Pages

do you know the way to san jose

Sunday, November 04, 2007

Alamak!!!

Macamana ni!!!

Dionne Warwick akan datang ke Malaysia, satu sesi konset kecil-kecilan bersulam makan malam lauk-pauk mat saleh di Shangri-La. 26 November ini. Dan tiketnya, yang paling murah

celaka betul

RM500.00. Tak termasuk cukai.


Mana aku nak korek RM500.00? Mana? Kata nak simpan duit untuk bayar pendahuluan komitmen yang bakal menyusul tak lama lagi.

Bila tanya kat bapak, dia membangkang 100%. "Alah, it's only a singer. Pi tengok just a few hours macam tu, dah keluaq sampai 500. Duit tu macam-macam boleh buat...Rugi lah."

Tapi pada saya sama sahaja 25 tahun menantikan saat ini tiba, dengan jumlah kumulatif bapak beli komik kungfu/lawan2 cina dari tahun 80an sampailah sekarang tak berhenti-henti. Kalau kira, tentu dah lebih dari satu ribu ringgit. Uiishh... lebih banyak tu...

Mak menyokong, sebab masa dia mula-mula kerja dulu, Dionne Warwick dah datang ke KL. Malangnya tiket RM40 terlalu mahal untuk mak, dan dia tinggal keseorangan di rumah manakala kesemua teman serumah pergi menonton. Kata mak, sudahlah tak dapat menonton, kawan-kawan pula 'baik hati' bercerita tentang bertapa ajaibnya show yang ditonton, berulang-kali.

Nak pergi, RM500 tu besar jumlahnya. Tak pergi, Puan Warwick tu dah tua. Peratus untuk dia kembali tu amatlah tipis berbanding, katalah, anak saudaranya, Kak Whitney Houston (itu sebablah mungkin tak pergi sesi Whitney [RM260] pun tak apa)


Saya bukan kaki konset. Saya tak pergi pun konset2 artis pop yang membanjiri Malaysia. Lagipun tak mampulah nak lewah-lewah begitu sahaja. Saya dah janji, biarlah apapun artis yang datang berkonset, saya cuma akan nonton yang betul-betul berbaloi sahaja. Aerosmith. Jamie Cullum. Dionne Warwick. Aretha Franklin. (Yang lain samada dah mati atau dah berpecah. Cheh.)

Dan ya, susah saya nak merasionalkan perkara sebegini kepada anda. Orang tak faham bertapa terikatnya jiwa saya dengan muzik.

Haduih....
sapa nak pergi sekali? Jom! Ada member layan, saya pergi. Betul ni!

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin Lady Azyze,

Cek! Cek! Cek nak poie! Betui! Cek nak poie!

Tapikan...cek pun takdak pulus :(

Kalau Lady Azyze belanjakan duit teket, cek belanja Lady Azyze makang malam dan teh tarik! Amcam? :)

Tapikan, apakata sebelum kita poie tu (ni kira dah confirm lah ek!), kita poie beraya kat rumah Amy Search! Cek bacakan, Amy Search tu la ni lagi best dari dulu! Amcam Lady Azyze, on? - Amir, The Batu!

azyze gomez said...

Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak...

Beb, konset tu dah ada dinner sekali daa...

p/s: Amy search layan ke lagu negro 70an? hehehe...

Anonymous said...

Dah ada dinner? Lor...camtu terpaksalah deng belanja Lady Azyze teh tarik...mahal o!

Tapi deng pun seriouslah...cuma teket tu mahai teramat sangat, sian deng :(

Weh Lady Azyze, Amy dan deng dari dulu lagi minat motown dan ala alanya tau! Deng minat Dione terutama waktu dia nyanyi sama Burt Bacharach tau! La ni, tak ramai kenai nama Burt tu.

Agak agak ada tak orang nak sponsor deng pi? Tak kisah le kalau kena pakai kostum ayam KFC ke, badut McD ke, asal dapat masuk!...deng nak pi! - Amir, the Halloween Ghost!

roxychick said...

tau tak ada elliot yamin skali?

sekalipong aku ada fulus tu... aku teringat2 kat anak aku yg bulat2 tu... baik aku beli pampers dia, baju dia...

sigh...

azyze gomez said...

tau!

tapi the lure of elliott xdapat mengatasi the lure of dionne warwick la babe...

takpe dib, anak tu perlaburan sekarang. soon you'll get to go to ANY concert you want without worrying... err... and by soon I mean about 20 years from now ;p