Pages

Ice Hotel

Wednesday, November 28, 2007

.




Saya mengimpi menjadi seorang penyanyi jazz sehebat Stacey Kent.
Saya membayangkan diri saya menyanyi dan merakam album, biar untuk diri sendiri, tapi kepuasan melepas rasa dan melayan jiwa dengan muzik kegemaran saya menjadi realiti.

Tapi malangnya:

1. Saya tak pandai bermain alat muzik.
2. Saya tak ada kawan yang mahu main muzik dengan saya.
3. Saya cuma mampu menyanyi dalam bilik air atau bilik tidur. Itupun selalu terpaksa melayan request menyanyi lagu popular. (mana ada budak-budak sekarang dengar jazz)

Jika saya punya geng nak bermain muzik, akan saya usahakan studio dan sebagainya. Walaupunlah kualitinya versi demo. Tak apalah, janji perasaan diri dapat dilafaz dalam bentuk nota dan lirik.

Akan saya buat banyak-banyak salinan, dan berikan secara percuma pada rakan-rakan yang mahu, atau tinggalkan saja di kawasan orang ramai. Biar tak menjual album (sebab saya tak komersil huhu), tapi saya akan rasa puas bila tahu yang melodi hati saya mungkin menyentuh insan lain. Chewah... penyanyi misteri gitu.

Maksud saya, bayangkan.....


Bayangkan, anda penat berkerja seharian. Terpaksa pula beratur panjang, bersesak di LRT. Turun dari LRT, kena tunggu bas pula. Sambil duduk di bangku hentian bas, anda terpandang sekeping kotak CD nipis di sisi anda. Pandang kiri, pandang kanan, tak ada sesiapa yang menghiraukannya. Anda pun ambil. Di jaket CD tertulis

"Please take me home, I'm yours"

dan dibawahnya

FOR FREE (tentu anda tak dapat menolak desakan sebegini, bukan?)

...jadi anda ambil CD tersebut, letakkannya dalam beg galas atau tas tangan anda dan ya, anda naik bas, turun bas, sampai di rumah, buka pintu kunci pintu, masuk bilik, buka lampu malap. Campak beg ke atas katil, buka baju dan capai tuala. Kaki hampir melangkah ke dalam bilik air bila teringatkan CD dalam beg anda. Anda pantas mengeluarkan CD tersebut, pasang pemain cakera padat, masukkan CD ke dalamnya, dan tekan Play di alat kawalan jauh. Anda terus masuk ke dalam bilik air dan mandi ditemani samar-samar bunyi lagu jazz. Walaupun anda tak gemar lagu-lagu jazz, tapi kali ini rasa seolah sedikit relaks... mungkin kerana tempo lagunya, dikombinasi dengan pancuran air ke badan amat melegakan.

Sesudah mandi, anda melangkah keluar dari bilik air dan melangkah ke meja untuk regimen jagaan kulit (atau pakai bedak) anda. Tangan pantas mencapai sikat dan- tiba-tiba anda rasa seperti hati anda berbunga. Boleh tahan juga CD ini. Anda ke sisi hi-fi anda. Duduk di bucu katil dan mula mendengar dengan serius. Tanpa anda sedari, kepala anda mula bergoyang mengikut petikan gitar dan alunan piano. Hati rasa ringan dan kepala bagai tiada beban. Ahh... selesanya...

Anda berbaring di atas katil. Walau masih berkemban (atau tuala membalut pinggang), anda rasa

"Ah, lepas lagu ni aku pakai baju."

Tapi lagu selepasnya pula memanggil anda untuk terus melapang fikiran. Anda memejam mata untuk lebih menikmati lagu tersebut. Senyuman terukir di bibir. Lembut sungguh... relaks...

Anda membuka mata. Sunyi sepi. Mata meliar ke jam di dinding dan rupanya sudah pukul 5 pagi. Anda menggeleng kepala, namun senyum terus terukir di bibir. Walau terlena di bucu katil dengan sehelai tuala sahaja, namun anda rasakan malam tadi adalah antara tidur paling nyenyak yang anda alami setelah sekian lama.

Dalam senyum anda, anda berterima kasih kepada empunya CD sebenar kerana mengukir permulaan indah dalam hari anda.

:)

I like!

Al-Fatihah

Tuesday, November 27, 2007



Hussein Abu Hassan
1937 - 2007

gambar dari nst.com.my




Tergamam, sebak, sedih.

Itulah yang saya rasa sebaik mak menyampaikan berita itu semalam. Menteri Pasola saya dah meninggal dunia.
Kita kehilangan seorang lagi anak seni tanahair yang banyak menyumbang kepada warna-warni dunia hiburan kita.

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Allahyarham Hussein Abu Hassan, moga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh-NYA. Insyaallah...





.

Woh...super human samurai!!!

Tuesday, November 20, 2007

Sedang duduk-duduk, tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Semenjak dua menjak ini saya memang banyak terkenang keadaan semasa kecil dahulu. Entah kenapa. *Nampak sangat dah tua*

Rutin seharian zaman budak-budak dahulu sangatlah ringkas: pagi ke sekolah. balik dari sekolah, makan tengahari kemudian tidur. Sampailah 4.30 petang. Bangun tidur diiringi bunyi dorama jepun - kalau tak Oshin atau Akantare yang ditonton makcik (makcik Timah yang jaga saya tu suka tengok cerita jepun. mak dan bapak kerja). Lepas dorama Jepun, giliran kami (budak-budak jagaan makcik) pula untuk menonton. Paling tak sabar nak tengok Ultraman, Gaban, Maero Attack, Flashman. Hari minggu pula dapat tengok kartun orang putih. Seronok! Berangan jangan cakaplah, semuanya nak jadi.

(Paling nak jadi sekali tentulah JEM. Sentuh subang saja, dapat baju baru. Best hapa. Sebab itulah agaknya saya gila subang sampai ke hari ini.)

Kalau korang beranak sama zaman dengan saya, tentu korang pun layan cerita-cerita ini:

Jem & The Holograms
The Smurfs
My Little Pony
Thundercats
Silverhawks
GloWorms
Care Bears
Ultraman Joe, Ultraman Kid, Ultraman Taro
Gaban
Suria Perkasa Hitam
Flashman
Super Human Samurai
He-Man, Master of the Universe
She-Ra
Gummy Bears
Transformers
Dangermouse
Chip & Dale Rescue Rangers
Yogi Bear
Tailspin
Count Duckula
Power Rangers
Fatastic Max
Dungeons & Dragons
Heathcliff
Ducktales
Teenage Mutant Ninja Turtles
Denver The Last Dinosaur
Captain Planet
Square 1 TV
Woody Woodpecker
Alvin & The Chipmunks
G.I Joe
Popeye
Voltron
Punky Brewster
Thomas the tank engine

Ada satu lagi cerita yang saya memang tak ingat namanya. Setiap petang ada. Tentang sekumpulan budak-budak yang mempunyai studio penyiaran mereka sendiri. Dialah direktor, dialah penyanyi, dialah tukan edit video, dia jugalah yang jadi hos. Siap ada countdown lagu-lagu lagi. Saya cukup suka cerita itu. Apa agaknya namanya ya... Music Factory? Kids Factory? Apa ya...

Saya yakin ada banyak lagi rancangan zaman 80an yang best, tapi buat masa ini otak saya sudah terlekat dengan lagu tema Flashman dan dah tak mahu pikir benda lain lagi. Kalau ada yang teringat cerita lain, tinggalkan komen. Kot-kot kita tengok benda yang sama :)

Soulmate

Monday, November 19, 2007

Ditto.


________________________

Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
you're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
is already in my life?
right in front of me
or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
who knows how to love you without being told
somebody tell me why I'm on my own
if there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
how do I find the perfect fit
there's enough for everyone
but I'm still waiting in line

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
who knows how to love you without being told
somebody tell me why I'm on my own
if there's a soulmate for everyone

Natasha Beddingfield - Soulmate

.

I'm back

Sunday, November 18, 2007

A walk on the beach
Watching old couples dancing away the night
Listening to my friend talking to her little baby boy on the phone.

They just evoke feelings I wish I don't have.

I miss him.
Eventhough we have never done anything like that.


I feel so alone sometimes.
And I have a feeling that I will be like this forever, destined to always be happy for people, but not for myself.

I fear I will never found that one person.
Never have a chance to know what it feels like to have a family of my own. To coo at my own baby. To laugh, cry, argue with and love another entity that is a part of me. To have someone I can call my own.
I just-
I don't know.
I don't know what is wrong with me.

