Pages

Dalam rekan atau kedai gambar?

Friday, October 26, 2007

Inchek-inchek dan puan-puan sekalian,

Saya mahu bertanya.
Saya bercita-cita tinggi. Saya suka mereka kad sendiri, malah adakalanya saya buat fanzine atau leaflet tampal cetak sendiri. Sekarang ini saya baru mula berjinak dengan alat digital untuk mengekspresikan diri saya. Malangnya disebabkan ketiadaan komputer yang baik mahupun berkemampuan di rumah, saya tidak berpeluang untuk menggodak man-mana software yang digunakan oleh penggemar seni digital lain.

Di pejabat, walaupun saya seorang penulis, tugas saya berhubungkait dengan mengisi teks di dalam rekaletak, sekaligus mewajibkan saya menggunakan software rekabentuk InDesign. Saya bertambah jeles bila melihat rakan-rakan designer di sebelah saya melahirkan pelbagai mainan hiburan mata sedangkan saya masih lagi terbayang-bayang keindahan Microsoft Paint yang saya gunakan zaman belajar dahulu.

Saya dah gatal tangan untuk mula membentuk reka letak, kad, majalah, poster dan apa-apa lagilah sendiri, tapi nak guna Photoshop pun masih merangkak.


Jadi soalan saya sekarang, patutkah saya:

1. Belajar menguasai Photoshop dahulu, kemudian baru belajar InDesign?

2. Belajar InDesign terus, kerana photoshop tidak sesukar InDesign dan boleh dibelajar melalui trial & error yang tidak menyakit jiwa?

3. Buat ape lah InDesign segala... kalau anda ingin buat rekaan untuk kegunaan peribadi, guna Adobe Illustrator sahaja sudahlah.


Mintak tolong pendapat anda....

Mafkan kami, maaf - kan kami!

Monday, October 22, 2007

Pembukaan pagi hari ini disergah dengan emel dari rakan di perantauan.



"Woih, tak ada salam hari raya langsung dari kau kat semua orang. Blog takde, friendster takde, emel pun takde. Apa, kau sambut christmas ke tahun ni?"



Amboi, amboi, amboi.... Krismas ya.. sedapnya mulut mengata...

Ya, memang betul tahun ini saya tak menyampai salam maaf dan hari raya langsung di blog atau lembar lain. Nak tahu mengapa?

Kerana saya rasa kita sekarang dah ambil ringan soal pohon maaf di hari raya. Samalah seperti orang kita mengambil ringan soal korek hidung dan telinga di bulan puasa. Sama juga seperti soal makan di khalayak ramai tanpa segan silu di bulan puasa bila 'bendera merah'. Semua bagai olok-olok saja kepentingannya.


Di mana nilai kemaafan itu, dan dimana letak rasa rendah diri tatkala menyua tangan memohon keampunan di bulan mulia ini? Mudah sungguh kita melafaz "Maaf zahir batin". Mudah sangat sampai ia jadi tagline hari raya di segenap pelusuk Malaysia. Jumpa mak sedara, maaf zahir batin. Jumpa kawan-kawan, maaf zahir batin. Jumpa budak kecik entah mana-mana datang rumah mintak duit raya pun maaf zahir batin. Itu belum kira di luar rumah lagi - pergi beli mi laksa di kedai runcit pun main maaf zahir batin.


Pada saya kemaafan itu cukup sensitif - pohon maaf dan menyampaikan kemaafan itu aadalah hak peribadi saya. Walau saya sering mudah memberi maaf, tapi ada kalanya saya mahu maaf itu dipinta (dengan muka kejam ala-ala mak tiri, boleh?). Bukan kedekut, tapi, ialah, kadang-kadang orang buat salah menyentap hati dan meluka perasaan kita, tentu kita mahu dia sedar dan menginsafi perbuatannya, kan? Tambah-tambah lagi kalau ia turut melukakan perasaan orang yang kita sayangi. Kalau saya menabur maaf macam menabur beras burung di depan rumah, maka sekarang ini kepala saya dah leper lah dipijak orang-orang berotak benak.

Bagi yang dekat di hati, saya lebih selesa mohon secara berdepan, paling tidak pun di telefon. Biar saya benar lafaz apa yang perlu. Biar ia bukan sekeping kertas atau seutus SMS. Biar bila saya melafaz kata, saya tahu ia benar-benar ikhlas dari hati dan bukan kata-kata yang dah diprogram untuk keluar tiap kali raya menjelma.

Bagi yang kenal-kenalan, sudah saya sampaikan salam maaf dari kejauhan.

Lainlah kalau saya tak kenal dan tak ada kena mengena dengan anda. Untuk apa saya pohon maaf secara terbuka, sedangkan saya yakin anda cuma akan melihatnya sebagai "tanda memeriahkan mood raya" dan tak ambil serius pun pinta maaf saya?


