Pages

Paling mahal

Tuesday, July 10, 2007

Menurut forbes.com, ada lima nama laman web yang telah mencatat jualan termahal dalam sesi lelongan nama laman web baru-baru ini.

sex.com - dibeli dengan harga USD12 juta
porn.com - dibeli dengan harga USD9 juta
business.com - dijual pada harga USD7.5juta
diamond.com - dijual pada harga USD7.5 juta
beer.com - dijual pada harga USD7 juta


tu dia. nampak sangat apa yang mat saleh mat saleh pikir dalam kepala. Buat untung apa, kalau orang pergi ke search engines, taip sex dan nah, website anda yang ada di atas sekali. Biasalah, bab rosak akhlak cepat saja beli. Cuba kalau tarbiyah.com ke, insaflah.com ke...

Kalau ada lah lelongan sebegini di Malaysia, apa agaknya nama laman web yang paling mahal di tanahair ya?

skandalkerajaan.com - ooh ho ho, saya boleh bayangkan kumpulan orang-orang anti-kerajaan yang berebut-rebut nak beli nama ini. Silap-silap ada yang kena baling kerusi semasa sesi lelongan. Dasyat woo nama ini...

rempit.com - rasanya dah banyak kumpulan rempit yang sibuk mengaku bahawa diorang yang cipta stunt itu ini, merekalah rempit original dan sebagainya. Pihak2 tertentu pula mesti nak tayang aktiviti 'ihsan' mereka membawa rempit gemilang ke kutub la, dan pihak lawan pun nak tunjuk rombongan rempit mereka ke rumah anak yatim dan sebagainya. Ya, url ini juga akan jadi url 'panas'.

kiasu.com yang ini akan turut mendapat sambutan dari pembeli negara jiran kita. Berebutlah orang Johor Bahru, Singapura dan amoi ah kau sekalian. Oh, nama ini sebenarnya kini dijual oleh edomain.com. kalau berkenan pergilah ke sana. untung-untung dapat anda jadi tuan punya dunia kiasu.

nakkenablasah.com - khas untuk kumpulan gangster merentas batasan kaum. Kalau baru-baru ini keluar cerita gangster bertemujanji melalui email, maka tidak mustahil orang menggunakan laman web untuk memesan sesi belasah-membelasah.

fefonenz.com - kata kawan saya, kalaulah ada laman web ini, dia yang beli dulu. "Martabat we ols perlu diangkat, uols! We ols bukan lagi pondan cabuk tepi lorong occay, fonen sekarang vass, berpendidikan, ada yang jadi orang penting di Malaysia ni. we ols bukan lagi kelompok minoriti, we ols diva!"

'nuff said :)

No comments: