Pages

Selamat Hari Merdeka

Jawapannya Ada

Wednesday, August 29, 2007

Ahh... menjelang merdeka badan rasa macam sengal-sengal pulak. Mata melayu walau banyak benda nak dibuat. Kalaulah ada komputer riba yang jitu, bolehlah saya angkut kerja ke sana-sini. Tapi susah juga kalau begitu - bawa pulang kerja dari pejabat ke rumah nampak sangat saya ni tak ada hidup lain kecuali kerja, kerja dan kerja.

Pertama sekali,
terima kasih banyak kepada anda yang sudi meninggal komen. Seperti dijanjikan, ini dia jawapan pada soalan anda:



Dari Roxychicks

why do i like my house?
Well, you can't possibly like my house, coz you spent only like, 5 minutes in it, right? Your house, it has Subhi in it (well, at least after midnight la hehe).

bila stress, anda buat apa?
Bila stress, saya pasang 'Mari Bersenam' dari Ujang dan ikut langkah langkah senaman yang diberikan. "Naik... golek... bangun, naik semula... golek..."

bila stress, anda makan apa?
Selalunya makan hati.


Dari James Beruk Makyeh

1. Brape banyak duit yang ko boleh bagi aku pinjam?
Seberapa banyak yang kau nak... dalam mimpi!

2. Ko pernah dengar tak baby beranak berkaki ayam?
Pernah. Aku pun beranak berkaki ayam. Apsal, ko beranak pakai kasut ke?

3. Kenapa orang panggil kuda belang tak panggil kuda hitam putih?
Boleh jugak. Nak panggil kuda taik cicak, kuda dua warna, kuda gegaris pun boleh.


Dari Cheezy Bites

Awak kenal saya tak?
Rasanya tidak. Tapi saya kenal mamak Melati Curry House yang suka usik adik saya. Dia suka pakai baju kotak-kotak.

Apa filem terbaik yang pernah awak tengok?
Alamak, susahnya. Tak terfikirlah sekarang. Yang bergolek-golek dalam otak saya triologi Matrix.

Sape lagi hot, Brad Pitt ke, Ben Afleck>
Johnny Depp.

Soalan bonus: Bagi satu lawak bodoh tapi kelakar.
Kalau pelukis dia melukis. Kalau penyanyi dia menyanyi. Kalau pengerang dia apa? Kalau pengerang, dia tukang kutip kerang kat laut. Ha. Ha. Ha. (ini lawak sebenar yang diberi oleh anak kawan saya. Masa kejadian rasa kelakar, tapi sekarang macam...er...poyo)


Twerima kasih. Ya, ya. TErima kasih.
Sekian.
Poyo.

.

Muzik dari si penjilat muzik

Wednesday, August 22, 2007

Oh oh.

Saya tidak percaya. Kejap, kejap. Biar saya periksa sekali lagi.

Biar betul.

Alamak, ya lah. Telinga saya tak menipu saya.

Juliette and The Licks bunyinya tak ubah seperti Aerosmith di awal kemasyurannya. Gaya nyanyian Juliette Lewis; lenggok nyanyiannya, tona suaranya, jerit pekiknya; tak ubah macam Steven Tyler. Agak punk, tapi rock n rollnya tetap keras. (asal punk dan rock pun dari benih sama)

Yang lebih mengkagumkan saya adalah timbul tenggelam pelbagai elemen dalam lagu-lagunya tidak mengganggu konsistensi dan momentum rock dalam album-album mereka. Kadang-kadang anda boleh dengar lagu ala bjorkesque, dan adakalanya mereka kedengaran seperti kumpulan punk pop remaja. Tapi walau bagaimana lain pun gayanya, musik mereka tetap kekal pada landasan asalnya - rock.



Skeptikal saya terhadap pelakon yang mukanya manis, yang lakonannya sangat dasyat hebat kini telah terpadam. Tabik hebat dia dalam Natural Born Killer, tabik pula sekarang kepada kugirannya. Ikhlas dia menyanyi seperti juga ikhlas dia berlakon - rasa sampai ke ulu hati saya.

Kalau tak percaya, saya syorkan anda dengar Four On The Floor (2006).
Mengancam beb.

Tiga

Friday, August 17, 2007

Halo halo

Inchek-Inchek dan Puan-Puan sekalian,
Mulai esok saya akan berpergian buat beberapa hari. Rasanya perlu menghirup udara nyaman kota kecil yang sesaknya kurang dari hutan konkrit ini. Sudah teringin benar merasa buih ombak menyalut jemari kaki.

