Pages

Dalam rekan atau kedai gambar?

Friday, October 26, 2007

Inchek-inchek dan puan-puan sekalian,

Saya mahu bertanya.
Saya bercita-cita tinggi. Saya suka mereka kad sendiri, malah adakalanya saya buat fanzine atau leaflet tampal cetak sendiri. Sekarang ini saya baru mula berjinak dengan alat digital untuk mengekspresikan diri saya. Malangnya disebabkan ketiadaan komputer yang baik mahupun berkemampuan di rumah, saya tidak berpeluang untuk menggodak man-mana software yang digunakan oleh penggemar seni digital lain.

Di pejabat, walaupun saya seorang penulis, tugas saya berhubungkait dengan mengisi teks di dalam rekaletak, sekaligus mewajibkan saya menggunakan software rekabentuk InDesign. Saya bertambah jeles bila melihat rakan-rakan designer di sebelah saya melahirkan pelbagai mainan hiburan mata sedangkan saya masih lagi terbayang-bayang keindahan Microsoft Paint yang saya gunakan zaman belajar dahulu.

Saya dah gatal tangan untuk mula membentuk reka letak, kad, majalah, poster dan apa-apa lagilah sendiri, tapi nak guna Photoshop pun masih merangkak.


Jadi soalan saya sekarang, patutkah saya:

1. Belajar menguasai Photoshop dahulu, kemudian baru belajar InDesign?

2. Belajar InDesign terus, kerana photoshop tidak sesukar InDesign dan boleh dibelajar melalui trial & error yang tidak menyakit jiwa?

3. Buat ape lah InDesign segala... kalau anda ingin buat rekaan untuk kegunaan peribadi, guna Adobe Illustrator sahaja sudahlah.


Mintak tolong pendapat anda....

10 comments:

Anonymous said...

Lady Azyze,

Lor...la ni baru cek tahu, hang ni penulis kopi ek? Er...camtu kan bunyi nyo?

Bahagian pertanyaan hang tu, tak dapek le cek nak tolong ye. - Amir, Forever The Student of Life and Living.

azyze gomez said...

Aaaaa... pandai pun.
Cikgu bagi 10 bintang :)

Anonymous said...

Lady Azyze,

Awatlah memba memba hang tak beghi respond ni...? Tak patut depa no?

Ni, sempena Lady Azyze dah beghi cek 10 bintang, biaq cek khabaq sikit.

Cek pernah pi tengok opis memba cek kek agensi manaentah. Cek tengok depa suka benau pakai illustrator ngan entahapanama press tu. Lalu cek pung try le. Waaah! Bes tau! Lagikan, depa kata tak yah pakai photoshop.

Tapikan, yang tak bes tu kan, depa dok sindir memba penulis kopi kek situ. Depa kata: Dah korjo menuleh kopi, tuleh je lah, biaq kita buek cawan nya.

Tapi sebonaunyakan, depa depa tu nak tackle mamat penuleh kopi. Cuma, cek tengok, cek lagi ensem
#) <-- tu emoticon tersipu sipu :)

Anonymous said...

OopS! Lupa lagi nak buh nama... - Amir, The Blushing Knight at Night.

azyze gomez said...

Ya, illustrator dan Quark Express. Itu ruji untuk graphic designers. InDesign baru lagi, itu pasal tak ramai yang guna. Yang bestnya InDesign, it's Illustrator and Quark merged into one powerful package. So tak payah kejap2 bukak illustrator, kejap2 bukak quark. you do everything with one software.

Anonymous said...

Lady Azyze,

Cek baca reply hang cam serious je...ada ploblem ke?

Pasai express tu, ha! memang quark, cek terlupa nama dia. And oooh! InDesign campuk dua dua ek? Wow! Ini macam, cek pung nak belajaq gak!

Last...nyum kit. Sikit je senyum...ha! camtu le :) - Amir, The Badut Express

Anonymous said...

Lady Azyze,

Cek rasa cek ada tersusul bahasa. Kalau sememangnya ado, cek minta maaf ye, cek tak berniat sebegitu. - Amir

azyze gomez said...

No lah, mana ada tersasul terkasar. I've been ocupied so itu apsal tak reply. Thanks for your opinion :)

Anonymous said...

Betul...? Alhamdulillah :)


ps. Yeeeeeeha! Deng leh dok mengusik Lady Azyze lagi! - Amir, The Budak Lembu (cowboy da)

tini said...

Nuks,
Aku suggest blaja Indesign jer terus kot.. at least cover semua.. aku rasa Abg N, n Cik Pah boleh guide ko sket2 skang ni..Any update inform k. Sorry for the very late reply.