BIla saya mohon maaf dari anda (jika saya pernah), saya maksudkannya.
Betul.
Soal maaf ini bukan main-main. Ini soal bawa ke kubur. Itu penting.

p/s: Kepada tuan punya badan yang mengirim emel itu: Apa kau butakah, dah aku mohon dan sampaikan maaf aku melalui kad raya 'eksklusif' buatan sendiri aku tu... aish... kau ni betul lah....


pp/s: kononnya nak menulis tentang pengalaman raya tahun ini, tapi dah jadi pos sentap pula. Bluekk!

.

Lompat hidup

Thursday, October 11, 2007

Semakin hampir Aidilfitri, semakin menjadi-jadi imbauan saya pada masa lampau. Zaman ikut mak dan bapak membeli baju di Jalan Tuanku Abdul Rahman, meleleh tengok air soya di Chow Kit ("Pa, nak minum pa... sikit je, sikit je..."), pakai baju kurung boria dengan Mak, Eze & Fina, main (dan jual) mercun tanpa sekatan polis, mandi sungai belakang rumah Tok...

Fuyoo... memang best lah zaman dulu. Kalau sekarang saya cuba-cuba mandi di sungai pada petang raya maunya orang talipon hospital sakit jiwa. Mana taknya, air sungai yang dulu separas dada sekarang alahai, menyapa betis pun malu. Itu belum kira masjid besar yang baru di bina mengganti hutan belukar betul-betul seberang sungai itu.

(Tok kata Pak Imam masjid tu hensem, suara pun boleh buat jatuh cinta)



Ada satu cerita yang takkan lekang di bibir mak dan bapak bila bernostalgia bersama keluarga tentang raya. Ceritanya berlaku ketika umur saya 2-3 tahun.

Mak dan bapak bawa saya membeli baju raya di gedung membeli-belah paling hebat dan terkemuka di kotaraya, Globe Silk Store. (Weh, Globe tu kira happening lah dulu, okay?) Masa tu kami belum mampu berkereta, jadi selepas seharian berjalan, kami sibuk beratur di depan Globe untuk menunggu bas pulang.


"Mak dengan bapak dok berdiri la kat tepi tu. Sambil dok tunggu tu kita dok dengaq la orang buta kat depan Globe tu main lagu. Tapi sat lagi bila mak pandang kat Yana, you were not there anymore," cerita mak pada kami.


"La, mana dia pi pulak?" tanya Eze pada mak, walaupun dia dah dengar cerita ini berpuluh kali.


"Mak pun tanya la bapak mana Yana, lepaih tu bapak senyum, tunjuk kat depan pintu Globe tu. Tu dia, Yana dok menari depan band buta tu as if its the most natural thing to do. Punyalah syok menari!"


(setiap kali sampai di bahagian ini, pasti saya digelakkan kaw-kaw)



"Habis tu mak biar je la si bengong ni menari kat depan tu?" celah Fina dalam tawa.


"Biaq aja la, orang lain dah dok kerumun tengok dia menari. Of course la orang buta tu tak tau dia dok menari kat depan depa, tapi the onlookers siap tepuk lagi. Dah la tu, banyak orang bagi duit pulak tu dalam tabung band tu. Mesti depa pikiaq 'kesiannya budak ni, kena menari nak tolong mak bapak dia cari makan..."


(sekali lagi berdekah-dekah ketawa)


Nasib baiklah saya tidak malu sangat dengan cerita ini. Saya anggap saja itu bukti bakat dan cambah seni saya sudah ujud sedari kecil. Hehe. Kalaumalu, maka tak berayalah saya, sebab cerita ini rasanya dah diketahui ramai sedara mara. Ia bagai ruji topik kenangan di pagi raya dengan sanak saudara.

Saya bayangkan - apa kata orang kalau sekarang saya pergi menari depan kumpulan pemuzik buta itu. Kalau masa kecil dianggap comel, tapi sekarang mungkin dianggap mental.


(Celah bapak sesudah mak selesai bercerita "Orang buta tu balik, mesti dia pelik - pasai pa la banyak pulak duit dia dapat hari ni...")


******************************************************************************

Bila mengimbau cerita lama, maka kita pasti tak terlepas dengan assosiasi persekitaran pada masa itu. Semalam, ketika mengingatkan tragedi (ye ke?) depan Globe itu, entah kenapa tiba-tiba saya rindu nak tonton cerita kegemaran masa lampau saya - Quantum Leap.


Ingat Quantum Leap tak? Oh kacaknya Scott Bakula sebagai Dr Sam Becket. Dan jangan lupa Al, peneman Becket sepanjang perjalanannya merentas keratan masa dalam cubaan untuk pulang ke dunia asalnya.