Dalam saya berpergian ini, saya mahu buka blog ini untuk anda. Maklumlah, sekejap-sekejap ada minta nombor talifonlah, emel minta berkenalanlah, alamat friendster la, ajak join MLM lah (inilah bahana meletak alamat emel di blog.) yang tak terlarat saya layan. Jadi kali ini biar saya buat semuanya dalam satu harung.

Caranya mudah sahaja.
Anda boleh tanya 3 soalan kepada saya. 3 soalan tentang saya dalam apa jua spektrum - kerjaya? peribadi? masa libur? sukan? falsafah hidup (ada kah?)... apa sajalah.
Sebaik saya pulang saya jawab kesemuanya. Ya, kesemuanya. Tak ada pilih kasih. Apa anda tanya, saya bagi jawapannya.


Kalau rasa malu (atau tak hingin) meninggalkan nama, tak apa. Guna saja Anonymous. Ia dah diaktivasi pada kotak komen saya. Atau anda boleh saja guna shout box saya yang di kiri itu.

Selamat bertanya, dan jumpa lagi :)


p/s: saya harap anda yang menyinggah (tentu ada yang menyinggah kerna statistik selakan blog ini meningkat saja saban hari) jangan segan melakar kata di sini kerana saya bukan, quoting an email "macam tak suka orang yang tak dikenali tinggal komen." Saya tak begitu. Saya ni sebenarnya ceria, pop, joget harajuku, budak-budak, hati kembang, lompat-lompat, telinga mickey mouse, main lambung duit, makan karipap sadin dan apa-apalah.

.

Nasihat vs Subahat

Thursday, August 16, 2007

Bagaimana nak beritahu kawan kita yang dia berada di jalan yang salah? Apatah lagi bila dia tahu dia di jalan yang salah namun dia tutup sebelah mata?

Dan kalau boleh memang saya nak biarkan sahaja, tapi saya tak terdaya sebab dia kawan saya.


Sudahlah salah, setiap kali kami berbicara tak lekang cerita dia dan 'ekspedisi' nya mengharungi dosanya itu. Wah, indahnya; aku rasa macam di awangan, bla bla bla bla

Macamana agaknya nak beritahu dia yang saya tak mahu jadi subahat agenda kotornya itu?


P/s: Ya, banyak betul entri emo akan saya kurangkan nanti ya. Haha. PMS. Hah.

Cinta mangkat

Monday, August 13, 2007

Ini untuk seorang kawan. Kalau kau baca, dan kau terasa, maka ya, lagu ini aku tulis untuk kau. Aku harap kau mengerti.

Ia takkan berhasil
Cintamu padanya hanya kan mangkat
Bagaimana mungkin janji terikat
Dirinya milik si dia

Cinta terlarang
Dan kutahu dia hanya membutuhkan nafsu
Hatimu kan remuk di pasung rindu
Menggapai mimpi sepahit hempedu

Tinggalkan dia
Jangan pamer hatimu padanya
Kan kau diperguna dan ditinggal sengsara
Siapa yang kan mengutip sisa-sisa
Takut terlewat
Mustahil untuk kau undur masa

Cintanya bukan cinta
Dirimu nyata perminannya
Hatimu kan kecewa

Tinggalkan dia
Kerna cintamu padanya
Hanya kan mangkat

.

Geli lah

Sunday, August 12, 2007

Eww!

Tolonglah! Dah lah perasan all-that! Hello, kalau awak tu hot takpe la jugak.
Minta maaf, saya bukan budak bodoh atau mcam perempuan-perempuan lemah yang boleh awak tonjol-tonjol kepalanya. Dan eww, saya tak cair langsung dengan sikap lelaki berangan awak tu. Tolonglah, awak tidak superior langsung ya. Apa, ingat saya akan rasa kagum dan sembah awak pasal awak tua dari saya? Ya, memang awak 'was not born yesterday', sebab itulah awak dah kertu, dan awak dah layak jadi watak bapak-bapak saja dalam kamus saya!

Jangan berangan boleh tak? Saya rasa awak sangatlah Masochistic. Walaupun kawan saya berangan sangat kat awak, awak jatuhkan maruah dia, awak kecil-kecilkan dia. Dan dia yang lurus itu terus rasa rendah-serendahnya, dan terus sujud mengikut telunjuk awak.
Hoi,
Sedarlah sikit! Cuba fikir guna otak, bukan guna anu!