I don't know.

shrek ears!

Friday, November 16, 2007


pic courtesy of Tourism Malaysia


Insyaallah, dalam masa 5 jam lebih, saya akan menjejak kaki ke tempat gambar ini diambil.
Insyaallah juga, saya akan dapat bersenggol-senggolan hingga hujung minggu. Kita jumpa kembali di minggu hadapan, ya?

Assalamualaikum.

Aku ke Adam Sandler?

Wednesday, November 14, 2007

Kalau di ijin tuhan, saya bakal menyanyi di majlis perkahwinan kawan saya.
Jika ditolak nyanyi-nyanyian di acara pejabat, ini kali pertama dalam 4 tahun saya menyanyi di khalayak ramai di atas pentas besar.

Dah lama saya tinggalkan arena menyanyi ria ini. Rasa gemuruh, tak senang duduk, perut bergolek, mata berpinau, kaki lembik, peluh menitik, rambut gugur... semuanya lah.

Nak kena cari ubat kuat semangat ni. (baca: sesi melahar dengan Vouchers sekawan)

Sementara saya pergi mencari semangat yang hilang, anda hibur-hiburkanlah hati dengan video ini ya.




"Ini bukan rumah haram."
"Habis kalau bukan rumah haram?"
"Ini makhruh."


Classic, I tell you ;)

.

We all live in a yellow submarine

Monday, November 12, 2007

A cup of yogurt in the morning.
Fish & vege in the afternoon.
Going home to Mak's or Fina's delicious homecooked meal and wills self not to eat. (sometimes it doesn't work, though).

That's the least I can do. I sit on my fat ass all day at work anyway.


Not eating is so hard. Shish.
Why do I live in Malaysia, the land of good food and more?

Aiight, I'm going back to Sgt. Pepper's now.
G'nite people.

Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tuesday, November 06, 2007

Hadoi, kerek betul," Dabi mengeluh.

"Apahal?" saya tanya, sambil tangan mengoyak kertas bungkus kuaci gurih warna merah. Gurih weh.

"Budak-budak yang lalu lalang sibuk cerita pasal Meet Uncle Hussein. Macam bagus. Dulu gelakkan aku dengar lagu indie band. Tak layanlah, tah hapa-hapa lah. Sekarang bingit dok la la la la kerja. Benci ah. Dengar je la My Chemical Romance kau tu!" dengus Dabi, kaki menyepak daun kering. Melayang, bila jatuh sinar mentari mencelah dari lelubangnya.

"Agaknya diorang macam kau jugak, dah discover, pastu minat indie band. Aku pun macam tu jugak masa ko kenalkan aku ngan band tu dulu. Tapi, weh, bukan ke bebudak tu stok stereotaip Hillary Duff, Good Charlotte? Ape, 14, 13 tahun lagi kan?"

Dabi kerut dahi macam orang tua. "Itulah pasal! Diorang guna lagu MUH untuk cite episod Kami yang kat 8tv tu! Cilaks betul ah!"

Hidung Dabi bergoyang-goyang. Kononnya menyampah, disgust, tapi nampak lebih macam goyang kerut hidung Samantha dalam Bewitched. Saya ajak dia minum kopi untuk legakan hati.



Bila pikir-pikir, ada rasionalnya perasaan emo Dabi tu. Iyalah, kita yang beriya hardcore band tu, sokong baeekk punya, tiba-tiba datang exposure gedebuk yang bawak ombak peminat macam tsunami mengejut. Sudahlah tu, peminat-peminat hijau ni pulak lebih-lebih berlagak bagus. Ah, aku tau ini, aku tau itu. Akulah #1 fan, eh, akulah #1 fan.

Bila jadi macam ni, bila sesuatu 'rahsia' kita menjadi milik umum, maka kita macam tertarik dalam kancah massa. Kita hilang originality. Kita jadi sebahagian dari mereka dan bukan lagi kita yang berbeza tapi selesa.

