Cemana kalau dia kata 'no'?


Aisyah, 25, Taman Melawati
- Servis kereta
- Tambah stok makanan dalam fridge
- Potong rambut
- Balik jumpa mak kat Kuala Kubu Baru (dan carik lokasi shooting cerita Kami, haha)


Ben Bon, 29, Shah Alam
- Shopping kat ikea! Habiskan duit gaji disember!
- Cuci akuarium & tambah ikan
- Nak kena bawa mama pergi ipoh to see her singseh
- Stop smoking (or try to lah)






Senarai tugas saya? Ianya terlalu panjang dan agak kurang munasabah nak diselesaikan (tapi saya akan cuba), dan semuanya dalam kepala sahaja.

Senarai harian ada. Nak?





;)

Berhentilah sayang

Tuesday, December 11, 2007

Rasa jelak bila orang kurus bercerita tentang kegemukan mereka.

Motif??!

Semuanya buat saya mahu doa pada tuhan untuk kurniakan sahajalah kegemukan yang mereka sebut-sebut itu pada mereka supaya

- mereka tidak lagi menipu,
- mereka betul-betul boleh berusaha di gim dengan matlamat yang lojik
- mereka boleh merengek dan mengadu tentang kegemukan mere dan tidak membuat orang lain muntah


Tapi lebih baik saya gunakan tiket doa saya untuk memperbaiki diri sendiri. Jadi saya akan berdoa pada tuhan untuk


membantu saya kurus. Hah. Ak'ah.

Losing My Temper

Thursday, December 06, 2007

Printer tak mahu print apa yang sepatutnya di print.
Balik-balik suruh semak itu ini. 80 kali semak, re-send tapi masih tak jalan-jalan juga. Saya naik berang, terus membebel dan dengus seorang diri dalam bilik printer.

Kawan M di luar bilik printer, agaknya tak larat dengar saya membebel, menegur "Dia memang macam tu. Lagi kita tak sabar, lagi la dia lambat nak keluar."

Saya melenting. "Masalahnya dah lama sangat, dari elok-elok I sabar sampai dah hilang sabar dah ni!"

Saya masuk kembali ke dalam bilik printer. "Ntah hapa-hapa. Apalah yang susah sangat nak connect ni. Bukan file besar pun. Hadoi, tensyen betul la."

Dalam bising-bising saya, saya dengan kawan M minta AD di sebelah membantu saya. "N, tolong ah tengokkan printer tu," lebih kurang macam itulah. Mungkin ada ayat susulan seperti "kang tak pasal pasal jahanam printer tu" atau "kalau tak sampai besok pun tak berhenti membebel" atau "sakit telinga dengar dia membebel lah", tapi ayatnya kurang jelas. Kalau dia kata pun, I deserved it. Tapi masa tu hati tersentap pula.

Abang N masuk membantu saya. Dia pun buatlah segalanya, siap buka toner dan ink, tapi tak jadi juga. Kawan M buat bodoh sahaja. Malas nak layan agaknya. Puas godak, belum-belum juga menjadi. Saya terpaksa minta tumpang komputer Kak R untuk cuba print. Ah, berjaya! Nasib baik.

Saya keluar ke tandas. Sambil itu kepala masih panas. Sakit hati pula dengan ayat Kawan M tadi. Sudahlah tak berhenti sebut-sebut copy saya dalam nada mengeji. Ala-ala, "Eh kelakarlah ayat ni. Memang ada ke?" dan disebut-sebut lagi semasa saya menggodak printer tadi. Haduih, sakitnya hati.

Nak keluar dari tandas, berselisih dengan Kawan M. Sempatlah buat satu dua ayat lawak bodoh (separa ikhlas) dan saya kemudian kembali ke tempat duduk.

Tak puas hati dengan masalah printer tadi, saya tutup semua application yang sedang digunakan, restart komputer saya dan cuba print sekali lagi. Ting!! Keluar pulak kali ini! Masalah yang sama pernah dihadapi kawan saya dahulu. Cheh, kalau saya tahu dari tadi saya lakukan sebegitu.

Saya pun beritahulah Kak R "Kak R, saya tutup semua and bukak balik, baru boleh print, Kak."

Pada masa yang sama Kawan M melangkah di kawasan saya. "Oh, so yang masalahnya komputer you lah, bukan printer..."

Zass. Zass. Zass.
(macam api kena simbah gasolin)


Saya terus menjawab dengan beriya-iya "Ak ah, sama la macam Sharifah kena dulu."

Kawan M tersenyum sinis. Kalau saya penulis skrip kejadian ini, dah saya masukkan monolog Kawan M yang berbunyi "Whateverrrrr...." dan Kawan M menguap barang sekali dua. Nasib baik ini kejadian sebenar, bukan cobaan. (Jadi dia setakat senyum keji sajalah.)