Saya harap satu hari nanti awak akan kena balasan yang setimpal. Kena bobbit. Atau setidaknya pun, kena STD. Padan muka!!!!! Padan muka awakkkk!!!!

Bluekkk!

I don't know what it is

Saturday, August 11, 2007

Rufus Wainwright reminds me of the Beatles. Maybe it's his mad piano riffs. Maybe it's the way he kinda segments his songs. Maybe it's his raw, haunting lyrics. I don't know. All I know is that I love him.

I read a review somewhere that said that his albums are perfect for suicidal maniacs. I beg to differ. You (whoever you are) obviously don't have taste, and probably prefer to trash artiste while you click away on you calculators and profit plans. Clickety-click, clickety-click, this artist sucks coz he tells the truth. Clickety-click, better invest in belly baring, sexy dancing, grovelling dumb blondes.

Well, whatevs!



Go Or Go Ahead
Thank you for this bitter knowledge
Guardian angels who left me stranded
It was worth it, feeling abandoned
Makes one hardened but what has happened to love
You got me writing lyrics on postcards
Then in the evening looking at the stars
But the brightest of the planets is Mars
Then what has happened to love
So I will opt for the big white limo
Vanity fairgrounds and rebel angels
You can't be trusted with feathers so hollow
Your heaven's inventions, steel eyed vampires of love
You see over me, I'll never know
What you have shown to other eyes
Go or go ahead and surprise me
Say you've lead the way to a mirage
Go or go ahead and just try me
Nowhere's now here smelling of junipers
Fell of the hay bales, I'm over the rainbows
But of Medusa kiss me and crucify
This unholy notion of the mythic power of love
Look in her eyes, look in her eyes
Forget about the ones that are crying
Look in her eyes, look in her eyes
Forget about the ones that are crying
Go or go ahead


Album: Want One

Salah sangka

Thursday, August 09, 2007

Saya tiba-tiba dapat rasakan yang kawan saya ingat saya syokkan dia.
Siapa kawannya itu, tak perlulah saya namakan. Kalau dia baca ni, tentu dia tahu sendiri.

Oh tidak, jangan salah sangka!
Saya memang suka sangat berkawan dengan awak. Dengan awak saya rasa ngam gila.
Lagipun kita sekepala, sama citarasa, sama cita-cita.
Tapi itu tak bermakna saya sudah jatuh cinta. (kenapa bunyi macam lagu je ayat ni?)
Not to say that you're not a great guy, you are. If you ever choose to cross back to this side of the lawn, I'm sure you'd make a great boyfirend, lover, husband, father etc, you know what I mean. Cuma saya tak rasa apa-apa bercambah lebih dari kawan. Sekarang tak ada.

Jangan risau, saya tau awak juga suka berkawan sahaja.
Adoi, rasa macam nak gelak pula.
Lagipun awak kan "not available to women". ;p

Jangan risau ya. Lepas ini kita bicara seperti biasa saja ya. Jangan rasa pelik atau kurang selesa tau.
Kita masih kawan seperti dahulu sahaja. :)

Banyak

Sunday, August 05, 2007

Semenjak dua menjak ini saya rancak menulis lirik. Lagu 'mesallyh' lah banyak, pasal setiap kali bermisi tulis lirik Bahasa Ibunda, mesti lirik itu jadi sajak akhirnya.
*Ini queue untuk Pyan Habib bersajak*

Kalaulah skil bermain gitar saya lebih dari main kreng kreng kreng, tentu dah indah saya menulis lagu.

Woh. Rasa macam nak ada mini studio sendiri. Nak kena beli:
- Komputer Epel kena gigit, yang skrin leper tu
- Perisian cipta tampal muzik
- Kibod
- Gitar akustik yang bontot berlubang kabel USB
*check saku seluar. Alamak, nipis, tipis peluang.*

Er, tak apa. Beli kabel USBnya dulu. Gitar tu nanti-nantilah.

Cheh.

Woh woh woh gitar tong peneman
Bicara kosong kemudian
Kau sorongkan taji dalam gerhana
Masyarakatku
Hancur menjadi debu


Lagu serangkap dari jamban. Sekian, terima kasih.

Random memories #4

Friday, August 03, 2007

Dalam dokumentari Street Burger terbitan Millenium Fleas Production, semester 5 MC110 :

" Aku memang teringin sangat nak makan burger. Dah lama aku tak makan burger yang sedap tu," kata watak bapak dalam Mis Tres Hermanas keada penonton dokumentari tersebut.