Saya ingat lagi kesedihan yang saya rasai di episod terakhir siri tersebut. Al akhirnya pulang ke sisi isterinya maka mengubah sejarah. Dan kasihan Sam Becket - Sam Becket never returned home. Mungkin dia terpaksa terus melompat dari satu era ke era lain, atau mungkin dia kekal di tahun 60an bersama Al dan isterinya.

(Ada sesiapa tahu kalau-kalau ada DVD cerita ini dijual di Malaysia? Saya cuba membeli dari Amazon tapi negara kita disenarai hitam buat masa ini. )

Rasanya cerita-cerita lain lakonan Scott Bakula tak cukup umpph untuk saya. Enterprise pun bosan ya amat. Mungkin saya sudah melihat Scott Bakula sebagai Becket, dan Becket itu Scott Bakula. Atau terlalu berharap kisah Becket disambung semula. Sudah 14 tahun berlalu dan ya, saya perlu terima kenyataan yang saya takkan dapat lihat Becket dan Al berganding bahu menyelamat nyawa lagi...

Ahh...kenangan...




"Oh boy..."



.

Kebebasan dari mata jagat

Monday, October 08, 2007

Kebebasan adalah:


"Bila tak perlu menyikat rambut setiap pagi." - Azmin M.

"Tak perlu fikir lama untuk berhenti kerja dan mengejar impian." - Azlan H.

"Bila bapak aku tak perlu risau tentang anak-anaknya lagi." - Ahmad Syafiq

"Bila naik turun lrt tak lagi beban tapi ruang meneliti manusia." - Shidea

"Bila menonton porno tak terikat dengan nafsu, tetapi untuk seni artistik yang mungkin ada dicelah-celahnya." - Boy Azu

" Bila homoseksualiti dan transeksualiti bukan ukuran keperibadian seseorang." Lita @ Rafik

"Bila kita boleh menerima baahwa Malaysia memang aman dan soal masalah perkauman ini ditimbul untuk melagakan aku, Raju dan Ah Chong - dengan kesudahan sia sia." - Rojer

"Bila orang tak pura-pura ada duit padahal papa kedana." - Jamilah

"Bila bukan jauhari seorang yang kenal Manikam." - Mimiq Alam

"Bila kita bebas menghias dinding kusam kota dengan 'seni' ekspresi masyarakat dan tak dikejar bandaraya." - Yon

"Bila gua boleh balik dan beritau mak gua 'Mak, gua dah banggakan mak!'" - Ijam

"Bila aku jumpa pasangan hidup sebenar aku, biarpun walau sekejap saja." - John Chew

"Bila duit dah tak mengusai aku." - Harison

"Bila kita boleh melepas ketakutan dan mula ambil langkah baru dengan mencorak hidup kita sendiri." - Azyze


p/s: Terima kasih kepada semua yang sudi memberi pendapat tentang kebebasan, walaupun anda mungkin dijumpai saya dalam LRT atau di bangku-bangku pondok bas. Terima kasih kerana melayan saya walau tak kenal. Terima kasih kerana beri bukti hidup ini masih bebas sedikitnya (jika tidak keseluruhannya) dan bahawa kemanusiaan masih ada peluang di atas muka bumi.

.

Lagus lagusan

Thursday, October 04, 2007

Ah, siapa mungkin percaya, tapi saya rupanya ada persamaan dengan Kelly Clarkson!
Dari 10 lagu kegemaran dalam iTunes Playlistnya, 7 adalah antara lagu yang saya minati juga!

Why - Annie Lennox
Eat The Rich - Aerosmith
I never loved a man (The Way I Love You) - Aretha Franklin
Perfect -Alanis Morissette
I used to love him - Lauryn Hill
Sunday Morning - No Doubt
Walk On - U2



Dari tengahari yang malas sambil melayari senarai lagu selebriti lain, saya berjaya mengetahui satu lagi benda tentang diri saya sendiri.

Anda tau antara artis pujaan saya dari barat - Drew Barrymore, Jim Carrey, Rufus Wainwright, John Cusack, Jack Black - tak ada satu persamaan langsung dengan citarasa muzik saya. Langsung.

Saya macam "Oh, come on, aku dengar muzik kau dan aku juga suka lakonan kau, mesti ada sekurang-kurangnya satu benda yang mungkin buat kita serupa!" Tapi hampeh. Satu pun tak ada.


Shows how much we think we know people, eh?

Satu, dua tiga tarikkkkkk!!!!!!

Kata kawan saya saya murung menipu. Maksud dia, saya murung tapi pura-pura tidak.

Saya pun tak tahu nak kata apa. Mungkinlah. Tapi taklah murung hingga nak bunuh diri atau nak lari rumah. Itu bukan murung, itu burung. Boleh main lari2, pergi jauh2, balik sekali sekala ikut musim.