Haduih sakit hati saya tak terhingga.
Terus saja saya buka blog, perlu luahkan, perlu update.

Tapi sambil saya menaip ini, rasa seolah kewarasan kembali.

Abende ah aku, benda kecik macam ni pun nak terasa hati.
Biarlah dia gelakkan copy aku, bukannya aku baguss sangat pun nak sentap-sentap. Kau kalau nak dibanding dengan Sandra dan Kak Feeza, aku ni macam debu bawah kaki aje. Nak sentap pulak.

Betullah tu dia bagi statement pasal printer tu. Memang aku yang hangin tak pasal-pasal kan. Buat sakit otak dia dengar aku membebel entah apa-apa. Sudahlah bagi copy bodoh, ni nak membebel pulak. Lepas tu marah-marah. Memang patutlah dia zass sekali.


Dah la.
Memang salah saya.
Menjadi-jadi pulak PMS ni.

.

Pahlawan

Sunday, December 02, 2007




"Aku tak setuju dengan tindakan Agrionon! Dia cuma pentingkan diri sendiri!" Mariocello menjerit gila.

"Tapi Mario, kita tak punya kuasa untuk menentang, apatah lagi menggulingkan pemerintahan Agrionon. Buat masa ini dia yang berkuasa. Kita hanya boleh lihat, dengar, dan berdoa pada tuhan Jupiter agar segalanya berjalan dengan sempurna," kata Gnaeus. Tangannya menepuk lembut bahu lelaki berambut hitam ketak itu.

Mariocello pantas menepis tangan Gnaeus. "Ah, si bangsat itu seharusnya dibakar hidup-hidup. Siapa dia untuk menentukan kehendak Mars? Selama ini pun bukankah dia sibuk berpesta, bertuhankan Bacchus?!"

Gnaeus menggeleng kepala melihat berantakan kawannya. Habis toga Mariocello longgar terbuka. Kalaulah Mariocello berkelakuan begini di dewan senat, dia mungkin sudahpun ditangkap kerana berkelakuan menjijikkan dan 'menjatuhkan malu' pada para bangsawan. Kenyataan yang Mariocello bangkit dari golongan fakir dan menjadi ahli senat sudah cukup mengoyak luka di badan ahli senat bergolongan bangsawan. Inikan pula jika dia memberontak menentang si elitis Agrionon - itu seperti menandatangan sijil kematian sendiri.

"Sudahlah Mario, biar aku cuba carikan jalan untuk kau bicara sendirian dengan Heptialli, bapa saudara Agrionon. Mana tahu dia dapat memujuk Agrionon untuk membuang nama kau dari tentera pertama ke Heraclea."

Mariocello menggeleng kepala. "Jangan libatkan diri kau dengan perjuangan aku, Gnaeus. kau bakal jadi ahli senat yang terkenal. Kau boleh membela golongan seperti aku bila kau sudah berjaya menjadi orang kanan Ceasar nanti. Ini adalah perjuangan yang perlu aku hadapi sendiri."

Mariocello bingkas mengumpul peralatannya. Wang dari peti simpanannya dimasukkan ke dalam karung kecil yang diikat di pinggang dan di selit dicelah kain putih toganya. Beg perkakas dan kantung air dari perut lembu disandang di bahu. "Aku pergi dahulu."

Puas Gnaeus memujuk dan meminta, namun Maariocello sudah bernekad hati. Dia melangkah keluar menuju khemah persiapan perang Agrionon. Tekad dalam hatinya - membunuh Agrionon.


--------------------------------------------------------------------

Lima bulan berlalu.

Gnaeus merenung senja dari tingkap rumahnya. Dia melepas lelah. Hatinya masih teringatkan berita perang Heraclea yang dibentang di dewan senat tadi.

Tentera Rom makin mara, namun kehebatan dan ketangkasan pasukan arahan Raja Pyrrhus seolah tiada tandingan. Kebarangkalian untuk pasukan kita menang semakin tipis, kata Roufus.

Mana mungkin, tegah Flavius. KIta kan Rom, dan tiada apa yang boleh menandingi kehebatan tamadun kita. Mars semestinya berpuas hati dengan korban dan pujaan kita, dia pasti memberi kemenangan kepada pasukan tentera kita!

Dan dewan senat bersorak gamat.


Bersorak gamat... meraikan kematian saudara sendiri di medan perang?
Seperti aku meratapi masib Mariocello?

