Pages

Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tuesday, November 06, 2007

Hadoi, kerek betul," Dabi mengeluh.

"Apahal?" saya tanya, sambil tangan mengoyak kertas bungkus kuaci gurih warna merah. Gurih weh.

"Budak-budak yang lalu lalang sibuk cerita pasal Meet Uncle Hussein. Macam bagus. Dulu gelakkan aku dengar lagu indie band. Tak layanlah, tah hapa-hapa lah. Sekarang bingit dok la la la la kerja. Benci ah. Dengar je la My Chemical Romance kau tu!" dengus Dabi, kaki menyepak daun kering. Melayang, bila jatuh sinar mentari mencelah dari lelubangnya.

"Agaknya diorang macam kau jugak, dah discover, pastu minat indie band. Aku pun macam tu jugak masa ko kenalkan aku ngan band tu dulu. Tapi, weh, bukan ke bebudak tu stok stereotaip Hillary Duff, Good Charlotte? Ape, 14, 13 tahun lagi kan?"

Dabi kerut dahi macam orang tua. "Itulah pasal! Diorang guna lagu MUH untuk cite episod Kami yang kat 8tv tu! Cilaks betul ah!"

Hidung Dabi bergoyang-goyang. Kononnya menyampah, disgust, tapi nampak lebih macam goyang kerut hidung Samantha dalam Bewitched. Saya ajak dia minum kopi untuk legakan hati.



Bila pikir-pikir, ada rasionalnya perasaan emo Dabi tu. Iyalah, kita yang beriya hardcore band tu, sokong baeekk punya, tiba-tiba datang exposure gedebuk yang bawak ombak peminat macam tsunami mengejut. Sudahlah tu, peminat-peminat hijau ni pulak lebih-lebih berlagak bagus. Ah, aku tau ini, aku tau itu. Akulah #1 fan, eh, akulah #1 fan.

Bila jadi macam ni, bila sesuatu 'rahsia' kita menjadi milik umum, maka kita macam tertarik dalam kancah massa. Kita hilang originality. Kita jadi sebahagian dari mereka dan bukan lagi kita yang berbeza tapi selesa.

Tapi tak apa lah. Nothing is permanent in life. Lagipun rahsia semacam ini bukan eksklusif milik kita. Dabi emo nya terlebih sedikit. Suruh dia fikir berapa banyak lagi band lain yang dia kenal dan suka tapi tidak komersil. Jadi, legalah sedikit hati dia. Macam itulah juga kita, bila kita dah hilang satu benda, kita bersyukurlah dengan beribu benda lain yang masih milik kita. Kan? Memanglah melepas sesuatu yang kita percaya milik kita tu perit, sakit, tapi lama kelamaan ianya akan pudar dan hilang tanpa kita sedari. Sebab masa itu hati kita dah berisi kembali. Allah jadikan kita makhluk yang sangat adaptive dan accomodative. Kita bisa bounce back bila kita gunakan akal dan waras fikiran. Apatah lagi bila menyentuh soal kecil sebegini.


Hmm... akhirnya struggle MUH dikenali. Baguslah. Banyak lagi band indie yang berusaha bertahun-tahun menyebar muzik ke khalayak tapi tak juga kesampaian. Kita main band ni bukan semata nak lepas tensyen, kita nak kongsi cerita, nak kongsi rasa. Jadi mainstream maknanya kita dapat sebar ideologi dan falsafah muzik kita pada lebih ramai orang. Dan tentulah bila dah dikenal orang, kita juga main muzik untuk wang nya, kan? Main muzik dah tak jadi sambilan, ia dah jadi periuk nasi kita. Cuma harapan hardcore fans, janganlah popular tu naik ke kepala. Muzik ke mana, falsafah ke mana, dok kira duit sahaja. Faith in music turns to faith in money - apa yang buat semua orang nak beli album kita, bukan lagi apa yang nak buat orang faham atau sedar tentang sesuatu yang cuba kita sampaikan.


Eh, saya cakap 'kita' ni, macam miseading pula. Saya tak ada band, suara sumbang katak. Main rekorder bolehlah. Itupun light-lightje... heheh :)

.

6 comments:

Siti Khadijah said...

Boleh tak, kalau saya kata, saya sangat faham kenapa dabi emo. Memang menyala ok kalau benda ni jadik. Serious. Huahahaha.

azyze gomez said...

Boleh...boleh sangat. I felt that way too masa skolah menengah dulu. Dari kecil I was the only person among friends and siblings yang dengar Aerosmith, tiba2 keluar cerita Armageddon, semua orang terus profesed their undying loyalty to Aerosmith lah. Suddenly they are the Aerosmith pro. Sakit hati btol.

But we learn to give in. :)

Siti Khadijah said...

Haha, betul. Macam dulu la, orang ketawa bila kita dengar music indo, lepas tu tiba2 bila aadc main kat malaysia suddenly everything indonesian is cooler than cool.

Indie music sekarang kat msia pun dah jandi music yang lebih mainstream dpd mainstream, maksudnye la. Ha ha.

And what you said about English words dimelayukan, I so know what you mean.

roxychick said...

suara sumbang katak?
lite-lite je konon...

chit! tui! piiirah mabok!
(eherm.. itu cuma ekpresi je okeys.)

azyze gomez said...

amboi...

marah nampak?

heheheheh!!!!!!! ;p

roxychick said...

manade marah.

light-light je...