Ah, sambung balik.
Kata kawan saya "Ah, aku kan, kalau bad mood ke, sedih ke, sakit hati sangat ke, ada satu je bende yang boleh relaxkan kau. Mungkin kau nak cuba."

"Apa dia?" Saya agak dia nak ajak karaoke (bulan puasa tak boleh), atau membeli belah (takde duit), atau pergi clubbing (tak hingin!) atau paling busuk pun makan coklat lepas bukak puasa. Tapi jawapan dia betul betul buat saya terkelu.

"Brazilian waxing."

"What the- ??!" Biar betul budak ni!!

"Betul El, lepas abis buat tu aku bukan saja rasa seksi, tapi bertenaga, hebat dan penuh berkeyakinan untuk menghadapi hari-hari mendatang." Siap posing poyo macam endorser dalam iklan.

"Ish, tak geli ke orang pegang-pegang, belek-belek. Tu belum kira sakit lagi!"

"Takde ah El, bila dah biasa tu kan, ko dah tak rasa apa dah. Lagipun yang buat tu perempuan jugak. Relaxing sangat..." siap terpejam-pejamlah mata dia cerita.


Ohh... seram. Seram beb nak buka seluar dan serah diri macam tu.
Kalau orang acu pistol pada saya pun belum tentu lagi saya buat. Sudahlah malu ditelek, nak malu dibelek, lepas tu nak malu menjerit OUUUUUUUUCCCCCCCCHHHHHHHHHH!! Lepas tu macamana la nak balik, jalan terkangkang-kangkang? Gila betul.

Ye, ye... saya tau orang lain buat steady je. Tapi tak apalah. Bukannya saya nak berbikini-bikini atau berlari bogel di padang bola pada second half game sambil joget-joget depan kamera.

Satu majalah wanita yang saya baca malam semalam menceritakan kisah romantis orang-orang gembira. Kata seorang perempuan, benda paling romantis yang pernah dilakukan suaminya adalah membantu dia bercukur (ehem). Woh, romantis ya? Oh, ok. Kalau macam ini tak apa. Yang ini boleh masuk akal. Suami kan...

Tapi Brazilian ke, bikini wax ke, airport strip ke... mahap la. Brrrrr (efek mengetar badan versi seram sejuk)


p/s: Post ini tiada nada seksual langsung. Jika anda merasakan sesuatu yang tak sepatutnya terasa apabila anda membaca post ini, itu bermakna anda seorang pervert.


.

Heaving the heavy stuff

Monday, October 01, 2007

Mak complained this morning that I never want to go to 'more' or buka puasa event or even big family visits. "I have never once in my life tell you not to socialize," she said her hands busy tidying up her tudung. "There is such a thing as being neighbourly, you know. You, I don't know where I went wrong. I don't know what made you such an anti-social."

I kept quiet.

I'm not an anti-social. I don't think I am. I've been out, hang around with friends who are social butterflies (and moths) and I get along with most people. In the office I'm considered as one of the in-your-face kinda girl, and more often than not, I'd have people calling my name, stopping by to say hi, how are you doing, how's your this and that - and I have no idea who they are. That doesn't denote an anti-social. I checked the net for symptoms, just to be sure.

The thing is,
Crowds make me feel lonely. It is like the bigger the crowd, the more obvious my loneliness becomes. I'm sure you have, at least once, felt totally hopeless and helpless even when there's so many around you. Despite the chatter that floats by, the laughs, the antics and the noise, all you hear is the static sound of your own thoughts. What am I doing here, who am I, when will this end, when will I end. These questions go round and round and round and you fake yourself through the night, trying to look normal, trying to enjoy the company you're with that is obviously oblivious to your state of mind. The frame that supports your beam of existance seems to crack inch by inch, and even you fear the collapse of what you have so hard tried to sustain - sanity.

I know I sound crazy, I know that you're thinking "she must have some serious issues." I don't. Well, maybe I do. I don't know. There are so many things yet to be shown to me. And maybe they will never be shown to me (to my misfortune). Maybe because that is just the way it goes. You question the most out-of world questions because deep inside you know there is no answer - but there must be - but there is none. That is how most of us are, hollow in the centre. empty in the heart. I envy the few people who have found enlightment. I mean the truest form of self-contentment, where your reason being on earth is the reason you prepare for the afterlife, and the reason does not need a reason. It is self explanatory, it is all around, it is life itself.

I am going round in circles. I know. Bear with me. Maybe you won't. But it's okay. Right now I am all alone, and I fight my demons best when I can see them. (And in big crowds I don't, because it is hard to differentiate man from demon - the line blurs indefinately).


I hate self discovery.
I should learn to love it though, or I will never love myself.