Mariocello tak berjaya dengan pelan membunuh Agrionon. Belum sempat sampai ke perkarangan khemah kapten tentera itu, Mariocello diserang hendap oleh bebrapa orang tenterabawahan. Dia dibawa ke khemah siksaan dan didera kejam. Jari di tangan kanannya di potong. Ya, jari-jari yang dahulunya mengukir indah patung gangsa dan melakar fresco indah dalam Basilika pemujaan. Jemari yang menulis puisis-puisi indah untuk dibukukan oleh Paien.

Sepatutnya Agrionon bunuh sahaja Mariocello. Tapi dia tahu cara sebenar menghukum Mariocello bukan dengan menghantarnya ke alam barzakh, tapi dengan membuang keupayaan Mariocello, dan memaksanya menyertai tentera. Semua orang tahu yang Mariocello dipaksa menyertai tentera bukan kerana kepakaran perangnya (Mario hanyalah seorang ahli seni), tetapi kerana perlantikannya menjadi ahli senat secara otomatis memangkah peluang adik Agrionon untuk bertanding. Dendam Agrionon tak pernah padam, dan hanya ada satu cara sahaja untuk memuaskan hatinya.

Jatuhkan hukuman paling tingi pada Mariocello - rampas segala yang dia ada dan biarkan dia mati tersiksa.

Mariocello ke Heraclea, atau aku bunuh semua ahli keluarganya. Jangan cuba halang aku, Gnaeus.

Jadi Mariocello terpaksa ke Hercelea. Gnaeus menjadi penjaga keluarga Mariocello, dan beliau terus meniti tangga politik. Suatu hari nanti kau akan pulang dan kau akan bangga denganku, Mario. Aku akan bela nasib kau.

Begitulah hari-harinya berlalu.
Menanti kepulangan yang tak pasti.

---------------------------------------------------------

"Ayah, tengoklah lukisan saya! Pendeta Paien kata lukisan saya lebih baik dari yang lain!" Marius berlari gembira ke sisi Gnaeus. Tak sabar, dia memberi lukisannya kepada Gnaeus sambil matanya tak pejam memandang wajah Gnaeus.

Gnaeus pura-pura meneliti lukisan Marius. Orang lidi dengan pedang dan kuda. Palitan warna merah cukup banyak di atas papirus. Tentu sekali perang Heraclea. "Hmm.. apa agaknya ini ya..."

Marius mencebik. "Itu peranglah ayah... cuba tengok, tentera kita semua mati."

"Yang di atas ini? Lelaki yang berdiri di atas timbunan orang lidi ini?"

"Itulah hero misteri dari Heraclea. Dialah yang memberi kejayaan kepada Heraclea dan membunuh semuuuuaaa tentera jahat dari Rom!" Kata Marius dengan bangga.

Gnaeus terasa bagai berdebar. Hero misteri... mungkinkah deas desus yang didengarinya 2 tahun lalu sememangnya benar? "Mana ada hero misteri dalam perang itu.."

Marius bersungguh mengangguk. "Ada! Paien sendiri menceritakan kehebatan pahlawan misteri itu! Katanya pahlawan tersebut berambut hitam, panjang melepasi bahu. Di dadanya ada perisai hitam bergambar naga dan dedaun yang tak diketahui asal-usulnya. Beliau bermain pedang dan berlawan dengan tangan kiri - ianya taboo di Rom tapi tangan kirinya memang tangkas! Dan dia tiada jari di tangan kanan, ayah! Tangan kanannya brikat perisai, dan tangan kirinya pantas menikam dan mencantas tangan dan kepala musuh, ayah! Whack, whack! Dialah hero saya, ayah!"

Gnaeus menahan genangan airmata.Dia mengusap lembut rambut Marius. "Baiklah, pujalah hero kamu itu. Tapi jagan bising-bising tentang dia. Kawan-kawan ayah tentu murka kalau mereka tahu kamu tidak sukakan tentera kita. Sudah, pergi bersihkan diri. Waktu makan malam dah hampir tiba."


Gnaeus memejam mata. Sisa-sisa mentari menyinar wajahnya. Angin malam yang mula menyelubung pinggiran Rom bagai berbisik di telinganya: Ya, ya. Segalanya benar belaka.


Jadi benarlah cerita yang didengarinya. Mariocello ditawan pihak lawan tanpa sengaja, dan dia berjaya memenangi hati Raja Pyrrhus. Selama 2 tahun dia dilatih dengan segala kemahiran berperang, dan dia akhirnya menjadi antara perajurit terkemuka dari Heraclea. Seluruh Rom sangkakan yang Mariocello mati di tangan pihak lawan, tapi yang sebenarnya...
Kebencian yang meluap kepada Agrionon menjadi paksi perjuangan Mario...

Ya, naga dan dedaun adalah lambang keluarga Mario!



Bayu malam menemani cucuran air mata syukur Gnaeus.

Mario pasti pulang satu hari nanti.