Pages

Mafkan kami, maaf - kan kami!

Monday, October 22, 2007

Pembukaan pagi hari ini disergah dengan emel dari rakan di perantauan.



"Woih, tak ada salam hari raya langsung dari kau kat semua orang. Blog takde, friendster takde, emel pun takde. Apa, kau sambut christmas ke tahun ni?"



Amboi, amboi, amboi.... Krismas ya.. sedapnya mulut mengata...

Ya, memang betul tahun ini saya tak menyampai salam maaf dan hari raya langsung di blog atau lembar lain. Nak tahu mengapa?

Kerana saya rasa kita sekarang dah ambil ringan soal pohon maaf di hari raya. Samalah seperti orang kita mengambil ringan soal korek hidung dan telinga di bulan puasa. Sama juga seperti soal makan di khalayak ramai tanpa segan silu di bulan puasa bila 'bendera merah'. Semua bagai olok-olok saja kepentingannya.


Di mana nilai kemaafan itu, dan dimana letak rasa rendah diri tatkala menyua tangan memohon keampunan di bulan mulia ini? Mudah sungguh kita melafaz "Maaf zahir batin". Mudah sangat sampai ia jadi tagline hari raya di segenap pelusuk Malaysia. Jumpa mak sedara, maaf zahir batin. Jumpa kawan-kawan, maaf zahir batin. Jumpa budak kecik entah mana-mana datang rumah mintak duit raya pun maaf zahir batin. Itu belum kira di luar rumah lagi - pergi beli mi laksa di kedai runcit pun main maaf zahir batin.


Pada saya kemaafan itu cukup sensitif - pohon maaf dan menyampaikan kemaafan itu aadalah hak peribadi saya. Walau saya sering mudah memberi maaf, tapi ada kalanya saya mahu maaf itu dipinta (dengan muka kejam ala-ala mak tiri, boleh?). Bukan kedekut, tapi, ialah, kadang-kadang orang buat salah menyentap hati dan meluka perasaan kita, tentu kita mahu dia sedar dan menginsafi perbuatannya, kan? Tambah-tambah lagi kalau ia turut melukakan perasaan orang yang kita sayangi. Kalau saya menabur maaf macam menabur beras burung di depan rumah, maka sekarang ini kepala saya dah leper lah dipijak orang-orang berotak benak.

Bagi yang dekat di hati, saya lebih selesa mohon secara berdepan, paling tidak pun di telefon. Biar saya benar lafaz apa yang perlu. Biar ia bukan sekeping kertas atau seutus SMS. Biar bila saya melafaz kata, saya tahu ia benar-benar ikhlas dari hati dan bukan kata-kata yang dah diprogram untuk keluar tiap kali raya menjelma.

Bagi yang kenal-kenalan, sudah saya sampaikan salam maaf dari kejauhan.

Lainlah kalau saya tak kenal dan tak ada kena mengena dengan anda. Untuk apa saya pohon maaf secara terbuka, sedangkan saya yakin anda cuma akan melihatnya sebagai "tanda memeriahkan mood raya" dan tak ambil serius pun pinta maaf saya?


BIla saya mohon maaf dari anda (jika saya pernah), saya maksudkannya.
Betul.
Soal maaf ini bukan main-main. Ini soal bawa ke kubur. Itu penting.

p/s: Kepada tuan punya badan yang mengirim emel itu: Apa kau butakah, dah aku mohon dan sampaikan maaf aku melalui kad raya 'eksklusif' buatan sendiri aku tu... aish... kau ni betul lah....


pp/s: kononnya nak menulis tentang pengalaman raya tahun ini, tapi dah jadi pos sentap pula. Bluekk!

.

10 comments:

Bailey said...

ely, thx for your card raya. :) sorry aku tak manage to send any raya cards this year. i grew tired of sending those cards.

and again, i am humbled to seek for your forgiveness if my words and actions hurts ya. maaf zahir batin.

azyze gomez said...

sama-sama. ko tak hantar kad pun aku tak kecik hati hehe.

Anonymous said...

Salam,

Apolah kawang hang tu? Biasonya, oghang yang menjenguk le yang memberi salam dan mulakan minta maaf, ni DEMAND lak! Tak tahulah den.

Takpo Lady Azyze, cek, sebagai peminat nombor satu hang kek sini, berdiri belakang hang tau. Kalau member tu bawa parang, cek buka silat cek...silat langkah seribu! :)

- Amir, Chiefguru Silat Langkah Seribu.

Anonymous said...

Salam,

Apolah kawang hang tu? Biasonya, oghang yang menjenguk le yang memberi salam dan mulakan minta maaf, ni DEMAND lak! Tak tahulah den.

Takpo Lady Azyze, cek, sebagai peminat nombor satu hang kek sini, berdiri belakang hang tau. Kalau member tu bawa parang, cek buka silat cek...silat langkah seribu! :)

- Amir, Chiefguru Silat Langkah Seribu.

azyze gomez said...

Alah Amir,
Gila glemer agaknya dia tu.

p/s: Saya tak pandai silat. Kuntau saya tau. Hehehe

pak shah said...

Elly,kami pi raya kat rumah Tok Minah on 2nd day raya.You all dah pi raya kat Brown Garden.
Teringin sangat nak jumpa anak buah yang hebat berblog tu.
Kirim salam raya kat bapak,mak dan semua family.

azyze gomez said...

Hi Uncle Johan,

Itulah... Dah balik barulah MAkChaq bagitau you all mai bergilir-gilir dari pagi samapai petang. Terlepas la...

Tak apa, insyaallah lain kali kita jumpa naa.

I'll pass your salam to mak, bapak and the oversized gremlins :)

Anonymous said...

Lady Azyze,

Uncle hang tu dah poi ka? Cek nampak je dia mai, terus cek sembunyi belakang tiang tnb ni ha.

Ngan mato den terlindung dek tiang ni, cek tak nampok apo apo. Cek kira, oghang lain pun tak nampak cek kut...:) - Amir, the Selalu Orang Jumpa Bila Main Hide-and-Seek.

azyze gomez said...

Macam-macam lah you ni Amir
Hehehe

You tersilap tu, I rasa you dah pi kampung orang lain kot. Mana ada tiang TNB kat depan tu... Itulah, lain kali tunggu samapai bas sampai di Kampung Pinang Sebatang. Ni baru sampai Beringin Rendang you dah turun.


heheheh ;P

Anonymous said...

Er...kampung Pinan Sebatang dan Bringin Rendang tu, kek mano? - Amir, The Desert Bedouin.