Tapi tak apa lah. Nothing is permanent in life. Lagipun rahsia semacam ini bukan eksklusif milik kita. Dabi emo nya terlebih sedikit. Suruh dia fikir berapa banyak lagi band lain yang dia kenal dan suka tapi tidak komersil. Jadi, legalah sedikit hati dia. Macam itulah juga kita, bila kita dah hilang satu benda, kita bersyukurlah dengan beribu benda lain yang masih milik kita. Kan? Memanglah melepas sesuatu yang kita percaya milik kita tu perit, sakit, tapi lama kelamaan ianya akan pudar dan hilang tanpa kita sedari. Sebab masa itu hati kita dah berisi kembali. Allah jadikan kita makhluk yang sangat adaptive dan accomodative. Kita bisa bounce back bila kita gunakan akal dan waras fikiran. Apatah lagi bila menyentuh soal kecil sebegini.


Hmm... akhirnya struggle MUH dikenali. Baguslah. Banyak lagi band indie yang berusaha bertahun-tahun menyebar muzik ke khalayak tapi tak juga kesampaian. Kita main band ni bukan semata nak lepas tensyen, kita nak kongsi cerita, nak kongsi rasa. Jadi mainstream maknanya kita dapat sebar ideologi dan falsafah muzik kita pada lebih ramai orang. Dan tentulah bila dah dikenal orang, kita juga main muzik untuk wang nya, kan? Main muzik dah tak jadi sambilan, ia dah jadi periuk nasi kita. Cuma harapan hardcore fans, janganlah popular tu naik ke kepala. Muzik ke mana, falsafah ke mana, dok kira duit sahaja. Faith in music turns to faith in money - apa yang buat semua orang nak beli album kita, bukan lagi apa yang nak buat orang faham atau sedar tentang sesuatu yang cuba kita sampaikan.


Eh, saya cakap 'kita' ni, macam miseading pula. Saya tak ada band, suara sumbang katak. Main rekorder bolehlah. Itupun light-lightje... heheh :)

.

do you know the way to san jose

Sunday, November 04, 2007

Alamak!!!

Macamana ni!!!

Dionne Warwick akan datang ke Malaysia, satu sesi konset kecil-kecilan bersulam makan malam lauk-pauk mat saleh di Shangri-La. 26 November ini. Dan tiketnya, yang paling murah

celaka betul

RM500.00. Tak termasuk cukai.


Mana aku nak korek RM500.00? Mana? Kata nak simpan duit untuk bayar pendahuluan komitmen yang bakal menyusul tak lama lagi.

Bila tanya kat bapak, dia membangkang 100%. "Alah, it's only a singer. Pi tengok just a few hours macam tu, dah keluaq sampai 500. Duit tu macam-macam boleh buat...Rugi lah."

Tapi pada saya sama sahaja 25 tahun menantikan saat ini tiba, dengan jumlah kumulatif bapak beli komik kungfu/lawan2 cina dari tahun 80an sampailah sekarang tak berhenti-henti. Kalau kira, tentu dah lebih dari satu ribu ringgit. Uiishh... lebih banyak tu...

Mak menyokong, sebab masa dia mula-mula kerja dulu, Dionne Warwick dah datang ke KL. Malangnya tiket RM40 terlalu mahal untuk mak, dan dia tinggal keseorangan di rumah manakala kesemua teman serumah pergi menonton. Kata mak, sudahlah tak dapat menonton, kawan-kawan pula 'baik hati' bercerita tentang bertapa ajaibnya show yang ditonton, berulang-kali.

Nak pergi, RM500 tu besar jumlahnya. Tak pergi, Puan Warwick tu dah tua. Peratus untuk dia kembali tu amatlah tipis berbanding, katalah, anak saudaranya, Kak Whitney Houston (itu sebablah mungkin tak pergi sesi Whitney [RM260] pun tak apa)


Saya bukan kaki konset. Saya tak pergi pun konset2 artis pop yang membanjiri Malaysia. Lagipun tak mampulah nak lewah-lewah begitu sahaja. Saya dah janji, biarlah apapun artis yang datang berkonset, saya cuma akan nonton yang betul-betul berbaloi sahaja. Aerosmith. Jamie Cullum. Dionne Warwick. Aretha Franklin. (Yang lain samada dah mati atau dah berpecah. Cheh.)

Dan ya, susah saya nak merasionalkan perkara sebegini kepada anda. Orang tak faham bertapa terikatnya jiwa saya dengan muzik.

Haduih....
sapa nak pergi sekali? Jom! Ada member layan, saya pergi. Betul ni!