Pages

buku nota nombor 8

Wednesday, September 19, 2007

Petang semalam, tatkala lrt berdesup (konon) melintas kota Kuala Lumpur, minda tertumpu pada suatu titik tak ujud di belakang mata.

Ia berdenyut.
Berkelip.

Ia hantu yang merayap luar tingkap Darma. Tak nampak tapi ada syak.

Lampu-lampu psychedelic menari dalam kepala sambil ada bau-bau dadah dibakar menusuk hidung. Tak pernah pun bau dadah dibakar, tapi di saat itu saya tahu.

Bila kerdip lampu mula memudar, Dabi datang melangkah dengan botol hijau di dalam tangan.

"Boleh aku minum?"

Saya geleng. "Tak boleh."

"Ah, aku bukannya puasa."

"Tapi tak puasa pun patutnya tak boleh. Haram."

Dabi cekak pinggang. Air kuning berkocak keluar, sedikit tumpah ke lantai. " Kau rasa aku agama apa?"

Saya terdiam.

"Aku agama..." dan suaranya hilang. Lampu menari-nari lagi, siap ada pantul bintang dari kejauhan. Bunyi bass bergegar dalam gegendang.

Dabi kembali dalam pandangan. "Kau kurang yakin dengan aku. Aku bukan Marcus Brutus. Aku takkan tikam kau dari belakang."

Saya cuba pandang. Dabi makin hilang, kabus, banyak betul kabus. Suara Dabi melantun di dinding "Ini Sparkling Jus lah."


Azam Maghrib meneman saya turun dari LRT.
Pakcik baju belang lahap menyedut air kotak kecil. Habis. Kotak dibuang ke dalam longkang. Dibeli satu lagi.

Rasanya saya siapa pada Dabi masa berbual tadi?
Percakapannya bukan melihat saya sebagai saya.
Bukan Marcus Brutus - maka saya Julius?

p/s: Dabi memang selalu macam itu. Tambahan bila tak dapat makan sup kambing kegemarannya.

2 comments:

Anonymous said...

Dabi lagi... - Amir

azyze gomez said...

Ye la...
takkan nak tulis pasal awak kot.. hahahah :p